Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

9
PROGRAM INTERVENSI SPM ERT 1.0 TAJUK PROGRAM 1.1 Mastery learning 1.1.1 Latar belakang Mastery Learning adalah satu program yang dirancang bagi memastikan pelajar menguasai keseluruhan kandungan yang terdapat di dalam sukatan mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. 1.1.2 Kaedah Pelaksanaan Program 1. Pelajar akan dibekalkan dengan buku teks ERT Tingkatan 4 dan soalan latihan akan diberikan. Terdapat 12 tajuk yang terdapat dalam silibus tingkatan 4 dan 12 tajuk dalam silibus Tingkatan 5. 2. Kelas tambahan petang akan di fokuskan kepada soalan latihan berbentuk esei daripada silibus tingkatan 4 ( sekurang-kurangnya 3 soalan esei bagi setiap topik) bagi membantu pelajar menguasai kandungan yang terdapat di dalam buku teks.

description

kelas tmbhn

Transcript of Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

Page 1: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

PROGRAM INTERVENSI SPM ERT

1.0 TAJUK PROGRAM

1.1 Mastery learning

1.1.1 Latar belakang

Mastery Learning adalah satu program yang dirancang bagi memastikan pelajar

menguasai keseluruhan kandungan yang terdapat di dalam sukatan mata pelajaran

Ekonomi Rumah Tangga.

1.1.2 Kaedah Pelaksanaan Program

1. Pelajar akan dibekalkan dengan buku teks ERT Tingkatan 4 dan soalan

latihan akan diberikan. Terdapat 12 tajuk yang terdapat dalam silibus

tingkatan 4 dan 12 tajuk dalam silibus Tingkatan 5.

2. Kelas tambahan petang akan di fokuskan kepada soalan latihan

berbentuk esei daripada silibus tingkatan 4 ( sekurang-kurangnya 3

soalan esei bagi setiap topik) bagi membantu pelajar menguasai

kandungan yang terdapat di dalam buku teks.

3. Program bermula dari bulan April hingga Oktober dan pada bulan

Ogos hingga Oktober, pelajar akan di dedahkan kepada soalan-soalan

percubaan daripada negeri lain serta soalan-soalan ERT SPM tahun

2012, 2013 dan 2014.

4. Bagi penguasaan tajuk bagi tingkatan 5, fokus akan di berikan

sepanjang proses pdp di dalam kelas dan soalan latihan berbentuk esei

akan di berikan ( sekurang-kurangnya 1 latihan dalam setiap pdp)

sebagai usaha menguji tahap kefahaman pelajar.

Page 2: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

5. Kelas tambahan malam akan memfokuskan kepada perbincangan

kelemahan pelajar dalam menjawab soalan esei bagi setiap tajuk yang

telah di beri. Guru akan membantu pelajar mengatasi kelemahan

tersebut.

1.1.3 Sasaran

Program ini disasarkan kepada semua pelajar yang mengambil elektif

ERT.

1.2 GALUS

1.2.1 Latar belakang

GALUS merupakan satu program yang bertujuan meningkatkan pencapaian

pelajar gagal kepada lulus. Program ini bertujuan mengurangkan peratus pelajar

yang mendapat Near Miss iaitu gagal bagi satu mata pelajaran.

1.2.2 Kaedah Pelaksanaan

1. Mensasarkan pelajar mampu memperoleh markah penuh bagi soalan

esei bahagian B iaitu Pengiraan Nilai Tenaga tanpa sebarang ralat.

Markah maksimum bagi bahagian ini ialah 15 markah

2. Memastikan pelajar menguasai tajuk-tajuk yang kerap keluar dalam

peperiksaan SPM seperti tajuk Penyerapan dan Pencernaan serta

soalan teori pembuatan pakaian yang merupakan soalan favourite.

3. Memastikan pelajar melaksanakan soalan latihan objektif terutama

soalan percubaan dari negeri lain. Pelajar akan di bekalkan dengan 20

soalan objektif bagi setiap tajuk. Pelajar disasarkan mampu

memperoleh sekurang-kurangnya 12 soalan yang betul bagi setiap

latihan.

Page 3: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

1.2.3 Kumpulan Sasaran

Program ini disasarkan kepada pelajar yang memperoleh markah purata

kurang daripada 30 dalam setiap peperiksaan yang telah dijalankan.

