Kertas Kerja Projek Mural

4
SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK, KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PROJEK MURAL TEMPAT: KEBUN PPKI SK SETAPAK & DINDING SEKOLAH TARIKH : 4 Julai 2013 – 10 Julai 2013 ANJURAN: GURU PELATIH PRAKTIKUM IPG KAMPUS ILMU KHAS

description

kertas kerja projek mural di sekolah

Transcript of Kertas Kerja Projek Mural

GERKO_CONTOH KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK,KUALA LUMPURKERTAS KERJA

PROJEK MURALTEMPAT:

KEBUN PPKI SK SETAPAK & DINDING SEKOLAH

TARIKH:

4 Julai 2013 10 Julai 2013ANJURAN:

GURU PELATIH PRAKTIKUM

IPG KAMPUS ILMU KHAS 1.0 PENDAHULUAN

Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk mengadakan program keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid.Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.

3.0 OBJEKTIF Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah. Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan. Dapat menceriakan kawasan sekolah 4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh : 4 Julai 2013 10 Julai 2013Masa : Waktu PersekolahanTempat : Kebun PPKI5.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAANSemua guru pelatih internship PPKI SK.Setapak, Kuala Lumpur 6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung 1

: Puan Hasnah binti Hj Daud

Penaung 2

: Puan Noor Asyikin binti Taharim

Penasihat

: Encik Ahmad Razani bin YahPengerusi

: Cik Norfauziatul Akma binti Mohd NoorSetiausaha

: Cik Nur Faatihah binti Mohd HussinBendahari

: Cik Nor Atikah binti Sidi Hamat8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga program menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para murid disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disahkan oleh,

..

(Encik Ahmad Razani bin Yah)

Disediakan oleh,

(Cik Nur Faatihah binti Mohd Hussin)

Setiausaha, Projek Mural.