Kertas Kerja Masjid Cemerlang

31
CONTOH KERTAS KERJA PEMBENTUKAN MASJID CEMERLANG FIRMAN ALLAH: "Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk" (Surah At Taubah ayat 18.) KEDUDUKAN MASJID 1. Sebagai rumah Allah masjid perlu berada di tahap terbaik dalam semua aspek - bersih, indah, kemas, cantik, lengkap, selalu di kunjungi untuk berbagai-bagai tujuan dan sebagainya. 2. Masjid sepatutnya membangun selaras dengan pembangunan bidang lain baik dalam aspek pengurusan, peralatan mahupun program. 3. Masjid mesti tegak sebagai tempat yang aman, selamat dan sejahtera dan tidak berpihak pada mana-mana perbezaan fahaman politik atau jamaah dan sebagainya. 4. Masjid mesti berupaya mewujudkan dan mengukuhkan sumber kewangan sendiri untuk pengurusannya, membiayai programyang diatur, mengaturkan bantuan kepada yang memerlukan dan membantu gerakan dan usaha membangunkan islam. 5. Masjid hendaklah menjadi pusat kegiatan hidup masyarakat islam hingga setiap individu merasakan masjid adalah satu keperluan dalam hidup mereka. PERSEDIAAN Pegawai, jawatankuasa induk, jawatankuasa-jawatankuasa kecil, pembantu dan anak-anak qariah hendaklah bersedia: 1. Melaksanakan tugas mengurus masjid dengan bersungguh-sungguh - bukan sekadar mengisi masa lapang atau sambil lewa. 1

Transcript of Kertas Kerja Masjid Cemerlang

CONTOHKERTAS KERJA

PEMBENTUKAN MASJID CEMERLANG

FIRMAN ALLAH: "Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk"(Surah At Taubah ayat 18.)

KEDUDUKAN MASJID

1. Sebagai rumah Allah masjid perlu berada di tahap terbaik dalam semua aspek - bersih, indah, kemas, cantik, lengkap, selalu di kunjungi untuk berbagai-bagai tujuan dan sebagainya.

2. Masjid sepatutnya membangun selaras dengan pembangunan bidang lain baik dalam aspek pengurusan, peralatan mahupun program.

3. Masjid mesti tegak sebagai tempat yang aman, selamat dan sejahtera dan tidak berpihak pada mana-mana perbezaan fahaman politik atau jamaah dan sebagainya.

4. Masjid mesti berupaya mewujudkan dan mengukuhkan sumber kewangan sendiri untuk pengurusannya, membiayai programyang diatur, mengaturkan bantuan kepada yang memerlukan dan membantu gerakan dan usaha membangunkan islam.

5. Masjid hendaklah menjadi pusat kegiatan hidup masyarakat islam hingga setiap individu merasakan masjid adalah satu keperluan dalam hidup mereka.

PERSEDIAAN

Pegawai, jawatankuasa induk, jawatankuasa-jawatankuasa kecil, pembantu dan anak-anak qariah hendaklah bersedia:

1. Melaksanakan tugas mengurus masjid dengan bersungguh-sungguh - bukan sekadar mengisi masa lapang atau sambil lewa.

2. Menyedari hakikat bahawa tugas mengurus masjid adalah tugas yang suci warisan para nabi dan besar ganjarannya.

3. Menyedari pengorbanan yang besar perlu dicurahkan kepada tugas ini.

4. Perlu mempelbagaikan usaha dan ikhtiar.

5. Tidak berputus asa dan kecewa tetapi tabah dan sabar.

6. Sentiasa merancang mengikut keperluan keadaan.

7. Mewujudkan suasana kerja sepasukan.

8. Membanyakkan doa dan berserah kepada Allah setelah berusaha dan sepenuhnya berharap kepadanya.

1

PERANCANGAN

MATLAMAT Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan hidup masyarakat islam hingga setiap individu yang tinggal dalam qariah merasakan masjid adalah satu keperluan dalam urusan hidup mereka menyebabkan mereka sentiasa berulang-alik antara rumah dengan masjid.

Bidang tugas jawatankuasa dan pegawai adalah meliputi sempadan Qariah bukan dalam kawasan masjid sahaja kerana yang akan mengimarahkan masjid adalah seluruh anak qariah tersebut.

MAKLUMAT QARIAH Bancian penduduk perlu dilakukan untuk mendapat maklumat penduduk sebelum perancangan dibuat. Antara data yang diperlukan:

1. Jumlah penduduk 2. Jumlah lelaki 3. Jumlah lelaki 15 tahun ke atas 4. Jumlah perempuan 5. Jumlah anak yatim 6. Jumlah fakir miskin 7. Jumlah yang bekerja 8. Jumlah pencen dan penganggur 9. Jumlah rumah sendiri 10. Jumlah rumah sewa 11. Alamat dan no. Telefon 12. Jumlah anak qariah yang hafal ql-quran Semua maklumat ini penting untuk merancang program dan menentukan bentuk program.

KUMPULAN SASARAN

Keseluruhan program yang diatur hendaklah meliputi kumpulan sasaran tertentu dan menyeluruh . Ini meliputi kanak-kanak,remaja, pemuda, pemudi,wanita dan dewasa. Dengan itu tidak ada kumpulan yang tertinggal. Ini meliputi program harian, mingguan, tahunan dan 10 tahun akan datang.

JANGKAMASA

Program yang diatur hendaklah meliputi jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.Bentukharian,mingguan,bulanan.tahunan dan seterusnya mengikut kesesuaian masa dan golongan.

KEPELBAGAIAN PROGRAM

Program yang diatur hendaklah

*Dalam berbagai bentuk dan tujuan yang hendak dicapai. *Kesesuaian bentuk program dengan kumpulan sasaran. *Program yang diatur juga boleh mempunyai tujuan langsung atau tidak langsung. *Program yang diatur boleh dibuat bukan sahaja di masjid tetapi ditempat lain.

PENILAIAN PROGRAM

Penilaian program perlu dibuat selepas dilaksanakan.

