Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

9
KERTAS KERJA PROGRAM PERJUMPAAN IBU-BAPA MURID TAHUN 6 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK 1.0 PENDAHULUAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus yang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa yang dipelajari di sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan satu program wajib bagi sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu medium yang diguna pakai bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping dijadikan satu medan untuk bermuafakat serta bermusyawarah dalam membincangkan isu-isu pembelajaran murid-murid tahun 6. Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu landasan dalam memperbaiki pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh memastikan ibu- bapa dapat mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan anak-anak mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan dan pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelek 1

description

9

Transcript of Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

Page 1: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

KERTAS KERJA

PROGRAM PERJUMPAAN IBU-BAPA MURID TAHUN 6 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

1.0 PENDAHULUAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah merupakan satu penilaian khusus

yang diwajibkan kepada pelajar sekolah rendah sebelum menamatkan persekolahan

darjah enam. Peperiksaan ini dianggap penting kerana ia menggambarkan kesemua apa

yang dipelajari di sekolah rendah. Maka dengan itu, perjumpaan ibu-bapa telah dijadikan

satu program wajib bagi sekolah pada tahun ini. Perjumpaan ibu-bapa tahun 6 adalah satu

medium yang diguna pakai bagi melaporkan prestasi murid-murid tahun 6 disamping

dijadikan satu medan untuk bermuafakat serta bermusyawarah dalam membincangkan

isu-isu pembelajaran murid-murid tahun 6. Perkongsian pintar ini mampu dijadikan satu

landasan dalam memperbaiki pendidikan anak-anak mereka malah ibu-bapa juga boleh

memastikan ibu- bapa dapat mengenalpasti kelemahan dan juga kekuatan anak-anak

mereka dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2013.

Program ini bukan sahaja menumpukan perbincangan daripada segi perancangan

dan pengurusan murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan

intelek murid-murid tahun 6 selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin

melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek JERI (Jasmani, Emosi, Rohani &

Intelektual). Program ini dilihat sebagai satu program yang amat sesuai dijalankan dan

sewajarnya mendapat perhatian yang lebih daripada ibu-bapa kerana ia sedikit sebanyak

mampu memberikan perangsang dan juga wadah kepada murid-murid tahun 6 untuk terus

berjaya di dalam UPSR. Oleh itu, penganjuran program ini diharapkan mampu memikul

misi yang dipertanggungjawabkan agar Ilmu Sumber Intelek yang dimaksudkan di dalam

moto sekolah akan menjadi kenyataan.

1

Page 2: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

2.0 RASIONAL

2.1 Untuk Kecemerlangan murid tahun 6 2013

3.0 MATLAMAT

Perjumpaan ibu bapa adalah satu wadah yang dapat membantu sekolah dari segi;

3.1 Melaporkan kepada ibu-bapa mengenai prestasi semasa pelajar semasa

sepanjang proses pembelajaran di sekolah.

3.2 Ibu-bapa dapat memberikan tindakan sewajarnya kepada anak di bawah

jagaannya agar seiring dengan target sekolah.

3.3 Peruntukan kewangan tambahan melalui sumbangan ikhlas daripada

penjaga untuk Program Kecemerlangan UPSR 2013.

4.0 OBJEKTIF

Di akhir setiap program perjumpaan ibu-bapa, diharapkan semua ibu-bapa dapat;

4.1 Mengusulkan dan berkongsi pengalaman di dalam perancangan program-

program UPSR dalam meningkatkan prestasi anak-anak mereka terutama

semasa perjumpaan diadakan.

4.2 Mempelajari serta memahami serba sedikit tentang format kertas

peperiksaan yang diduduki anak.

4.3 Menasihatkan dan memastikan anak terus berusaha dan mematuhi arahan

guru dalam meningkatkan prestasi pencapaian anak.

2

Page 3: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

5.0 ANJURAN

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Bukit Rok.

