KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang...

10
KERTAS MODEL SPM 2 KERTAS 1 Dua jam lima belas minit 1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A [Masa yang dicadangkan: 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang masalah jerebu yang melanda negara kita dan langkah-langkah menghadapinya. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata. FENOMENA JEREBU Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit] [100 markah] 1

Transcript of KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang...

Page 1: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

KERTAS MODEL SPM 2KERTAS 1 Dua jam lima belas minit

1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[30 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang masalah jerebu yang melanda negara kita dan langkah-langkah menghadapinya. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah kata.

FENOMENA JEREBU

Bahagian B[Masa yang dicadangkan: 1 jam 30 minit]

[100 markah]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya melebihi 350 patah kata.

1

Page 2: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

1 Dengan semangat ”Malaysia Boleh”, rakyat negara ini mampu mencapai kejayaan yang setanding dengan kejayaan yang dicapai oleh rakyat negara-negara lain.

Bincangkan.

2 Sukan merupakan bidang yang dapat mengharumkan nama sekolah. Oleh sebab itulah setiap sekolah sanggup bersaing bermati-matian untuk muncul sebagai johan dalam sesuatu pertandingan sukan.

Tulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan.

3 Sebagai kaunselor di sebuah sekolah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada pelajar tingkatan lima. Dalam ceramah itu anda ingin menekankan pelbagai faedah menyertai prgram tersebut.

Tulis teks ceramah ada selengkapnya.

4 Baru-baru ini Persatuan Pengawas sekolah anda baru saja selesai mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis laporan tentang program tersebut.

Tulis laporan anda itu selengkapnya.

5 Anda berminat untuk menyertai peraduan mengarang cerpen anjuran Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda. Tema yang ditetapkan adalah seperti yang berikut: Harimau mati meninggalkan belang,

Gajah mati meninggalkan tulang,Manusia mati meninggalkan nama.

Tulis cerpen anda itu selengkapnya.

KERTAS MODEL SPM 2KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit1. Kertas soalan ini mempunyai empat soalan. 2. Jawab semua soalan.

2

Page 3: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Soalan 1: Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang kepentingan buku sebagai wahana intelektual bangsa dan kekangan yang dihadapi rakyat untuk membaca buku. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak

melebihi 120 patah kata.

3

Kebanyakan penduduk negara maju mempunyai minat membaca yang tinggi. Cendekiawan mereka kerap membicarakan dunia intelektualisme dan menghindari hal yang kurang intelektual sifatnya. Sehubungan dengan itu, bangsa yang maju sentiasa menghargai karya yang ditulis oleh anak tempatan mereka. Hanya bangsa yang terpengaruh oleh aura kolonialisme yang menganggap bahawa hasil karya bangsa sendiri rendah nilainya. Hal ini menggambarkan persepsi penjajah yang berjaya dikentalkan dalam pemikiran anak jajahan.

Rakyat di negara maju tidak meminggirkan karya anak bangsa mereka. Contohnya, rakyat Jepun yang banyak mempunyai yayasan, bertanggungjawab memelihara, mengembangkan, dan memperkenalkan karya seni anak tempatan kepada dunia luar. Sementara itu, rakyat Perancis pula dianggap sebagai bangsa yang tersohor kerana keghairahan mereka dalam dunia intelektualisme. Rakyat Perancis bukan saja mempunyai tabiat membaca yang tinggi, malah mereka memastikan bahawa hanya karya yang terbaik yang dibaca oleh bangsa mereka. Oleh sebab itu, tidak menghairankan kita jika Perancis menampilkan pengkarya yang paling banyak menerima hadiah nobel.

Petanda lain yang membuktikan bahawa bangsa itu semakin maju ialah wujudnya gerakan untuk mengkaji karya agung mereka lalu dicernakan dan dijadikan bacaan asas dalam kehidupan, dikupas, dan dibahaskan secara mendalam daripada pelbagai aspek. Rakyat negara ini pun sudah mula menuju ke arah tersebut melalui penerbitan karya agung yang penting di Nusantara seperti Sulalatus-Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Hal ini menunjukkan bahawa kita mula merintis kesedaran intelektual dalam proses transformasi ke arah pembentukan negara maju.

Bangsa maju yang peka pada dunia pembacaan akan peka dalam dunia penerbitan buku. Lazimnya, negara penerbit buku yang besar terdiri daripada kalangan bangsa yang mempunyai minat membaca yang tinggi juga. Oleh sebab itu, terdapat kecenderungan mereka mendominasi penerbitan buku di dunia. Hal ini mewujudkan jurang penerbitan buku dalam kalangan negara maju dan negara kurang maju. Di sinilah letaknya petunjuk antara negara yang mementingkan ilmu dan mengusahakan penerbitan buku secara serius dengan negara yang kurang sensitif tentang tanggungjawab sosial dalam penerbitan buku. Akhirnya, petunjuk ini dianggap sebagai petanda aras kepada maju mundurnya sesuatu bangsa. Dengan itu ingin dibuktikan bahawa mereka memiliki industri penerbitan tempatan yang kukuh dan berpengaruh.

