kertas kerja lawatan bench marking smkaf.docx

10
1. Pengenalan Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini juga diwajibkan kepada Guru Pelatih Program Pengsiswazahan Guru (PPG). Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat. Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Aras atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada guru cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan. Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

Transcript of kertas kerja lawatan bench marking smkaf.docx

1. PengenalanProgram Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat bagi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini juga diwajibkan kepada Guru Pelatih Program Pengsiswazahan Guru (PPG). Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Aras atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada guru cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2. RasionalProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru tentang gerak kerja dalam pengurusan guru cemerlang dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran amalan guru cemerlang supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3. Matlamat

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru di bawah program pengsiswazahan guru ini diharapkan dapat :

3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di antara satu sama lain.3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan. 3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik. 3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4. Objektif

Sasaran kepada guru PPG selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5. Tarikh Program Bina Insan Guru PPG Kohort 1 (semester 7), 2014ini akan diadakan pada hari Rabu , 19 November 2014.

6. TempatProgram ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan AgamaFalahiah, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.

7. Peserta KursusSeramai 5 orang guru PPG menyertai Lawatan Penanda Aras ini. Para guru adalah daripada pelajar-pelajar PPG Kohort 1 Semester 7 yang terdiri daripada 4 orang guru pelatih lelaki dan 1 orang guru pelatih perempuan.

*Sila rujuk LAMPIRAN I : Senarai nama peserta kursus.

8. Mentor @ Pensyarah Pembimbing

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPGM Kampus Sultan Mizan untuk membimbing kami adalah mengikut mentee masing- masing .9. Jawatankuasa Kerja

Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PPG Kohort 1, 2014 yang telah dilantik ialah seperti berikut:Pengerusi: Tuan Mohd Izani Bin Tuan AbdullahNaib pengerusi:Nik Rohana Binti Muhamad ZainSetiausaha:Mohd Rosni Bin Mohd NorBendahari:Nor Izham Bin Ibrahim JAWATANKUASA KECIL1) BUKU PROGRAM : Nor Izham Bin Ibrahim2) CENDERAHATI :Mohd Rosni Bin Mohd Nor3) FOTOGRAFI/DOKUMENTASI:Mazlan Bin Husin Fauzi bin Junoh

10. Anggaran Kewangan

Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

BILPENDAPATANJUMLAH (RM)PERBELANJAANJUMLAH (RM)

1Kutipan PesertaRM 15.00 X 51.Cenderahati2. Pamplet3. MinumanRM 65.00RM 5.00RM 5.00

JUMLAHRM 75.00JUMLAHRM 75 .00

11. Pengangkutan Peserta akan menggunakan kenderaaan persendirian untuk tujuan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.

12. Jadual ProgramProgram Bina Insan Guru Kohort 1 ini akan mengambil masa 4 jam yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

13. PenutupSecara amnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh ,

.............................................................(ROSNI BIN MOHD NOR)Setiausaha, Jawatankuasa PelaksanaLawatan Bench Marking Interaksi Profesional dengan Guru CemerlangProgram Bina Insan ( Fasa 6 ) LAMPIRAN I

SENARAI PESERTA LAWATAN1. Tuan Mohd Izani Bin Tuan Abdullah2. Nik Rohana Binti Muhamad Zain3. Mohd Rosni Bin Mohd Nor4. Nor Izham Bin Ibrahim5. Mazlan Bin Husin6. Fauzi bin Junoh

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU KOHORT 1, 2014

10.00 pagi:Bertolak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah10.30 pagi: perjumpaan dengan Tuan Pengetua untuk sedikit taklimat.11.00 pagi:Perjumpaan dengan guru cemerlang En .Ulwi b.Ibrahim Ciri-ciri kepimpinan Pengurusan Iklim dan budaya sekolah Infrastruktur dan infostruktur kurikulum11.30 pagi:Minum pagi.12.00 tgh : Lawatan ke bilik galeri SMKF.12.30 tgh:Jamuan tengah hari1:30 tgh:Bersurai.

Guru cemerlang sedang di temuramah oleh pelajar PPG .

Pelajar PPG tekun mendengar penerangan daripada guru cemerlang.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG) AMBILAN JUN 2011 BINA INSAN GURU (BIG) FASA 6NAMA: MOHD ROSNI BIN MD.NORUNIT : RBT 1PENSYARAH PEMBIMBING:TN.HAJI ZULKIFLY BIN YUSOF.

ppd