KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

7
KERTAS KERJA ‘Pertandingan Gubahan Hantaran, Pertandingan Andaman & Ceramah Kesihatan’ 10 Mac 2011 Rumah Rehat Pekan Lama, Kota Marudu Dikelolakan oleh; Jiran Wanita, KRT Marudu Laut

Transcript of KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

Page 1: KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

KERTAS KERJA

‘Pertandingan Gubahan Hantaran,

Pertandingan Andaman & Ceramah Kesihatan’

10 Mac 2011

Rumah Rehat Pekan Lama, Kota Marudu

Dikelolakan oleh;

Jiran Wanita, KRT Marudu Laut

Page 2: KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

Pendahuluan

Kaum wanita sememang sinonim dengan banyak aktiviti bercorak kekeluargaan. Selaras

dengan itu, Jawatankuasa Jiran Wanita, Rukun Tetangga Marudu Laut , Kota Marudu telah

merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti termasuklah ‘Pertandingan Gubahan

Hantaran’, ‘Pertandingan Andaman’ dan ‘Ceramah Kesihatan’. Penganjuran ini bertujuan

untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan kesedaran dalam kalangan golongan wanita di

Kampung Marudu Laut ini terhadap aktiviti-aktiviti tersebut. Selain itu, penganjuran ini juga

bertujuan meningkatkan interaksi sosial dan elemen perpaduan sesama ahli komuniti

Kampung Marudu Laut agar selaras dengan gagasan ‘1 Malaysia’.

2.0 ) Objektif

1. Memupuk interaksi yang luas antara ahli-ahli jiran wanita.

2. Memperkenalkan aktiviti kemasyarakatan dan budaya masyarakat setempat melalui

aktiviti yang di jalankan.

3. Memberi peluang dalam mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

3.0 ) Aktiviti

1. Menyediakan peralatan peralatan yang di perlukan.

2. Menyediakan jamuan makan minum

3. Penyediaan Tempat

4. Aturcara program (lampiran B)

4.0) Penyertaan

1. 200 orang terdiri daripada penduduk KRT Marudu Laut, Penyelaras-penyelaras KRT

dan Pemimpin-pemimpin masyarakat KRT Marudu Laut.

5.0 ) Cadangan Ketetapan Program

Tarikh : 10 Mac 2011

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Rumah Rehat Pekan Lama, Kota Marudu

Perasmi : YBhg Anita Baranting ADUN P168 KOTA MARUDU

Kumpulan Sasaran : Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Page 3: KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

Cadangan Aturcara Program:

ATURCARA

MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN DAN

GUBAHAN HANTARAN

ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA MARUDU LAUT

DISEMPURNAKAN PERASMINYA OLEH

YANG BERBAHAGIA ANITA BARANTING ADUN P168.KOTA MARUDU.

MASA PERKARA

10.00 am - ketibaan Jawatankuasa / orang ramai

10.30 am - ketibaan Puan Nurul Akmalina ( Pengarah JPNIN )

- Ketibaan YB Anita Baranting ( ADUN P 168 )

- Nyanyian Lagu Negaraku

- Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku

- Bacaan Doa

- Ucapan alu-aluan Pengerusi KRT Marudu Laut

( En Abu Bakar Rashid )

- Ucapan Pengarah JPNIN ,Sabah

( Puan Nurul Akmalina Shamsuddin )

- Ucapan Perasmian Pertandingan Gubahan Hantaran

Oleh YB Anita Baranting ADUN P168

- Penyampaian Cenderakenangan oleh Pengerusi KRT

Kepada YBhg Puan Anita Baranting dan Pengarah

JPNIN Sabah.

- Persembahan kebudayaan daripada Jiran Wanita KRT

Marudu Laut.

- Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan gubahan

Hantaran Kategori Kaum ibu-ibu.

- Penyampaian hadiah bagi pertandingan Andaman.

- Jamuan Makan

2.00 pm - Majlis di jangka selesai

Page 4: KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

6.0 ) Tetamu Kehormat

1. Yang Berbahgia Anita Baranting ( ADUN P168 )

2. Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sabah

3. Pegawai Daerah Kota Marudu

4. Pegawai Perpaduan Daerah Kota Marudu

Anggaran Perbelanjaan

Perkara/Item Kuantiti Kos Seunit JumlahHadiah Pertandingan Gubahan Pertama Kedua Ketiga

1 Unit1 Unit1 Unit

RM 100.00 RM 80.00

RM 60.00

RM 100.00 RM 80.00RM 60.00

Hadiah Pertandingan Andaman Pertama Kedua Ketiga

1 Unit1 Unit1 Unit

RM 100.00 RM 80.00RM 60.00

RM 100.00 RM 80.00RM 60.00

Cenderahati Penceramah 2 Unit RM 50.00 RM 100.00Cenderahati Perasmi Cenderahati Pengarah JPNIN

1 Unit1 Unit

RM 100.00RM 100.00

RM 100.00RM 100.00

Cenderahati Pengadil Pertandingan Gubahan Pertandingan Andaman

3 Unit3 Unit

RM 50.00RM 50.00

RM 150.00RM 150.00

P.A Sistem 1 Set RM 300.00 RM 250.00Kain Rentang 1 Unit RM 150.00 RM 150.00Saguhati Pengerusi Majlis 1 Unit RM 50.00 RM 50.00Bunga Sisip 3 Unit RM 15.00 RM 45.00Makan/Minum 200 orang RM 10.00 RM 2000.00

ANGGARAN KOS KESELURUHAN RM 3575.00

Page 5: KERTAS KERJA Program Jiran Wanita

Penutup

Adalah diharapkan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan ia menjadi satu aktiviti

yang mendatangkan manfaat kepada golongan wanita di Kampung Marudu Laut khasnya

dalam mendalami dan memartabatkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan. Dengan

pelaksanaan program ini, diharapkan juga dapat meningkatkan ikatan perpaduan dan

semangat setiakawan dalam kalangan komuniti kampung Marudu Laut selaras dengan

slogan kerajaan dalam gagasan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Disediakan oleh;

(NORIAH HJ SINUN)Pengerusi Jiran Wanita

KRT Marudu Laut

Disahkan oleh;

(ABU BAKAR RASHID)Pengerusi

KRT Marudu Laut