Kertas Kerja Kursus Perkahwinan
-
Upload
amir-ikhwanuddin -
Category
Documents
-
view
1.279 -
download
16
Transcript of Kertas Kerja Kursus Perkahwinan
KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN
ANJURAN JPP IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.
1.0 PENGENALAN
Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan
melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama
sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan
berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan
boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.
Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua
warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah diwajibkan
bagi pasangan ya g ingin berumah tangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam,
ianya boleh dibuat pilihan sama ada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau
tidak perlu.
Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum
mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masing-
masing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh
Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan
para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dari
Jabatan Agama. Bayaran akan dikenakan kepada peserta kursus bagi proses
penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain.
2.0 NAMA PROGRAM
Program ini dinamakan sebagai “Kursus Pra Perkahwinan” anjuran Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Kursus ini
ditawarkan kepada semua guru pelatih di dalam institut ini.
[1]
3.0 MATLAMAT KURSUS
3.1 Membantu pelajar mendapatkan sijil pra perkahwinan yang disahkan oleh
Jabatan Agama Islam.
3.2 Mengeratkan hubungan sillaturahim antara guru pelatih dengan
jawatankuasa perwakilan pelajar selaku pengelola program.
3.3 Dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar(JPP) dengan guru pelatih.
3.4 Dapat menunjukkan komitmen Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
sebagai wakil pelajar.
3.5 Program ini akan menjadi titik tolak kepada program yang akan terus
dilaksanakan pada masa akan datang.
4.0 OBJEKTIF KURSUS
4.1 Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada
peserta yang ingin berumahtagga.
4.2 Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara
menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan
hingga ke hari pernikahan.
4.3 Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk
menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah
keluarga serta menguruskannya.
4.4 Kursus ini juga memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam
rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.
[2]
5.0 RASIONAL
5.1 Kursus ini adalah untuk menjayakan salah satu program tahunan yang
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) di IPG KIK.
5.2 Dapat membantu guru pelatih mendapatkan sijil dalam kursus pra
perkahwinan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
5.3 Dapat meringankan beban guru pelatih mendapatkan sijil pra perkahwinan
dengan pembayaran yuran yang berpatutan.
5.4 Dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih di IPG
Kampus Ilmu Khas mengenai kepentingan mengikuti kursus pra
perkahwinan.
5.5 Menggalakkan guru pelatih untuk melibatkan dengan aktiviti yang
dilaksanakan.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kursus pra perkahwinan anjuran Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar ini ialah seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas yang terdiri daripada :
i. Semua guru pelatih daripada kumpulan PRA PISMP,PISMP,TESL, dan KPLI
ii. Semua staf yang bekerja di IPG Kampus Ilmu Khas.
iii. Semua staf sokongan yang berkerja di IPG Kampus Ilmu Khas.
7.0 TARIKH DAN MASA
TARIKH : 17 & 18 HB SEPTEMBER 2011
MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang
TEMPAT : AUDITORIUM BLOK TESL, IPG KAMPUS ILMU KHAS
ANJURAN : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR(JPP)
(BIRO PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN LUAR)
[3]
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
8.1 JAWATANKUASA INDUK
8.2 JAWATANKUASA PENGELOLA
[4]
PENAUNG
ENCIK SHAARI B. OSMANPengarah
IPG Kampus Ilmu Khas
PENASIHAT
TN. HJ. SAHARUDDIN B. SUHADIKetua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ilmu khas
PENGERUSI PROGRAM
MUHAMAD B. IBRAHIM
Pengerusi Biro Kerohanian JPP IPG Kampus Ilmu Khas
SETIAUSAHA
MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAINPengerusi
Biro Pengurusan dan Perhubungan LuarJPP IPG Kampus Ilmu Khas
BENDAHARI
NURLIYANA IZZATI BT. AB RAHIMBendahari kehormat
JPP IPG Kampus Ilmu Khas
8.3 AHLI JAWATANKUASA KECIL
[5]
AJK PENERBITAN
HASRUL SAMADPengerusi biro penerbitan
AJK PERASMIAN
SITI KHALILAH BT. ABDUL RAHMANNaib Setiausaha
AJK TEKNIKAL
DHAVASINI A/P ARUMUGHAMNaib pengerusi Biro Pengurusan & perhubungan Luar
AJK MULTIMEDIA & SIARAYA
ANIS NURSHAFIRA BT. JAMLUDDINPengerusi Biro Multimedia & siaraya
AJK MAKANAN
ZUE BT. DAHMANPengerusi Biro Makanan
AJK HADIAH / CENDERAHATI
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
9.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA
BIL. AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. AJK PENERBITAN 1. Menyediakan poster sebagai langkah untuk menghebahkan program ini.
2. Menempah banner sebagai iklan bagi kursus pra perkahwinan ini.
3. Mengedarkan buletin sepanjang kursus diadakan.
2. AJK MULTIMEDIA & SIARAYA 1. Memastikan semua alatan yang digunakan di dalam audi terutamanya mikrofon dalam keadaan baik.2. Menyediakan LCD Projector untuk digunakan oleh penceramah.3. Mengambil gambar sepanjang kursus dijalankan.4. Menyediakan dokumentasi keseluruhan aktiviti dalam kursus yang dijalankan.
