kertas kerja PROGRAM MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

13
KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012 PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6/ CALON UPSR PERINGKAT SEKOLAH SK TANJONG MANIS, DARO 13 HINGGA 14 APRIL 2012 1.0 Pengenalan Program Motivasi Pelajar Tahun 6 merupakan aktiviti tahunan Unit Kurikulum SK Tanjong Manis, Daro di bawah Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS). Program ini anjuran bersama Panitia BM, BI, MT dan SN peringkat sekolah. Ianya diadakan bertujuan mengukuhkan lagi penguasaan dan persediaan pelajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2012. Melalui program ini juga, pelajar-pelajar dapat berkongsi teknik-teknik menjawab kertas soalan dengan betul dan berkesan. Program sebegini amat berkesan menyedarkan para pelajar betapa pentingnya pencapaian UPSR yang baik dan cemerlang bagi mereka. Pelbagai aktiviti seperti bengkel menjawab kertas soalan, ceramah motivasi diri dan latihan dalam kumpulan dirancang bagi memenuhi pengisian program motivasi ini. Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat memberi ruang dan peluang untuk calon-calon UPSR berubah, mengubah dan menambah ilmu pengetahuan serta menimba pengalaman yang amat bermakna. 2.0 Matlamat Program Motivasi 2.1 Membina jati diri dan meningkatkan motivasi di kalangan pelajar Tahun 6 2.2 Meningkatkan bakat dan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar. 1

Transcript of kertas kerja PROGRAM MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

Page 1: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6/ CALON UPSR

PERINGKAT SEKOLAH SK TANJONG MANIS, DARO

13 HINGGA 14 APRIL 2012

1.0 Pengenalan

Program Motivasi Pelajar Tahun 6 merupakan aktiviti tahunan Unit Kurikulum SK

Tanjong Manis, Daro di bawah Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS). Program ini anjuran

bersama Panitia BM, BI, MT dan SN peringkat sekolah. Ianya diadakan bertujuan mengukuhkan

lagi penguasaan dan persediaan pelajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2012. Melalui

program ini juga, pelajar-pelajar dapat berkongsi teknik-teknik menjawab kertas soalan dengan

betul dan berkesan. Program sebegini amat berkesan menyedarkan para pelajar betapa

pentingnya pencapaian UPSR yang baik dan cemerlang bagi mereka. Pelbagai aktiviti seperti

bengkel menjawab kertas soalan, ceramah motivasi diri dan latihan dalam kumpulan dirancang

bagi memenuhi pengisian program motivasi ini. Pelaksanaan aktiviti ini diharap dapat memberi

ruang dan peluang untuk calon-calon UPSR berubah, mengubah dan menambah ilmu

pengetahuan serta menimba pengalaman yang amat bermakna.

2.0 Matlamat Program Motivasi

2.1 Membina jati diri dan meningkatkan motivasi di kalangan pelajar Tahun 6

2.2 Meningkatkan bakat dan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar.

2.3 Memupuk kesedaran dan meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk

menghadapi peperiksaan.

3.0 Objektif Program

3.1 Pelajar lebih bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal sebelum menghadapi

UPSR sebenar.

3.2 Pelajar berpeluang meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab belajar,

keyakinan dan kebolehan diri.

1

Page 2: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

3.3 Menyemai komitmen serta sikap rajin bertanya, berfikiran kreatif dan inovatif di

kalangan pelajar, calon-calon UPSR.

3.4 Akhirnya pelajar dapat meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

4.0 Aktiviti-aktiviti Program Motivasi Tahun 6

Pelbagai aktiviti yang dirancang dalam program ini adalah berfokuskan kepada teknik-

teknik menjawab soalan-soalan UPSR dengan betul dan berkesan. Di dalam bengkel menjawab

soalan, murid dilatih untuk mengelakkan sebarang kesalahan yang lazimnya dilakukan oleh

calon-calon peperiksaan. Bengkel menjawab soalan terbahagi kepada empat mata pelajaran

utama iaitu BM, BI, MT dan SN. Progam ini akan dilaksanakan selama 2 hari, kelolaan bersama

Panitia BM, BI, MT dan SN SK Tanjong Manis, Daro 2012.

