kertas3 spm 2015 edit.doc

63
i SEJARAH SPM KERTAS 3 SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015) TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut: (i) 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19) (ii) 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20) PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUK Format Aspek/Konstruk Markah Masa 1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit 2. ISI dan HURAIAN 2. Memahami 30 Markah 50 minit 3. Menganalisis 15 Markah 20 minit 4. Mengaplikasi 10 Markah 15 minit 5. Menilai 10 Markah 15 minit 6. Mencipta 10 Markah 15 minit 7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit 8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit 3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minit Jumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 40 minit Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda. PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3 1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk. 2. Pastikan anda menulis nombor soalan. 3. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan. Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme. Contoh jawapan. Latar belakang gerakan nasionalisme merupakan usaha

Transcript of kertas3 spm 2015 edit.doc

Page 1: kertas3 spm 2015  edit.doc

i

SEJARAHSPM KERTAS 3

SPM SEJARAH KERTAS 3 1294/3 (2015)TEMA / TAJUK 10.2: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Nasionalisme di Malaysia berakar umbi daripada gerakan penentangan pemimpin tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

Tema Spesifik: Berdasarkan Fokus Kajian Berikut:(i) 2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British (Abad ke 19)(ii) 2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua (Abad ke 20)

PANDUAN PERUNTUKAN MASA MENGIKUT ASPEK/KONSTRUKFormat Aspek/Konstruk Markah Masa1. Pengenalan 1. Memahami 5 Markah 10 minit2. ISI

dan HURAIAN2. Memahami 30 Markah 50 minit3. Menganalisis 15 Markah 20 minit4. Mengaplikasi 10 Markah 15 minit5. Menilai 10 Markah 15 minit6. Mencipta 10 Markah 15 minit7. Menjana Idea 10 Markah 15 minit8. Nilai / Iktibar / Patriotisme 5 Markah 10 minit

3. Kesimpulan 9. Merumus 5 Markah 10 minitJumlah Keseluruhan 100 Markah 2 jam 40 minit

Catatan: Pelajar disarankan untuk mematuhi panduan ini supaya pelajar dapat menjawab kesemua soalan. Gunakan 20 minit lagi untuk menyemak jawapan anda.

PANDUAN MENJAWAB SOALAN KERTAS 3

1. Pastikan anda membawa buku teks dan bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk.2. Pastikan anda menulis nombor soalan. 3. Mulakan jawapan anda dengan pangkal ayat atau kehendak perincian soalan.

Contoh soalan. Jelaskan latar belakang gerakan nasionalisme.Contoh jawapan. Latar belakang gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat….

4. Jawapan perlu ditulis dalam ayat lengkap. Sebaiknya satu perenggan merangkumi fakta, huraian dan contoh.5. Mengaitkan isi dengan isi yang berikutnya menggunakan penanda wacana.6. Contohnya selain itu, di samping itu, walau bagaimanapun, justeru, sehubungan dengan itu dan akhirnya.7. Jawapan KBAT perlu ada penyambut/ huraian/ keterangan atau ayat berlapis atau FHC8. Gunakan ayat berlapis menggunakan perkataan seperti bagi,untuk, agar atau supaya.9. Jawapan dalam bentuk poin dilarang sama sekali.10.Tidak perlu ayat yang panjang dan meleret-leret.

Page 2: kertas3 spm 2015  edit.doc

CONTOH 1

TUGASAN SPESIFIK

Kemerdekaan negara kita diperolehi hasil daripada pengorbanan pemimpin silam.

Bincangkan tentang perjuangan pemimpin silam dan kepentingannya kepada Negara

Format Perincian M

Pengena

lan

1. Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia

Kedua 5 m

Isi

Dan

Huraian

2. Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah

Melayu15 m

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak 30 m

4. Peranan generasi muda untuk memelihara kedaulatan negara 10 m

5. Manfaat yang diperolehi hasil dari kemerdekaan negara kita 10 m

6. Terdapat segelintir pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang

kemerdekaan negara

(a) Mengapakah keadaan ini berlaku

(b) Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada

berlaku

10 m

7. Semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini semakin

terhakis.

(a) Mengapakah keadaan tersebut berlaku

(b) Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

10 m

8. Nilai murni dan iktibar daripada perjuangan tokoh tempatan untuk mendapat

kemerdekaan5 m

Kesimp

ulan

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

(a) Pengetahuan yang diperoleh

(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan

terbilang

5 m

1

Page 3: kertas3 spm 2015  edit.doc

CONTOH JAWAPAN

1. Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu (5M)

1. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

2. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20.Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh.

2. Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British di Tanah Melayu.(15M)

1. Antara sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan ialah dasar dasar penaklukan British. Hal ini Disebabkan oleh dasar penaklukan yang dijalankan oleh British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.

2. Melalui dasar ini, penguatkuasan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Sebagai contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Hal ini dapat dilihat melalui penentangan Dol Said terhadap kehendak British sehingga tercetusnya peperangan.

3. Selain itu, eksploitasi erhadap ekonomi tempatan juga merupakan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingannya. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.

4. Melalui perjanjian yang dimeterai juga, saudagar Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

5. Di samping itu, pelaksanaan pentadbiran barat terhadap masyarakat tempatan telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Di Terengganu pula, penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British tan tanah dikenakan cukai. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempataniaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai

7. Campur Tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan masyarakat tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.

8. Di Perak,J.W.W Birch telah campurtangan dalam adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan British ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

2

Page 4: kertas3 spm 2015  edit.doc

9. Selain itu, Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Misalnya, kehilangan hak mengutip cukai.

10. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan atau pun oleh masyarakatnyan untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Sebagai contohnya, hal yang berkaitan pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.

11. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatanyang mendorong mereka menentang British.

12. Kesulitan yang dihadapi oleh penduduk tempatan yang tertekan dengan perlaksanaan undang-undang British kerana menyulitkan kehidupan penduduk tempatan.

13. Penduduk tempatan memberikan sokongan terhadap pemimpin tempatan. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua juga telah mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak. (30 M)1. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan di Sarawak diketuai oleh Linggir, Rentap dan Syarif

Masahor. Linggir merupakan Pemimpin kaum Iban di Saribas. Mereka menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849.

2. Mereka menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Hal ini merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke atau Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Malangnya, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

3. Tokoh penentang yang kedua ialah Rentap seorang pemimpin kaum Iban. Beliau menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang.Rentap dianggap sebagai lanun dengan menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke.

4. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke, namun tentera James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung mereka.Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan sekali lagi diserang oleh James Brooke.Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Entabai kerana serangannya semakin lemah.

5. Tokoh yang ketiga ialah Syarif Masahor yang berjuang bersama Datu Patinggi Abdul Gapur. Penentangan mewakili orang Melayu yang menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka di Sungai Rajang.Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan.

6. Pada tahun 1858, James Brooke membina kubu di Kanowit. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur menyerang James Brooke di Kuching. Malangnya, penentangan yang dilakukan oleh mereka gagal.Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei, tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

7. Tokoh di Sabah ialah Mat Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan atau Sungai Sugut.SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh dan telah menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh. Mereka melaksanakan sistem cukai kepala atau surat perahu dan bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

8. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang tetapi tidak dilayan oleh pihak SBUB.Gabenor Beaufort menyerang dan membakar kampungnya dan telah memaksa Mat Salleh melarikan diri

3

Page 5: kertas3 spm 2015  edit.doc

9. Pada tahun 1897 , Mat Salleh melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. SBUB telah menawarkan pelan damai iaitu menyerahkan Tambunan kepada Mat Salleh.

10. Namun begitu, SBUB telah mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.Tentera SBUB membuat serangan balas dengan menyerang kubu Mat Salleh. Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

4. Peranan generasi muda untuk memelihara kedaulatan Negara. (10M)1. Antara peranan generasi muda untuk memelihara kedaulatan negara ialah sanggup berkorban untuk

negara. Contohnya menganggotai angkatan tentera Malaysia dalam usaha mempertahankan Negara.2. Selain itu, generasi muda perlu menghormati pemimpin Negara supaya generasi muda menghargai

jasa pemimpin yang telah banyak membangunkan Negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.3. Di samping itu, generasi muda perlu mematuhi undang-undang Negara agar dapat menjadi

warganegara yang berdisiplin. Sebagai contohnya, mematuhi prinsip Rukun Negara.4. Generasi muda haruslah mewujudkan keamanan Negara dengan tidak menyertai aktiviti-aktiviti yang

dapat menggugat keamanan negara seperti meyertai perhimpunan Bersih.5. Seterusnya, keharmonian kaum hendaklah dijaga dengan tidak menimbulkan isu-isu sensitif yang

berkaitan dengan budaya dan agama kaum lain di Malaysia.6. Generasi muda haruslah mengharumkan nama negara di persada dunia agar membuka mata negara

luar tentang kehebatan Malaysia seperti Datuk Azhar Mansor dalam misi mengelilingi dunia dengan kapal layar.

7. Seterusnya, menghindari gejala-gejala negatif dan aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas dan sebagainya.

8. Akhirnya, generasi muda juga hendaklah menguasai pelbagai kemahiran supaya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan seperti menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi.

5. Manfaat yang diperolehi hasil dari kemerdekaan negara kita. (10M)

1. Antara manfaat yang diperolehi hasil dari kemerdekaan negara kita ialah dapat mengelakkan kedaulatan negara agar dapat menghalang ancaman daripada anasir-anasir luar. Sebagai contohnya, pencerobahan rakyat Filipina di Sabah.

2. Selain itu, warisan bangsa dapat dipelihara dan budaya bangsa dapat dilindungi. Sebagai contohnya, Bahasa Melayu dikekalkan sebagai Bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi.

3. Di samping itu, perpaduan kaum antara kaum Melayu, Cina dan India dapat dikekalkan.Contohnya ketiga-tiga kaum ini bekerjasama mentadbir negara dalam sebuah parti politik yang besar iaitu Barisan Nasional

4. Seterusnya, Negara kita akan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia dengan pembangunan produk-produk pelancongan bertaraf dunia seperti pertandingan Formula One yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang setiap tahun.

5. Kemudian, dapat meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai sektor seperti sektor perindustrian.

6. Seterusnya, kita dapat mengekalkan pemerintahan sendiri dan menentukan hala tuju negara. Sebagai contohnya, menggunakan konsep demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

4

Page 6: kertas3 spm 2015  edit.doc

6. Terdapat segelintir pihak yang mempertikai sumbangan tokoh pejuang kemerdekaan negara

(10M)

(a) Mengapakah keadaan ini berlaku

1. Keadaan ini berlaku kerana pihak berkenaan kurang faham tentang fakta sejarah dan fakta tersebut telah diputarbelitkan. Hal ini dapat dilihat dengan penggunaan istilah pemberontak bagi pihak penjajah dan pejuang bagi masyarakat tempatan.

2. Selain itu, penyebaran maklumat yang tidak tepat oleh pihak media massa yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan sumbangan tokoh pejuang dipertikaikan.

3. Di samping itu, Senario politik semasa yang dimainkan oleh golongan politik tertentu dengan membangkitkan isu yang membingungkan rakyat telah mengeruhkan lagi keadaan.

4. Seterusnya, terdapat sikap prejudis dalam golongan masyarakat dengan membangkitkan sentiment perkauman dan telah menyebabkan golongan muda semakin tidak mempunyai semangat cintakan negara. Sebagai contohnya, penggunaan gajet yang menyebarkan fitnah tanpa batasan.

5. Kemudian, golongan pelajar tidak mengenali tokoh-tokoh perjuangan dahulu dengan lebih mendalam kerana mereka tidak memahami matlamat perjuangan tokoh terdahulu. Sebagai contohnya perjuangan Tok janggut menentang British di Kelantan.

(b) Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku

1. Antara cara untuk mengelakkan keadaan ini berlaku ialah dengan menekankan nilai kewarganegaraan dan patriotism dengan memupuk semangat setia negara dan bangga kepada negara seperti mengamalkan prinsip Rukun Negara.

2. Selain itu, mata pelajaran sejarah dijadikan subjek teras di mana guru sejarah perlu memberi penerangan dengan jelas. Sebagai contohnya, guru tidak menokok tambah fakta sejarah yang sedia ada.

