KERTAS KERJA SEGAK

16
1.0 TAJUK Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 2.0 PENDAHULUAN Program pelaksanaan ujian SEGAK melibatkan semua pelajar PISMP Semester 4 yang mengambil elektif Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110). Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mendidik guru pelatih untuk mengurus program yang berkaitan dengan ujian fizikal. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, elemen pengurusan merupakan satu elemen yang harus wujud dalam diri guru tersebut. Oleh itu, program ini boleh membantu dalam memberi pengalaman dan pengetahuan kepada guru pelatih dalam menyiapkan diri menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani. Ujian SEGAK ialah Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) yang telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Rekod penilaian kecergasan ini memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian ini bertujuan untuk memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan lebih bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. 3.0 RASIONAL Melalui program ini, guru pelatih akan dapat mengetahui cara merancang, mengurus mengelola dan mentadbir sesuatu program. Di samping itu, guru pelatih berpeluang untuk memperluas ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam aktiviti berbentuk ujian fizikal terhadap murid-murid. Guru pelatih juga dapat menambahkan pengalaman dalam membentuk komunikasi dengan murid-murid. 4.0 MATLAMAT 1

Transcript of KERTAS KERJA SEGAK

Page 1: KERTAS KERJA SEGAK

1.0 TAJUK

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

2.0 PENDAHULUAN

Program pelaksanaan ujian SEGAK melibatkan semua pelajar PISMP Semester 4

yang mengambil elektif Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110).

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mendidik guru pelatih untuk

mengurus program yang berkaitan dengan ujian fizikal. Sebagai seorang bakal guru

Pendidikan Jasmani, elemen pengurusan merupakan satu elemen yang harus wujud

dalam diri guru tersebut. Oleh itu, program ini boleh membantu dalam memberi

pengalaman dan pengetahuan kepada guru pelatih dalam menyiapkan diri menjadi

seorang guru Pendidikan Jasmani.

Ujian SEGAK ialah Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) yang telah dirancang selari dengan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah

dan Menengah.

Rekod penilaian kecergasan ini memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.

Ujian ini bertujuan untuk memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan

lebih bertanggungjawab dalam mencapai kesejahteraan diri dan negara selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan

2020.

3.0 RASIONAL

Melalui program ini, guru pelatih akan dapat mengetahui cara merancang, mengurus

mengelola dan mentadbir sesuatu program. Di samping itu, guru pelatih berpeluang

untuk memperluas ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam aktiviti berbentuk ujian

fizikal terhadap murid-murid. Guru pelatih juga dapat menambahkan pengalaman

dalam membentuk komunikasi dengan murid-murid.

4.0 MATLAMAT4.1 Memberi ilmu pengetahuan kepada guru pelatih tentang perancangan,

pengelolaan dan pelaksanaan sesuatu ujian di peringkat sekolah

1

Page 2: KERTAS KERJA SEGAK

4.2 Mewujudkan nilai kerjasama dalam kalangan guru pelatih yang bakal

menempuh cabaran pengurusan satu hari nanti

4.3 Mewujudkan nilai tanggungjawab dalam diri guru pelatih

4.4 Memberi kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya kecergasan

wujud dalam diri

4.5 Menyiapkan diri guru pelatih dalam menjadi seorang guru Pendidikan Jasmani

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memenuhi keperluan sukatan Pendidikan Jasmani

5.2 Memberi pengalaman kepada guru pelatih untuk merancang, mengurus dan

melaksanakan ujian

5.3 Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti

pendidikan dan pihak berkaitan.

5.4 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab.

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 25 September 2012

Masa : 7.45 hingga 9.45 pagi

7.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan

8.0 PENSYARAH

Pensyarah pembimbing PJM 3110 Kumpulan PISMP Matematik 2 Semester 4

En. Wan Azmanan Wan Yusoff

9.0 PESERTA

Pelajar PISMP Matematik 2 Semester 4

20 orang yang terdiri daripada 10 orang guru pelatih lelaki dan 10 orang guru pelatih

perempuan.

* Sila rujuk Lampiran A

2

Page 3: KERTAS KERJA SEGAK

10.0 KUMPULAN SASARAN

50 Orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Hor.

11.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran B

12.0 CARA PELAKSANAAN

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri

ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )

2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Persediaan: Murid mestilah melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.

KESELAMATAN1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :

(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;

(b) mengidap penyakit kronik; dan

(c) tidak sihat pada waktu ujian.

2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

PELAPORAN

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.

2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.