4.1 Bengkel menjawab kertas soalan : BM, BI, MT dan SN

4.2 Ceramah Motivasi Diri

4.3 Aktiviti Dalam Kumpulan

4.4 Pertandingan Sukan/ Permainan

5.0 Jawatan Kuasa Pengelola Program Motivasi SK Tanjong Manis, Daro 2012

Pengerusi : En. Sahbudin @ Sharaie bin Wet (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Azyana binti Ahmad (PK1)

Setiausaha : Pn. Raesah binti Serjen

Penolong Setiausaha : Pn. Normaziana binti Rampai @ Ramlie

Bendahari : Pn. Junainah binti Mantai

Penyelia Peserta : Pn. Salmiah binti Said

Jurugambar : En. Mohd Hairulhaswandi bin Mohd. Affandi

2

Page 3: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

JK Makanan & Minuman : Pn. Nora @ Norsaha binti Bolalim

Juruacara Majlis : En. Suhairullah bin Omar Ramih

Penceramah/ FC : BM – Pn. Mimut Khairiyah binti Kongli

BI – Pn. Azrunlinawati binti Suhaili

MT – Pn. Norhabibah binti Jamil

SN – En. Mohd. Nor Iqmal bin Naim

6.0 Kumpulan Sasaran

Jumlah peserta program motivasi pada tahun ini ialah 33 orang.