3. Di samping itu, pengawalan media alternatif atau blog dan juga laman sesawang daripada menyebarkan maklumat yang negatif.

4. Seterusnya, mendedahkan pelajar mengenali tokoh sejarah sejak sekolah rendah lagi dengan mewujudkan sudut tokoh pejuang di sekolah.

5. Akhir sekali, menanamkan sifat patriotik terhadap sejarah negara kita agar tidak terpengaruh dengan propaganda Barat tentang pejuang tanah air kita.

7. Semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini semakin terhakis. (10M)

(a) Mengapakah keadaan tersebut berlaku

1. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya perasaan cinta pada negara. Hal ini kerana rakyat kurang menghayati Prinsip Rukun Negara.

2. Selain itu, rakyat juga lebih mengagungkan negara Barat berbanding negara sendiri kerana menganggap negara Barat lebih moden. Contohnya, dalam cara berpakaian dan budaya hidup.

3. Di samping itu, pengaruh daripada ledakan maklumat atau ICT kerana konsep dunia tanpa sempadan. Misalnya, perkara-perkara buruk yang berlaku di luar negara boleh diketahui dengan sekelip mata.

4. Seterusya, penyebaran budaya negatif dari luar tanpa dikawal telah menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa seperti budaya punk dan kpop yang tidak sesuai dengan budaya di Malaysia

5

Page 7: kertas3 spm 2015  edit.doc

5. Akhir sekali, rakyat Malaysia taksub menjadikan artis barat sebagai idola yang tidak membawa kebaikan kepada diri kerana artis Barat tidak menunjukkan contioh yang baik dari aspek berpakaian dan pergaulan.

(a) Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Antara cadangan saya untuk mengatasi masalah tersebut ialah ibu bapa seharusnya menanam sifat cinta akan negara kepada anak-anak sejak daripada kecil lagi.

2. Selain itu, kerajaan hendaklah menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni seperti kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

3. Di samping itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu memantau dan menapis maklumat negatif yang terdapat di laman sosial dan laman sesawang.

4. Seterusnya, kerajaan perlulah menetapkan syarat-syarat kepada artis-artis luar yang ingin mengadakan persembahan di Malaysia seperti dalam aspek berpakaian supaya mengahormati agama dan budaya di Malaysia.

5. Akhir sekali, generasi muda pada hari ini perlulah menjadikan tokoh atau pemimpin pejuang terdahulu sebagai idola untuk terus maju ke hadapan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengasaskan Wawasan 2020.

3. Nilai murni dan iktibar daripada perjuangan tokoh tempatan untuk mendapat kemerdekaan (5M)1. Antara nilai murni dan iktibar daripada perjuangan tokoh tempatan untuk mendapat kemerdekaan

ialah mempunyai semangat juang yang kental untuk mempertahankan negara.2. Selain itu, Kita seharusnya mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.3. Di samping itu, rakyat harus memiliki jati diri yang kuat agar tidak mudah menerima pengaruh luar.4. Seterusnya, kita seharusnya tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran globasasi pada hari

ini.5. Seterusnya, kita juga perlulah mempunyai semangat setia negara yang tinggi dengan sanggup

berkorban demi agama, bangsa dan negara.6. Akhir sekali, mempunyai sikap berani untuk mengemukakan idea dan pendapat demi kebaikan

bersama

4. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan (5M)

(a) Pengetahuan yang diperoleh

1. Saya dapat mengetahui rentetan peristiwa penetangan oleh Mat Salleh. Selain itu, Saya juga dapat mengetahui pentingnya menjaga kedaulatan negara.

(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara1. Iktibar yang saya peroleh ialah berani mempertahankan tanah air daripada ancaman luar. Selain itu,

tidak mudah berputus asa dalam menghadapi situasi yang getir. Iktibar kepada bangsa ialah kita perlulah berani dalam mempertahankan kedaulatan negara. Iktibar kepada negara ialah pemimpin hendaklah bijak mengatur strategi supaya segala perancangan dapat dijayakan.

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang1. Saya berharap agar Malaysia terus cemerlang dan gemilang di persada dunia dalam semua aspek. Di

samping itu, saya berharap agar kita dapat berganding bahu demi mengekalkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

CONTOH 2

6

Page 8: kertas3 spm 2015  edit.doc

TUGASAN SPESIFIK

Penjajahan British telah menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga Perang Dunia Kedua.

Bincangkan tentang perkembangan gerakan nasionalisme tersebut sehingga pendudukan Jepun.

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Maksud gerakan nasionalisme 5 markah

Isi dan Huraian

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat Salleh, Dato’ Bahaman dan Tok Janggut terhadap penjajahan British di kawasan masing-masing.

15 markah

3. Huraikan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan.30 markah

4. Perjuangan pemimpin tempatan menentang British menemui kegagalan. Buktikan 10 markah

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

10 markah

6. Kejayaaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan.

10 markah

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.

10 markah

8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan pemimpin tempatan menentang British. 5 markah

Kesimpulan

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperoleh.(b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

5 markah

KERTAS SOALAN TAMAt

CONTOH JAWAPAN

1. Maksud Gerakan Nasionalisme. (5 M)1. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19 .2. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar . Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/ Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh.

7

Page 9: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Huraikan penentangan yang digerakkan oleh Mat Salleh, Dato Bahaman dan Tok Janggut terhadap penjajahan British ternyata amat penting. Bincangkan. (15 M)

Mat Salleh1. Beliau merupakan pemerintah daerah Tambunan/ Sungai Sugut Namun begitu, SBUB tidak

menghiraukan kedudukan Mat Salleh dan terus menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh. Mereka melaksanakan sistem cukai kepala/ surat perahu serta bersikap kasar kepada penduduk tempatan.

2. Selepas itu, Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang tetapi tidak dilayan. Gabenor Beaufort bertidak menyerang dan membakar kampungnya menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.

3. Pada tahun1897 Mat Salleh melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Pihak SBUB pula menawarkan pelan damai iaitu dengan menyerahkan Tambunan kepadanya. Walaupun begitu pihak SBUB mungkir janji menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan dibalas oleh tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh menyebabkan beliau tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari 1900.

Dato Bahaman1. Pada 1890, Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua yang merupakan kawasan pengaruhnya. Pada 1891, Dato’ Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua .2. Selepas itu, Dato’ Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan. Pada 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn/beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang saraan 1000 Baht dan meninggal dunia di sana.

Tok Janggut1. Penentangan Tok Janggut berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila Sistem Penasihat British diperkenalkan pada 1910. Pihak British memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai. Ekoran daripada ini menyebabkan Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan membayar cukai.2. Namun begitu, bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh sehingga pihak British mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada 1915, Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh. Mereka berjaya menakluki Pasir Puteh.sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah .3. Atas nama Sultan Kelantan, British telah membawa masuk tentera dari Negeri-negeri Selat dengan kapal perang HMS Cadmus yang mendarat di Tumpat. Pihak British menyerang pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang moden telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut. Akibatnya Tok Janggut telah terkorban dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British .

8

Page 10: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Huraikan sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan. (30 M) Dasar Penaklukan British

1. Hal ini disebabkan oleh dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di Naning, Pahang,Kelantan,Terengganu, Sarawak dan Sabah. Dasar penaklukan British terhadap Negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, apabila British mengambil alih Melaka daripada Belanda. Manakala Naning pula dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti. Akhirnya, Penentangan Dol Said terhadap kehendak British menyebabkan tercetusnya peperangan.

Eksploitasi Terhadap Ekonomi Tempatan 2. Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi

kepentingannya. Penguasaan ekonomi ini dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan. Melalui perjanjian ini saudagar Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Perlaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan 3. Pihak British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan . British

memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Manakala Di Terengganu pula , penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran British dan tanah dikenakan cukai. Peraturan British ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.

Campur Tangan British dalam Adat Resam Tempatan1. Campur tangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan. Pihak British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Manakala Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam hal adat resam masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan British ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh1. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan atau pun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal-ehwal daerahnya. Contohnya, hal berkaitan pentadbiran, perundangan,ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.

Kesulitan Penduduk Tempatan 1. Penduduk tempatan yang tertekan dengan perlaksanaan undang-undang British menyulitkan

9

Page 11: kertas3 spm 2015  edit.doc

kehidupan penduduk tempatan. Hal ini kerana penduduk tempatan memberikan sokongan terhadap pemimpin tempatan. Pada masa yang sama kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua juga telah mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

4. Perjuangan pemimpin tempatan menentang British menemui kegagalan.

Buktikan. (10 M)1. Pemimpin tempatan tidak bersatu di antara satu sama lain, dengan rakyat dan bilangan anggotanya kecil menyebabkan perjuangan mereka gagal. Penentangan bercorak setempat dan tidak mendapat kerjasama pembesar daerah atau wilayah lain dan menyukarkan untuk membentuk pasukan yang mantap. Perjuangan pemimpin tidak mempunyai organisasi yang tersusun dan tidak terancang menyebabkan tidak dapat mengatur strategi yang berkesan. 2. Strategi yang digunakan oleh pihak British lebih berkesan dan tersusun dan dapat mengalahkan pejuang tempatan dengan mudah. British membina kubu pertahanan yang lebih kukuh menyukarkan pejuang tempatan mengalahkan mereka.3. British mendapat bantuan dan membawa anggota tentera dari negara lain menyebabkan pasukan tempatan sukar mempertahankan diri. Senjata yang digunakan oleh tentera British lebih moden seperti senapang , dan meriam dapat melumpuhkan perjuangan pembesar tempatan. Pembesar tempatan menggunakan senjata tradisional seperti keris, lembing , panah yang tidak setanding dengan senjata British 4. British menggunakan tipu muslihat dalam menghapuskan penentangan pemimpin tempatan seperti pelan damai yang ditawarkan oleh SBUB kepada Mat Salleh. . British menggunakan kuasa dan nama sultan untuk mengatasi penentangan menyebabkan pembesar Melayu tidak dapat meneruskan perjuangan. 5. British telah menghalang pembesar- pembesar tempatan lain memberi bantuan kepada rakan seperjuangan seperti Dol Said di Naning. British bertindak tegas terhadap pejuang tempatan dengan menangkap, memenjarakan, membuang negeri dan menjatuhkan hukuman gantung keatas pemimpin tempatan menyebabkan perjuangan menjadi perlahan. 6. Terdapat pemimpin tempatan yang terkorban dalam perjuangan menentang British menyebabkan anak buah kehilangan pemimpin dan tidak dapat meneruskan perjuangan.

5. Usaha Malaysia dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat. (10 M)1. Antara usaha memupuk semangat nasionalisme ialah melalui penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara, mengadakan Bulan Kebangsaan atau melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)2. Mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013. Melaksanakan konsep 1 Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan rakyat dan menyokong usaha mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam semua bidang seperti sukan, akademik, ekonomi dll.3. Mendidik warga Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran negara serta menyemai rasa hormat dan menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara dalam kalangan rakyat jelata.4. Menyeru semua warganegara Malaysia mematuhi perlembagaan negara dan undang-undang negara serta menyemai nilai-nilai toleransi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dibangku sekolah.

10

Page 12: kertas3 spm 2015  edit.doc

6. Kejayaan tokoh-tokoh tempatan dalam perjuangan mereka menentang penjajahan British wajar dikagumi dan diteladani oleh generasi muda. Jelaskan. (10 M)1. Antara kejayaan tokoh tokoh tempatan yang wajar diteladani oleh generasi muda ialah semangat perjuangan mereka tidak mengenal putus asa. Tokoh-tokoh tempatan menentang British dengan semangat juang yang sangat berani. Mereka juga sanggup berkorban nyawa, harta dan segalanya untuk mempertahankan hak. 2. Perjuangan mereka mengenepikan kepentingan diri masing-masing malah mengutamakan rakyat. Mereka juga mengutamakan pendekatan muafakat, musyawarahdan perbincangan dalam menyelesaikan masalah. Tokoh tempatan berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.3. Pejuang tempatan bersikap bijaksana dalam mengatur strategi untuk mencapai kemerdekaaan tanpa

pertumpahan darah. Mereka mengamalkan kerjasama dan semangat sepasukan tanpa mengira darjat keturunan untuk menentang British.