3. Guru melaporkan hasil ujian

Untuk pelaksanaan setiap item sila rujuk Lampiran C

3

Page 4: KERTAS KERJA SEGAK

13.0 SENARAI ALATAN

Rujuk Lampiran D

14.0 PENGANGKUTAN

Kenderaan Sendiri

15.0 ANGGARAN PERBELANJAANA. PERBELANJAAN

B. PENDAPATAN

Bil Perkara Per Unit Jumlah

1 Wang Dana Kutipan Kelas RM2.50 X 20 RM50

16.0 PENILAIAN MARKAHRujuk Lampiran E

17.0 BORANG-BORANG BERKAITAN

Rujuk Lampiran F

18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para guru

pelatih dengan menunjukkan kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika

kegururan. Selain itu, diharapkan agar guru pelatih dapat membina pemikiran yang

positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Semoga segala aktiviti yang

telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripadas emua

4

Bil Perkara Per Unit Jumlah

1 Sarapan pagi RM2.00 x 20

peserta

RM 40.00

2 Bahan fotostat ( borang

berkaitan)

RM 0.10 x 100

helai

RM10.00

Jumlah RM 50.00

Page 5: KERTAS KERJA SEGAK

pihak. Semoga Program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada

guru-guru pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka masing-masing

Disediakan oleh: Disemak oleh,

.................................................. ......................................................

(SITI NUR KAMILAH BT MOHD. HANIF) (WAN AZMANAN B. WAN YUSOFF)

Setiausaha, Pensyarah Penasihat,

Program Penilaian SEGAK, PISMP Matematik 2 Sem 4

PISMP Matematik 2. IPG Kampus Kota Bharu.

IPG Kampus Kota Bharu.

Disahkan oleh:

.....................................................

(HJ. HASHIM BIN DERAMAN)

Pengarah,

IPG Kampus Kota Bharu.

5

Page 6: KERTAS KERJA SEGAK

LAMPIRAN A

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasasn Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu

PISMP Matematik / Pendidikan Jasmani / Bahasa Inggeris (2)

Semester 4 Ambilan Januari 2011

Senarai Nama Peserta

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

1 Afif Zulfathi Bin Jaafar 910409-09-5133

2 Ahmad Amir Najmi Bin Mohd Razali 910917-11-5161

3 Ahmad Firdaus Bin Azeman 910125-01-6245

4 Ahmad Subki Bin Ahmad 910216-02-5251

5 Alhafiz Bin Mohamad 890522-03-5399

6 Azamerudin Bin Ngah 910914-11-5107

7 Muhammad Fiqry Aiman Bin Md Zubadi 911112-01-7489

8 Muhammad Shahrizan Bin Ahmad Junaidi 900109-08-6025

9 Muhammad Syafiq Bin Che Morat 911213-02-5883

10 Raja Mohamad Allef Bin Raja Harun 900501-03-6081

11 Anis Faeeza Bt Ghazali 900419-11-5194

12 Marzhati Bt Roslan 900204-02-5888

13 Noralina Hanim Bt Haji Yaakub 911012-11-5516

14 Nur Hidayah Bt Muhiddin @ Yidin 891025-03-5448

15 Nur Izzati Bt Kamarudin 910406-03-5274

16 Nur Majidah Bt Mahadi 910403-03-5156

17 Puteri Nur Syafiqah Bt Hamidi 910715-06-6162

18 Siti Maznah Bt Azmi 910409-03-5632

19 Siti Nur Kamilah Bt Mohamed Hanif 911114-03-5082

20 Siti Rafiqah Adnin Bt Mohd Rosdan 910718-03-5740

6

Page 7: KERTAS KERJA SEGAK

LAMPIRAN B

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasasn Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Senarai Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : Encik Wan Azmanan Wan Yusoff

Pengurus Program : Muhammad Fiqry Aiman Bin Md. Zubadi

Timb. Pengurus Program : Puteri Nur Syafiqah bt. Hamidi

Setiausaha : Siti Nur Kamilah bt Mohamed Hanif

Bendahari : Nur Hidayah Bt Muhiddin @ Yidin

Ahli jawatankuasa

a. Alatan :

i. Ahmad Firdaus Bin Azeman

ii. Afif Zulfathi Bin Jaafar

b. Persiapan tempat :

i. Nur Izzati Bt Kamarudin

ii. Raja Mohamad Allef Bin Raja Harun

c. Statistik :

i. Ahmad Amir Najmi Bin Mohd Razali

ii. Anis Faeeza Bt Ghazali

d. Jangkauan Melunjur :

i. Nur Majidah Bt Mahadi

ii. Muhammad Shahrizan Bin Ahmad Junaidi

e. Bangkit tubi :

i. Noralina Hanim Bt Haji Yaakub

ii. Muhammad Syafiq Bin Che Morat

f. Naik turun bangku :

i. Alhafiz Bin Mohamad

ii. Marzhati Bt Roslan

g. Ujian antropometrik :

i. Siti Rafiqah Adnin Bt Mohd Rosdan

ii. Ahmad Subki Bin Ahmad

h. Tekan tubi :

i. Azamerudin Bin Ngah

7

Page 8: KERTAS KERJA SEGAK

iii. Siti Maznah Bt Azmi

LAMPIRAN C

Nama Ujian:

Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Pengukur tinggi2. Penimbang berat3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini hendaklah dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

8

Page 9: KERTAS KERJA SEGAK

Lelaki

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.0

10 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.2

11 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.2

12 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.2

13 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.2

14 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.0

15 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.8

16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6

17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2

Perempuan

Umur (Tahun) Kurang berat Normal

Berisiko Berat Berlebihan

Berat berlebihan

9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.8

10 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.9

11 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.0

12 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.2

13 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.2

14 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.2

15 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.0

16 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.8

17 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6

9

Page 10: KERTAS KERJA SEGAK

Nama Ujian:

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm2. Jam Randik3. Borang Skor4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak

semasa ujian dijalankan.)3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas

bangku.3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti

kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya).5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan

kadar 96 detik seminit selama 3 minit.6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru

Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.8. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

10

Page 11: KERTAS KERJA SEGAK

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Lelaki

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).3. Jam Randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya

meneruskannya.5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut

arahan 1 hingga 3.6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi Suaian

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Jantina:

Perempuan

11

Page 12: KERTAS KERJA SEGAK

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata.2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).3. Jam randik.

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut

arahan 1 hingga 3.6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.

Nama Ujian:

Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm2. Pita ukur 3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

12

Page 13: KERTAS KERJA SEGAK

2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat

pertama.5. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan

menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal

(ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.7. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar

50 detik seminit selama 1 minit.8. Murid B mengira ulangan perlakuan.9. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-

9.1 Berasa tidak selesa.9.2 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.9.3 Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan ringkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.2. Tumit diangkat.3. Badan/ bahu senget.4. Punggung terangkat.5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan ringkuk yang tidak betul.

1. Rapatkan belakang ke lantai.2. Bahu sentuh lantai.3. Rapatkan tumit ke lantai.4. Seimbangkan bahu/badan.5. Buka kaki.6. Bengkokkan lutut.

Nama Ujian:

Jangkauan Melunjur

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

Jantina:

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:

13

Page 14: KERTAS KERJA SEGAK

1. Alat pengukur jangkauan 2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

5. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.

6. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

7. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku.

14

Page 15: KERTAS KERJA SEGAK

LAMPIRAN D

Program Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasasn Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Senarai Alatan

BIL ALATAN BILANGAN Catatan

1 Pengukur Tinggi 2

2 Penimbang Berat 2

3 Metronome 90 beats 1 Guna rakaman jika tidak ada

4 Metronome 50 beats 1 Guna rakaman jika tidak ada

5 Stop watch 6

6 Bangku (tinggi 30.5 cm) 2

7 Tilam Tekan Tubi 1

8 Tilam Sit up 1

9 Pita Ukur 1

10 Borang uji segak 50

11 Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).

4

12 Alat pengukur jangkauan 1

15

Page 16: KERTAS KERJA SEGAK

LAMPIRAN E

LELAKI 12 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1Naik Turun Bangku 71 ke bawah 72 - 123 100 - 124 125 - 149 150 ke atas

Tekan Tubi 28 ke atas 17 - 27 6 - 16 1 -5 0Ringkuk Tubi Separa 35 ke atas 24 - 34 12 - 23 1 - 11 0Jangkauan Melunjur 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 19 -24 18 ke atas

PEREMPUAN 12 TAHUN

Skor 5 4 3 2 1Naik Turun Bangku 77 ke bawah 78 - 107 108- 137 138 - 167 168 ke atas

Tekan Tubi 29 ke atas 20 -28 10 - 19 1 -9 0Ringkuk Tubi Separa 29 keatas 28 - 31 15- 27 1 - 14 0Jangkauan Melunjur 39 ke atas 33 - 38 25 - 32 18 - 24 17 ke bawah

KEPUTUSAN KESELURUHAN

BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN

1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG

2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK

3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK

4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA

5. 4 HINGGA 6 E PERLU USAHA LAGI

16

Page 17: KERTAS KERJA SEGAK

17