Kertas Kerja Mural

download Kertas Kerja Mural

of 4

description

Kertas Kerja Mural

Transcript of Kertas Kerja Mural

SJK (C) TAI TONG

TAMAN KEMPAS

08000 SUNGAI PETANI

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN

MELUKIS MURAL

07 JULAI 2013 20 JULAI 2013

PROGRAM ANJURAN:

INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

PENGENALAN

Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan dari semua guru-guru SJK (C) Tai Tong.

Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah.

RASIONAL

Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.MATLAMAT

Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak langsung di sekolah.Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

OBJEKTIF

Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.NAMA PROGRAM

Projek Melukis Mural

ANJURANGuru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim dan guru-guru SJK (C) Tai Tong.TARIKH

7 Julai 2013 hingga 11 Julai 2013

TEMPATSJK (C) Tai Tong, Taman Kempas, 08000 Sungai Petani, Kedah.ORGANISASIPenasihat

:EN. Low Yew Fatt

(Guru Besar SJK (C) Tai Tong)

Mentor

:En. Tan Chee Yew

PELAN TINDAKAN PROJEKLangkahAktiviti

1Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis Rukun Negara melalui internet.

Mengukur saiz perkataan.Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti tali, pita ukur dan kapur.

2Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan berus.

Mencetak perkataan yang diperluakan untuk mural.

3Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.

4Memperbaiki perkataan yang dilukis.

5Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan dari SJK (C) Tai TongANGGARAN BELANJAWANBIL.PERKARAUNITHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

Cat Pelaka (hitam, merah)114.5029.00

Berus (4)24.208.40

JUMLAH KESELURUHAN37.40

PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh:

...........

(LEE XIAO TING )

Guru Pelatih,

IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disemak dan Disahkan oleh:

(EN. LOW YEW FATT)

Guru Besar,

SJK (C) Tai Tong