4. Pemimpin tempatan berbangga dengan warisan budaya bangsa yang mesti dipertahankan oleh generasi mendatang. Mereka juga berrjuang tanpa mengharapkan balasan kekayaan harta, kuasa dan nama.

7. Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin Malaysia dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (10M)

1. Antara cabaran yang dihadapi adalah kejadian jenayah rasuah masih lagi berlaku dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Ia boleh diatasi dengan menerapkan didikan agama dalam diri.

2. Perbalahan berlaku dalam kalangan parti politik yang hanya akan merugikan semua pihak. Untuk mengatasinya semua pihak hendaklah saling menghormati ideologi masing-masing dan menggunakan saluran yang betul untuk menegur kesilapan orang lain.

3. Gejala sosial masih berlaku dalam kalangan muda seperti vandalisme, bohsia, dan bohjan. Untuk mengatasinya ibu bapa hendaklah berperanan bertanggungjawab memberikan pendidikan agama dan memantapkan institusi keluarga

4. Negara menghadapi ancaman daripada kuasa luar yang mengganggu urusan pentadbiran negara. Untuk mengatasinya negara harus mengadakan hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar seperti perjanjian perdagangan dan perjanjian pendidikan dengan negara terbabit.

5. Negara kita bermasyarakat majmuk dan seringkali menghadapi masalah dalam mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa. Seringkali berlaku perbalahan yang mengganggu keamanan negara. Untuk mengatasinya setiap rakyat harus bersifat terbuka dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang membantu mengeratkan silaturrahim seperti gotong royong, ziarah menziarahi dan sukan rakyat.

8. Nilai-nilai murni dan iktibar daripada perjuangan pemimpin tempatan menentang British. 5m1. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan menunjukkan kegigihan mereka menentang penjajah

tanpa mengenal erti kegagalan. Ini dibuktikan dengan pahlawan Rentap yang sanggup berperang beberapa kali sehingga lemah.

2. Para pemimpin tempatan menunjukkan keberanian yang utuh seperti Dol Said yang berani menentang pasukan British dengan senjata yang kuno berbanding tentera British yang bersenjata moden.

3. Pemimpin tempatan berjaya menyatupadukan penduduk sehingga menjadi pasukan tentera yang kuat seperti yang ditunjukkan oleh pengikut Tok Janggut berjaya menawan Pasir Putih.

11

Page 13: kertas3 spm 2015  edit.doc

4. Pemimpin tempatan mempunyai keimanan dan ketakwaan yang kuat dan penduduk sangat menghormati mereka. Ini dibuktikan dengan pengikut Haji Abdul Rahman Limbong yang menghormatinya sebagai guru agama mereka.

5. Rakyat tempatan bersemangat waja dan berjiwa kental semasa berperang dengan musuh. Mereka sanggup mati demi mempertahankan maruah agama, bangsa, dan tanah air.

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan

Pengetahuan yang diperoleh 1. Kita dapat mengetahui pejuangan pemimpin tempatan yang berjuang habis-habisan untuk menentang penjajahan seperti Datuk Bahaman dan Tok Janggut. 2. Sejak dahulu lagi negara telah melahirkan ramai tokoh nasionalisme bagi meneruskan perjuangan menentang British seperti Syed Sheikh Al-Hadi dan Ishak Haji Muhammad yang lebih berani.

Iktibar kepada diri 1. Kita mestilah berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasikan perjuangan yang berjaya. Perjuangan tokoh-tokoh masa lampau menentang British patut kita contohi.2. Daripada peristiwa penentangan ini, kita perlu berusaha melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita tidak terjajah lagi.

Iktibar kepada bangsa masyarakat dan negara 1. Pemimpin tempatan telah menunjukkan semangat setia negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa.

Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

1. Saya berharap kedaulatan negara dapat dikekalkan sekaligus menjadikan Malaysia terus dihormati dan disanjungi di mata dunia. Malaysia diharapkan akan muncul sebagai negara yang maju dalam pelbagai aspek dan dapat setanding dengan negara -negara lain di dunia. Malaysia juga diharapkan akan terus menjadi sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>CONTOH 3

TUGASAN SPESIFIK

Di Malaysia, penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19. Namun, gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20Bincangkan tentang perkembangan nasionalisme di tanah Melayu.Aspek Perincian Markah

12

Page 14: kertas3 spm 2015  edit.doc

Pengenalan 1. Tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke-19?

5 markah

Isi dan

Huraian

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan. 15 markah

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan menenteng British sejak abad ke-19.

30 markah

4. Buktikan kejayaan pemimpin tempatan menenteng British sejak abad ke-19.

10 markah

5. Langkah-langkah untuk mengekalkan kedaulatan negara. 10 markah

6. Sesetengah pihak beranggapan bahawa semua yang menenteng British adalah pejuang kemerdekaan. Buktikan kebenarannya.

10 markah

7. Adakalanya berlaku kesukaran yang dihadapi oleh pemimpin dalam mengekalkan kestabilan politik negara.a) Mengapakah keadaan tersebut terjadi?b) Bagaimanakah pemimpin mengatasi kesukaran tersebut?

10 markah

8. Iktibar dan pengajaran yang diperoleh berdasarkan tajuk yangdikaji.

10 markah

Kesimpulan

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :a. Pengetahuan yang diperoleh.b. Nilai murni yang diambil dari peristiwa perjuangan / unsur patriotism.c. Harapan kepada masyarakat dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

5 markah

CONTOH JAWAPAN

1. Tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke 19. (5 M)1. Tokoh-tokoh nasionalisme tempatan yang menentang British pada abad ke 19 terdiri daripada

penghulu Dol Said, Linggir, dan Rentap. 2. Selain itu, Sharif Masahor, Mat Salleh dan Dato’ Bahaman juga antara pejuang tempatan yang turut

menentang British pada abad ke 19.

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan. (15 M)1. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan ialah dasar penaklukan British. Dasar British terhadap

daerah seperti Naning, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik British. Hal ini menyebabkan penguasaan politiknya menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

2. Selain itu, sebab penentangan terhadap British ialah eksploitasi terhadap ekonomi tempatan melalui perjanjian yang ditementerai oleh British dengan pemimpin tempatan. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

3. Seterusnya penentangan oleh pemimpin tempatan adalah kerana British telah melaksanakan sistem pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Contonya di

13

Page 15: kertas3 spm 2015  edit.doc

Terengganu, British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah. Peraturan ini sangat bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.

4. Penentangan juga berlaku kerana campur tangan British dalam adat resam tempatan. British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan. Contohnya di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan mengunakan orang suruhan.

5. Pemimpin tempatan juga kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadap kawasan dan anak buah mereka apabila British menjajah kawasan dan anak buah mereka apabila Brittsih menjajah kawasan mereka. Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut. Dengan perlantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang British.

6. Penentangan pemimpin tempatan mendapat sokongan anak buah mereka yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua juga telah mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

3. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan menentang British sejak abad ke 19. (30 M)1. Peristiwa penentangan pemimpin tempatan menentang British sejak abad ke 19 bermula dengan

penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning. Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah mereka yang menjadi takluknya. Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning menghantar satu per sepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka. Akibatnya, British telah menghantar tenteranya untuk menakluk Naning pada tahun 1831 dan pasukan British ini telah ditentang oleh Penghulu Dol Said. Beliau yang mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dar Rembau, Syed Shaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’ Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemencheh telah Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk menawan Taboh yang terletak dalam daerah Naning.

2. Pada akhir tahun 1832, British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning. Pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa pun. Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said. Penghulu Dol Siad terpaksa menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka. Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di Naning.

3. Di Sarawak,James Brooke yang digelar Raja Putih Sarawak pada tahun 1842 berusaha untuk menguasai beberapa buah daerah pedalaman sehingga menimbulkan bantahan daripada pemimpin tempatan. Mereka enggan menyerahkan daerah mereka kepada James Brooke dan ini telah menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut. Penentangan oleh Linggir, Rentap, dan Sharif Masahor sama coraknya.

4. Linggir, iaitu pemimpin kaum Iban di Saribas menentang penaklukan Jmaes Brooke pada tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini merupakan tindak balas terhadap

14

Page 16: kertas3 spm 2015  edit.doc

langkah James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas. Bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

5. Rentap, pemimpin Iban menentang James Brooke pada tahun 1853 kerana bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Beliau telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi tentera James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok, namun sekali mereka diserang oleh James Brooke. Tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap pada tahun 1861. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah

6. Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka iaitu di Sungai Rajang pada tahun 1857. Hal ini disebabkan mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan. Pada tahun 1858, James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit.

7. Syarif Masahor telah menyerang kubu tersebut. Beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapur kemudian menyerang James Brooke di Kuching. Bagaimanapun, tentangan mereka gagal.

8. Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura. Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserakan kepada James Brooke.

9. Di Sabah, terdapat beberapa penentangan oleh pemimpin tempatan terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Bagaimanapun, penentangan terbesar telah dilakukan oleh Mat Salleh. Beliau ialah pemerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut. Namun, pihak SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh. Bukan sahaja mereka menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh, malah mereka turut melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu. Pegawai-pegawai syarikat itu juga bersikap kasar kepada penduduk tempatan. Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB pada tahun 1895, tetapi tidak dilayan.Sebaliknya Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnyaMat Salleh terpaksa melarikan diri. Pada tahun 1897, beliau dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya. Ekoran itu, SBUB telah menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh, iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.Namun, SBUB mungkir janji dan hal ini menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB. Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 januari 1900.

10. Di Perak, penguasaan British yang didalangi oleh J.W.W. Birch telah ditentang oleh orang tempatan yang dipimpin oleh Dato’ Maharaja Lela. Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua pembesar dan sultan. Penentangan penduduk tempatan di Perak terhadap British adalah kerana residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874. Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal ehwal tempatan.J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu. Pada tahun 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Pada tahun 1875, bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak yang lain terhadap campur tangan British.

11. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak. Pada Julai 1875, mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar tempatan di Durian Sebatang menentang undang-undang

15

Page 17: kertas3 spm 2015  edit.doc

British di Pasir Salak. Pada September 1875, Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W. Brich selepas mesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar di Belanja. Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut. Pada Oktober 1875, walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan, namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British. Mat Arshad orang suruhan British dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak. Pada November 1875, pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam, dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Perak Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat. Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama. Pada November 1877, perbicaraan diadakan di Matang Perak. Hakimnya ialah Raja Idris, manakala penasihat perbicaraan ialah Frank Swetterham. Dato Maharaja Lela bersama-sama Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke Johor, Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

12. Penentangan di Sungai Ujong Negeri Sembilan bermula apabila Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani perjanjian dengan British. Dato Syahbandar menentang Dato Kelana Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British untuk campur tangan dala pertikaian mereka.

13. Kedua-dua pemimpin tempatan berebut kawasan sempadan untuk mengenakan cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat. Dengan kerjasama British, Dato Kelana Syed Rahman Berjaya mengalahkan Dato Syahbandar untuk menguasai Sungai Ujong dan Dato Syahbandar terpaksa berundur ke Selangor. Pada November 1874 Dato Syahbandar kembali ke Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan British dan bersetuju meletak jawatan dan berhijrah ke Singapura. Dato Kelana Syed Abdul Rahman menguasai Sungai Ujong tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.

14. Di Pahang, pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British. Apabila J.P. Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama, Dato’ Bahaman telah menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar. Ini adalah kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Pada tahun 1890, Dato’ Bahaman menentang pembinaan balai polis di Lubuk Terua kawasan pengaruhnya. Pada 1891, Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Dato’ Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan. Pada 1896, Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang saran 1000 Baht dan meninggal dunia di sana.

4. Bukti kejayaan pemimpin tempatan menentang British dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20. ( 10 M)

1. Bukti kejayaan pemimpin tempatan menentang British dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20 melalui tokoh Penghulu Dol Said ialah beliau mengingkari arahan british supaya Naning menghantar 1/10 hasil sebagai ufti kepada Melaka.

