Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

10
Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012 PERTANDINGAN TULISAN JAWI DAN KHAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2012M/1433H. PENDAHULUAN. Program j-QAF yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2005, bermatlamatkan ke arah memperkasakan Pendidikan Islam, penekanan utama kepada penerapan nilai-nilai Islam dan pengukuhan budaya bangsa telah disalurkan melalui Pengajaran Jawi di sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan peratusan murid tidak menguasai bacaan dan tulisan jawi di sekolah rendah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Sebagaimana yang telah diarahkan oleh KPM, setiap sekolah Program j-QAF dikehendaki menubuhkan Kelab khat/jawi bagi murid tahap dua. Setiap program yang dirancang di peringkat sekolah diharap dapat mengisi dan mlaksanakan sebahagian aktiviti kelab tersebut. Penyertaan menyeluruh murid tahap dua , juga diharapkan dapat menarik minat yang mendalam dalam tulisan Jawi/Khat di kalangan murid sekolah rendah di negeri ini . Usaha Sektor Pendidikan Islam, JPN dan Unit Pendidikan Islam, PPD bagi menganjurkan program ini adalah dengan hasrat untuk mencungkil bakat di kalangan murid dan memartabatkan tulisan jawi /khat di semua sekolah rendah seluruh negeri Kedah. OBJEKTIF. - Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri secara langsung dalam mempraktikkan tulisan jawi. - Mencungkil kreativiti murid dalam bidang penulisan jawi dengan hasilan khat yang terbaik.

Transcript of Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Page 1: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

PERTANDINGAN TULISAN JAWI DAN KHAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2012M/1433H.

PENDAHULUAN.

Program j-QAF yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2005, bermatlamatkan ke arah memperkasakan Pendidikan Islam, penekanan utama kepada penerapan nilai-nilai Islam dan pengukuhan budaya bangsa telah disalurkan melalui Pengajaran Jawi di sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan peratusan murid tidak menguasai bacaan dan tulisan jawi di sekolah rendah dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Sebagaimana yang telah diarahkan oleh KPM, setiap sekolah Program j-QAF dikehendaki menubuhkan Kelab khat/jawi bagi murid tahap dua. Setiap program yang dirancang di peringkat sekolah diharap dapat mengisi dan mlaksanakan sebahagian aktiviti kelab tersebut. Penyertaan menyeluruh murid tahap dua , juga diharapkan dapat menarik minat yang mendalam dalam tulisan Jawi/Khat di kalangan murid sekolah rendah di negeri ini .

Usaha Sektor Pendidikan Islam, JPN dan Unit Pendidikan Islam, PPD bagi menganjurkan program ini adalah dengan hasrat untuk mencungkil bakat di kalangan murid dan memartabatkan tulisan jawi /khat di semua sekolah rendah seluruh negeri Kedah.

OBJEKTIF.

- Memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri secara langsung dalam mempraktikkan tulisan jawi.

- Mencungkil kreativiti murid dalam bidang penulisan jawi dengan hasilan khat yang terbaik.

- Mengenal pasti jumlah murid yang menguasai jawi/khat di peringkat sekolah.

- Menarik minat murid kepada keindahan dan kehalusan tulisan jawi/khat dan mendalami tentang kepentingan tulisan jawi.

- Membudayakan jawi dalam masyarakat Malaysia.

Page 2: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

RASIONAL.

- Murid yang berada di tahap penguasaan yang rendah kurang dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti di peringkat luar bilik darjah.

- Aplikasi tulisan jawi hanya berada di persekitaran pengajaran dan pembelajaran jawi/pemulihan jawi dan Pendidikan Islam di dalam bilik darjah sahaja tanpa ada kesinambungan aktiviti di luar bilik darjah secara menyeluruh dan berkesan.

- Bahan bacaan dan rujukan dalam tulisan jawi adalah terhad.

- Kepentingan jawi dalam kehidupan masyarakat hari ini semakin terhakis dan ramai yang tidak menguasai bacaan tulisan tersebut.

- Tulisan jawi hanya berperanan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan soal-soal keagamaan sahaja.

KAEDAH PELAKSANAAN

Peringkat Sekolah :

1. Semua murid di tahap dua dikehendaki menulis karangan pendek (tajuk bebas/ mengikut sekolah.

2. Penilaian dibuat berdasarkan ejaan (Kaedah Dewan Bahasa dan Pustaka), tulisan (Kaedah khat Nasakh atau Riqa’ah) dan idea yang terbaik.