Page 4: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

Soalan 2: Pemahaman[35 markah]

Soalan 2(a): Petikan UmumBerdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.(i) Jelaskan maksud tetap melekat kukuh di hati pembaca. [2 markah]

(ii) Mengapakah buku lebih banyak diterbitkan di negara Barat berbanding dengan di tempat-tempat lain? [3

markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kemudahan teknologi baru masih tidak dapat memalapkan penggunaan buku? [4 markah]

Soalan 2(b): Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

4

Meskipun muncul teknologi baru yang dapat menyebarluaskan pengetahuan seperti kehadiran internet dan inovasi lain berdasarkan komputer, tetapi masih nyata bahawa buku konvensional dan akhbar tetap menjadi sumber informasi rakyat. Perkembangan ini membuktikan bahawa kepentingan buku terus bertahan dan diakui tetap melekat kukuh di hati pembaca sejak dahulu hingga kini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Buku dan Kemajuan Bangsa oleh Awang Azman Awang Pawi, Dewan Masyarakat, Julai 2005.)

Wajarkah keperihalan ayah yang mabuk dan setiap hari memaksa anaknya menghulurkan wang diceritakan. Anak itu pula masih bersekolah yang tentunya memerlukan bantuan ayah. Percayakah Cikgu Tini kalau didedahkan itu?

“Cerita yang terlalu pelik, Cikgu.”Mariah melihat sebaris gigi Cikgu Tini yang cantik ketika Cikgu itu tersenyum.“Cikgu difahamkan ayah Tini sakit. Apakah sekarang sudah sembuh?”Siapa agaknya yang menceritakan rahsia-rahsia hidup dirinya ini? Edah? Atau jiran-

jiran seperti Mak Som dan Pak Usu Dolah? Adakah Cikgu Tini mengenali mereka selain Edah?

Mungkin Edah atau kalau tidak Edah siapa lagi? Edahlah yang tahu. Tetapi Edah sudah berikrar dan bersumpah tidak akan pecah di mulut.

Cikgu Tini terlalu bijak memerangkap, fikir Mariah berulang kali. Kalau Edah diperangkap, tentunya Edah terpaksa berterus-terang.

“Ada masa sihat dan ada masa sakit, Cikgu,” ujar Mariah dengan dengan segala kekuatan keyakinan.

(Dipetik daripada cerpen Mariah, karya Sharif Putera, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Page 5: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

(i) Apakah cerita yang terlalu pelik yang dimaksudkan oleh Mariah? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Mariah menceritakan masalahnya kepada Cikgu Tini? [3

markah](iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan

lain daripada keseluruhan cerpen ini. [3 markah]

Soalan 2(c): Petikan Prosa KlasikBaca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

(i) Terangkan maksud memalingkan muka seperti yang digunakan dalam petikan di atas.

[2 markah](ii) Apakah yang disampaikan oleh Siti Saidah kepada suaminya? [3 markah]

(iii) Andaikan anda Jibor, apakah reaksi anda selepas mendengar kata-kata Siti Saidah itu?

[3 markah]

5

Sebermula, maka tersebutlah perkataan Saidah datang meniarap di hadapan Jibor seraya menyembah kaki Jibor dengan tangisnya. Maka kata Jibor, “Maka pekerti tuan hamba demikian ini?”

Maka kata Saidah dengan tangisnya, “sebab pun hamba demikian ini daripada tiada hamba mahu memalingkan muka hamba daripada tuan hamba, yang niat hamba kepada Allah subhanaahu wataala kepada siang dan malam hendak mati di bawah kadam tuan hamba juga. Daripada sangat belas hati hamba, maka hamba katakan rahsia ini kepada tuan hamba. Inilah hal saudara tuan hamba yang diharap itu, hamba dapati afalnya itu selama ia diam pada kita di sini. Maka hari pun malamlah sudah, maka pada ketika awal dinihari tuan hamba pun tatkala tidur tiada sedarkan diri, tatkala itu hamba sakit perut hendak qada hajat, maka hamba pun pergi pada tempat buang air seni itu. Setelah sudah hamba buang air seni itu, maka hamba pun keluar hendak kembali. Maka dipegang oleh Sabor tangan hamba. Maka hamba pun hendak berteriak, maka dihunusnya jambiahnya hendak menikam; daripada hamba takutkan mati, maka hamba pun diamlah. Maka hendak dicabulinya hamba, maka hamba pun tiada mahu pula, daripada hamba takut akan Allah taala dan takut akan tuan hamba, malulah hamba, baiklah hamba mati dibunuhnya sekalipun, kabullah hamba, daripada derhaka akan tuan hamba.”