16

Page 18: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Selain itu, beliau Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie. Selain itu, Rentap telah menyerang tentera James Brooke di Kubu Nanga Skrang dan beliau Berjaya mengusir James Brooke.

3. Manakala Mat Sallleh telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya menyebabkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh

4. Bukti seterusnya Sultan Abdullah dan Dato’ Maharaja Lela serta pembesar Perak melakukan bantahan terbuka terhadap campurtangan British di Perak. Selain itu, Mat Arshad orang suruhan British dibunuh di Pasir Salak ketika menampal poster cukai. Manakala J.W.W. Birch telah dibunuh oleh Seputum dan Pandak Lam atas arahan Dato’ Maharaja Lela.

5. Dato’ Bahaman pula menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Dato’ Bahaman juga telah menyerang dan menawan semula Lubuk Terua. Selain itu, Dato’ Bahaman juga telah menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

6. Di Kelantan, polis British gagal menangkap Tok Janggut yang enggan membayar cukai. Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, che Ishak serta rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Tok Janggut membentuk kerajaan dengan Engku Jeram Besar sebagai Raja dan Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.

7. Di Terengganu, Hj Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Berang tanpa menghiraukan peraturan tanah British. British terpaksa menggunakan jasa baik Tengku Nik Maimun untuk menyuraikan kira-kira 300 penduduk yang berkumpul untuk membuka tanah. Seterusnya penduduk melancarkan penentangan bersenjata dan menyerang serta Berjaya menduduki bangunan kerajaan di Kuala Berang.

5. Langkah-langkah bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan. (10 M)

1. Langkah-langkah bagi memastikan kedaulatan negara dapat dikekalkan ialah dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya menjadi modal insan kelas pertama contohnya pengetahuan tentang teknologi maklumat.

2. Selain itu, kita juga perlu mengukuhkan sistem pertahanan negara dari ancaman musuh contohnya meletakkan pasukan tentera di setiap sempadan negara.

3. Penggunaan teknologi-teknologi canggih juga perlu dipertingkatkan untuk tujuan pertahanan contohnya menambah kekuatan dari segi kelengkapan persenjataan negara yang berteknologi tinggi.

4. Sistem pentadbiran dan pemerintahan negara juga perlu diperkukuh bagi mengelakkan campur tangan asing contohnya melantik barisan pemimpin yang cekap.

5. Di samping itu, keupayaan perisikan negara juga perlu di tingkatkan bagi melindungi negara daripada ancaman pengganas ataupun kuasa luar contohnya mewujudkan Suruhanjaya Perisikan Negara.

6. Pemupukan semangat patriotik dan rasa cinta akan negara amat perlu bagi melahirkan warganergara yang setia. Oleh itu, semangat patriotik perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian contohnya sambutan bulan kemerdekaan.

7. Seterusnya, kita juga perlu memperkasa dan mewajibkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada semua warganegara tanpa mengira kaum untuk mewujudkan rasa kebersamaan tanggungjawab terhadap negara dan mempunyai jati diri yang unggul.

8. Semua warganegara seharusnya bersatu padu mempertahankan pendirian Malaysia dalam menangani sesuatu konflik dan isu yang timbul contohnya seperti isu pemilikan Pulau Batu Putih.

17

Page 19: kertas3 spm 2015  edit.doc

9. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan untuk menghukum pengkhianat negara yang memburuk-burukkan negara di mata dunia dengan menguatkuasakan akta yang berkaitan agar dapat mengelakkan pandangan negatif negara luar terhadap Malaysia.

10. Kerajaan perlu mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara untuk mengukuhkan kedaulatan negara contohnya mengadakan hubungan bercorak bilateral dan multilateral.

11. Pihak berkuasa seharusnya bekerjasama dengan pihak keselamatan mencegah jenayah melalui sesuatu pertubuhan contohnya Kelab Rukun Tetangga, RELA dan sebagainya.

12. Akhir sekali, kerajaan juga perlu mematuhi prinsip-prinsip PBB bagi menjaga keamanan dan keselamatan dunia contohnya sentiasa menyokong perjuangan PBB dalam isu Palestin.

6. Sesetengah pihak beranggapan bahawa semua yang menenteng British adalah pejuang kemerdekaan. Buktikan kebenarannya. (10 M)

Ya1. Ya, ha lini adalah kerana askar melayu yang menenteng British adalah pejuang kemerdekaan

termasuk polis. Begitu juga dengan Home Guard dan Special Constable (SC) yang menjaga

keselamatan kampung ketika zaman darurat.

2. Golongan melayu kiri yang berjuang menenteng British merupakan pejuang kemerdekaan seperti

AWAS, PETA, PKMM, BATAS dan API. Selain itu Kesatuan Melayu Muda (KMM) juga

merupakan pejuang kemerdekaan.

3. Disamping itu, semua tokoh tanah air yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar campur tangan British

dianggap pejuang kemerdekaan seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman , Mat Saleh,Rentap dan

lain-lain. Semua yang berjuang atau sesiapa sahaja yang ingin membebaskan tanah air dari belenggu

penjajahan British.

4. PKM turut dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka turut terkorban dalam menenteng

penjajahan British di Tanah Melayu. Begitu juga dengan Force 136, MPAJA dan Askar Wataniah

yang dianggap pejuang kemerdekaan kerana menenteng Jepun.

5. Raja-raja melayu yang menenteng British dianggap pejuang kemerdekaan seperti Sultan Abdullah

dan Sultan Ismail dri Perak. Selain itu, sultan-sultan melayu seperti Sultan Kedah dan Sultan Perak

atau sesiapa sahaja yang menenteng Gagasan Malayan Union di anggap perjuangan kemerdekaan.

Tidak1. Tidak,Hal ini adalah kerana,PKM berjuang menenteng British kerana ingin menubuhkan negara

komunis di bawah di bawah Comintern (Komunis Antarabangsa). PKM juga membunuh penduduk

tempatan yang enggan bekerjasama dengan mereka menyebabkan ramai anggota keselamatan

terkorban dalam pertempuran. Mereka tidak boleh di anggap sebagai pejuang kerana mereka

meneruskan taktik ganas walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dengan melakukan

18

Page 20: kertas3 spm 2015  edit.doc

kerosakan terhadap ladang-ladang, rumah, balai polis, kemudahan awam dan lain-lain. PKM juga

mahu menjadikan Tanah Melayu milik mereka secara mutlak.

2. Selain itu, MPAJA juga dikenali sebagai bintang tiga telah memulakan aktiviti perkauman dan

kezaliman mereka khasnya ke atas orang melayu yang dianggap bersekongkol dengan pihak Jepun.

3. Disamping itu, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipengaruhi oleh PKM, lebih

cenderung menganjurkan agar Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan

pada tahun 1949.

4. Seterusnya, orang Melayu yang berjuang dalam PKM dianggap bukan pejuang kemerdekaan kerana

mereka turut terlibat dalam pertempuran dengan amggota keselamatan.

5. Akhir sekali, pihak yang memperjuangkan kosep Melayu Raya bersama-sama Indonesia dan pihak

yang menyokong gagasan Malayan Union dianggap bukan pejuang kemerdekaan.

7. Adakalanya berlaku kesukaran yang dihadapi oleh pemimpin dalam mengekalkan kestabilan

politik negara. (10 M)

a) Mengapakah keadaan tersebut terjadi?

1. Keadaan tersebut terjadi kerana terdapat pengaruh luar yang ingin menggugat kestabilan politik seperti pengaruh syiah, ideologi, ISS dan lain-lain.

2. Selain itu, terdapat segelintir golongan yang memainkan isu-isu sensitive telah menyebabkan berlakunya keretakan dalam hubungan kaun di Malaysia contohnya pertikaian terhadap kedudukan keistimewaan orang Melayu.

3. Disamping itu, terdapat pihak yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu sehingga menggugat perpaduan kaum contohnya kaum bukan melayu yang menginginkan hak kesamarataan.

4. Ancaman penceroboh terhadap wilayah Malaysia yang menggugat kedaulatan Malaysia seperti pencerobohan asing di Lahad Datu.

5. Terdapat jugas parti-parti politik yang menggugat kestabilan politik dengan mengeluarkan kata-kata perkauman untuk mendapatkan sokongan pengundi.

6. Seterusnya, terdapat pihak yang memperjuangkan kebebasan hak asasi manusia secara mutlak telah menyebabkan keharmonian masyarakat tergugat contohnya penganjuran perhimpunan BERSIH.

7. Akhir sekali terdapat golongan yang memaimnkan isu-isu keagamaan telah menjejaskan keharmonian kaum contohnya provokasi negative yang menyentuh isu agama.

b) Bagaimanakah pemimpin mengatasi kesukaran tersebut?

1. Antara cara yang boleh dilakukan oleh pemimpin bagi mengatasi kesukaran tersebut ialah pemimpin negara perlu mengawal kemasukan pengaruh negatif dari luar negara dari meresapi pemikiran rakyat Malaysia contohnya amalan budaya berpakaian, hiburan dan sebagainya.2. Selain itu, pemimpin negara perlu megambil tindakan kepada pihak yang mempersoalkan isu-isu sensitif agar perkara tersebut tidak menjadi viral negative dalam masyarakat.

19

Page 21: kertas3 spm 2015  edit.doc

3. Disamping itu, pemimpin perlu mengenakan Akta Hasutan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.4. Seterusnya, pemimpin negara perlu memperkemas system pertahanan negara dari pencerobohan wilayah seperti ESSCOM di Sabah.5. Pemimpin negara juga perlu mewujudkan dialog antara golongan agama untuk memperjelaskan isu-isu keagamaan yang timbul bagi meredakan ketegangan.6. Majlis-majlis mesra rakyat perlu diadakan oleh pemimpin negara bagi mewujudkan keharmonian masyarakat contohnya menganjurkan rumah terbuka Malaysia.7. Akhir sekali pemimpin perlu mengenepikan perbezaan politik untuk sama-sama mengatasi sebarang pemasalahan yang timbul berkaitan dengan ketidakstabilan politik.

8. Iktibar dan pengajaran yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji. (10 M)

1. Iktibar dan pengajaran yang diperleh berdasarkan tajuk yang dikaji ialah semamgat setia akan negara oleh tokoh-tokoh lampau menenteng penjajahan British boleh dijadikan iktibar kepada generasi muda pada hari ini agar sentiasa menghargai pejuang kemerdekaan contohnya perjuangan Tunku Abdul Rahman.

2. Selain itu, sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin dengan pemgikut dalam menenteng penjajahan British telah menyumbingkan kejayaan perlu dijadikan pengajaran berguna kepada generasi muda contohnya Dol Said.

3. Disamping itu, sikap berdisiplin dan gigih para pejuang menentang penjajahan perlu dijadikan iktibar dan pengajaran oleh generasi muda contonya pejuangan penentangan oleh dato Bahaman.

4. Seterusnya, generasi muda patut mengambil iktibar dengan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya negara kita tidak dijajah lagi contonya melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat terkini.

5. Generasi muda juga disarankan agar berhati-hati dengan pengaruh luar yang ingin campur tangan dalam hal ehwal negara contohnya tidak bersekongkol dengan negara luar untuk menjatuhkan Malaysia

6. Pemimpin negara perlu menanamkan sifat cinta akan negara dan semangat patriotism setiap warga negara Malaysia dengan memperkasa Program PLKN.

7. Akhir sekali, tokoh-tokoh politik negara perlu memelihara kedaulatan negara dengan tidak mengundang kuasa luar untuk menyelesaikan pemasalahan politik dalam negara contohnya kita perlu menggunakan tenaga pakar dalam negara bagi menyelesaiakan sebarang isu yang timbul.

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan : (5 M)

a. Pengetahuan yang diperoleh.

1. Pengetahuan yang diperoleh berdasarkan isi yang telah dibincangkan ialah perjuangan pemimpin

tempatan menenteng penjajahan asing dibumi sendiri. Selain itu, mereka mempertahankan hak

politik bangsa sendiri. Seterusnya, tindakan mereka menaikkan semangat untuk berjuang dalam

kalingan masyarakat.

b. Nilai murni yang diambil dari peristiwa perjuangan / unsur patriotism.

