Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

7
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN) TAHAP / LEVEL TAHAP 2 NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE’S NO. AND TITLE M01 – KERJA MELEPA II NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT M1K3 MELAKUKAN KERJA KEMASAN SHANGHAI DI ATAS PERMUKAAN LEPA. OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE PELAJAR DAPAT MELAKSANAKAN KEMASAN SHANGHAI PADA KERJA LEPA DENGAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG BETUL ,MENGGUNAKAN ALAT, PERALATAN DAN BAHAN YANG SESUAI SUPAYA KEMASAN KERJA MELEPA YANG BERKUALITI DAPAT DICAPAI. NO. KOD / CODE NO. WTP 401/M01/P(2/2) Muka Surat : 1 Drp 5 NAMA PELATIH TARIKH : TAJUK : KEMASAN SHANGHAI TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja kemasan Shanghai, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa Shanghai dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan. UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 4 89009 KENINGAU SABAH KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

description

melepa shanghai

Transcript of Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

Page 1: Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME

WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN)

TAHAP / LEVEL TAHAP 2

NO. DAN TAJUK MODUL /

MODULE’S NO. AND TITLEM01 – KERJA MELEPA II

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

M1K3 MELAKUKAN KERJA KEMASAN SHANGHAI DI ATAS PERMUKAAN LEPA.

OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE

PELAJAR DAPAT MELAKSANAKAN KEMASAN SHANGHAI PADA KERJA LEPA DENGAN KAEDAH DAN TEKNIK YANG BETUL ,MENGGUNAKAN ALAT, PERALATAN DAN BAHAN YANG SESUAI SUPAYA KEMASAN KERJA MELEPA YANG BERKUALITI DAPAT DICAPAI.

NO. KOD / CODE NO. WTP 401/M01/P(2/2) Muka Surat : 1 Drp 5

NAMA PELATIH TARIKH :

TAJUK : KEMASAN SHANGHAI

TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja kemasan Shanghai, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa Shanghai dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan batu Shanghai dan bagaimana menyediakan permukaan untuk kerja melepa.

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAANJABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAMKOLEJ VOKASIONAL KENINGAUBEG BERKUNCI NO. 489009 KENINGAUSABAH

KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

Page 2: Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(2/2) Muka Surat : 2 Drp: 5

Penerangan

Lepaan kemasan Shanghai merupakan kemasan yang dihasilkan dengan campuran batu shanghai dengan simen Portland. Terdapat pelbagai saiz dan warna dan boleh juga dikombinasikan dengan tile. Biasanya kemasan shanghai terdapat di tembok pagar, tiang dan parking kereta. Oleh kerana lepaan kemasan shanghai merupakan lapisan penamat yang beraneka corak lakaran kasar biasanya dibuat dahulu. Ketebalan plaster shanghai bergantung kepada saiz batu shanghai. Biasanya terdapat berbagai saiz seperti 2mm, 3mm, 5mm, 6mm dan 8mm.

KELEBIHAN 'PEBBLE WASH' Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang. Tidak akan pudar. Tidak perlu dicat sampai bila bila. Cantik. Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.

PERALATAN

Pita ukur Alat aras spirit Sudip Baldi jurubina Penyodok (skop) Pemaras kayu panjang Pemaras kayu Pemaras keluli Pemegang mortar (hawk) Span Berus

1. Alat Aras Spirit – digunakan untuk menguji ketegakan dan kerataan

Page 3: Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

3. Pemaras kayu – digunakan untuk meratakan permukaan pada permulaan kerja plaster.

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(2/2) Muka Surat : 3 Drp: 5

2. Pemaras Keluli – digunakan untuk menyebarkan mortar ke permukaan dinding. Ia juga untuk membuat kemasan yang mampat dan licin

4. Pemegang mortar (Hawk) – digunakan untuk meletakkan mortar semasa kerja-kerja plaster

5. Berus – digunakan untuk menyerlahkan permukaan kemasan shanghai

Page 4: Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(2/2) Muka Surat : 4 Drp: 5

BAHAN

Batu shanghai / pebbles stone Simen portland Pasir Tile adhesive Styrene-Acrylic Polymer Latex Slate – Seal (Clear protecting acrylic coating) atau pengilat batu

Page 5: Kertas Penerangan Keja Melepa II-shanghai

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(2/2) Muka Surat : 5 Drp: 5

NISBAH BANCUHAN

Bahan yang digunakan untuk melepa kemasan shanghai biasanya simen portland dicampur dengan batu shanghai dengan nisbah 1:1. Nisbah ini bergantung kepada kehendak spesifikasi

PERSEDIAAN PERMUKAAN

1. Sebelum melepa lantai, persediaan permukaan perlu dilakukan supaya kerja-kerja yang dilakukan dengan baik dan hasil kerja yang bermutu

2. Buang sebarang objek di permukaan lantai yang boleh menyebabkan shanghai mortar menjadi lemah dari segi kekuatan kekerasan

3. Basahkan permukaan lantai untuk mengenal pasti peresapan air4. Jika permukaan lantai licin hendaklah dikasarkan supaya mortar simen boleh melekat

dengan sempurna5. Jika permukaan lantai tidak rata, lepa permukaan asas perlu dilakukan supaya lepaan

seterusnya ketebalan mortar dalam keadaan seragam dan tidak terlalu tebal6. Shanghai perlu dilepa di atas lapisan asas supaya ia lebih rata dan ikatan yang baik

KAEDAH MELEPA KEMASAN SHANGHAI

1. Kemasan shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai pebbles

stone) dengan simen portland biasa atau simen warna.

2. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 bahagian simen,1 bahagian batu shanghai).

3. Campuran bahan dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula dari bahagian bawah ke

atas.

4. Permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan

kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama rata. Biarkan ia beberapa jam

supaya mortar shanghai mengering.

5. Permukaan yang rata dan hampir kering disembur dengan air menggunakan penyembur air

(iron spray) untuk menampakkan permukaan batu shanghai / pebbles.

6. Berus permukaan dengan menggunakan berus kecil (cthnya. berus kasut @berus cat)

untuk menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut.

7. Permukaan tersebut dilap menggunakan span yang bersih,sehingga bersih.

8. Permukaan yang bersih dan kering tersebut disapu dengan bahan pengilat batu supaya

berkilat dan tahan daripada ejen cuaca.