Kertas Kerja Sofbol Cimb

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI 09400 PADANG SERAI KEDAH TEL: 04430469 EMAIL: [email protected] KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN PASUKAN SOFBOL SK SIDAM KIRI 2014/2015

description

paperwork

Transcript of Kertas Kerja Sofbol Cimb

Page 1: Kertas Kerja Sofbol Cimb

SEKOLAH KEBANGSAAN SIDAM KIRI 09400 PADANG SERAI KEDAH

TEL: 04430469EMAIL: [email protected]

KERTAS KERJAPROGRAM PEMBANGUNAN PASUKAN

SOFBOLSK SIDAM KIRI 2014/2015

Page 2: Kertas Kerja Sofbol Cimb

1.0 PENDAHULUAN

Permainan sofbol kini telah mula berkembang dan mendapat perhatian serta menarik

minat golongan remaja khasnya kalangan pelajar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi

pengajian tinggi. Justeru itu berbagai kejohanan telah diadakan sama ada di peringkat daerah,

negeri atau di peringkat nasional seperti MSSM,SUKMA, Inter-varsiti dan Kebangsaan. Malah pada

peringkat antarabangsa sofbol telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam kejohanan-

kejohanan seperti Sukan SEA, Sukan ASIA dan Sukan Olimpik. Terdapat juga pertandingan-

pertandingan khas untuk sofbol sahaja di semua peringkat. Sofbol adalah satu permainan yang

kompleks kerana ia merupakan permainan yang penuh dengan taktikal. Oleh itu pihak SK Sidam

Kiri telah mengorak langkah untuk melaksanakan program untuk membangunkan pasukan

sofbol sekolah.Program ini adalah untuk memastikan pasukan sofbol sekolah agar tidak

ketandusan pemain berbakat bagi mengekalkan kecemerlangn yang telah dikecapi sebelum

ini.Namun bagi menjayakan program ini secara berterusan pihak sekolah memerlukan suntikan

dana kewangan bagi membeli pelbagai peralatan sofbol yang baru bagi menggantikan peralatan

lama yang semakin lusuh.Justeru itu pihak sekolah memohon jasa baik pihak CIMB bank untuk

memberi suntikan kewangan bagi membantu pihak sekolah.Berikut adalah maklumat berkaitan

program yang dijalankan

2.0 MATLAMAT.

Melahirkan pemain yang berkualiti dengan menggunakan kelengkapan yang berkualiti serta selamat dan seterusnya melahirkan kumpulan pemain sekolah yang mahir untuk menyertai pertandingan yang lebih kompetetif.

3.0 OBJEKTIF.

3.1 Supaya sekolah ini dapat rnembentuk sebuah pasukan sofbol yang mantap.

3.2 Memberi peluang kepada lebih ramai pelajar berbakti kepada sekolah ini.

3.3 Supaya dapat menimbuikan perasaan bangga dan cintakan sekolah melalui pasukan dan

permainan sofbol.

3.4 Supaya dapat dijadikan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengisi masa terluang pelajar di

luar waktu persekolahan rasmi

3.5 Supaya dapat melahirkan pelajar yang cergas , cerdas, berwawasan , bersemangat juang,

kreatif dan berinovasi dalam semua aspek.

3.6 Supaya dapat mewujudkan insan yang berdisiplin dan bertatasusila dalam kehidupan

Page 3: Kertas Kerja Sofbol Cimb

harian.

3.7 Supaya pasukan sofbol SK Sidam Kiri sentiasa mempunyai kesinambungan pemain berbakat

untuk membawa cabaran setiap tahun

4.0 JAWATAN KUASA PROGRAM PEMBANGUNAN SOFBOL SK SIDAM KIRI

PENGERUSI : EN MOHAMAD BIN HUSSAIN (GURU BESAR)TIMB. PENGERUSI : EN ZAKARIAH BIN MOHAMAD ZAIN (PK1)NAIB PENGERUSI 1 : EN MOHD AZAHARI B. HAMID (PKKO)NAIB PENGERUSI 2 : PN AZIZAH BT ABD MAJID (PK HEM)

PASUKAN LELAKIJURULATIH 1 :EN MAZLAN BIN JAMALJURULATIH 2 :EN MUHD NOOR ZUHALIME

PASUKAN PEREMPUANJURULATIH 1 :PN CHE LIAH BT AHMADJURULATIH 2 :PN FADZILAH BT CHE DIN

5.0 IMPAK PROGRAM KEPADA PELAJAR

Pelajar dapat bermain dengan menggunakan peralatan yang berkualiti dan selamat serta mewujudkan semangat untuk menang.

6.0 IMPAK PROGRAM KEPADA SEKOLAH

SK Sidam Kiri akan dikenali berdasarkan pencapaian baik dalam permainan sofbol di Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan

7.0 TARIKH PENGGUNAAN ALATAN

Sepanjang Tahun.Latihan dijalankan 3 hari dalam seminggu .