6.1 Seramai 33 orang pelajar Tahun 6 ( Calon UPSR 2012)

BIL. NAMA PENUH JAN. BANGSA TARIKH

LAHIR

NO. SURAT

BERANAK

1. Abdul Aziz b. Wini L Melanau 13.07.2000 L.00971/2000

2. Ahmad Shahril b. Zamri L Melanau 30.11.2000 L.01008/2000

3. Hafilah binti Halip P Melanau 16.06.2000 N.02884/2000

4. Khairunnisa bt. Mohammad Alwie P Melayu 21.04.2000 N.02030/2000

5. Mohd. Afiq Azizi b. Morshidi L Melanau 01.04.2000 L.00280/2000

6. Mohd. Syahrizan b. Sarbini L Melanau 08.12.2000 001208-13-0651

9. Muhd. Hamizan Afiq b. Hamden L Melanau 18.09.2000 L.00990/2000

7. Muhd. Ikhwan b. Sauffi L Melanau 08.04.2000 L.00281/2000

8. Muhd. Syafik Azizi b. Hasri L Melanau 01.10.2000 L.00992/2000

10. Muhd. Syafik Tarmizi Hakimi b. Ya

Mustafa

L Melayu 18.02.2000 G.00093/2000

3

Page 4: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

BIL. NAMA PENUH JAN. BANGSA TARIKH

LAHIR

NO. SURAT

BERANAK

11. Nur Aliah Athirah bt. Hamid P Melanau 13.01.2000 L.00998/2000

12. Nursyifahana bt. Abdul Rauf P Melanau 23.07.2000 N.03387/2000

13. Abdul Rahaman b. Rosli Abdullah L Melayu 19.11.2000 LL.129/2008

14. Afiq Azamuddin b. Pandi L Melanau 04.09.2000 L.00985/2000

15. Eni Damiati binti Redzuan Tung P Cina 13.07.2000 N.03259/2000

16. Fatin Maisyarah bt. Ismawadi P Melayu 06.08.2000 000806-13-0016

17. Hasmida bt. Abdullah P Cina 20.07.2000 000720-13-0202

18. Mohammad Nazirul Nazri bin

Maulana

L Melanau 03.10.2000 SK185220

19. Mohd. Mirza bin Mahmud L Melanau 17.07.2000 N.03352/2000

20. Muhd. Affendy b. Hamzi L Melanau 17.07.2000 L.00972/2000

21. Norman bin Maliki L Melanau 30.03.2000 A.02665/2000

22. Nur Aziah bt. Rezal P Melanau 25.04.2000 L.00601/2000

23. Nur Fatin binti Sidek P Melanau 22.05.2000 L.00460/2000

24. Nur Hazwani Aqilah bt. Dairy P Melayu 08.03.2000 P.00126/2000

25. Nur Qamarina bt. Azlan P Melanau 12.08.2000 T(1)00474/2000

26. Nursholehah bt. Ali P Melanau 28.03.2000 N.01429/2000

27. Nurul Syahada bt. Ibrahim P Melanau 23.03.2000 L.00277/2000

28. Nurul Syuhada bt. Abdul Mutalif P Melanau 30.10.2000 001030-13-0450

29. Safarina Empena ak. Mawang P Iban 18.06.2000 L.00877/2000

30. Siti Normanisa bt. Amir P Melanau 28.01.2000 T(1)00044/2000

BIL. NAMA PENUH JAN. BANGSA TARIKH NO. SURAT

4

Page 5: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

LAHIR BERANAK

31. Zulia bt. Hosen P Melanau 24.02.2000 T.00444/2000

32. Izzan Natasha Bt. Fauzi P Melayu 30.03.2000 N.01459/2000

33. Richie Richna Ak. Richard L Iban 29.03.2000 K.00379/2000

LELAKI : 15 ORANG BANGSA L P J

PEREMPUAN : 18 ORANG Melanau 12 12 24

JUMLAH : 33 ORANG Melayu 2 3 5

Iban 1 1 2

Cina - 2 2

JUMLAH KESELURUHAN 33

7.0 Jadual Aturcara Program Motivasi

Program ini akan dilaksanakan selama 2 hari bermula 13 hingga 14 April 2012,

5

Page 6: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

bertempat di SK Tanjong Manis, Daro.

~ Rujuk jadual dalam Lampiran A.

8.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil. Perkara Perkiraan Jumlah

1 Makanan & Minuman peserta RM x 33 org x 2 hari RM

2 Makanan & Minuman AJK Program RM x 33 org x 2 hari RM

3 Hadiah & Hamper (peserta)

i. Buku Kerja (RM x 33 = RM)

ii. Alat Tulis (RM/set x 33 = RM)

iii. Hadiah individu (RM20 x 5 = RM100)

iv. Hamper kump (RM50 x 4 = RM200)

RM + RM + RM100 + RM

200

RM

4 Bahan-bahan fotostat

~ Nota bengkel, slaid motivasi, contoh

kertas soalan

RM X 33 orang RM

5 Cenderamata / sijil penceramah RM X 4 orang RM

6 Lain-lain

i. Bateri Hela/ alat pembesar suara

ii. Kad Manila

iii. Kertas lukisan

iv. Peralatan Sukaneka

v. Fail kertas

~ RM 100.00

JUMLAH BESAR : RM

9.0 Kekangan

6

Page 7: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

Berdasarkan pengalaman dalam menganjurkan program motivasi yang lepas, pihak

sekolah mengalami beberapa kekangan yang sukar di atasi. Ianya sedikit sebanyak membantut

kelancaran semasa program ini dijalankan. Berikut adalah kekangan-kekangan yang dihadapi

oleh Jawatankuasa Penganjur mengikut keutamaan;

9.1 Masalah kewangan

Program Motivasi ini merupakan aktiviti tahunan Unit Kurikulum yang memerlukan kos

perbelanjaan yang besar. Sumber kewangan sekolah yang terhad menjadi penyebab utama

program ini kurang lancar, kurang berkesan dan kurang berjaya.

9.2 Tidak dapat menjemput penceramah motivasi dari luar

Kesan masalah kewangan dalam menganjurkan program selama ini, pihak sekolah tidak

mampu menjemput penceramah motivasi UPSR dari luar yang lebih bertauliah. Kos tuntutan

perjalanan dan bayaran penceramah jemputan amat tinggi kerana SK Tanjong Manis, Daro

merupakan sekolah tidak dapat menyeda….