6.0 TARIKH

Secara amnya, Program Perjumpaan Ibu-Bapa ini akan dijalankan 4 kali setahun. Berikut

ialah butiran perjalanan program;

6.1 Jangkamasa : 4 kali setahun

6.2 Tarikh : Ditetapkan dari semasa ke semasa bergantung

kepada kelapangan di dalam perancangan sekolah

7.0 LOKASI

Lokasi program yang dicadangkan adalah melibatkan Makmal Komputer sahaja.

8.0 CADANGAN PERASMIAN

Program ini juga akan menjemput perasmi untuk majlis perjumpaan ibu bapa kali 1.

Berikut ialah butir-butir perasmi yang dicadangkan;

8.1 PERASMI : ENCIK HAMINORDIN Penyelia Pendidikan Khas PPD Bera

8.2 DIF KEHORMAT : ENCIK LEE LAI CHENG Yang Di-Pertua PIBG

3

Page 4: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

9.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini diikuti oleh kesemua ibu atau bapa murid tahun 6. Berikut ialah

perincian bilangan peserta yang akan mengikuti program ini;

9.1 Ibu / bapa Pelajar Lelaki : 15 orang

9.2 Ibu / bapa Pelajar Perempuan : 20 orang

10.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK KECEMERLANGAN UPSR

Pengerusi : Puan Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rok

Timbalan Pengerusi : Encik Zolkipli B Hassan

Guru Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi I : Puan Mai Sarah Binti Yaakob

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Naib Pengerusi II : Encik Nik Mohamad Nazri B Nik Man

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (KOKO)

Setiausaha : Encik Md Bbasri B Md Radzi

Setiausaha Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR

Ahli Jawatankuasa :

1) Puan Saridah Binti Sonar

Guru Bahasa Melayu Kefahaman

2) Tn Hj Zainal Ashikhin B Ibrahim

Guru Bahasa Melayu Penulisan

3) Encik Muhamad Haniff B Ahmad Tajuddin

Guru Matematik

4) Encik Mohd Hafiz Bin Sulaiman

4

Page 5: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

Gurus Sains

11.0 AKTIVITI

Sepanjang program berjalan, beberapa aktiviti utama akan dijalankan seperti;

12.1 Sesi Debreafing dari guru-guru Matapelajaran

12.2 Pelaporan jika perjumpaan dilakukan selepas peperiksaan

12.3 Sesi Soa Jawab

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut ialah anggaran perbelanjaan kasar yang dianggarkan di sepanjang program;

PERBELANJAAN UNTUK 1 PERJUMPAAN

1 Fotostate Pamplet (40 X RM 0.10 X 2 muka) RM 80

2 Jamuan (40 X RM 3.00 X 4) RM 480

3 Hadiah Perasmian Perjumpaan Pertama RM 20

4 Rencam RM 50

5 Elektrik untuk air-cond (RM 5 X 4) RM 20

JUMLAH RM 650

PERBELANJAAN UNTUK 4 PERJUMPAAN

= RM650 X 4 = RM2600

16.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengelola agar program ini mendapat kelulusan daripada

pihak pentadbiran sekolah agar matlamat asal pelaksanaan program ini dapat dicapai.

Pihak kami juga menaruh harapan yang amat tinggi agar program ini mendapat sokongan

5

Page 6: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

dan pertolongan yang sepenuhnya daripada pihak pentadbiran sekolah kerana dengan

adanya program ini, maka akan lahirlah ibu-bapa yang lebih sensitif dan juga peka

terhadap perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.

6

Disediakan oleh;

………………………………..(Md Basri B Md Radzi)

SetiausahaKecemerlangan UPSR SK Bukit Rok

Disemak oleh;

………………………………..(Zolipli B Hassan)

Timbalan Pengerusi Jawatankuasan Induk

Kecemerlangan UPSR SK Bukit Rok

Disahkan oleh;

………………………………..(Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda)

Guru BesarSekolah Kebangsaan Bukit Rok

Page 7: Kertas Kerja Perjumpaan Ibu Bapa

7