20

Page 22: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Nilai murni yang boleh diambil dari peristiwa perjuangan ialah kita mestilah berani dalam

menegakkan kebenaran. Selain itu, kita mestilah mempunyai rasa cinta akan negara.

c. Harapan kepada masyarakat dan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

3. Harapan kepada masyarakat dan negara agar cemerlang, gemilang dan terbilang ialah rakyat

Malaysia pelbagai kaum sentiasa berusaha mengekalkan kedaulatan negara. Selain itu, saya

berharap agar negara Malaysia akan terus maju dan mencapai wawasan 2020

CONTOH 4TUGASAN SPESIFIK

Pengorbanan perjuang-perjuang tanah air untuk mempertahankan kedaulatan Negara sewajarnya dicontohi oleh generasi hari ini bagi meneruskan kesinambungan sebuah Negara dan bangsa yang dihormati.

Bincangkan perjuangan tokoh-tokoh tempatan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

Aspek Perincian Markah

Pengenalan1. Latar belakang gerakan nasionalisme di tanah melayu sehingga

perang dunia kedua5 markah

Isi dan huraian

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap british di tanah melayu.

25 markah

3. Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British.(a) Rentap (10 markah)(b) Tok Janggut (10 markah)

20 markah

4. Manfaat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia menghargai dan menghayati perjuangan pemimpin tempatan.

10 markah

5. Peranan anda sebagai pelajar untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di sekolah.

10 markah

6. Kesan terhadap Negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

10 markah

7. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat nasionalisme.

10 markah

8. Iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh tempatan dalam mempertahankan tanah air.

5 markah

Kesimpulan

9. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan :a) Pengetahuan yang diperolehb) Nilai/unsur patriotisme bedasarkan tajukc) Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

dan terbilang.

5 markah

CONTOH JAWAPAN1. Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

1. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa-apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah. Di Malaysia, penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.

21

Page 23: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada awal abad ke-20. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar. Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato’Maharaja Lela/Rentap/Mat Salleh.

(Maksimum: 5 markah)

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu.

1. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Tanah Melayu yang pertama ialah dasar penjajahan British. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Tanah Melayu. Hal ini menyebabkan penguasaan politik yang luas dan seterusnya menyebabkan kawasan jajahan terikat dengan undang-undang dan peraturan. Selain itu, memudahkan British berkuasa tanpa halangan daripada banyak pihak. Contohnya Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.

2. Sebab yang kedua ialah pentadbiran British. British telah memaksa penduduk tempatan supaya mengguna pakai sistem pentadbiran British. British juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai, undang-undang dan peraturan tanah yang membebankan penduduk tempatan. Ini telah menyebabkan penduduk menentang peraturan yang dikenakan. Contohnya di Terengganu setiap tanah yang dibuka mesti mendapat izin British.

3. Sebab yang ketiga ialah kehilangan kuasa pembesar. Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran di kawasan mereka yang dilantik oleh sultan. Pelantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.

4. Sebab yang keempat ialah eksploitasi ekonomi. British berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan untuk kepentingan mereka sendiri. British telah membuat perjanjian dengan pemimpin tempatan. Contohnya membenarkan saudagar Negeri-Negeri Selat menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Hal ini menyebabkan kemarahan penduduk tempatan.

5. Sebab yang kelima ialah menyebabkan kesusahan rakyat. Perubahan yang dibuat oleh British telah membebankan penduduk tempatan. Hal ini menyebabkan rakyat tidak bebas contohnya beban cukai yang menyusahkan dan layanan kasar pegawai British.

6. Sebab yang keenam ialah campur tangan British dalam adat tempatan. Sikap British yang mencampuri urusan dan adat tempatan orang Melayu telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan. Contohnya JWW Birch yang memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang berbeza dengan budaya masyarakat tempatan.(Maksimum: 25 markah)

3. Kebangkitan pemimpin tempatan menentang British.

i. Rentap

22

Page 24: kertas3 spm 2015  edit.doc

1. Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang. Hal ini kerana tindakan Brooke yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun. Rentap Berjaya mengusir Brooke.

2. Brooke membalas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu. Rentap terus diserang oleh pasukan Brooke. Pada tahun 1861, tentera Brooke berjaya mengalahkan Rentap. Akhirnya Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan serangannya semakin lemah.

ii. Tok Janggut

1. Penentangan berlaku di Pasir Puteh pada 1910 apabila sistem penasihat British diperkenalkan. Penentangan ini dikenali sebagai kebangkitan Tok Janggut. British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan. Kesannya pembesar tempatan telah kehilangan kuasa di kawasan mereka. Misalnya Engku Besar Jeram Tuan Ahmad yang dilarang memungut cukai.

2. Cukai tanah baharu yang diperkenalkan British juga menekan kehidupan rakyat. Layanan kasar daripada pegawai kerajaan terhadap penduduk tempatan. Hal ini menyebabkan Tok Janggut membantah pelaksanaan cukai dan enggan bayar cukai tersebut. Bantahan Tok Janggut tidak dilayan. British telah mengarahkan Sarjan Che Wan menangkap beliau tetapi gagal. Che Abdul Latif (pegawai daerah Pasir Puteh) cuba patahkan kebangkitan Tok Janggut namun gagal.

3. Pada tahun 1915, pembesar Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan berjaya mendudukinya. Sebuah kerajaan sementara dibentuk. British membawa masuk pasukan tentera dan mendarat di Tumpat.

4. Pada Mei 1915, British memulakan serangan di Saring dan berjaya menumpaskan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya. British menggunakan senjata moden dan strategi yang tersusun. Akhirnya Tok Janggut telah terbunuh dan mayatnya digantung terbalik di pasar. Tujuannya adalah untuk memberi amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.

(Maksimum : 10 markah)

4. Manfaat yang diperolehi oleh rakyat Malaysia menghargai dan menghayati perjuangan

pemimpin tempatan.

1. Bersemangat patriotisme dengan cara sanggup berkorban demi negara.Contohnya berusaha sedaya upaya mejaga keamanan dan kedaulatan negara.

2. Memupuk perpaduan antara kaum supaya wujud semangat bekerjasama dalam membangunkan negara.Misalnya bersama-sama memberikan idea bernas untuk memajukan ekonomi negara.

3. Mempunyai wawasan yang tinggi supaya hebat jati diri.Misalnya wawasan 2020 yang mahu menjadi negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri.

4. Mempunyai disiplin diri yang tinggi supaya lahir sikap mematuhi undang-undang yang ditetapkan.Contohnya tidak terlibat dengan demonstrasi haram yang memusnahkan harta benda awam.

5. Menguasai ilmu pengetahuan supaya lahir modal insan kelas pertama yang boleh menyimbang kepada negara.Contohnya menguasai ilmu teknolgi maklumat (ICT).

6. Bersikap tidak putus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan. Contohnya Tok Janggut yang tidak menyerah kalah walaupun diserang oleh British beberapa kali malah menentang British hingga ke titisan darah terakhir.

23

Page 25: kertas3 spm 2015  edit.doc

7. Berani mempertahankan hak demi kepentingan bangsa.Misalnya Haji Abdul Rahman Limbong yang mempertahankan bahawa tanah adalah milik Allah dan tidak perlu meminta kebenaran British untuk membuka tanah hutan.

8. Tidak mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat dan negara. Sebagai contohnya Rentap mempertahankan penduduk nya dari dibunuh apabila mereka telah dianggap sebagai lanun.

9. Bijak mengatur strategi supaya dapat mencapai kejayaan walau dalam apa jua keadaan.Misalnya Rentap yang membina kubu diBukit Sadok dan kubunya dipagari dengan kayu Belian yang tahan sarangan peluru musuh.

10. Menguasai kemahiran dalam bidang teknologi agar tidak mudah tumpas kepada musuh.Contohnya perjuangan tokoh-tokoh tempatan menemui kegagalan kerana mereka tidak mempunyai senjatayang moden seperti British. (Maksimum : 10 markah)

5. Peranan anda untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan rakan-rakan di

sekolah.

1. Mempelajari sejarah dengan bersungguh-sungguh dengan melaksanakan Kajian Sejarah Tempatan (KST). Contohnya kajian tokoh-tokoh tempatan.

2. Menghayati nilai murni melalui Pendidikan Moral/ Sivik dan Kewarganegaraan. Contohnya Berbangga sebagai warganegara.

3. Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti 1M1S. Contohnya sukan bola sepak.4. Memupuk semangat perpaduan dengan menganggotai Majlis Kepimpinan Pelajar dan menyertai

aktiviti badan beruniform di sekolah. Contohnya Persatuan Kadet Remaja Sekolah.5. Menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah. Contohnya di Melaka.6. Mengibarkan Jalur Gemilang pada hari kemerdekaan. Contohnya di dalam kelas.7. Sekolah menerapkan semangat semangat nasionalisme dikalangan pelajar melalui mata pelajaran

sejarah. Contohnya menubuhkan galeri sejarah sekolah.8. Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat sewaktu nyanyian. Contohnya pada hari

perhimpunan. Jawapan yang munasabah diterima. (Maksimum : 10 markah

6. Kesan terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme.

1. Sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme keamanan dan keharmonian negara akan terancam. Contohnya Rakyat berpecah belah.

2. Lahirnya individu yang pentingkan diri sendiri yang menyebabkan kemakmuran negara tergugat. Contohnya ahli politik yang berasuah.

3. Ekonomi tidak berkembang dan pembangunan negara akan terbantut sekiranya ada pemimpin yang mementingkan diri. Contohnya menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

4. Apabila pentadbiran tidak stabil akan adanya campur tangan kuasa asing. Contohnya sewaktu penjajahan British di Tanah Melayu.

5. Politik tidak stabil akan menjadikan pentadbiran akan kucar kacir menyebabkan rakyat tidak menghormati pemimpin sehingga memberi kesan pada keamanan negara. Contohnya Demonstrasi jalanan berleluasa.

6. Minda masyarakat dijajah kerana terpengaruh dengan budaya asing sehingga masyarakat hilang jati diri. Contohnya budaya lepak dan rempit.

Jawapan yang munasabah diterima. (Maksimum : 10 markah)

24

Page 26: kertas3 spm 2015  edit.doc

7. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat nasionalisme

1. Mempelajari mata pelajaran Sejarah penuh penghayatan.Contohnya melalui tajuk pada Bab iaitu tajuk berkaitan nasionalisme di Malaysia, masyarakat Malaysia ditekankan tentang semangat perjuangan tokoh-tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau dalam mempertahankan tanah air tercinta. Di samping itu juga pelaksanaan Kajian Sejarah Tempatan dalam mata pelajaran Sejarah juga dapat memupuk semangat nasionalisme.

2. Menghayati nilai-nilai dalam Pendidikan Moral/Sivik dan Kenegaraan.Contohnya dalam Mata Pelajaran Sivik Dan Kenegaraan, pelajar diajar dan didedahkan tentang nilai-nilai cintakan negara seperti sanggup berkorban demi negara

3. Menghayati Rukun Negara. Di dalam Rukun Negara diterapkan beberapa prinsip yang menjadikan rakyat Malaysia seorang rakyat yang mempunyai nilai patriotism yang tinggi kepada Negara. Contohnya prinsip kedua iaitu Kedaulatan kepada Raja dan Negara, prinsip ketiga keluhuran perlembagaan dan prinsip keempat kedaulatan undang-undang.

4. Menganjurkan kempen kesedaran cintakan tanah air. Kempen-kempen yang dijalankan mampu menerap nilai patriotism di kalangan rakyat Malaysia. Antara kempen yang telah dijalankan ialah Kempen Beli barangan buatan Malaysia, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

5. Menjayakan konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohamad Najib Bin Tun Abdul Razak.Contohnya penganjuran rumah terbuka setiap musim perayaan. Konsep ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat yang berbilang kaum di Negara kita.

6. Program Latihan Khidmat Negara yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang mensasarkan kepada golongan remaja secara tidak langsung dapat menerapkan semangat jati diri yang tinggi dan melahirkan golongan remaja pewaris Negara yang berdisiplin, patriotisme yang tinggi dan sanggup berkorban demi negara.