1. Apakah ia mencapai matlamat. 2. Apakah kelemahan yang perlu diperbaiki. 3. Apakah kekuatan dan kejayaannya.

2

4. Apakah cadangan lanjutan program itu.

MASALAH SEDIA ADA

Masalah-msalah sedia ada yang dihadapi oleh masjid atau bakal dihadapinya hendaklah dikenalpasti sebelum membuat perancangan. Contohnya:

1. Ada anak qariah yang tidak datang solat jumaat 2. Jemaah kurang ramai pada solat waktu. 3. Wujudnya perpecahan dari perbezaan fahaman politik dibawa hingga ke masjid. 4. Golongan muda cetek ilmu agama. Dengan itu pelapis masjid di masa depan mungkin tidak ada. 5. Tidak memahami peranan masjid. Masjid hanya dianggap sebagai tempat ibadat khusus sahaja. 6. Masjid tidak menjadi bahan bualan masyarakat. 7. Masjid uzur, sempit, tidak bersih dan kemas dan tidak menerima wajah pembangunan. Adanya jakuasa dan pegawai yang memegang jawatan untuk kedudukan bukan untuk merangcang kerja. 8. Wujudnya golongan masyarakat yang menjadi penentang dan pengkritik pada program masjid.

Daripada masalah yang ada inilah baru dibentuk perancangan aktiviti.

MEMBENTUK PERATURAN MASJID DAN QARIAH

Jawatankuasa masjid perlu menentukan peraturan pentadbiran qariah untuk tujuan melicinkan pentadbiran dan memastikan anak qariah mematuhi tatacara hidup masyarakat islam ini meliputi:

1. Tatacara pernikahan 2. Pengurusan kematian 3. Tatacara solat berjemaah 4. Peraturan masjid 5. Peraturan khariah 6. Kenduri-kendara 7. Masjid tahlil

MEMBENTUK JAWATANKUASA KECIL/BIRO

BIRO PENDIDIKAN

Contoh aktiviti:

~Taski ~Kuliah maghrib ~Kuliah subuh ~Kuliah muslimat ~Kuliah pemuda ~Kuliah pemudi ~Kelas komputer ~Kursus Motivasi ~Kursus Haji

BIRO DAKWAH

? Ceramah ? Kad-kad dakwah ? Buletin Masjid ? Hadis Mingguan ? Kempen kempen anti merokok,anti lepak,pencegahan maksiat. ? Kempen wakaf buku.

3

? Kempen solat di masjid BIRO EKONOMI

? Mini market ? Derma dan sumbangan ? Khairat ? Projek ekonomi

BIRO KEBAJIKAN

? Tabung kebajikan ? Kempen wakaf kemudahan awam ? Pengurusan jenazah ? Pakatan aqiqah,korban,bubur sora,berkhatan,derma darah dan sebagainya.

PERANAN MASJID

1. MELAKSANAKAN DAN MENGEMBANGKAN KEGIATAN SOLAT BERJEMAAH

? Menerusi pengumuman sebelum jumaat, seruan dan ajakan yang berterusan. ? Qutbah menyentuh hal tuntutan dan kelebihan solat berjemaah. ? Ceramah menyentuh kelebihan solat jamaah ? Paparan hadis ? Program sampingan yang lain.

2. MELAKSANAKAN PROGRAM PENGEMBANGAN ILMU DI MASJID

? Pengwujudan perpustakaan masjid ? Kuliah umum waktu maghrib ke insyak ? Kuliah khas untuk muslimat ? Kuliah khas untuk pemuda ? Kuliah khas untuk pemudi ? Kelas taski masjid ? Kelas bimbingan akhlak kanak-kanak hujung minggu ? Kursus Haji dan Umrah ? Kursus pengurusan jenazah ? Kuliah khas sebelum solat jumaat ? Kursus perkahwinan ? Kelas komputer masjid.

Program pelaksanaan ilmu dilaksanakan untuk mencapai matlamat kesempurnaan ibadah, pembentukan akhlak mulia,pembinaan iman dan pembinaan kekuatan islam dan sebagainya.

3. PEMBINAAN PERPADUAN UMMAH KHUSUSNYA DALAM QARIAH

Mewujuskan majlis-majlis yang ke arah mewujudkan permuafakatan dan kerjasama,

? Pakatan korban ? Pakatan aqiqah ? Pakatan bubur asyura ? Pakatan berkhatan beramai-ramai ? Gotong-royong

4

4. MENANAM RASA CINTA KEPADA MASJID

? Kad hari raya ? Kalender masjid ? Tangkai kunci masjid ? T-shirt masjid

5. MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN MAKSIAT DALAM MASYARAKAT

? Kempen anti video game ? Kempen anti lepak ? Kempen anti arak ? Kempen anti mercun dan menutup aurat ? Seruan anti bohsia ? Tangkapan khalwat dan zina

6. MEMBINA DAN MEMBANGUNKAN MUAMALAH ISLAM UNTUK SUMBER EKONOMI MASJID

* Pembukaan kedai masjid seperti perniagaan masjid iaitu mini market Al Barakah * Mewujudkan perusahaan ringan * Mewujudkan perusahaan sampingan masjid

7. MEMBANTU HAL-HAL KEBAJIKAN MASYARAKAT

? Tabong kebajikan anak yatim dan fakir miskin ? Kempen wakaf kemudahan awam ? Mewujudkan khairat kematian masjid ? Khidmat pengurusan jenazah ? Khidmat urusan kenduri.

8. PROGRAM KHAS UNTUK KUMPULAN TERTENTU

KANAK-KANAK

? Kelas bimbingan akhlak hujung minggu ? program amali solat kanak-kanak

REMAJA DAN PELAJAR

? Kelas belajar dimasjid ? Kelas komputer ? Sukan masjid ? Gotong royong di masjid

PEMUDA

? Penubuhan pemuda masjid ? Kuliah khas untuk pemuda ? Sukan masjid ? Membantu mengendalikan program masjid

5

DEWASA

? Kursus Haji dan Umrah ? Kursus mandi jenazah ? Majlis bacaan surah yassin ? Kumpulan marhaban dan berzanji ? Kumpulan usrah masjid

9. MENYEDIAKAN PROGRAM SUKAN

~ Penyediaan gelanggang sukan ~ Penyediaan padang permainan kanak-kanak ~ Menyertai berbagai pertandingan sukan

10. PENYEDIAAN PROGRAM KESIHATAN

# Ceramah dengan badan tertentu contohnya Persatuan Pengguna # Kerjasama dengan jabatan kesihatan untuk khidmat kesihatan bergerak # Rawatan doktor panel kepada anak yatim dan fakir miskin # Kerjasama dengan swasta untuk khidmat kesihatan masyarakat # Kempen anti merokok # Menyokong program kesihatan kerajaan seperti langkah kawalan dan pemcegahan kesan jerebu, taun, aedes dan lain-lain.

