Kertas Penerangan Keja Melepa II

12
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN) TAHAP / LEVEL TAHAP 2 NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE’S NO. AND TITLE M01 – KERJA MELEPA II NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT M1K1 MENYEDIAKAN PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD) UNTUK KERJA MELEPA. M1K2 MELAKUKAN KERJA MELEPA UNTUK PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD) DENGAN KEMASAN. OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE Pelajar dapat menyediakan permukaan atas (overhead) untuk melepa dan melaksanakan kerja melepa permukaan atas(overhead) serta dapat mengenal pasti lokasi dan prosedur penggunaan alat , peralatan dan bahan yang sesuai,supaya kerja melepa permukaan atas (overhead) boleh dijalankan dengan lancar. NO. KOD / CODE NO. WTP 401/M01/P(1/2) Muka Surat : 1 Drp 9 TAJUK : KERJA-KERJA LEPAAN TUJUAN : Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja melepa, mempelajari tentang lukisan kerja arkitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan mortar UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 4 89009 KENINGAU SABAH KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

description

melepa melepa

Transcript of Kertas Penerangan Keja Melepa II

Page 1: Kertas Penerangan Keja Melepa II

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME

WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN)

TAHAP / LEVEL TAHAP 2

NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE’S NO. AND TITLE

M01 – KERJA MELEPA II

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

M1K1 MENYEDIAKAN PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD) UNTUK KERJA MELEPA.M1K2 MELAKUKAN KERJA MELEPA UNTUK PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD) DENGAN KEMASAN.

OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE

Pelajar dapat menyediakan permukaan atas (overhead) untuk melepa dan melaksanakan kerja melepa permukaan atas(overhead) serta dapat mengenal pasti lokasi dan prosedur penggunaan alat , peralatan dan bahan yang sesuai,supaya kerja melepa permukaan atas (overhead) boleh dijalankan dengan lancar.

NO. KOD / CODE NO. WTP 401/M01/P(1/2) Muka Surat : 1 Drp 9

TAJUK : KERJA-KERJA LEPAAN TUJUAN :

Kertas Penerangan ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja melepa, mempelajari tentang lukisan kerja arkitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.Selain itu, para pelajar dapat mengetahui nisbah bancuhan mortar dan bagaimana menyediakan permukaan untuk kerja melepa. Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata atau permukaan atas. Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAANJABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAMKOLEJ VOKASIONAL KENINGAUBEG BERKUNCI NO. 489009 KENINGAUSABAH

KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

Page 2: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 2 Drp: 9

Penerangan

Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.

Tujuan Lepaan

i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.

v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapurb. Lepa Gypsumc. Lepa Simen

a.Lepa KapurLepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.

b.Lepa GypsumBahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

Page 3: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 3 Drp: 9

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :

a. Lepaan bahagian dindingb. Lepaan bahagian lantaic. Lepaan bahagian atas / siling

Mortar untuk Lepaan

Mortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.

a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.

b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)

Peralatan kerja Lepa

a. Sudip lepa (Plastering Trowel)b. Kayu perata (Wooden Float)c. Pemaras kayu panjang (Darby float)d. Pemegang Mortar (Hawk)e. Sudip Penjuru (Angle Iron)f. Baldi (Bucket)g. Alat aras Spirit (Spirit Level)h. Berus cati. Sponge Trowelj. Rough Cast Machinek. Penyembur air (Iron Spray)l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa

Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bataPermukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk,

Page 4: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 4 Drp: 9

alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Persediaan dasar Lepaan.

Dasar lepaan terdiri dari tiga bentuk iaitu :# Dasar yang kukuh seperti dinding bata, konkrit, terra cotta, batu atau blok gypsum.# Bidai kayu atau logam# Gypsum atau papan fibre bangunan

Persediaan asas : Permukaan hendaklah dibersihkan dan dibasahkan dengan air supaya lembap Dinding yang disapu cat atau kapur hendaklah diketuk atau dicakar untuk menyediakan

permukaan kasar bagi memegang ikatan sebelum kerja melepa lapisan mortar baru dilakukan

Mortar keras yang terlebih pada sambungan bata hendaklah dibuang bagi memudahkan kerja melepa.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.

Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepa dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.

Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.