7. Pengamalan Dasar Kebudayaan dan Kebangsaan.Dasar ini dapat mengeratkan semangat perpaduan kerana setiap bangsa dan masyarakat berbilang kaum dinegara ini dapat mengenali budaya pelbagai kaum. Secara tidak langsung semangat perpaduan kaum dan cintakan Negara dapat disemai di kalangan masyarakat.

8. Penganjuran Sukan Malaysia. Penganjuran Sukan dwitahunan ini berjaya mengumpulkan atlit-atlit dari semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Sukan ini juga berjaya mengumpulkan ribuan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang budaya yang berbeza. Jadi melalui sukan ini atlit-atlit dapat berkongsi pengalaman dan dapat mengenali budaya pelbagai kaum yang menyertainya.

9. Pengagihan ekonomi secara seimbang. Dasar kerajaan ini membolehkan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum merasai kekayaan yang ada di Negara kita secara seimbang dan tidak akan ada perasaan kurang senang di kalangan sesetengah kaum. Dengan ini rakyat pelbagai kaum mempunyai semangat cintakan Negara.

10. Menyertai sambutan hari kebangsaan pada setiap tahun. Penganjuran hari kebangsaan di Negara kita yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun adalah menjadi landasan utama kepada Negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia dan menanamkan semangat patriotism di Negara kita. Tema hari kebangsaan pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa jelas membuktikan bahawa seluruh rakyat Malaysia seharusnya bersatupadu tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan memastikan negara ini terus maju dan dipertahankan kedaulatannya (Maksimum : 10 markah)

25

Page 27: kertas3 spm 2015  edit.doc

8. Iktibar yang diperolehi daripada perjuangan tokoh nasionalis tanah air

1. Kita hendaklah mencontohi sikap dan kepimpinan yang berwibawa yang ditunjukkan oleh pemimpin terdahulu. Ketokohan para pemimpin dan pejuang nasionalis tanah air tidak boleh disangkal lagi. Golongan ini berjaya menanamkan sifat kerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dan pengikut dalam menentang penjajahan British yang menyumbang kepada kejayaan. Contohnya kejayaan Rentap dan pengikutnya mengusir James Brooke di Kubu Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman James Brooke di daerah tersebut pada tahun 1853.

2. Kita hendaklah sentiasa bertindak bijak untuk manfaat semua pihak. Segala tindakan yang akan kita laksanakan seharusnya memberi manfaat yang berguna kepada semua pihak. Contohnya langkah bijak yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk berunding dengan pihak British telah membuahkan hasil di mana pihak British telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada negara setelah sekian lama dijajah kuasa asing

3. Kita seharusnya mencontohi sikap para pemimpin pejuang nasionalis dan pengikutnya sanggup mengadaikan nyawa demi mepertahankan kedaulatan negara. Para pejuang dan pengikut sanggup menjadikan diri mereka sebagai benteng pertahanan demi mempertahankan tanah air dari dijajah oleh kuasa asing. Tok Janggut, Dato Bahaman, Dol Said, Rentap dan ramai lagi pemimpin pejuang nasionalis adalah contoh yang jelas kepada kita betapa pejuang ini sanggup mengorbankan nyawa demi Negara tercinta.

4. Sikap terbuka untuk menerima pandangan hendaklah diterapkan oleh generasi muda untuk memastikan kedaulatan negara kita terus terpelihara . Sikap ini menjadi salah satu kunci kejayaan para pemimpin kita terdahulu. Mereka sentiasa terbuka menerima pelbagai pandangan contohnya Tunku Abdul Rahman telah mendapatkan pandangan masyarakat dari pelbagai kaum semasa rundingan beliau untuk menuntut kemerdekaan Negara.

5. Kita hendaklah mengutamakan kepentingan negara dalam setiap keputusan yang dilakukan. Sikap ini dapat menjadikan negara lebih makmur dan terus dihormati oleh negara luar. Contohnya sikap yang ditunjukkan oleh para pejuang terdahulu meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan dalam setiap tindakan yang dilakukan.

6. Kita hendaklah menjadi kepentingan ilmu dalam kehidupan sebagai asas kejayaan. Ini adalah kerana tanpa ilmu kita tidak akan menjadi bangsa dan negara yang maju.(Maksimum : 5 markah)

9. Rumusan

1. Pengetahuan yang diperolehi ialah pada abad ke 19 dan 20 kita dapati bahawa ramai pemimpin

daripada pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah kerana perubahan pentadbiran yang

diperkenalkan oleh penjajah mengundang pelbagai kesulitan dan kesengsaraan kepada penduduk

tempatan. Ini menyebabkan golongan pemimpin pejuang bangkit mengetuai suara rakyat tempatan

menentang kezaliman penjajah.

2. Nilai dan unsur patriotism yang dapat diketengahkan ialah sikap berani mempertahankan kedaulatan

negara dan sentiasa berusaha berusaha membangunkan negara.

3. Saya berharap agar generasi muda dapat memiliki semngat cintakan negara supaya dapat menjayakan

Program Transformasi Kerajaan. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan

Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.(Maksimum : 5 markah)

26

Page 28: kertas3 spm 2015  edit.doc

CONTOH 5

TUGASAN SPESIFIK

Walaupun ditentang oleh orang tempatan,British berjaya menjajah Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.Namun,kejayaan ini tidak mematahkan semangat patriotisme penduduk tempatan untuk terus menentang penjajah.Bincangkan pernyataan tersebut berdasarkan kerangka di bawah.

Aspek Perincian Markah

Pengenalan1. Latar belakang nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua. 5 markah

Isi dan Huraian

2. Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British.

30 markah

3 Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di negeri berikut;

(a)     i) Pahang (8 markah)(b)    ii) Terengganu (7 markah)

15 markah

4 Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

10 markah

5 Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada pengamalan semangat tersebut.

10 markah

6 Kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotik.

10 markah

7 Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotismedalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasi cabaran tersebut

10 markah

8 Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan bangsa.

5 markah

Kesimpulan 9 Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan 5 markah

27

Page 29: kertas3 spm 2015  edit.doc

(a) Pengetahuan yang diperoleh. (b) Nilai-nilai murni dan unsur patriotisme berdasarkan tajuk. (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia lebih cemerlang dan terbilang.

CONTOH JAWAPANPengenalan :Latar belakang nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua. [ 5 M ]

1. Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar

2. Semangat patriotik ini didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara daripada kuasa penjajah3. Di Malaysia,penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak

abad ke-19 lagi4. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-205. Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia6. Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka

daripada dicerobohi 7. Menjaga kawasan mereka dari dikuasai oleh orang luar Antara pemimpin penentangan ini

termasuklah Dol Said/Dato’Maharaja Lela/Tok Janggut/Dato’Bahaman/Haji Abdul Rahman Limbong

Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap British. [ 30 M]

1. Dasar penaklukan British dimana penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar penaklukan British di daerah mereka Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah Untuk mengukuhkan kedudukan politik penjajah

2. Melalui dasar penaklukan ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.Penentangan Dol Said terhadap kehendak British telah mencetuskan peperangan.

3. Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan salah satu faktor Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan.

4. Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti seperti perlombongan dan perdagangan bijih timah .Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British

5. Faktor seterusnya ialah pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan seperti memperkenalkan sistem cukai, Undang-undang dan peraturan-peraturan tanah.

6. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum ,British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British. Contohnya di Terengganu tanah dikenakan cukai.

28

Page 30: kertas3 spm 2015  edit.doc

7. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.

8. Selain itu, Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan. British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan. Misalnya di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan. Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

9. Seterusnya ,pembesar tempatan telah kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.

10. Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya. Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial. Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa. Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan yang mendorong mereka menentang British.

11. Akhir sekali faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap British ialah kesulitan penduduk tempatan. Penentangan pemimpin tempatan ini mendapat sokongan penduduk tempatan yang tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua juga tlah mendorong mereka berkerjasama untuk menentang.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di negeri berikut;

Pahang (8 markah)  

1. Di Pahang pada tahun 1888,beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British . J.P.Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama

2. Dato’ Bahaman telah menolak pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan

3. Perubahan yang dibawa oleh British ialah sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah,sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar

4. Undang-undang British telah menghakis kuasa Dato’Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan Dato’Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama lima tahun

5. Siri penentangan Dato’Bahaman bermula pada tahun 1890,di mana beliau menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua

6. Pada tahun 1891,Dato Bahaman menyerang British kerana menangkap anak buahnya7. Pada tahun 1892,menyerang dan menawan semula Lubuk Terua 1894,menyerang dan menguasai

Kuala Tembeling dan Jeram Ampai8. 1895,akibat tekanan British,Dato’Bahaman berundur ke Kelantan Dato’Bahaman dan rakan-rakan

mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.9. Dato’Bahaman menetap di Hulu Kelantan,manakala Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu

Terengganu10. Pada tahun 1896,Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh

Raja Chulalongkorn.11. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberi wang sara hidup sebanyak 1000 baht. Akhirnya,beliau

meninggal dunia di sana

29

Page 31: kertas3 spm 2015  edit.doc

Terengganu (7 markah)

1. Haji Abdul Rahman Limbong (HARL) merupakan seorang ulama telah menentang British Di Terengganu

2. Beliau menentang kerana tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan.

3. Pada Julai dan Ogos 1922,HARL mengetuai penduduk kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan peraturan tanah British.

4. Pada bulai Mei 1925,kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III .Tanah itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.

5. Hal ini membimbangkan British,tetapi dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah,mereka dapat disuraikan . Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928.

6. Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya mendudukinya. Kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British.

7. Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu,British telah menghantar tiga orang pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang serta menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan.

8. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan sebelas orang. HARL pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dari Singapura.Beliau berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah

Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.[10 M]

1. Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia ialah pihak kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran agar dapat membentuk rakyat yang bersemangat setia negara . Contohnya kempen Negara kita Tanggungjawab Kita”

2. Seterusnya, melalui asuhan dari ibu bapa seperti mengajar anak-anak melihat video yang berkaitan perjuangan pemimpin tempatan menentang penjajah. Tindakan ini bertujuan agar anak sentiasa bersedia berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada musuh.

3. Cara seterusnya ialah dengan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan supaya kita tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat musuh.

30

Page 32: kertas3 spm 2015  edit.doc

4. Selain itu, cara untuk meningkatkan semangat patriotisme ialah dengan mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia. Hal ini bertujuan untuk melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara. Contohnya perjuangan mat kilau dalam mempertahankan negara.

5. Cara yang seterusnya ialah kita jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar supaya dapat mengelakkan perkara-perkara negatif berlaku seperti demonstrasi yang boleh memburukkan nama baik negara dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara.

6. Langkah selanjutnya ialah kita mestilah patuh pada ajaran agama masing-masing supaya dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti amalan hormat-menghormati antara semua kaum.

7. Selain itu, peranan guru juga penting bagi menerapkan semangat patrotisme dalam jiwa kalangan pelajar di sekolah. Contohnya boleh diterapkan melalui pengajaran dalam subjek sejarah dan sivik. Sistem pendidikan negara menjurus ke arah tersebut.

8. Kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan seperti mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan serta menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan.

9. Memberi sumbangan dalam pembangunan negara dengan membeli barangan buatan Malaysia 10. Akhir sekali, kita mestilah bersama-sama meraikan sambutan perayaan agar perpaduan dapat

diwujudkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum seperti mengadakan Rumah Terbuka

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat tersebut. [10 M]

1. Kejayaan yang pertama yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat patriotisme ialah pasukan Malaysia telah berjaya memenangi acara sukan di peringkat Antarabangsa. Contohnya dalam permainan hoki.