11. BERPERANAN SEBAGAI PENYELESAI MASALAH

= Pertelingkahan dalam masyarakat = Masalah dengan jabatan kerajaan dan swasta = Mempertemukan jodoh = Menegur perlakuan salah dalam masyarakat

12. MENGENDALIKAN BERBAGAI PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN PERAYAAN

? Hari keluarga qariah ? Program hari raya ? Majlis pertemuan anak perantau ? Pakatan bubur asura ? Kenduri aqiqah ? Berkhatan beramai-ramai ? Sambautan Maal Hijrah peringkat qariah ? Sambutan Maulud peringkat qariah ? Sambutan Israk dan Mikraj ? Majlis bacaan surah yassin untuk bakal haji ? Majlis bacaan yassin untuk anak khariah yang akan menduduki peperiksaan ? Majlis bacan yassin untuk anak qariah yang akan bermusafir kerana menuntut ilmu ? Majlis Qatam Quran ? Membuat lemang beramai-ramai

6

13. MENJADI PENYELARAS UNTUK MEMPERTEMUKAN ORANG YANG INGIN MELAKUKAN IBADAH SECARA BERSAMA

? Korban aidil adha ? Aqiqah ? Wakaf untuk kemudahan awam ? Kenduri ? Mewujudkan kumpulan untuk anak yatim dan fakir iskin ? Mewujudkan kumpulan tadarus al Quran bulan Ramadhan ? Qiyamullail bulanan

14. MENGADAKAN PROGRAM BERSAMA BADAN LAIN.

? Jabatan-jabatan kerajaan seperti mengurus bantuan, pendaftaran subsidi, majlis pertemuan dengan wakil rakyat dansebagainya. ? Pihak swasta seperti program pengambilan pekerja kilang, menyediakan khidmat pemceramah di kilang. Sesi kaunselinguntuk pekerja kilang dan pentadbir,majlis-majlis anjuran bersama seperti sukan, majlis berbuka puasa, jamuan hari raya dansebagainya. ? Pertubuhan-pertubuhan seperti kumpulan marhaban, persatuan seni silat, pakatan kebajikan dan sebagainya. ? Sekolah-sekolah

15. MENYEDIAKAN BERBAGAI KEMUDAHAN MASJID UNTUK KEGUNAAN ANAK QARIAH

? Peralatan memasak kenduri kendara ? Peti pos di masjid ? Pembesar suara mudahalih ? Komputer dan internet ? Permainan dan peralatan sukan ? Papan kenyataan qariah ? Bilik mesyuarat ? Kemudahan mencetak

16. PENYEBARAN ILMU DAN BERITA MASJID DAN QARIAH

? Menerbitkan buletin masjid setiap minggu ? Menyediakan papan kenyataan awam dan masjid ? Menyediakan electronic massage display untuk pengumuman ? Pengumunan sebelum khutbah jumaat ? Penerbitan poster dan bahan risalah.

7

17. MELAKSANAKAN PROGRAN KECERIAAN MASJID

? Keceriaan dalam seni khat, hadis dan maksudnya dan lain-lain hiasan ? Keceriaan luar ? Menanam pokok bunga ? Membentuk lanskap ? Air terjun dan kolam ikan ? Sistem penggunaan semula air wuduk untuk siraman ? Papan tanda peringatan dikuburan ? Lampu warna warni di luar masjid ? Jadual tugas membersih tandas dan persekitaran ? Papan tanda nama masjid

18. KELAS BELAJAR DI MASJID UNTUK PELAJAR

Memanfaatkan ruangan di masjid untuk pelajar datang belajar di masjid secara beramai-ramai dan dibantu oleh guru yang tinggal dalam qariah.

19. MEWUJUDKAN PERHUBUNGAN MASJID DENGAN MASJID LAIN, JABATAN AGAMA,PUSAT ISLAM,JAMAAH-JAMAAH ISLAM DAN ORANG LAIN DI DUNIA. INI DILAKUKAN MENERUSI INTERNET MASJID.

? Bentuk perhubungan : ? Bertanyakan masalah agama pada pihak berwibawa ? Bertukar berita tentang islam ? Mengetahui perkembangan umat Islam di tempat lain. ? Menerima arahan dari Jabatan Agama ? Mengambil khutbah dari pusat Islam dan masjid negara ? Memaparkan kegiatan masjid dalam homepage untuk pengetahuan umum ? Menyebarkan bahan ilmu ? Berhubung dengan jabatan lain untuk berbagai tujuan ? Memetik bahan ilmu untuk dipaparkan kepada anak qariah

20. PROGRAM KHAS PENGIMARAHAN MASJID

? Ceramah bulanan oleh penceramah terkenal ? Ceramah menjawab soalan peperiksaan ? Azan dua kali waktu subuh ? Program membantu penghantaran pelajar ke institut pengajian tinggi dalam dan luar negeri ? More secara besar-besaran ? Masakan istimewa di masjid

21. PROGRAM UNTUK MUSLIMAT

? Kuliah khas pemudi ? Kuliah khas untuk muslimat ? Kelas masakan dan jahitan ? Kumpulan usrah muslimat

22. PROGRAM PEMBANGUNAN FIZIKAL MASJID

? Membina semula masjid yang uzur ? Menambah ruangan mengikuti keperluan ? Menambah bangunan mengikut keperluan melengkapkan sistem bunyi yang terbaik

8

? Melengkapkan sistem pemadam api ? Melengkapkan ruangan ketak kenderaan

USAHA MENARIK PERHATIAN MASYARAKAT KEPADA MASJID

? Sebarkan dan paparkan program dan aktiviti masjid yang berjalan secara harian, mingguan atau bulanan melalui: ? Pengumuman sebelum khutbah jumaat ? Paparan papan kenyataan ? Buletin mingguan masjid ? Poster ? Membangkitkan isu tertntu untuk menarik perhatian masyarkat contohnya isu fatwa rokok haram, isu peraturan qariah dansebagainya. ? Mengadakan berbagai keramaian dan perayaan di masjid ? Mewujudkan keistimewaan di masjid seperti : ? Air terjun ? Komputer dengan internet ? Mini market ? Mini taman ? Masakan istimewa dan sebagainya ? Menghimpunkan seluruh urusan hidup dalam qariah di masjid ? Melaksanakanmajlis dan program di masjid dengan jabatan kerajaan dan swasta serta pertubuhan.

