Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

5
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ ABU BAKAR BAGINDA KERTAS KERJA BULAN SAINS DAN MATEMATIK TAHUN 2010 NAMA AKTIVITI: PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FOLIO 29 MAC HINGGA 20 APRIL 2010 SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA SEPANG, SELANGOR

description

Bulan sains dan matematik

Transcript of Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

Page 1: Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANDATO’ ABU BAKAR BAGINDA

KERTAS KERJA

BULAN SAINS DAN MATEMATIKTAHUN 2010

NAMA AKTIVITI:PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FOLIO

29 MAC HINGGA 20 APRIL 2010SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA

SEPANG, SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH :PN. ZARAH AHMAD

PN. NORLISANA MAHMOOD

Page 2: Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

1.0 PENDAHULUAN

Buku skrap dan folio adalah satu bahan yang dibina oleh pelajar secara kreatif berinformasi adalah sebahagian dalam kaedah pedagogi iaitu pembelajaran belajar cara belajar. Namun dalam membina buku skarp atau folio, guru pembimbimg khususnya guru subjek akan menentukan perkara penting yang perlu ada dalam kandungan buku tersebut. Folio dan buku skrap adalah satu kerja khusus PEKA Sains PMR terutamanya pelajar tingkatan satu. Pendedahan awal mengenai pelaksanaan buku skrap atau folio mampu membentuk warga sekolah yang berinformasi dan berdedikasi dengan rutinnya sebagai seorang pelajar yang berilmu pengetahuan.

2.0 RASIONAL

Pertandingan buku skrap dan pembuatan folio dilaksanakan sempena Bulan Sains dan Matematik adalah untuk mendedahkan pelajar kepada format kerja kursus terutamanya memenuhi syarat Peka Sains PMR. Selain itu, melahirkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran berfikir dalam menghasilkan satu informasi kreatif.

3.0 TUJUAN

Adalah menjadi hasrat dan impian guru-guru subjek sains untuk membentuk pelajar yang berjaya mencapai skor tertinggi dalam penilaian Peka Sains PMR. Selain itu, melahirkan kumpulan pelajar yang berupaya mengumul maklumat secara berkesan sekaligus menguasai kemahiran belajar cara belajar yang cemerlang.

4.0 OBJEKTIF

i. Folio yang dihasilkan dapat memenuhi elemen pemarkahan Peka Sains PMR yang telah ditetapkan dalam indikator pencapaian terutamanya pelajar tingkatan 1

ii. Pelajar dapat menguasai teknik Belajar cara Belajar : kemahiran mengumpul maklumat melalui penghasilan buku skarp bagi pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Dato’ Abu Bakar Baginda

(Pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4)

Page 3: Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

6.0 MODUL PROGRAM

i. Rangka Folio (Manual guru dan manual pelajar) dan syarat pertandingan buku skrap dibuat oleh guru pelaksana program.

ii. Taklimat kepada guru-guru subjek mengenai panduan pelaksanaan.

iii. Promosi oleh guru subjek

iv. Pemeriksaan berkala oleh guru subjek terutamanya folio tingkatan 1

v. Penilaian program oleh hakim pertandingan.

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh pertandingan : 29.3.2010 hingga 20.4.2010

Jenis pelaporan : Folio (tingkatan 1) adalah diwajibkan

Buku Skrap (tingkatan 2 dan tngkatan 4) secara terbuka

Hakim : Pn. Norlisana Mahmood

8.0 PERBELANJAAN PROGRAM

Pihak penganjur telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menjayakan Pertandingan Buku Skrap / Folio sempena Bulan Sains dan Matematik seperti di bawah.

Bil. Perkara Unit Jumlah (RM)

1. Plat hadiah 9 x RM5.00 45.00

2. Sijil penghargaan 9 x RM1.00 9.00

JUMLAH BESAR 54.00

9.0 PERUNTUKAN

Panitia Sains

Page 4: Kertas Kerja Pertandingan Buku Skrap

10.0 LAMPIRAN

i. Manual guru : Unicellular and multicellular organism

ii. Manual pelajar : Unicellular and multicellular organism

iii. Syarat pertandingan buku skrap

iv. Borang Penilaian pertandingan

11.0 PENUTUP

Pertandingan buku skrap dan folio adalah satu program sempena Bulan Sains dan Matematik. Aktiviti dirancang dengan begitu teliti supaya para pelajar dapat menghasilkan satu bentuk alat bahan bantu mengajar yang mampu menarik minat pelajar meminati subjek sains. Selain itu, pelajar juga dapat menguasai teknik Belajar Cara belajar dengan berkesan. Kaedah ini berjaya menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar, kemahiran maklumat, pengurusan masa dan gaya pembelajaran dan persediaan peperiksaan. Kesimpulannya, pertandingan ini juga dapat mencungkil kumpulan pelajar yang kreatif dalam memaparkan informasi berpengetahuan.

Disediakan oleh,

………………………..

(PN. ZARAH AHMAD)