2. Kejayaan yang kedua ialah berjaya melahirkan seorang pelayar negara seperti Dato’ Azhar Mansor.3. Kejayaan yang ketiga pula ialah Dato’ Lee Chong Wei muncul sebagai pemain nombor satu dunia

dalam sukan badminton sekaligus berjaya mengharumkan nama negara dipersada dunia.4. Kejayaan yang keempat ialah Mohandas dan Magendran berjaya mendaki Gunung Everest yang

tertinggi di dunia.5. Kejayaan yang kelima ialah Dato’ Nicol David muncul sebagai pemain sukan skuasy perempuan .6. Kejayaan yang keenam pula ialah Malaysia mempunyai tenaga pakar dalam Pembinaan LRT di

Makkah.7. Kejayaan yang ketujuh ialah malaysia mempunyai tenaga pakar Petronas dalam carigali petrolium di

luar negara.8. Kejayaan yang kelapan ialah Penyertaan rakyat Malaysia dalam pertubuhan di peringkat antara

bangsa.9. Kejayaan Malaysia yang kesembilan ialah dalam bidang sains dan teknologi iaitu Malaysia telah

berjaya menghantar Dato’ Sheikh Muzaffar Shah sebagai wakil angkasawan yang pertama10. Kejayaan yang terakhir ialah Dato Seri Zetty Akhtar Aziz,Gabenor Bank Negara yang diiktiraf di

peringkat antara bangsa

Kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotik. [ 10 M ]

1. Kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotik antaranya ialah politik negara tidak stabil. Hal ini berlaku disebabkan oleh tidak ada persefahaman dalam kalangan pemimpin.

31

Page 33: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Kesan seterusnya ialah Kedaulatan dan kemerdekaan negara akan tergugat yang membolehkan negara kita mudah dijajah oleh kuasa luar.

3. Kesan selanjutnya, Negara tidak membangun sekiranya rakyat tidak bersatu hati dalam mempertahankan dan membangunkan ekonomi negara.

4. Selain itu, kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotisme ialah hasil ekonomi di eksploitasi kuasa asing. Ini akan menyebabkan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya rakyat akan menjadi miskin.

5. Pemimpin dan rakyat tiada semangat berintergriti dalam melakukan tugas dan tanggung jawab dalam membangunkan negara juga merupakan kesan sampingan sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotisme. Hal ini boleh menyebabkan gejala rasuah akan berleluasa.

6. Kesan yang seterusnya ialah pemimpin dan rakyat tidak bersatu dalam membangunkan negara hingga menyebabkan pemerintahan negara menjadi kucar kacir dan huru hara.

7. Negara dipandang rendah di peringkat antara bangsa akibat daripada kemerosotan ekonomi juga merupakan kesan yang besar sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotisme.

8. Di samping itu, kesan seterusnya ialah melahirkan pekerja yang malas dan tidak bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja. Ini akan mengakibatkan hasil kerja yang tidak berkualiti.

9. Kesan seterusnya ialah negara kita akan ketinggalan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Ini menyebabkan negara kita tidak akan mampu bersaing negara-negara maju yang lain.

10. Akhirnya, kesan sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotisme ialah keselamatan negara terancam. Sebagai contohnya, Melaka di jajah kerana ada rakyatnya yang membocorkan maklumat pertahanan Melaka.

Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan langkah mengatasi cabaran tersebut. [ 10 M] ( pelajar di nasihatkan asingkan langkah dan cabaran )Cabaran (5m)Langkah (5m)

1. Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ialah berkembangnya pengaruh budaya luar dalam kalangan masyarakat iaitu budaya negatif seperti k-pop,punk dan black metal

2. Langkah bagi mengatasi cabaran ini ialah pihak yang berwajib haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengaruh budaya luar yang negatif tidak tersebar dengan mudah dalam kalangan masyarakat.

3. Cabaran yang kedua ialah Gejala sosial dan penularan gaya hidup negatif semakin berleluasa dalam kalangan remaja di negara kita kini.

4. Langkah seterusnya ialah ibubapa haruslah memberikan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak supaya dapat menghindari masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.

5. Cabaran seterusnya masyarakat kurang pengetahuan tentang kenegaraan dan buta sejarah. Kurangnya penguasaan ilmu dalam kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak ada semangat cinta akan negara.

6. Bagi menyelesaikan masalah ini, langkah yang perlu diambil ialah pihak media cetak haruslah menerbitkan buku tentang tokoh kebanggaan negara supaya dapat menguasai segala bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran.

7. Terpengaruh dengan dakyah –dakyah pihak yang sentiasa ingin memecah belahkan perpaduan kaum juga merupakan cabaran kepada negara.

32

Page 34: kertas3 spm 2015  edit.doc

8. Bagi langkah ini pula, kita perlu menyertai program sukarelawan agar dapat memperkukuhkan jati diri dan pegangan agama.

9. Akhir sekali, Cabaran untuk memperkasakan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ialah keruntuhan akhlak masyarakat menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan semakin hilang kesannya terhakis jati diri dalam kalangan generasi muda.

10. Langkah terakhir ini pula ialah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) untuk menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik seterusnya dapat menjayakan konsep 1Malaysia.

Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan bangsa.[5 M]

1. Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan bangsa yang pertama ialah kita haruslah mempunyai semangat cinta akan negara supaya negara kita tidak akan dikuasai oleh penjajahan asing sekali lagi .

2. Iktibar yang kedua ialah kita haruslah berjuang dalam menegakkan kedaulatan negara untuk menjaga maruah bangsa

3. Iktibar yang ketiga ialah rakyat mestilah taat kepada pemimpin negara agar kestabilan politik terjamin.

4. Iktibar yang keempat ialah kita mestilah berani menentang musuh supaya negara sentiasa aman dan makmur.

5. Iktibar yanng terakhir ialah pemimpin mestilah sentiasa mempertahan kedaulatan demi masa depan negara dan bangsa.

Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan [ 5 M ]1. Pengetahuan yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah saya dapat mengetahui sebab-sebab

berlakunya penentangan masyarakat tempatan terhadap British. Antaranya ialah seperti dasar penaklukan British yang membebankan rakyat.

2. Pengetahuan yang saya perolehi seterusnya ialah saya dapat mengetahui Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di negeri Pahang dan Terengganu

3. Nilai-nilai murni yang saya perolehi daripada tajuk ini ialah kita haruslah berjuang dalam menegakkan kedaulatan negara untuk menjaga maruah bangsa.

4. Selain itu, rakyat mestilah taat kepada pemimpin negara agar kestabilan politik terjamin.5. Saya berharap agar negara Malaysia akan terus maju dan mencapai wawasan 2020.6. Saya juga berharap semua pihak berkerjasama dan berganding bahu dalam membangunkan negara

Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain

33

Page 35: kertas3 spm 2015  edit.doc

CONTOH 6TUGASAN SPESIFIKPenjajahan British diTanah Melayu telah membangkitkan semangat Nasioanalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Semangat nasionalisme ini turutmenjadi tonggak dalam mengekalkan kedaulatan negara kita.Soalan: Perjuangan awal tokoh tempatan di tanah melayu telah melahirkan msayarakat yang cinta akan tanah air dan menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara bangsa malaysia yang maju dan berjaya. Bincangkan.

Format Perincian Markah penuh

Pengenalan1. Latar belakang gerakan nasioanlisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua

5 markah

Isi dan Huraian

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British

15 markah

3. Peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan dalam menentang pentadbiran British di:a. Perak ( 10 markah )b. Naning ( 10 markah )c. Kelantan ( 10 markah )

30 markah

4. Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20

10 markah

5. Sejauhmanakah pihak kerajaan berjaya menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia

10 markah

6. Semangat dalam kalangan generasi muda semakin luntur:a) Mengapakah keadaan ini berlaku?b) Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme kepada generasi muda pada hari ini.

10 markah

7. Terdapat sekelompak masyarakat di negara kita yang menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara kita.a) Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?b. Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan?

10 markah

8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji. 5 markah

Kesimpulan

9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.a) Pengetahuan yang diperoleh.b) Nilai/ Patriotisme berdasarkan tajukc) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

5 markah

CONTOH JAWAPAN

34

Page 36: kertas3 spm 2015  edit.doc

1. Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua 1. Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja

bentuk tekanan atau penjajahan oleh kuasa luar.2. Penentangan di dorong oleh hasrat membebaskan negara daripada penjajah. Penentangan ini

dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada diceroboh atau dikuasai oleh penjajah.

3. Sejak abad ke-19, penentangan pejuang tempatan seperti Penghulu Dol Said,Dato Maharajalela, Rentap, Sharif Mashor, Mat Salleh, Datuk Bahaman, Yam Tuan Antah, Tok Janggut dan Hj Abdul Rahman Limbong berjuang bermati-matian bagi menentang penjajah Inggeris yang mengugat kedaualatan tempatan.

2. Sebab-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British1. Sebab-sebab penetangan pemimpin tempatan terhadap British kerana dasar penaklukan British itu

sendiri. Dasar British ialah untuk mengukuhkan kedudukan politik atau kuasa di Tanah Melayu.Penguatkuasaan politik menjadi luas dan kawasan yang dikuasai akan terikat dengan peraturan British, contoh naning menjadi jajahan takluk British dan dipakasa membayar ufti 1/10 hasil bumi Naning.

2. Seterusnya, British juga memperkenaklak sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.Manakalah di negeri Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, British memperkenalkan sistem Penasihat.Selain itu penjajah juga menganggap orang Iban di sarawak sebagai lanun sedangkan mereka ialah penduduk pribumi.

3. Faktor eksplotasi ekonomi Tanah Melayu hanya untuk kepentingan ekonomi penjajah. Saudagar-saudagar negeri Selat dibenarkan mengusahakan lombong dan perdagangan bijih timah yang menimbulkan kemarahan penduduk tempatan.

4. British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang, dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimun. Di Terangganu, tanah yang hendak dibuka mesti mendapat keizinan British. Amalan ini bertentangan dengan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka meneroka tanah mengikut keperluan tanpa perlu membayar cukai kerana tanah tersebut hak milik Allah dan sesiapa sahaja boleh menerokanya.Peraturan ini mendatang bebanan dan menyekat kebebasan rakyat untuk membuka tanah.

5. Selain itu, dasar campur tangan British dalam adat resam dan budaya tempatan masyarakat Melayu menyebabkab orang Melayu merasa marah. Hal ini demikian kerana adat resam dan budaya tempatan adalah hak inklusif orang melayu.Ini dapat dilihat seperti kes di Perak di mana JWW Birch yang dilantik sebagai Residen di Perak bertindak menganggu adat penggunaan orang suruhan. Beliau tidak menhormati adat tempatan malahan beliau bertindak melampau atas kapasiti sebagai Residen Perak yang hanya bertanggungajawa dalam menasihati Sultan Perak sahaja.

6. Akibat campur tangan British di negeri-negeri Melayu, pembesar-pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh ke atas anak buah sendiri dan kawasan kekuasaannya. Hal ini kerana jawatan pembesar dilantik oleh Sultan atau masyarakat kawasan tersebut melantik mereka untuk mentadbir.Mereka berkuasa menjaga hal ehwal daerah mereka sendiri seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Contohnya seperti yang berlaku kepada pembesar Syarif Masahor, Dato Patinggi Abdul Ghafur dan Dato Bahaman.

35

Page 37: kertas3 spm 2015  edit.doc

7. Kesulitan penduduk tempatan akibat daripada perlaksanaan undang-undang British seperti british memperkenalkan cukai-cukai baru dan permit untuk membuka tanah. Penduduk terpaksa berjalan kaki berhari-hari semata-mata untuk membayar cukai di pejabat tanah yang terletak di bandar. Hal ini sudah tentu menyulitkan dan merampas hak kebebasan mereka. Kesetiaan kepada pembesar tepatan sebagai ketua juga mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang British.

3. Peristiwa kebangkitan pemimpin tempatan dalam menentang pentadbiran British di:

(a) Perak ( 10 markah )1. Perjanjian Pangkor yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Andrew Clarke sebagai wakil

British menjadi wadah kepada penjajahan Britsh ke atas Perak . Perjanjian ini mendapat bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah dan para pembesar Perak. Dato Maharajalela telah membina kubu di Pasir Salak. Dato Maharajalela dan pembesar Melayu telah bermesyuarat di Durian Sebatang menentang undang-undang British. Manakala Sultan Abdullah bermesyuarat di Belanja.