Seandainya keseluruhan program yang dicadanmgkan di atas dilaksanakan,maka kita akan dapati semua anak-anak qariah dari berbagai peringkat umur mempunyai urusan dengan masjid,menyebabkan mereka selalu mengunjungi masjid.

URUSAN ANAK QARIAH DI MASJID

KANAK-KANAK

? kelas taman asuhan kanak-kanak islam ? bermain di tempat permainan masjid ? berkunjung ke taman dan air terjun masjid ? membeli barang di kedai ? ke majlis kenduri tahlil di masjid ? solat waktu dan jumaat ? ke perpustakaan di masjid ? ke program berkhatan di masjid ? dan sebagainya.

REMAJA DAN PELAJAR

? solat waktu dengan jumaat ? mambaca buku di perpustakaan ? melaksanakan pembelajaran di kelas belajar masjid ? mengikuti kelas akhlak hujung minggu ? bermain di gelanggang permainan masjid ? menghadiri kenduri dan jamuan di masjid ? membeli barang di mini market masjid ? mengikuti kelas komputer di masjid ? mengikuti program motivasi ? dan sebagainya

9

PEMUDA

? solat waktu dan jumaat ? kuliah untuk pemuda ? program pengajian umum waktu malam ? program pemuda masjid ? sukan masjid ? membantu berbagai program masjid ? solat jenazah dan pengurusannya ? kelas komputer di masjid dan sebagainya

DEWASA ? solat waktu dan jumaat ? kuliah umum waktu malam ? jamuan dan kenduri ? solat jenazah ? kursus haji dan umrah ? mesyuarat berbagai badan yang dianggotai ? membeli barang di mini market ? kenduri tahlil ? berbagai majlis di masjid

10

MASJID

TEL: 04-4389895, 04-4387262, 019-4470781EMAIL : [email protected]

HOMEPAGE : http://www3.jaring.my/barakah

Pengenalan

NamaMASJID AL-BARAKAH

Alamat08600 TIKAM BATU SUNGAI PETANI KEDAH

DARUL AMAN

Kedudukan10KM DARI SUNGAI PETANI, TERLETAK DI SEMPADAN KEDAH-PULAU PINANG SELEPAS

JAMBATAN MERDEKA

Anak Kariah2300 ORANG

Bangunan MasjidDIDIRIKAN SEMULA PADA TAHUN 1995 DENGAN PERBELANJAAN RM 700000.00.

SEMUANYA DARISUMBANGAN ORANG RAMAI. BOLEH MENAMPUNG 1200 JEMAAH DALAM SATU MASA.

Istimewanya Masjid Al Barakah ini ialah pernah di anugerahkan 'MASJID TERBAIK NEGERI KEDAH 1997' dandilengkapi kemudahan INTERNET dalam pentadbiran masjid.

MATLAMAT AJK MASJID AL BARAKAH

· MENJADIKAN MASJID SEBAGAI PUSAT KEGIATAN HIDUP MASYARAKAT ISLAM SEHINGGA SETIAP INDIVIDU MERASAKAN MASJID ADALAH SATU KEPERLUAN DALAM HIDUPNYA MENYEBABKAN MEREKA SENTIASA BERULANGALIK ANTARA RUMAHNYA DENGAN MASJID.

· MENGANGKAT MARTABAT MASJID DARI KEADAAN BERGANTUNG HIDUP KEPADASUMBANGAN ORANG RAMAI KEPADA BERUPAYA MEMPUNYAI SUMBER EKONOMI SENDIRI HINGGA IA DAPAT MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.

· MELETAKKAN MASJID SETARAF DENGAN PEMBANGUNAN ASPEK LAIN.

· MENJADIKAN MASJID TEMPAT YANG AMAN,SELAMAT DAN SEJAHTERA.

11

Sejarah Masjid Masjid ini dipercayai telah didirikan pada tahun 1902 oleh penduduk terawal di sini. Bagaimanapun tanah tapak masjid ini hanya dianugerahkan oleh kerajaan Kedah kepada penghulu masjid Tikam Batu pada tahun 1912. Manakala tanah perkuburan pula telah diwakafkan oleh Icheek Bin Hussain sebanyak tiga lot tanah. Pembinaan masjid ini dibuat secara gotong-royong. Empat tiang kayu besar ditebang dibukit dan dibawa menerusi sungai dan ditarik oleh empat ekor kerbau ketapak yang ada sekarang. Kerja- kerja mendirikan empat tiang besar serta alangnya sahaja, mangambil masa selama empat hari. Tanah yang digunakan untuk meninggikan tapak masjid yang ada sekarang dijunjung oleh setiap penduduk dari bukit berdekatan yang telah lenyap hari ini. Galakan yang diberikan ialah bahawa setiap cam tanah yang dijunjung akan menjadi wakaf yang berkekalan menyebabkan setiap penduduk kampung waktu itu mengambil bahagian. Batu bata yang digunakan dalam membina tiang dan dinding masjid ini dikuatkan dengan tanah liat bukannya simen dan kekal hingga sekarang. Pada asalnya masjid ini beratap rumbia dan nipah tatapi perkembangan masa menyebabkan bumbung itu di tukar.Terdapat juga menara kayu, tempat masak dan gendang serta halaman masjid tetapi projek pembesaran dan gendang serta halaman mesjid tetapi projek pembesaran masjid ini di masa lampau telah terpaksa mengorbankan semua ini.Pada masa perang dunia ke-2 masjid ini telah menjadi tempat perlindungan utama penduduk bila peperangan tercetus.

Senarai Imam

Menurut Urutan Yang Diketahui Sejak Masjid Didirikan Hingga Sekarang.

1 Hj Abu Bin Bakar

2 Hj Abu Bakar Bin Hj Alang

3 Hj Don Bin Hj Abu Bakar

4 Hj Said Bin Hj Jusuh

5 Hj Abd Rahman Bin Salleh

6 Hj Md Noor Bin Lebai Man

7 Hj Ahmad Bin Saad

8 Hj Abd Halim Bin Hj Ahmad

9 Hj Asaad Bin Md Nor

12

1. PENGENALAN

Telah ditunjukkan oleh Rasulullah masjid adalah pusat kegiatan umat Islam dalam apa jua bidang hidup manusia. Tidak benarlah masjid itu sebagai tempat sembahyang waktu semata-mata. Bertolak dari hal iniperancangan pembangunan Masjid Al Barakah dirancang dangan hasrat untuk mengembalikan fungsi dan peranan masjid.

