Kertas Kerja Surau Skkp2

10
KERTAS KERJA PEMBINAAN SURAU SK KANGKAR PULAI 2 BANDAR BARU KANGKAR PULAI 81110 KULAIJAYA JOHOR DARUL TAKZIM Disediakan oleh: Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Surau Skkp2

Page 1: Kertas Kerja Surau Skkp2

KERTAS KERJA

PEMBINAAN SURAU SK KANGKAR PULAI 2BANDAR BARU KANGKAR PULAI

81110 KULAIJAYAJOHOR DARUL TAKZIM

Disediakan oleh:Jawatankuasa Pembinaan Surau

SK Kangkar Pulai 2

Page 2: Kertas Kerja Surau Skkp2

KANDUNGAN HALAMAN

Mukadimah

Objektif

Rasional

Ahli jawatankuasa pembinaan surau SK Kangkar Pulai 2

Fasa-fasa pembinaan

Cadangan pembinaan surau SK Kangkar Pulai 2

Kos pembinaan

Pelan tapak surau SK Kangkar Pulai 2lampiran

Pelan bangunan surau SK Kangkar Pulai 2lampiran

Penutup

Page 3: Kertas Kerja Surau Skkp2

MUKADIMAH

SK Kangkar Pulai 2 merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Daerah Kulaijaya, Johor. Jumlah keseluruhan pelajar ialah sebanyak 1608 orang murid dan majoriti murid beragama Islam. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan menjalankan aktiviti Agama dan J-Qaf. Buat masa sekarang, surau hanyalah kelas-kelas yang dibuka untuk dijadikan dewan untuk solat berjemaah. Oleh kerana jumlah murid yang ramai surau yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada semua pelajar, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud mewujudkan sebuah surau baru khas di dalam kawasan sekolah ini. Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup pelajar Islam di sekolah ini. Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk dan membina akhlak yang baik. Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 untuk merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan surau yang dimaksudkan. Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin memberikan sumbangan berupa kewangan dan sebagainya demi tercapainya cita-cita seluruh Warga sekolah SK Kangkar Pulai 2 ini.

OBJEKTIF

“Mewujudkan satu tempat ibadah untuk keperluan jemaah sekolah SK Kangkar Pulai 2serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesaselaras dengan tuntutan Islam”

RASIONAL

1. Ketiadaan surau khas di dalam kawasan sekolah yang selesa.2. Memiliki tapak yang amat sesuai dibangunkan sebuah surau khas untuk menjalankan aktiviti keagamaan.3. Keperluan pelajar yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai, baik dan selesa.4. Program aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih teratur5. Premis surau sementara adalah kelas-kelas yang dibuka dan dijadikan dewan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai bagi menjalankan aktiviti.

Page 4: Kertas Kerja Surau Skkp2

AHLI JAWATANKUASA PEMBINAANSURAU SK KANGKAR PULAI 2

PENASIHATHJ JAIS BIN SUDIN

( GURU BESAR SK KANGKAR PULAI 2)

PENOLONG PENASIHATPN SITI HAIDAH BT. ABD. HAMID

( PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK KANGKAR PULAI 2)

PENGERUSIEN. NIDA BIN YACOB

( YDP PIBG )

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

DERMA/SUMBANGAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI

Page 5: Kertas Kerja Surau Skkp2

FASA PEMBINAAN

Terdapat empat (4) fasa-fasa pembinaan yang telah diatur untuk pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2iaitu:

FASA 1

Menjalankan urusan-urusan rasmi dengan pihak-pihak kerajaan dan pihak berkuasaseperti:1. Pengurusan permohonan Penentuan Arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor dan kelulusan2. Pengurusan permohonan kebenaran membina surau dan kebenaran memohon derma dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya dan Jabatan Agama Islam Johor dan kelulusan3. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 24. Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan

FASA 2

1. Pengurusan memohon derma melalui Program Dermaton.2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Johor, Kumpulan Dana Wakaf dan Baitumal Johor3. Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat4. Pengurusan memohon derma dari syarikat dan majikan5. Pengurusan Resit dan senarai derma6. Pengurusan rekod dan pengauditan

FASA 3

1. Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 22. Pemantauan dari Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan AJK terlibat

FASA 4

1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau SK Kangkar Pulai 22. Pengurusan perasmian Surau SK Kangkar Pulai 2

Page 6: Kertas Kerja Surau Skkp2

CADANGAN PEMBINAAN SURAU SK KANGKAR PULAI 2SPESIFIKASI SURAU SK KANGKAR PULAI 2

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN

1. Kapasiti jemaah 350 orang jemaah2. Jenis bangunan Bangunan satu tingkat3. Keluasan Bangunan/dewan solat 1800 kaki persegi ( 45 X 40 ) kaki4. Struktur Konkrit tetulang5. Binaan bangunan Batu bata berplaster ( reinforce )6. Kemasan dinding Lepaan simen ( plaster luar dan dalam )7. Bumbung Concrete tile and Metal deck ( Kerangka bumbung jenis kayu/besi )8. Siling 2 X 4 asbestos9. Kemasan cat Emulsion - kelas sederhana putih11. Pintu Pintu gelungsur aluminium12. Tingkap Tingkap aluminium berkaca jernih13.Kemasan lantai a.dewan solat – mozek b. teres koridor – mozek c. stor barangan – mozek d. teres keliling – lepaan simen14. Bilik air/Wudhu’ a. tangki simpanan air b. tandas lelaki – 1 unit c. tandas perempuan – 1 unit d. tempat wudhu’ lelaki – 10 unit e. tempat wudhu’ perempuan – 10 unit f. kolah wudhu’ lelaki – 1 unit

BIL PERIHAL KEPERLUAN DAN CATATAN

Pendawaian letrik

Single phase – 60 Amphere ( punca utama )a. punca lampu – double fluorescent with reflectorb. punca kipas – kipas siling dan dindingc. punca kuasa 13A – domestikd. punca kuasa 15A – penyaman udara

Lain-lain kelengkapana. longkang –

Page 7: Kertas Kerja Surau Skkp2

i. 6 inci dalam ii.8 inci lebar iii.bentuk Ub. salur air i. UPVC gutterc. pagar i. keliling kawasan pelan tapakd. pintu pagar i. pintu utama ii.2 pintu kecile. halaman surau i. memindah dan membina semula gelanggang sepak takraw ii. menurap semua kawasan halaman surau dengan batu tar

KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 ialah:RM150,000.00( Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja )

SUMBANGANSebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SURAU SK Kangkar Pulai 2

PELAN TAPAK SURAU SK Kangkar Pulai 2Seperti lampiran yang disertakan

PELAN BANGUNAN SURAU SK Kangkar Pulai 2Seperti lampiran yang disertakan

PENUTUP

Pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga sekolah ini. Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin antara sesama penduduk, agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian Warga sekolah dan penduduk setempat. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 ini dapat disegerakan demi kesejahteraan warga sekolah.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau SK Kangkar Pulai 2 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

Page 8: Kertas Kerja Surau Skkp2

menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Sekian.

Disediakan oleh:

JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU SK KANGKAR PULAI 2BANDAR BARU KANGKAR PULAI81110 KULAIJAYAJOHOR DARUL TAKZIM