Page 5: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 5 Drp: 9

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA MELEPA

Sebelum kerja melepa dijalankan, adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan kaedah dan cara mengguna alat melepa dengan betul. Alat ‘Hawk’ dan pemaras keluli (‘Steel float’) perlu dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya. Perkara-perkara lain yang perlu dititik beratkan ialah :-

Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering. Sekiranya kotor dan basah, maka cuci dan keringkan segera.

Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.

Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari “mortar board” dan semasa mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.

Semasa mengambil mortar dari ‘hawk’ gerakkan kedua-dua belah tangan.

Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang, kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.

Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya merapatkan ‘steel float’ apabila mortar semakin kurang.

Biarkan ‘steel float’ sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada dihujung pemaras berkenaan.

Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan sedikit kering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapat di ratakan dengan sempurna.

BAHAN KERJA MELEPA

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete”dimana ianya telah siap campuran simen portland biasa dengan kapur.

Kapur :Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapur tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Page 6: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 6 Drp: 9

Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti

dengan simen.b) Memudahkan kerja bancuhanc) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding dan permukaan atas. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama: Bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Page 7: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 7 Drp: 9

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan dinding dalam dan dengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapur dan pasir ialah :-

- 1: ½ : 4 ½ atau- 1 : 1 : 5-6 atau- 1 : 2 : 8-9

MELAKSANAKAN KERJA-KERJA LEPAAN PERMUKAAN

  Langkah-langkah Kerja Melepa :-

 STEP KEY POINTS

Persediaan Tempat Kerja 1. Pastikan kawasan kerja dalam keadaan selamat

2. Letakkan bahan dan peralatan dengan peralatan dengan teratur

 Menampal Permukaan Rata Dan Menegak Berpandukan Screed

1. Basahkan permukaan dinding sekiranya ia terlalu kering.

2. Dengan menggunakan sudip lepa dan hawk tampalkan mortar diruang antara screed tegak yang telah disediakan sebelum tugasan ini.

3. Jika tebal lepaan yang dikenhendaki melebihi 10 mm maka kaedah melepa dua lapisan atau tiga lapisan dilaksanakan .

4. Penuhkan lepaan pada ruang diantara screed hingga samarata dengan permuakan screed.

 Kaedah memotong / Memaras mortar lepaan

1. Gunakan kayu pelurus tepi untuk memotong motar maotaryang telah dilepa jika berpandukan screed melintang pemotongan dibuat samada bemula dari kiri atau kanan permukaan yang dilepa atau sebaliknya.

Page 8: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 8 Drp: 9

2. Apabila pemotongan dibuat didapati bahagian yang tidak penuh atau sama rata dengan screed hendaklah ditampal mortar sehingga mendapati samarata mortar tampalan tersebut.

Kaedah Mensamaratakan Permukaan Pemotongan

 

Dengan menggunakan kayu perata darbai (darby float ) gosokkan permukaan lepaan yang telah dibuat pemotongan hingga keseluruhan permukaan tidak kelihatan bahagian yang melengkung atau cembung.

Kaedah Mendapatkan Kemasan Permukaan Lepaan

Akhir sekali kerja menggosok permukaan yang telah samarata dilakukan dengan menggunakan papan penggosok . Perlaksanaan meratakan permukaan ini dilakukan secara pergerakan putaran kekiri atau kekanan dengan mengekalkan tekanan sederhana pada permukaan lepaan .

 

Page 9: Kertas Penerangan Keja Melepa II

NO KOD / CODE’S NO WTP401/M01/P(1/2) Muka Surat : 9 Drp: 9

PERINGATAN SEMASA MELEPA MORTAR PADA DINDING DAN SILING / PERMUKAAN ATAS (OVERHEAD)

Pastikan permukaan yang hendak dilepa telah dibuat persediaan yang lengkap dan teratur.

Pergerakkan tangan ke belakang dibuat untuk mengambil mortar dari ‘hawk’ dan menampal pada dinding, kecuali posisi tersebut tidak membolehkan pergerakkan berkenaan.

Luas atau lebar steel float hendaklah digunakan sepenuhnya Jangan menutup permukaan dot atau screed Tampalan mortar hendaklah dibuat dengan ketebalan yang sekata. Pastikan keseimbangan berat badan dan kekuatan otot lengan dengan sebaik mungkin.