1.1- Jawatankuasa Masjid 1997-1999

Pengerusi :Us Hj Asaad Bin Md Nor.

N.Pengerusi:Hj Abdullah b Yasin

Setiausaha :Hj Abd Ghani Bin Hj Harun.

Bendahari :Hj Ahmad Basher Bin Hj Idrus.

AJK :Hj Ramli Bin Hj Engku Ibrahim.

EN Azahari b Hj Ali

Pembantu Jawatan kuasa:

Enchik Abdul Razak b. HamidEnchik Abdul Rahman b. Hj. IshakEnchik Abdul Razak b. Mohd.Ali

Tuan Hj. Ramli b. Hj. Harun

1.2- Pegawai-pegawai Masjid

Imam :Us Hj Asaad Bin Md

Noor

Bilal :Hj Awang Bin Jusoh.

Siak :Hj Haron Bin Nayan.

Hj Saleh Ali.

Pem Siak :Hj Jaafar Bin Abdullah.

Hj Hashim BinAwang.

Pem. Imam :Sufian Bin Hj Abd Halim.

Khoiri Bin Idris.

13

Azahari Bin Ali.

PERANCANGAN JANGKA PANJANG

Pembinaan Sekolah Rendah Islam Dzilalul Barakah (Dalam Proses Pembinaan)

Supermarket Masjid

Pusat Perubatan dan Hospital Bersalin di Masjid

Rumah Anak Yatim

Rumah Orang-orang Tua di Masjid

Industri sampingan masjid

14

Sedapdan

Berkualiti.{{Al-Barakah Catering}}

AL BARAKAH CATERING ADALAH SATU LAGI PERNIAGAAN MASJID AL BARAKAH YANGBERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN SUMBER EKONOMI MASJID. KAMI SANGGUP MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK BERBAGAI JAMUAN BAIK BESAR ATAU KECIL.LENGKAP DENGAN PINGGAN MANGKOK MELLAMINE,KHEMAH,MENTARA DAN PERALATAN LAIN. MENU YANG BERBAGAI DAN BERBEZA DARI BIASA. HARGA BERPATUTAN.

CONTOH SET MENU DI BAWAH.

Senarai Harga Set Jamuan ( Tempahan minima 100 hidang ) Set 1 NASI BUKHORI(100% BERAS BASMATI) AYAM MERAH DAGING KARAPOLE/MASAK HITAM/KORMA DALCA/GULAI DAGING DENGAN UBI ACAR TIMUN NENAS/ROJAK/JELATAH/AIR ASAM TOMATO PISANG EMAS/TEMBIKAI AIS SIRAP PINGGAN MANGKOK LENGKAP DISEDIAKAN KHEMAH LENGKAP KERUSI MEJA 1 BUAH PERCUMA JIKA TEMPAHAN MELEBIHI 200 HIDANGAN (TAMBAHAN DIKENAKAN RM 120.00 SETIAP BUAH) LENGKAP PERKHIDMATAN MENGANGKAT DAN CUCI(MENTARA) SETIAP HIDANGAN RM 17.50 (PENGURANGAN HARGA AKAN DIBERIKAN JIKA KHEMAH ATAU MENTARA TIDAK DIPERLUKAN.) SECARA BUFFE RM 4.20 SETIAP KEPALA

Set 2 NASI TOMATO/NASI MINYAK/NASI PUTIH AYAM MERAH/ROS DAGING KARAPOLE/MASAK HITAM/KORMA DALCA/GULAI DAGING DENGAN UBI ACAR TIMUN NENAS/ROJAK/JELATAH/AIR ASAM TOMATO PISANG EMAS/TEMBIKAI AIS SIRAP PINGGAN MANGKOK LENGKAP DISEDIAKAN KHEMAH LENGKAP KERUSI MEJA 1 BUAH PERCUMA JIKA TEMPAHAN MELEBIHI 200 HIDANGAN( TAMBAHAN DIKENAKAN RM 120.00 SETIAP BUAH) LENGKAP PERKHIDMATAN MENGANGKAT DAN CUCI(MENTARA) SETIAP HIDANGAN RM 17.00 (PENGURANGAN HARGA AKAN DIBERIKAN

15

JIKA KHEMAH ATAU MENTARA TIDAK DIPERLUKAN. ) SECARA BUFFE RM 4.00 SETIAP KEPALA

CATATAN: HIDANGAN SECARA MAKANAN KAMPUNG JUGA BOLEH DISEDIAKAN MENGIKUT TEMPAHAN. HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PERBINCANGAN MENGENAI HARGA.

Al-Barakah Catering adalah satu anak syarikat dalam projek Ekonomi Masjid Al-Barakah Untuk keterangan lanjut Mail to Al-Barakah Catering atau Tel:- 019 4470781

Mini MarketAl-Barakah

PENGENALAN

INI ADALAH USAHA AWAL KE ARAH MEWUJUDKAN SUMBER EKONOMI MASJID.IBARATNYA JIKA KITA MEMBERI WANG KEPADA MASJID HARI INI, MAKA ESOKAPABILA WANG TELAH DIBELANJAKAN, MAKA KITA KENA MEMBERI LAGI KEPADAMASJID. JIKA HARI INI KITA MEMBERI MODAL KEPADA MASJID DAN SEDIKITUSAHA, MAKA ESOK MASJID TIDAK AKAN MEMINTA LAGI KERANA IA TELAHMEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN SENDIRI.

MATLAMAT

Mewujudkan sumber ekonomi masjid agar masjid tidak lagi bergantung "hidup" kepada sumbangan orang ramai yang kadangkala ibarat peminta sedekah. Sekaligus mengangkat martabat masjid dari menjadi peminta kepada institusi yang membantu kepada golongan anak yatim, fakir miskin, musafir yang terlantar dan kepada masyarakat yang memerlukan. Mewujudkan kesatuan mu'amalah dalam qariah di mana masyarakat bersatu "membatu" dengan cara membeli di perniagaan masjid dan mengelakkan pusingan kewangan orang Islam dari mengalir seluruhnya pula kepada orang bukan Islam. Merwujudkan rasa bertanggungjawab anak qariah kepada masjid. Mewujudkan amalan muamalah dalam kehidupan bermasyarakat. Mencapai matlamat MASJID SEBAGAI PUSAT KEGIATAN HIDUP MASYARAKAT ISLAM.