(Dipetik daripada cerita Sabor dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Page 6: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

Soalan 2(d): Petikan PuisiBaca puisi di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

6

SYAIR PEMBUNUHAN ANGRENI

Setelah sampai ke tepi pantai,Pasirnya putih sangat permai,Batunya indah bagai dicanai,Ombak memecah di tepi pantai.Ada sepohon bunga cina,Cempaka berapit dengan angsana,Kuntum indah serba warna,Berhentilah Raden Kartabangsa.Ada suatu batu yang rata,Terhampar rupa seperti geta,Raden Perbangsa segera berkata,Di sinilah adinda berhenti kita.Angreni turun dari juli,Melungguh di batu berjuntai kaki,Rasa hati sangatlah sali,Pada perasaan salah sekali.Perlahan bermadah Ratna Angreni,Tuanku mengapa kita ke mari,Kerana waktu sudah tengah hari,Di manakah tempat Raden Menteri.Dahulu tuanku sanggup menghantar, Kepada adinda muda yang sabar,Sekarang mengapa dalam belukar,Raden menyahut rasanya sukar.Hatinya sangat belas kasihan,Di sinilah tempat perhentian,Sang Nata menyuruh kepada tuan,Membawa tuan ke dalam hutan.Serta Angreni mendengar kata, Ia pun menangis menumbuk dada,Jikalau demikian kehendak Sang Nata,Redalah mati kakang nan beta.

(Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Page 7: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

(i) Nyatakan maksud juli seperti yang terdapat dalam rangkap keempat syair tersebut. [2

markah](ii) Andaikan anda Ratna Angreni, apakah reaksi anda berhubung dengan hukuman mati

yang dijatuhkan oleh Sang Nata? [3 markah]

(iii) Jelaskan tiga unsur bunyi yang mengindahkan syair ini. [3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.

(i) lebih (ii) berlebih(iii) berlebih-lebih(iv) melebihi(v) melebih-lebihkan(vi) kelebihan

[6 markah]

(b) Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Agar semua pihak berpuas hati dalam hal itu kita mesti mengambil jalan tengah.

(ii) Kerana mereka bersemangat waja pejuang-pejuang itu dapat menewaskan musuh.

(iii) Amat sibuk merawat para pesakitnya doktor di klinik yang baru dibuka itu. (iv) Kian meningkat yuran pengajian di institusi pengajian tinggi.(v) Semakin berkurangan jerebu yang melanda negara ini.(vi) Mendapat keuntungan besar syarikat kewangan itu.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Ekonomi kaum bumiputra dapat ditingkatkan menerusi perniagaan yang secara langsung dapat menambahkan pemegangan ekuiti dan pemilikan harta mereka.

(ii) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang kecil dicadangkan supaya bergabong untuk meningkatkan kemampuan bersaing dan dapat menawar pendidikan yang berkualiti.

(iii) Rakyat negara ini digesa agar tidak melakukan kebakaran terbuka untuk membendung masalah jerubu daripada menjadi semakin serius.

[6 markah]

7

Page 8: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

(d) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimakan penggunaan air di dalam musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu.

(iii) Peniaga yang memikirkan kesenangan semata-mata akan mengalami kerugian bila pelanggan lari ke tempat lain.

(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat justeru amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan estetika masyarakat yang bertamadun.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

[6 markah]

Soalan 4: Novel[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel-novel yang berikut:

(a) Kemukakan tiga contoh cacat cela masyarakat yang didedahkan oleh pengarang dalam novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

8

Institusi pendidikan tinggi swasta wujud dengan banyaknya di negara kita selepas dasar tersebut diperkenalkan oleh kerajaan. Selain menawarkan pengajian kepada anak tempatan, institusi ini juga membuka peluang pendidikan kepada pelajar asing. Pelajar-pelajar asing yang belajar di negara ini bukan saja memperoleh pendidikan tetapi juga dapat mengenal adat resam penduduk Malaysia. Sementara itu, pemilik IPTS yang dapat meningkatkan mutu pendidikan di institusi masing-masing akan menerima keuntungan daripada khidmat pendidikan yang disediakan. Pihak kerajaan pula dapat mengutip cukai atas keuntungan pihak IPTS tersebut.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah(vii) Julia karya Abu Hassan Morad(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

Page 9: KERTAS MODEL SPM 2 - Lamanbahasa's Blog | Guru ... · Web viewTulis rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh sesebuah sekolah menjelang sesuatu kejohanan sukan. Sebagai

(b) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, nyatakan empat latar tempat dan peristiwa yang berlaku di tempat-tempat tersebut. [8 markah]

9