3. AJK MAKANAN 1. Menyediakan makanan kepada para peserta kursus.2. Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan.3. Menyediakan plastik untuk membuang sampah bagi makanan yang dibungkus.
4. AJK TEKNIKAL 1. Menyediakan jadual bertugas menjaga kawasan dalam auditorium.2. Menyediakan borang kehadiran kepada semua peserta kursus.3. Melantik ajk yang akan menyelia pendaftaran peserta kursus.4. Menyediakan borang-borang ataupun laporan yang berkenaan.
5. AJK PERASMIAN 1. Menyediakan tempat perasmian penutupan.2. Menghantar surat jemputan kepada VIP yang dijemput.3. Melantik jawatankuasa yang akan terlibat dengan majlis penutupan.
6. AJK HADIAH / CENDERAHATI 1. Menyediakan hadiah untuk jemputan pada majlis penutupan.
2. Menyediakan cenderahati kepada setiap penceramah.
[6]
10.0 TENTATIF PROGRAM
HARI : SABTU ( 17 HB SEPTEMBER 2011 )
MASA PERKARA / AKTIVITI
8.00 – 9.00 PAGI Pendaftaran peserta kursus- bayaran duit yuran.- pemberian buku program dan buku perkahwinan.- pemeriksaan nama peserta program.- taklimat kursus.
9.00 – 9.30 PAGI REHAT / MINUM PAGI
9.30 – 11.30 PAGI MODUL 1 ( AKIDAH )
11.30 – 1.30 TGH HARI MODUL 2 ( IBADAT )
1.30 – 2.30 PETANG MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR
2.30 – 3.30 PETANG MODUL 3 ( AKHLAK ISLAMIAH )
3.30 – 4.30 PETANG MODUL 4 ( PERKAHWINAN DAN PROSEDUR )
4.30 PETANG MINUM PETANG / BERSURAI
[7]
HARI : AHAD ( 18 HB SEPTEMBER 2011 )
MASA PERKARA / AKTIVITI
8.00 – 9.00 PAGI MODUL 5 ( HUBUNGAN DALAM KELUARGA )
9.00 – 10.00 PAGI MODUL 6 ( PENGURUSAN SUMBER KELUARGA )
10.00 – 10.30 PAGI REHAT / MINUM PAGI
10.30 – 11.30 PAGI MODUL 7 ( PENGURUSAN KESIHATAN )
11.30 – 12.30 TGH HARI MODUL 8 ( KOMUNIKASI SUAMI ISTERI )
12.30 – 2.00 PETANG MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR
2.00 – 4.00 PETANG MODUL 9 ( PENGURUSAN TEKANAN / STRESS )
MODUL 10 ( PENGURUSAN KONFLIK )
4.00 – 4.15 PETANG REHAT / MINUM PETANG
4.15 – 5.30 PETANG MODUL 11 ( PERKHIDMATAN KAUNSELING )
MODUL 12 (Pengurusan talak/fasakh & Prosedur Penceraian )
5.30 – 6.00 PETANG MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA JEMPUTAN DAN PENCERAMAH.
11.0 IMPLIKASI KEWANGAN
[8]
11.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1. MAKANAN PESERTA ( seperti di lampiran 1 )
RM 10.00 X 180 peserta ( sehari ) RM 3476.00
2. FAIL PESERTA / BAHAN RUJUKAN RM 4.00 X 180
= RM 720.003. SIJIL PESERTA
-
3. BAYARAN PENCERAMAH RM 400 X 6
= RM 24004. BANNER KURSUS PRA PERKAHWINAN
RM 100
5. HADIAH DAN CENDERAHATI
1 ) penceramah = 6 x RM 10.002) jemputan = RM 20.00
RM 80.00
6. WANG KECEMASANRM 100
JUMLAH RM 6866.00
11.2 SUMBER PENDAPATAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1. YURAN PESERTA
RM 60 X 180 PESERTA
RM 10800.00
2. KUTIPAN DARIPADA PENSYARAH -
JUMLAH RM 10800.00
[9]
12.0 PENUTUP
Akhir sekali, saya selaku setiausaha program yang bertanggungjawab untuk
merancang perjalanan Kursus Pra Perkahwinan ini berharap agar kertas kerja ini
diterima oleh pihak tuan dan seterusnya pihak saya akan dapat meneruskan perjalanan
program ini dan memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga dengan
penyediaan kertas kerja ini akan memudahkan lagi pihak tuan untuk memberi kelulusan
kepada program ini. Harapan saya ialah semoga kursus ini dapat dilaksnakan dan
program ini dapat dijayakan.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……………………………………….. ………………………………………….
( MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN) ( TN HJ. SAHARUDDIN B. SUHADI )
Pengerusi, Ketua Jabatan,Biro Pengurusan& Perhubungan Luar. Jabatan Hal Ehwal pelajar,
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Diluluskan oleh :
…………………………………………. ( ENCIK SHAARI B. OSMAN )
Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.
[10]