PERLAKSANAAN

Modal perniagaan telah diperolehi dari orang ramai sebanyak RM25600.00. Modal ini akan menjadi pusingan perniagaan untuk menjelaskan kembali modal, meluaskan perniagaandan membahagikan keuntungan seluruhnya kepada masjid. Pekerja dibayar gaji tetap dan bonus keuntungan niaga seramai 2 orang. Jawatankuasa masjid adalah petugas sukarela. Minimarket dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kedudukannya di sisi masjid. Minimarket ditutup pada waktu solat.

16

BAHAN JUALAN

MELIPUTI SEMUA BAHAN KEPERLUAN DAPUR AYAM YANG DIPROSES OLEH MASJID(AYAM AL BARAKAH) BEKALAN ALAT TULIS KHIDMAT MASAKAN UNTUK MAJLIS HINGGA KINI(JULAI 1998)PUSINGAN JUALAN BULANAN ADALAH RM30000.00 SEBULAN

SOKONGLAH USAHA KAMI BAGI MEWUJUDKAN SUMBER EKONOMI MASJID.KAMIBERCITA-CITA MEWUJUDKAN RANGKAIAN MINIMARKET MASJID DAN SUPERMARKET UNTUKAKHIRNYA TERBENTUK LINGKUNGAN EKONOMI UMAT ISLAM YANG TERSENDIRI.

TEL:04 4387262 010 4470781 / 019 4470781 TEL/FAX 04 4389895

Minyak Atar Al-Barakah

MINYAK ATAR AL BARAKAH

Dalam usaha untuk mendapatkan kewangan untuk Tabong Kebajikan Anak Yatim dan FakirMiskin qariah ini,pihak masjid telah mengeluarkan minyak atar sendiri.Kini terdapat tiga jenisbauan.Tidak mengandungi alkohol.

Sila dapatkan dipintu masjid atau dari setiausaha. Untuk jualan secara borong atau perniagaan:- Harganya ialah

Botol Kecil RM 0.60 Botol Sederhana RM 1.20 Botol besar RM 2.50

Hasil jualan adalah untuk Tabong Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Masjid Al Barakah.

BANTULAH KAMI utk.MEMBANTU MEREKA YANGMEMERLUKAN.

TEL/FAX :04 4389895 Tel Atur: 019 4470781 EMAIL: [email protected]

17

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang)

PERANCANGANSEKOLAH RENDAH ISLAM

DZILALUL BARAKAH

PENGENALAN

Perkembangan kebangkitan Islam hari ini telah menampakkan perlunya pendidikan Islam perlu diluaskan sebagai satu kesinambungan usaha dan perjuangan.Masjid ini yang telah mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam(TASKI)sejak 10 tahun dahulu,merasakan perlunya usaha pendidikan Islam diteruskan ke peringkat rendah dan menengah.

RASIONAL

1.) Tidak ada institusi pendidikan Islam peringkat rendah di kawasan ini yang termampu oleh kebanyakan orang. 2.) Menjadi feeder school untuk sekolah menengah agama yang telah banyak ujud yang kini mendapat pelajar dari sekolah kebangsaan. 3.) Pendidikan Islam sepatutnya diasaskan dari peringkat awal pendidikan yang akan menjadi dasar kepada pendidikan seseorang insan seterusnya.

MATLAMAT

MEWUJUDKAN SEBUAH SEKOLAH RENDAH ISLAM YANG LENGKAP PRASARANANYA DANMELAKSANAKAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT RENDAH SEPENUHNYA BAGI MEMPERSIAPKAN DIRI PELAJAR MENGHADAPI PENDIDIKAN MENENGAH AGAMA DAN MENJADI ASAS PENDIDIKAN SELANJUTNYA.

PERANCANGAN KERJA

MEWUJUDKAN AJK DENGAN LANTIKAN OLEH AJK MASJID

PERMOHONAN MENDAPATKAN TANAH WAKAF SEBAGAI TAPAK

MEMOHON KEBENARAN DAN SOKONGAN JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH

MEMOHON KURIKULUM SEKOLAH RENDAH ISLAM DARI JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH

KERJA MEMBERSIH DAN MENAMBUN TAPAK

MEWUJUDKAN PLAN DAN ANGGARAN BELANJA

USAHA MENDAPATKAN KEWANGAN

MEMOHON KEBENARAN PEMBINAAN BANGUNAN DARI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

MEMBINA BANGUNAN SEKOLAH DAN PRASARANANYA

18

MEMBENTUK JAWATANKUASA TADBIR

PELANCARAN SEKOLAH RENDAH ISLAM DZILALUL BARAKAH

MAKLUMAT TAPAK SEKOLAH

KEDUDUKAN : LOT 701 MUKIM PEKULA DAERAH KOTA KUALA MUDA, KEDAH KELUASAN : 458 JEMBA 40 KAKI TARAF : DIWAKAFKAN ATAS NAMA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

PLAN CADANGAN

1.Bangunan 3 tingkat ~ 200 kaki X 24 kaki

15 bilik darjah (Boleh diubah suai menjadi dewan) Pejabat Bilik Guru Perpustakaan / Pusat Sumber Bilik air dan tandas lelaki / perempuan Setor

2.Bangunan Kantin

3.Gelanggang Takraw dan Badminton

4.Tempat letak basikal

5.Padang tempat perhimpunan

KURIKULUM

1. PENGGUNAAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH ISLAM SEPERTI YANG DIRANCANG OLEH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH. 2. PENGAJIAN AL QURAN SETIAP HARI. 3. PENDIDIKAN KURIKULUM IAITU PERSATUAN PELAJAR,PERMAINAN DAN REKREASI.