1.3 Program Score A

1.3.1 Latar belakang

Program Score A merupakan program yang bertujuan mensasarkan sekurang-

kurangnya seorang pelajar mencapai gred A bagi mata pelajaran ERT.

1.3.2 Kaedah Pelaksanaan

1. Tiga orang pelajar dikenalpasti mempunyai potensi mencapai gred A iaitu

Angellyna Octavia, Marchella Senaie dan Moyang Mon dari Tingkatan 5C.

2. Pelajar akan di bekalkan dengan tambahan soalan-soalan berbentuk kbat pada

setiap minggu.

3. Pelajar di beri sesi penerangan dalam kumpulan kecil di mana guru boleh

memberi fokus kepada kelemahan pelajar dalam menjawab soalan kbat.

4. Kelemahan pelajar ialah dalam memahami kehendak soalan. Pelajar dalam

kumpulan sasaran ini diminta untuk menganalisis kehendak soalan dan di

minta menerangkan kehendak soalan tersebut kepada kumpulan Galus. Ini

bertujuan menguji dan meningkatkan tahap kefahaman pelajar.

1.3.3 Kumpulan Sasaran

3 orang pelajar yang memperoleh purata markah melebihi 55% dalam

keseluruhan peperiksaan.

Page 4: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

2.0 Matlamat Program

2.1 Memudahkan guru mengenal pasti kelemahan pelajar dan seterusnya melakukan

penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

2.2 Meningkatkan peratus prestasi pelajar. (sekurang-kurangnya 10% bagi pelajar

berpencapaian sederhana dan 20% bagi pelajar berpencapaian lemah)

2.3 Meningkatkan kecemerlangan keputusan peperiksaan bagi matapelajaran ERT

dengan mencapai sasaran ETR 6.6

2.4 Menyasarkan sekurang-kurangnya seorang pelajar memperoleh gred A bagi mata

pelajaran ERT

3.0 Objektif Program

3.1 Pelajar dapat menguasai kandungan mata pelajaran

3.2 Pelajar dapat memahami kandungan pembelajaran terutama bagi tajuk yang sukar

3.3 Menganalisis kelemahan pelajar dalam menjawab soalan esei dan memberi

bimbingan teknik menjawab yang betul

4.0 Rasional Program

4.1 Dapat membantu proses pdp dan memudahkan guru dari aspek menyediakan bentuk

latihan dan nota yang sesuai dengan tahap pelajar

4.2 Mengenal pasti bahagian yang perlu di beri penekanan oleh guru sepanjang proses

pdp berlangsung

Page 5: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

5.0 Jawatan kuasa pelaksana

Penasihat :

Pengerusi :

Pengurus :

Setiausaha :

AJK :

6.0 Strategi

6.1 Memberi maklumat kepada semua guru dan pelajar yang terlibat

6.2 Memperbanyakkan bahan-bahan pdp yang secukupnya

6.3 Menggunakan soalan-soalan lepas serta soalan-soalan percubaan daripada negeri lain

6.4 Menyediakan kelompok pelajar mengikut tahap pencapaian bertujuan memudahkan

guru memberi fokus berdasarkan tahap pelajar.

Page 6: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

7.0 Jadual Pelaksanaan

BIL AKTIVITI A M J J O S O N TINDAKAN CATATAN

1

Perancangan Bersama

Panitia x               Ketua Bidang  

                       

2 Menyediakan bahan x x x x         Guru ERT  

                       

3 Perbincangan pelaksanaan   x             Panitia ERT  

  program                    

                       

4 Pelaksanaan program x x x x x x x x Guru ERT  

                       

5 Refleksi x x x x x x x x Guru ERT

5 Pemantauan     x       x  

PK/ Ketua

Bidang  

                       

8.0 Kewangan

9.0 Instrumen penilaian

9.1 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun

9.2 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun

9.3 Analisis Peperiksaan Percubaan SPM

10.0 Penutup

Cadangan dan usul yang dikemukakan ini diharap dapat meningkatkan prestasi mata

pelajaran ERT SPM dan seterusnya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Semoga

usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak yang terlibat dan dapat

Page 7: Kertas Kerja Program Intervensi Spm Ert 2015

meningkatkan kualiti dan juga kuantiti pencapaian pelajar bagi matapelajaran Ekonomi

Rumah Tangga.