9.3 Bahan-bahan & peralatan untuk pelajar

Kurang RM maka kuranglah bahan-bahan cetakan serta peralatan berguna yang dapat

diberikan kepada peserta-peserta motivasi. Bahan cetakan dari slot bengkel dan ceramah amat

penting untuk rujukan pelajar semasa mengulangkaji pelajar.

9.4 Tiada jamuan makanan dan minuman khas

Pihak penganjur menghadapi masalah besar dalam menyediakan jamuan makanan dan

minuman semasa program motivasi dijalankan. Sumbangan dari pihak PIBG sekolah sekitar

RM100.00 hanya digunakan semasa majlis penutupan. Makanan dan minuman khas dengan

menu istimewa juga merupakan suatu bentuk motivasi kepada para peserta program untuk lebih

bermotivasi daripada hari-hari biasa.

9.5 Tidak dapat menyediakan hadiah khas sebagai ganjaran kepada peserta

Ganjaran juga merupakan suatu cabang motivasi kepada pelajar yang dapat mencapai

objektif program ini. Hadiah-hadiah khas dari sumber kewangan yang mencukupi amat

diperlukan. Para peserta yang berjaya perlu dan sepatutnya diberi ganjaran bermakna sebagai

7

Page 8: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

penghargaan di atas usaha dan sikapnya untuk memajukan diri dan terus bermotivasi setiap

masa.

10.0 Penutup

Program Motivasi yang dirancang oleh Unit Kurikulum SK Tanjong Manis adalah satu

usaha murni bertujuan meningkatkan kesedaran diri para pelajar khususnya calon-calon UPSR

2012. Unit Kurikulum menitikberat program ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya serta

memberi kesan positif dalam usaha mempertingkatkan lagi keputusan UPSR sebelum ini yang

yang dikecapi sekolah dalam peperiksaan UPSR.

Pelajar bermotivasi dan mempunyai jati diri yang tinggi merupakan inspirasi para guru

khusus guru matapelajaran UPSR kelasTahun 6 dalam mencurahkan segala ilmu di dada.

Percayalah, pelajar yang bermotivasi membuat para guru lebih bermotivasi dan berdedikasi

semasa proses P&P di dalam dan di luar bilik darjah. Program ini merupakan serampang dua

mata yang dirancang sebagai aktiviti tahunan sekolah; melihat kepada kesan serta hasilnya dalam

jangka masa panjang terhadap pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Tanjong Manis, Daro.

Jawatankuasa penganjur amat memerlukan sumbangan berbentuk RM dari pihak

Yayasan Sarawak untuk keperluan yang tersenarai dalam perkara 8.0. Pihak sekolah menaruh

harapan yang tinggi agar suatu peruntukan kewangan khas dapat disalurkan oleh Yayasan

Sarawak dalam usaha membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak bangsa Sarawak

sendiri. Pihak Yayasan Sarawak boleh merujuk Pejabat Pelajaran Daerah Daro, Mukah untuk

melihat sendiri perkembangan dan peningkatkan prestasi UPSR dari tahun 2001 hingga 2011

yang lepas.

Peruntukan kewangan yang mencukupi amat besar maknanya untuk pihak sekolah kami

mentranformasi budaya belajar yang cemerlang di kalangan pelajar khususnya calon-calon

UPSR. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih sekiranya permohonan peruntukan

kewangan dari pihak Yayasan Sarawak diluluskan dan dapat disalurkan ke dalam akaun PIBG

SK Tanjong Manis bagi menjayakan program ini.

8

Page 9: kertas kerja PROGRAM  MOTIVASI PELAJAR T 6 SK TANJONG MANIS 2012.doc

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI SK TANJONG MANIS 2012

“PELAJAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… …………………………………….

( AZYANA BINTI AHMAD) ( SAHBUDIN @ SHARAIE BIN WET)

Setiausaha JK Pengelola Guru Besar,

Program Motivasi SK Tanjong Manis 2012 SK Tanjong Manis, Daro.

9