KEWANGAN UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN

1. WAKAF TANAH MERAH 2. SUMBANGAN INDIVIDU 3. SUMBANGAN AGENSI KERAJAAN 4. SUMBANGAN AGENSI KORPORAT 5. JUALAN CENDERAMATA 6. PROGRAM MENDAPATKAN KEWANGAN DITAPAK SEKOLAH 7. WAKAF BARANG BINAAN

KEWANGAN UNTUK OPERASI SEKOLAH

1. YURAN PELAJAR 2. PROJEK SUMBER EKONOMI SEKOLAH - MINIMARKET, KEDAI BUKU,KANTIN DAN KEDAI MAKAN 3. PROJEK PERTANIAN SEKOLAH 4. JUALAN CENDERAMATA UNTUK SUMBANGAN

19

5. TAJAAN OLEH PIHAK SWASTA DAN INDIVIDU 6. BERBAGAI USAHA LAIN YANG AKAN DIFIKIRKAN DAN DIGERAKKAN OLEH JAWATANKUASA BERKAITAN.

KESIMPULAN

KAMI DI MASJID AL BARAKAH MELIHAT BAHAWA TIDAK ADA JALAN LAIN UNTUK KITAMENGEMBALI-KAN KEKUATAN ISLAM MELAINKAN KITA KEMBALI KEPADA APA YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN DITUNJUKKAN OLEH RASULULLAH IAITU MEMBINA ASAS ILMU ISLAM YANG KUKUH DALAM SETIAP INDIVIDU ISLAM AKAN MENJADI LANDASAN BAGI MENGGERAKKAN UMAT ISLAM DIJALAN YANG BENAR DAN MEMBANGUN MENURUT APA YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH AZZAWAJALLA.

UNTUK MENCAPAI MATLAMAT INI,SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MESTILAH DIWUJUDKAN DARI PERINGKAT SEREBDAH-RENDAHNYA HINGGALAH SETINGGI-TINGGINYA UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN SETIAP PERINGKAT UMUR MANUSIA. MASJID SEBAGAI INSTITUSI MASYARAKAT DI RASA KAN BOLEH BERPERANAN SECARA BERKESAN UNTUK MEMENUHI HASRAT INI, INSYAALLAH!

Hulurkan sumbangan iklas anda kepada:SEKOLAH RENDAH ISLAM DZILALUL BARAKAH

Masjid Al Barakah08600 Tikam Batu Kedah Darul Aman

Bank Islam2-018-01719-49

TEL : 019-4470781, 04-4389895FAX : 04-4389895

EMAIL : [email protected] : http://www3.jaring.my/barakah

DATA KHAIRAT KEMATIAN 1999 MASJID AL BARAKAHDI BAWAH MNI TAKAFUL SDN BHD

JUMLAH PENYERTAAN674 KELUARGA

JUMLAH KUTIPAN YURANRM 13332.00

NOMBOR KONTRAK DENGAN MNI TAKAFULSFPK 00102

JUMLAH NILAI TUNTUTAN TELAH DIBAYARRM 1000.00

TARIKH TAMAT KEAHLIAN

20

24.12.99

AHLI TAHUN 1999 674 KELUARGA. TUNTUTAN KEMATIAN 5 AHLI DAN 1 ANAK.

KHAIRAT KEMATIAN PELAN TAKAFUL KELUARGA MNI TAKAFUL DAN MASJID AL BARAKAH TIKAMBATU, KEDAH DARUL AMAN

PENGENALAN

Umum menyedari bahawa kematian akan datang kepada kita tanpa sebarang amaran.Dengan itu persediaan menghadapinya mestilah dibuat termasuklah persediaan perbelanjaan pengurusan jenazah yang akan ditanggung oleh waris yang ada.Untuk memenuhi tujuan ini berbagai khirat kematian telah diujudkan.

KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL BARAKAH

Khairat kematian yang dicadang oleh masjid ini adalah satu pelan takaful keluarga anjuran MNI Takaful. Ianya merupakan khairat kematian juga tetapi ia dilaksanakan dalam bentuk besar-besaran melibatkan jumlah orang Islam di beberapa negeri.

1. Pengurusan: Ahli yang ingin menyertai khairat kematian ini hendaklah menyertainya menerusi Masjid al Barakah.Masjid akan menguruskannya dengan MNI Takaful dan satu sijil induk akan dikeluarkan kepada masjid.Ahli yang menyertainya akan menerima sijil yang dikeluarkan oleh pihak masjid. Sebarang urusan pembayaran yuran dan tuntutan hadiah kematian berhubung kematian hendaklah dibuat kepada masjid yang akan mendahulukan pembayaran dan kemudian menuntutnya dari MNI Takaful.Sekiranya ahli tidak membuat tuntutan dalam masa 2 minggu selepas kematian maka hak membuat tuntutan hadiah kematian dikira terbatal. 2. Penyertaan Sumbangan tahunan bagi setiap satu keluarga yang menyertainya ialah RM 15.00 untuk yuran penyertaan dan RM 5.00 untuk sumbangan khidmat pengurusan kepada pihak masjid menjadikan jumlah RM 22.00. 3. Keahlian Setiap satu keluarga yang mengandungi suami,isteri ,anak,anak angkat dan anak tiri boleh menyertai khairatkematian ini sebagai satu yunit.(bermaksud hanya menjelaskan sumbangan RM 20.00 saja) Bagi mereka yang mempunyai dua atau lebih isteri,maka setiap isteri dan anak-anaknya dikira satu yunit penyertaan. Keahlian adalah untuk satu tahun dan diperbaharui setiap tahun. Ahli-ahli yang berkahwin selepas menyertai khairat mati ini,maka isteri atau suaminya serta anak- anaknya akan terus mendapat manfaat .Pihak masjid mestilah dimaklumkan tentang hal ini. 4. Syarat umur: Ahli yang dewasa hendaklah berusia 18 hingga 65 tahun sahaja.Bagi ahli yang melebihi usia 65 tahun tidak dilindungi untuk masa kini.Di masa hadapan akan diusahakan. Ahli yang merupakan anak-anak hendaklah berusia 6 bulan hingga 23 tahun. Anak-anak dalam sesebuah keluarga hanya boleh dikira sebagai seorang ahli jika ia berusia 23 tahun ke bawah dan masih tinggal bersama keluarga serta belum berkahwin. Jika umurnya lebih 23 tahun maka ia boleh menyertai khairat kematian ini sebagai satu yunit berasingan. 5. Manfaat atau ganjaran: Kematian suami atau isteri RM 1000.00 setiap seorang Anak-anak(dihadkan kepada 3 kematian dalam setahun dari semua anak yang layak yang berusia 6 bulan hingga 23 tahun RM 500.00 setiap seorang 6. Edah perlaksanaan: Seseorang ahli terus akan mendapat manfaat khairat mati ini setelah semua nama disampaikan kepada MNI Takaful.Bagi program kali ini pihak masjid menetapkan tarikh bermula perlindungan pada 24/12/98. 7. Pengecualian pemberian ganjaran: · Sekiranya berlaku perceraian maka taraf keahlian mereka akan hilang. · Semua bentuk kematian yang bercanggah dengan hukum Islam seperti bunuh diri atau mabuk arak yang membawa kepada maut adalah tidak diberi ganjaran. 8. Niat menyertai khairat kematian: Semua ahli yang ingin menyertai khairat kematian ini dinasihatkan supaya meletakkan niat sumbangan sebagai sumbangan sedekah jariah bagi permuafakatan sesama Islam agar sumbangan ini menjadi sedekah jariah bagi membantu sesama Islam.Dengan itu sebarang keuntungan yang akan dikembalikan oleh MNI Takaful dari perkongsian keuntungan jika ada,akan dimasukkan dalam akaun khairat mati masjid dan akan digunakan bagi urusan kebajikan qariah.

