Kertas kerja ppda 2015

6
KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG 2015 1.0 Pengenalan Program Anti Dadah adalah satu bentuk pendidikan awal kepada anak- anak murid untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan terjebak dalam masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang terlibat dalam penagihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya dadah. Kebanyakan jenayah dan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah di kalangan mereka yang tidak mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah. Pendedahan awal dalam pencegahan dadah ini adalah sangat penting memandangkan murid di sekolah rendah adalah gologan yang paling sesuai. 2.0 Matlamat Program Anti Dadah ini memberi kesedaran awal kepada anak-anak murid di sekolah ini berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping itu juga, bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui aktiviti seni dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah. 3.0 Objektif Program Anti Dadah ini adalah: 3.1 Memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan bahaya penagihan dadah. 3.2 Membantu murid-murid mengenalpasti cara-cara menghidarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah. 3.3 Mencungkil bakat serta potensi murid melalui aktiviti seni ke arah yang lebih positif. 4.0 Sasaran Murid tahun 1 hingga tahun 6, SK Pengkalan Lobang (48 orang)

Transcript of Kertas kerja ppda 2015

Page 1: Kertas kerja ppda 2015

KERTAS KERJA PROGRAM  SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG 2015

1.0           Pengenalan

Program  Anti Dadah adalah satu bentuk pendidikan awal kepada anak-anak murid

untuk menghindarkan diri daripada terlibat dalam penagihan dadah dan terjebak

dalam masalah sosial. Berdasarkan senario semasa, ramai anak muda yang terlibat

dalam penagihan dadah adalah merupakan mereka yang tidak mendapat didikan

awal berkaitan dengan bahayanya dadah. Kebanyakan jenayah dan masalah sosial

yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah di kalangan mereka yang tidak

mendapat didikan awal berkaitan dengan bahayanya penyalahgunaan dadah.

Pendedahan awal dalam pencegahan dadah ini adalah sangat penting 

memandangkan murid di sekolah rendah adalah gologan yang paling sesuai.

2.0           Matlamat

Program  Anti Dadah ini memberi kesedaran awal kepada anak-anak murid di sekolah ini berkaitan dengan bahayanya penggunaan dadah. Di samping itu juga, bertujuan untuk mengukuhkan lagi minda dan sikap anti dadah dan jauhi rokok dalam kalangan murid melalui aktiviti seni dan perkongsian maklumat dan mesej anti dadah.

3.0           Objektif

Program Anti Dadah ini adalah:

3.1           Memberi kesedaran awal kepada murid-murid di sekolah ini berkaitan dengan

bahaya penagihan dadah.

3.2           Membantu murid-murid  mengenalpasti cara-cara menghidarkan diri daripada terlibat

dalam penagihan dadah.

3.3           Mencungkil bakat serta potensi murid melalui aktiviti seni ke arah yang lebih positif.

4.0           Sasaran

Murid tahun 1 hingga tahun 6, SK Pengkalan Lobang (48 orang)

5.0           Tarikh

18 Mei 2015

Page 2: Kertas kerja ppda 2015

6.0           Tempat / Lokasi

Tempat                             :  Dewan SK Pengkalan Lobang

7.0           Tentatif Program

Tarikh Masa Aktiviti Tindakan

18/5/20151430 - 1500

Ceramah Anti Dadah

Kuiz Anti Dadah

Guru Anti

Dadah

1500 - 1600Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1)

Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2)Guru Kelas

1600 – 1630

Guru dan murid mengambil tempat

Nyanyian Lagu Negaraku

Nyanyian Lagu Sekolah

Ucapan aluan oleh Pengerusi Program

Ucapan penutup oleh Guru Besar

Penyampaian Hadiah

Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku

Jamuan ringan

Bersurai

Semua

Kakitangan

Sekolah

8.0 Anggaran Kos

Bil Perkara Harga Unit Jumlah

1. Hamper Kuiz Rm 25 4 Rm 100

2. Hadiah Melukis dan Mewarna

Tempat Pertama hingga Kelima Rm 6 10 Rm 60

Rm 160

Page 3: Kertas kerja ppda 2015

9.0          Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksana

JAWATANKUASA PELAKSANA

PROGRAM SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH

PENASIHAT

EN JAMIL BIN IBRAHIM

PENGERUSI

EN AHAD BIN DAMIT (PK HEM)

PENYELARAS

EN MUHAMMAD HILMI BIN MUHAMAD HANAFIAH

AJK MAKANAN

EN JELEPANG ANAK MADAK (K)

EN ABDUL PATAH BIN SARUJI

PENGACARA MAJLIS

EN HADEFI BIN DAUD

AJK HADIAH

PUAN IRMA HERINIZA BT SESUNI(K)

PUAN NORITA BT ABDULLAH

AJK PERTANDINGAN

EN MOHD AINIE BIN ABDUL KADIR (K)

EN ABG ZAIROL BIN ABG ABD WAHAB

CIK ANNIE ANAK JERRY

AJK KAWALAN MURID

ENCIK DRAHMAN BIN KERMA (K)

EN MOS ANAK SINTAU

AJK SIARAYA & BUKU PROGRAM

EN YHUHANI BIN HASMI (K)

EN ZEKRI BIN MOHD JANAH

AJK PERALATAN

EN CHONG YIAN KING (K)

CIK NURRAFIDAH BT SOUD

AJK HAKIM

EN HADEFI BIN DAUD (K)

EN MOHD AINIE BIN ABDUL KADIR

EN ULYSSES BIN TURKEY

Page 4: Kertas kerja ppda 2015

                                                                             

10.0       Penutup

Secara keseluruhannya, Program Sambutan Minggu Anti Dadah ini amat membantu

memberi pendidikan awal kepada murid - murid SK Pengkalan Lobang dalam

memahami perihal dadah dan menghindakan diri daripada tejebak dalam penagihan

dadah.

Disediakan oleh:    .....................................

(En Muhammad Hilmi Bin Muhamad Hanafiah)

Setiausaha Program Anti Dadah

Disemak oleh:        .......................................

                  (En Ahad Bin Damit)

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Diluluskan oleh:     .........................................

                              (En Jamil Bin Ibrahim)

Guru Besar SK Pengkalan Lobang

Page 5: Kertas kerja ppda 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG,

96400, MUKAH, SARAWAK.

KERTAS KERJA

PROGRAM SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH

PERINGKAT SK PENGKALAN LOBANG, MUKAH.

TARIKH :

18 MEI 2015

TEMPAT :

DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN LOBANG,

96400, MUKAH, SARAWAK.