3. Tiga penyertaan terbaik di peringkat sekolah hendaklah dihantar ke PPD untuk pemilihan ke peringkat negeri (Tiga peserta bagi setiap daerah) bersama Lampiran ‘A’ yang disertakan.

4. Bagi penyertaan yang tidak terpilih, hendaklah dibuku dan disimpan di bawah seliaan Kelab Jawi/Khat sekolah masing-masing bagi tujuan pemantauan.

5. Hadiah galakan dan motivasi peringkat sekolah disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah masing-masing.

Peringkat Daerah

1. Melantik panel pemilih bagi memilih tiga calon terbaik untuk mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri.

2. Memilih sekolah yang peratus penyertaan tertinggi selepas dibuat pemantauan dan pengesahan.

3. Hadiah galakan dan motivasi peringkat daerah disediakan oleh Unit Pendidikan Islam daerah masing-masing.

Page 3: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

Peringkat Negeri

1. Tiga peserta terbaik di peringkat daerah dipilih mewakili daerah masing-masing di peringkat negeri.

2. Semua peserta peringkat negeri akan diuji secara spontan pada tarikh,masa dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian.

3. Hadiah galakan dan motivasi peringkat negeri disediakan oleh Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah .

SYARAT PERTANDINGAN

1. Semua murid di tahap dua diwajibkan mengambil bahagian di peringkat sekolah.2. Hasil karya murid mestilah asli.3. Karangan TIDAK KURANG DARI 80 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk.4. Tajuk adalah bebas dan mesti ditulis di awal karangan.5. Hasil karya hendaklah ditulis menggunakan pensil / pen khat atau maker pen

berwarna hitam di atas kertas A4 bergaris ( 80/120 gram ), dan nama peserta hendaklah dicatat di bahagian atas sebelah kanan dalam tulisan jawi.

KATEGORI A ( Murid Cemerlang Jawi/Khat )

1. Hasil karya murid mestilah asli.2. Karangan TIDAK KURANG daripada 100 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk3. Tajuk adalah bebas dan dicatat di awal karangan.

KATEGORI B ( Murid Sederhana Jawi/Khat )

1. Hasil asli tulisan murid.2. Menukar karangan teks rumi ke tulisan jawi khat Nasakh atau khat Riqa’ah.3. Panjang teks TIDAK KURANG 80 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk.4. Teks hendaklah disediakan oleh pihak sekolah.5. Teks adalah bebas diambil dari keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber.

KATEGORI C ( Murid Tahap Minimum )

1. Hasil asli tulisan murid 2. Menyalin teks jawi menggunakan tulisan khat Nasakh atau khat Riqa’ah.3. Panjang tulisan TIDAK KURANG 30 patah perkataan, TIDAK termasuk tajuk ( dalam

bentuk peribahasa, pepatah Melayu, Syair pendek, pantun atau kata-kata hikmat/pujangga )

4. Contoh teks disediakan oleh pihak sekolah.6. Petikan teks adalah bebas diambil dari keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber.

Page 4: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

SKIMA PEMARKAHAN KATEGORI A.

PENSKORAN KRITERIA

Cemerlang

80 - 100

1. Penyampaian atau persembahan yang sangat menarik untuk dibaca, bersih, kemas dan tersusun.

2. Karangan mempunyai pendahuluan , 4 isi dan penutup.3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai

dengan tajuk.4. Penggunaan ejaan dan tanda baca jawi yang betul berdasarkan tajuk

karangan5. Menggunakan seni khat riq’ah atau nasakh yang mengikut kaedah

tulisan kaligrafi yang tepat.

Baik

60 – 79

1. Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca, bersih dan tersusun.

2. Karangan mempunyai pendahuluan , 3 isi dan penutup3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta

sesuai dengan tajuk4. Terdapat beberapa kesalahan dalam ejaan dan tanda baca jawi tetapi

tidak menjejaskan karangan.Markah ditolak.5. Menggunakan seni khat riq’ah atau nasakh mengikut kaedah tulisan

kaligrafi yang tepat .

Memuaskan

40 – 59

1. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas2. Menyatakan isi dengan menggunakan hanya ayat dasar berdasarkan

tajuk.3. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.4. Terdapat banyak kesalahan dalam ejaan dan tanda baca jawi.Markah

ditolak.5. Menggunakan tulisan jawi biasa.Tidak terikat kepada penggunaan

tulisan Khat Nasakh dan Riqa’ah.