8.0 KUMPULAN SASARAN Tahun 4,5,dan 6

Page 4: Kertas Kerja Sofbol Cimb

9.0 JADUAL PROGRAM LATIHAN SOFBOL SETIAP MINGGU(Tertakluk pada perubahan)

HARI/MASA KEMAHIRAN MURID TERLIBAT/SASARAN

RABU3.30 PTG -6PTG

-MEMBALING DAN MENANGKAP BOLA-ASAS UNTUK PITCHER DAN CATCHER-MEMUKUL BOLA

MURID TAHUN 4

KHAMIS3.30 PTG - 6 PTG

-MEMBALING DAN MENANGKAP BOLA-PITCHING (PITCHER)-CATCHING (CATCHER)-MEMUKUL BOLA-MEMADANG

MURID TAHUN 5

SABTU8 PAGI - 11 PAGI

-MEMBALING DAN MENANGKAP BOLA-PITCHING (PITCHER)-CATCHING (CATCHER)-MEMUKUL BOLA-MEMADANG-LARIAN BES KE BES

MURID TAHUN 6 PASUKAN SEKOLAH

10.0 JENIS DAN ANGGARAN HARGA ALATAN SOFBOL YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS ALATAN KUANTITI ANGGARAN HARGA1 UNIT (RM)

JUMLAH HARGA (RM)

1. LEATHER GLOVE (LEFT)(pasukan lelaki/perempuan)

25 UNIT RM 198 RM 4950

2 LEATHER GLOVE (RIGHT)(pasukan lelaki/perempuan)

5 UNIT RM 198 RM 990

3 BAT SOFTBALL (KOMPOSIT)BAT SOFTBALL (ALUMINIUM)

1 UNIT1 UNIT

RM 800RM 400

RM 800RM 400

4 BOLA SOFTBALL (TOURNAMENT)10 UNIT RM 45 RM 450

5 CATCHERS HELMET + FACE MASK 2 UNIT RM 260 RM 520

6 SOFTBALL BODY PROTECTOR(JUNIOR)

2 UNIT RM 150 RM 300

7 SOFTBALL LEG PROTECTOR(JUNIOR)

2 PASANG RM 200 RM 400

8 SOFTBALL PITCHING MACHINE 1 UNIT RM 3500RM 3500

9 SOFTBALL BATTING HELMETS 5 UNIT RM 72 RM 360

Page 5: Kertas Kerja Sofbol Cimb

10 BASE(1,2,3), PITCHER PLATE AND HOME PLATE

1 SET RM 500 RM 500

11 PAKAIAN SOFTBALL (TOURNAMENT)

30 PASANG RM 80 RM 2400

JUMLAH KESELURUHAN RM 15,570

10.1 ANGGARAN KOS DIPERLUKAN RM 15,570

10.2 PENCAPAIAN PASUKAN SOFBOL SK SIDAM KIRI 2011 - 2014

Bil TAHUN Tahap Pencapaian Pencapaian Pemain

1.2011

PASUKAN LELAKI-N.Johan peringkat daerah

PASUKAN PEREMPUAN-Johan peringkat daerah

- 5 Pemain lelaki & 3 pemain perempuan mewakili Kuala Muda Yan(KMY) ke peringkat negeri

-2 orang wakil Kedah ke peringkat kebangsaan di Pahang (MSSM)i.NurAnati bt Mohd Zahirii.NurAnisa bt Aziz

22012

PASUKAN LELAKI-N.Johan peringkat daerah

PASUKAN PEREMPUAN-N.Johan peringkat daerah

-3 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan mewakili KMY ke peringkat negeri

-1 orang pemain perempuan mewakili Negeri Kedah ke peringkat kebangsaan di Johor (MSSM)I.Nur Nasuha bt Nor Azlan

32013

PASUKAN LELAKI-Ketiga peringkat daerah

PASUKAN PEREMPUAN-Johan peringkat daerah

-2 orang pemain lelaki& 6 orang pemain perempuan mewakili KMY ke peringkat negeri

- 1 orang pemain lelaki & 3 pemain perempuan mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan .(MSSM)-i. Muhd Anas b. Abu Zakiii.Nursyazana bt Ahmad Syukri

Page 6: Kertas Kerja Sofbol Cimb

iii.Ain Anatasya bt Ahmad Sabriiv.Nurul fatehah bt Hazizi

42014

PASUKAN LELAKI-Ketiga peringkat daerah

PASUKAN PEREMPUAN-N.Johan peringkat daerah

- 3 orang pemain lelaki dan 5 orang pemain perempuan mewakili KMY ke peringkat negeri

-Pemilihan pemain ke peringkat kebangsaan masih dijalankan.

PENUTUP

Sesungguhnya pihak pelaksana menaruh harapan yang tinggi agar peralatan ini dapat dibeli untuk menggantikan peralatan lama yang hampir rosak. Adalah diharapkan dengan adanya sokongan untuk pembelian alatan ini, ianya akan meningkatkan lagi kemahiran serta kualiti bermain setiap pemain (pelajar) dan seterusnya berjuang untuk mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat yang lebih tinggi

Disediakan oleh : Disokong oleh, ___________________ _____________________(EN MAZLAN BIN JAMAL) (EN MOHAMAD BIN HUSSAIN)Jurulatih Pasukan Sofbol Guru BesarSK Sidam Kiri ,Padang Serai SK Sidam Kiri,Padang Serai Kedah Kedah

Page 7: Kertas Kerja Sofbol Cimb