21

CONTOH BORANG LIHAT DI HOMEPAGE

PERKHIDMATAN

Kereta Jenazah Pinjaman alatan memasak Kelas Komputer Pembesar suara mudahalih Khairat Kematian Sek.Ren. Islam Dzilalul Barakah Kemudahan Kursus Taski Pengiklanan di Masjid Mempertemukan Jodoh Pengiriman Fax Al-Barakah Catering Penggunaan Internet Mini Market Pemuda Khidmat Perubatan China

PERALATAN MASAKAN DAN PINGGAN MANGKUKAL BARAKAH CATERING

PERALATAN PINGGAN MANGKUK Dapur Pinggan kawah Pinggan Tambah periuk besar Mangkuk cerek Mangkuk Tambah Garpu dan camca besen gelas cawan jag kaca dan jag plastik tong ais senduk periuk kawah / belanga

22

Perubatan Tradisional China.

KHIDMAT PERUBATAN TRADISI CINA DI MASJID

Al-Barakah kini membuka khidmat Perubatan Tradisional Cina oleh seorang pakar perubatan Cina yang memeluk Islam dan tinggal di masjid ini. Beliau ialah Saudara Abdul Rashid Kong berasal dari Kwangtung, Cina dan berpindah ke Malaysia beberapa lama dahulu. Ilmu perubatannya diwarisi dari Tradisi Perubatan Cina di Kwangtung. Beliau kini memberikan khidmat suarela di masjid ini sepenuh masa.

Bentuk perubatan adalah ke arah mengenali penyakit, pengubatan secara urut dan picit jika sesuai atau mendapatkan ubat dari bahan perubatan di kedai ubat Cina.

Antara ubat yang istemewa dan terbukti dapat disembuhkan dengan izin Allah ialah penyakit gastrik. Khidmat beliau hanya kepada mereka yang datang ke Masjid Al-Barakah sahaja dan ramai antara mereka yang mengatakan berkesan. Bagaimanapun semuanya dengan izin Allah, bahkan ada yang mengatakan tidak sembuh. Ini adalah satu ikhtiar sahaja.

Bayaran adalah rendah dan sebahagiannya akan disumbangkan kepada Tabung Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin masjid ini.

Hubungi kami dengan telefon dan faksimili di no : 04-4389895, telefon bimbit no : 019 4470781

Pemuda Al-Barakah

PROGRAM RAKAN MASJID (PEMUDA AL BARAKAH)MASJID AL BARAKAH,TIKAM BATU,KEDAH

PENGENALAN

Keruntuhan akhlak golongan remaja dan pemuda hari ini telah menjadi gawat hinggakan berbagai pihak telah diseret sama untuk membincangkan isu ini serta mengambil tanggungjawab.Masjid sebagai sebuah institusi penting dalam masyarakat Islam juga tentunya mempunyai tanggungjawab dan peranannya.

MATLAMAT

Meletakkan kepimpinan pemuda dan belia di bawah masjid untuk menentukan arah kegiatan hidup pemuda bermatlamatkan ke arah pembinaan ilmu,kemantapan iman,ketinggian akhlak dan kehalusan budi pekerti generasi muda untuk merealisasikan hidup Islam.

OBJEKTIF ·

23

Menyatukan para remaja dan belia di bawah kepimpinan masjid melalui penubuhan badan PEMUDA AL BARAKAH. · Merancang dan mengawal program untuk badan berkenaan. · Membantu dan mendapatkan sumber kewangan serta kemudahan bagi badan berkenaan. · Menjalinkan hubungan dan berusaha merapatkan golongan belia dalam badan ini dengan masjid. · Melatih dan mendidik golongan belia ini untuk menjadi tenaga penggerak berbagai kegiatan masjid. Disamping itu mereka akan menjadi pelapis yang akan memimpin masyarakat dimasa depan. · Menangani gejala keruntuhan moral dengan cara mengatur program-program bagi mengisi masa lapang golonganbelia.

AKTIVITI

1.PENDIDIKAN - Kuliah muda mudi 2.SUKAN - Program sukan masjid - Penyertaan dalam berbagai program sukan anjuran berbagai pihak. 3.KHIDMAT KEBAJIKAN - Gotong royong pembersihan masjid dan kampung - membantu bebrbagai program masjid. - Khidmat di rumah kenduri - Khidmat di rumah yang ada kematian - Program keceriaan kampung 4.EKSPEDISI - Ke Gunung Jerai - Ke Trengganu 5.LATIHAN BINA SEMANGAT - Program Kembara 6.Menganjur Pertandingan Memancing di JPS 7.MENGENDALIKAN PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA DI KAWASAN PAM PEKULA 8.KHEMAH IBADAH DI PULAU BIDAN.

KEMPEN-KEMPEN

Kempen Anti MerokokKempen Anti Video Games

Kempen Anti LepakKempen Mercun dan Meriam

Kempen Wakaf Kemudahan AwamKempen Wakaf Buku

Kempen Solat BerjemaahKempen Derma DarahKempen Solat Jemaah

Tangkapam dan Pencegahan Maksiat

BAHAN PENERBITAN

BULETIN MINGGUAN MASJIDKAD-KAD DAKWAH

TANGKAI KUNCI MASJIDT-SHIRT MASJID

KALENDER MASJID

24

CONTOH

KERTAS KERJA MASJID CEMERLANG

25