Pencapaian tahap minimum

0 - 39

1. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tajuk iaitu isi tidak tepat tidak berkaitan dengan tajuk atau sukar difahami.

2. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tajuk dan tidak mengambilkira jumlah ayat.

3. Tidak menguasai ejaan dan tanda baca jawi.6. Menggunakan tulisan jawi biasa .Tidak terikat kepada penggunaan

tulisan Khat Nasakh dan Riqa’ah.

PENSKORAN KRITERIA

KATEGORI B - Kekemasan tulisan

- Tukar teks rumi ke jawi yang tepat mengikut ejaan DBP terkini.

- Kaedah tulisan khat yang betul

KATEGORI C - Kekemasan tulisan

- Kaedah tulisan khat yang betul

Page 5: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

TEMPOH PENYERTAAN

Peringkat Sekolah

Bermula 02 Ogos 2012 hingga 16 Ogos 2012.

(26-30 Ogos 2012 tempoh pemilihan wakil sekolah dan dihantar ke PPD masing-masing menggunakan Lampiran A)

Pemilihan wakil sekolah terhad kepada TIGA hasil karya terbaik dari Kategori A sahaja untuk dihantar ke PPD sebelum atau pada 26 Ogos 2012.

Pemilihan kategori adalah berdasarkan pencapaian murid di sekolah masing-masing.

Peringkat Daerah

Bermula 01 September 2012 hingga 06 September 2012.

Tiga hasil karya terbaik bersama Lampiran ‘A’ dihantar ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebelum atau pada 12 September 2012.

Peringkat Negeri

Tarikh, masa dan tempat pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

KESIMPULAN

Semoga aktiviti ini dapat menarik minat murid ke arah memartabatkan jawi/khat serta melibatkan peratus penglibatan yang tinggi dan menyeluruh di peringkat sekolah rendah di negeri ini.

Page 6: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

Lampiran ‘A’

BORANG PENYERTAAN CALON PERTANDINGAN TULISAN JAWI DAN KHAT MURID SEKOLAH RENDAH PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI KEDAH TAHUN 2012M/1433H.

NAMA SEKOLAH :……………………………………………………………………...

DAERAH : ………………………………………

KOHOT SEKOLAH : ……………………

TAHUN JUMLAH MURID JUMLAH

PENYERTAANPERATUS CATATAN

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6

JUMLAH

Tiga Calon Mewakili Sekolah ini ialah;

BIL. NAMA MURID TAHUN JENIS KHAT TAJUK KARANGAN1.

2.

3.

…………………………………

…………………………………………(Tanda tangan Ketua panitia) (Tanda tangan Guru Besar dan cop)

Nama : Tarikh :

Page 7: Kertas Konsep Pertandingan Jawi by SPI

Modul Pertandingan Jawi/Khat j-QAF 2012

Lampiran ‘B’ (Contoh)

Kategori B

Selepas sebulan berpuasa umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan. Ibadat puasa sepanjang Ramadan diibaratkan suatu 'madrasah' atau sekolah yang mendidik jiwa umat Islam sepanjang sebulan berpuasa.

Bukan saja menahan lapar dahaga, malah juga mengekang hawa nafsu daripada merajai jiwa. Disiplin yang dipupuk oleh madrasah Ramadan ini amat kental kerana umat Islam bukan hanya berpuasa di hadapan orang, malah juga apabila bersendirian.

Inilah kejayaan Islam mendidik peribadi mulia dan amanah. Manifestasi kemuliaan Ramadan dapat dilihat daripada sudut amalan umat Islam seperti bersolat terawih, bersedekah, bertadarus al-Quran dan banyak lagi.

Hampir sebulan mengikuti institusi Ramadan, Aidilfitri.pula akan menjelang. Amat rugilah orang yang langsung tidak mengambil pengajaran daripada falsafah Ramadan itu sendiri.

Kategori C

Menulis semula menggunakan Tulisan Khat

المن، مغهياسي مكر بوغاتانه، دأتس سكونتوم جاتوه

فدومن، كتاب الكريم القرءانمدينه. جوض دمكه تورونمربه، بوروغ كناري بوروغ

كوتا، دفيغضير برسارغ هيغضفمصيبه، دتيمفا ديري بيال

ممينتا. تمفت الله كفدTamat