2. Dalam mesyuarat itu Dato Maharajelala menawar diri untuk membunuh JWW Birch. Sultan Abdullah telah memaklumkan kepada Sultan Ismail tentang rancangan tersebut. Pada 31 Oktober 1875 Mat Arshad iaitu orang suruhan British telah dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster berkenaan cukai di Pasir Salak. Pada 2 November 1875, Birch telah dibunuh oleh Si Putum dan Pandak Lam di Sungai Perak, Pasir Salak.

3. Akibat daripada kejadian tersebut, British bertindak balas dengan menghantar 500 orang tentera British menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela dan Dato Sagor berundur ke kota Lama. Akhirnya Dato Maharaja Lela ditangkap dan dibicarakan di Matang Perak. Keputusannya Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Indut dan Seputum dihukum gantung. Manakala sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Syah Bandar dan Temenggong dibuang negeri ke Pulau Seycselles. Dengan itu Perak dapat dikuasai sepenuhnya oleh British.

(b) Naning ( 10 markah )

1. Penentangan oleh penghulu Dol Said di Naning disebabkan tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebahagian Wilayah British. Dol Said mengingkari arahan british menghantar satu persepuluh hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.

2. British bertindak menghantar tenteranya untuk menakluk Naning. Dol Said mentang British dengan bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali dari Rembau, Syed Shaaban, Penghulu Renai dan Dato Kelana sungai Ujung.

3. Dol Said berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Wyllie. Serangan kali kedua British pada akhir tahun 1832 telah berjaya mengalahkan Dol Said kerana Naning tidak mendapat bantuan. Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka.

(c) Kelantan ( 10 markah )1. Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Pasir Putih apabila sistem penasihat British

diperkenalkan pada tahun 1910. British telah memaksa penduduk tempatan menerima sistem cukai yang diperkenalkannya. Tok Janggut membantah perlaksanaan cukai dan enggan membayar cukai kerana membebankan

36

Page 38: kertas3 spm 2015  edit.doc

2. Bantahan Tok Janggut tidak dilayan oleh British malah mengarahkan pihak polis menangkap beliau tetapi gagal. Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram Tuan Ahmad, penghulu Adam, Haji Said dan Encik Ishak telah menyerang Pasir Putih. Dalam serangan tersebut mereka telah berjaya menduduki pasir putih dan berjaya membentuk kerajaan.

3. Kejayaan tersebut membolehkan Engku Besar Jeram dilantik menjadi raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Encik Ishak sebagai pegawai Daerah. Ekoran dari itu pihak British bertindak balas dengan membawa tentera dari Negeri Selat dan menyerang Saring. Serangan tersebut telah mengorbankan Tok Janggut. Akhirnya mayat Tok Janggut telah diarak sehingga ke Kota Bahru

4. Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British sehingga awal abad ke-20. 1. Kesan penentangan pemimpin tempatan di mana British mengambil tindakan dengan menangkap dan

membuang daerah atau negeri kerana British bimbang atas keberanian pemimpin tempatan. Contohnya Abdul Rahman Limbong tokoh pejuang Tani di Terengganu di buang ke Mekah.

2. Selain itu, Pejuang tempatan juga di jatuhi hukuman bunuhn sebagai pengajaran kepada pembesar dan rakyat supaya tidak mengambil tindakan melawan British.Hal ini dapat dilihat pada kes pembesar Perak Dato Maharajalela, Si Putum dan Pandak Lam dan Pandak Endut.

3. Hukuman yang lebih kejam dan zalim telah dilakukan oleh British dengan menggantung mayat dan diarak di khlayak ramai sebagai amaran kepada rakyat dan pembesar lain supaya jangan menentang British.

4. British menunjukkan kekuatan tentera dengan menyerang dan menghantar bala tentera untuk menakluk kawasan pembesar yang tidak memberi kerjasama kepada British seperti yang berlaku di Naning dimana Dol Said enggan mematuhi arahan British.

5. Tambahan pula Bristish memaksa pembesar tempatan yang tewas menandatangi perjanjian. Contohnya pembesar Dato Syah Bandar di Sungai Ujong dipaksa meletak jawatan dan berhijrah ke Singapura.

6. Selain itu, akibat tindakan British, pembesar dan pejuang terpaksa berundur ke tempat lain selepas tewas dalam peperangan.contonya Dato Bahaman berundur ke Kelantan, Terangganu dan seterusnya ke Thailand.

7. Kesan lain, dapat dilihat di mana Bristish juga menangkap sesiapa sahaja yang menentang peraturan dan undang-undang British. Hal ini dapat dilihat di mana British menangkap petani yang ingin membuka tanah di Terengganu.Hal ini juga terbukti apabila kampung pejuang Rentap di Sungai Skrang,Sarawak telah dibakar oleh James Brooke.

8. Kesan lain pula, di mana British mempergunakan nama Sultan untuk menghentikan penentangan pejuang tempatan. Contoh British mempergunakan nama Sultan dan mengisthiarkan pejuang tempatan sebagai pengkhianat atau penderhaka, malahan Sultan menghantar angkatan perang menyertai British menyerang pejuang tempatan dalam kes Jeram Ampai di Pahang.

9. Hukuman yang keras dan kejam oleh British dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menentang sama ada pembesar atau rakyat. Hal ini dilihat dalam kes Perak di mana Si Puntum, Pandak Lam, Pandak Endut dan Dato Maharaja Lela di jatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh JWW Birch.

5. Sejauh manakah pihak kerajaan berjaya menanam semangat Nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia

37

Page 39: kertas3 spm 2015  edit.doc

1. Kerajaan berjaya menanam semangat Nasionalisme melalui program dan dasar-dasar yang diamalkan dalam pentadbiran. Konsep 1Malaysia merupakan slogan bagi menanam rasa cinta terhadap negara tanpa mengira kaum. Program 1 Murid 1 Sukan yang dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia juga satu strategi menanam perasaan nasionalisme. Selain itu, Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia dapat mencorakkan pelajar ke arah mempunyai jati diri yang sebenar sebagai penduduk peribumi.

2. Sambutan hari dan bulan kemerdekaan yang acap kali disambut saban tahun dapat membangkitkan semangat cinta akan negara. Seterusnya Hari Malaysia dapat menanamkan semangat perpaduan semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak

3. Tambahan lagi Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan yang diperkenalkan di sekolah berjaya mencapai matlamat untuk membangkitkan kesedaran tentang tataperaturan selaku rakyat Malaysia yang menghormati prinsip- prinsip rukun negara.

4. Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) juga dapat mengisi vakum atau kelompangan kepada anak remaja agar mencintai dan sayang akan negara kita. Seterusnya subjek sejarah yang dijadikan matapelajaran wajib lulus dapat meningkatkan kesedaran peri pentingnya kewujudan Malaysia dan menghargai jasa-jasa pejuang tempatan yang membebaskan tanah air daripada ancaman penjajajah.

5. Program Rukun Tetangga merupakan satu usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan nasional kepada komuniti setempat. Di samping itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang merupakan satu dasar yang sama bagi semua kaum. Dasar ini mewujudkan saling menghormati kebudayaan antara kaum.

6. Semangat dalam kalangan generasi muda semakin luntur:(a) Mengapakah keadaan ini berlaku?1. Pengaruh anasir negatif seperti budaya hedonisme yang mencari keseronokan. Selain itu pengaruh

budaya asing seperti memuja kebudayaan luar akan melunturkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. 2. Seterusnya kurang didikan agama dan kesedaran sivik menyebabkan rakyat Malaysia tidak

menghormati lambang-lambang negara dan bersikap kurang ajar.3. Generasi muda tidak memahami sejarah pembentukan negara bangsa kerana tidak mempunyai nilai

komesial dalam kehidupan.4. Remaja mudah terpengaruh ledakan maklumat yang tidak bertapis. Contohnya maklumat-maklumat

palsu yang tersebar dalam facebook,whatapss dan sebagainya5. Generasi muda selalu menganggap peristiwa dan fakta sejarah perkara yang sudah berlaku dan tiada

kaitan dalam kehidupan seharian mereka.

(b) Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme kepada generasi muda pada hari ini.

1. Cadangan saya ialah Kementerian Pendidikan mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus. Selain itu, Kementerian Perpaduan perlu lebih proaktif mewujudkan perpaduan kaum dengan menjayakan konsep 1 Malaysia. Selain itu rakyat Malaysia perlu mengamalkan kebudayaan Kebangsaan dalam kehidupan seharian contoh cara hidup dan adat kesenian kaum lain.

2. Seterusnya memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi sama ada di sekolah, universiti dan mahkamah bagi menguatkan semangat cintakan negara.

38

Page 40: kertas3 spm 2015  edit.doc

3. Media Massa juga perlu memainkan peranan memacarkan semangat patriotisme dengan menyiarkan kisah-kisah perjuangan tokoh dan mendendangkan lagu-lagu patriotik. Tambahan pula pihak sekolah perlulah menganjurkan lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti ke Muzium Negara. Akhir sekali Perlaksaan Program Latihan Khidmat Negara dapat memupuk perpaduan dan cintakan negara.

7. Terdapat sekelompak masyarakat di negara kita yang menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara kita.

(a) Mengapakah kumpulan tersebut bertindak sedemikian?1. Sesetengah ahli masyarakat meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan pihak kerajaan.

Langkah kerajaan yang kurang mantap dalam perancangan ekonomi serta penyebaran maklumat yang terlalu pantas tanpa kawalan yang sewajarnya.

2. Kurangnya kefahaman terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan rakyat. Di Samping itu geografi politik yang tercetus diluar negara turut memberi kesan terhadap senario politik tempatan.

(b) Bagaimanakah keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan?1. Pemimpin negara perlu mengawal kemasukan pengaruh negatif dari luar negara yang meresapi

pemikiran rakyat Malaysia. Pemimpin negara perlu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mempersoalkan isu-isu sensitif. undang-undang seperti Akta Hasutan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab yang memainkan isu yang berbaur perkauman.

2. Sistem pertahanan negara perlu diperkemaskan untuk mengelakkan sebarang pencerobohan seperti pengenalan ESCOM di Sabah. Pemimpin negara perlu mewujudkan dialog antara agamawan untuk memperjelaskan isu-isu keagamaan yang timbul bagi meredakan ketegangan.

3. Pemimpin negara perlu mengadakan majlis-majlis mesra rakyat untuk mewujudjkan keharmonian masyarakat. Pemimpin perlu mengenepikan perbezaan politik untuk sama-sama mengatasi sebarang permasalahan yang timbul.

8. Iktibar yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji.1. Semangat setia negara tokoh-tokoh lampau menentang penjajahan British boleh dijadikan iktibar

kepada generasi muda hari ini. Selain itu, sifat bekerjasama dan tolong menolong antara pemimpin dengan pengikut dalam menentang penjajahan British.

2. Sikap berdisiplin dan gigih para pejuang menentang penjajahan perlu dijadikan iktibar dan pengajaran kepada generasi muda. Generasi muda patut mengambil iktibar dengan melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita tidak dijajah lagi. Generasi muda di saran agar berhati-hati dengan pengaruh kuasa luar yang ingin campur tangan hal ehwal dalam negara.

3. Pemimpin negara perlu menanamkan sifat cinta akan negara dan semangat patriotisme

39

Page 41: kertas3 spm 2015  edit.doc

9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

(a) Pengetahuan yang diperoleh.

1. Pengetahuan yang diperoleh ialah kita dapat mengetahui perjuangan pemimpin tempatan yang berjuang habis-habisan untuk menentang penjajah seperti Dato Bahaman dan Tok Janggut.

2. Telah muncul ramai tokoh nasionalisme bagi meneruskan perjuangan menentang British seperti Syed Sheikh Al- Hadi dan Ishak Hj. Mohamad.

(b) Nilai/ Patriotisme berdasarkan tajuk

1. Nilainya ialah sikap berdisplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan perjuangan yang berjaya. Di samping itu perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British patut diambil sebagai contoh dalam kehidupan rakyat Malaysia.

(c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang

2. Harapan agar dapat mengekalkan kedaulatan negara sekali gus menjadikan Malaysia terus dihormati dan disanjung di mata dunia.

3. Saya juga berharap agar Malaysia muncul sebagai negara yang maju dalam pelbagai aspek dan dapat setanding dengan negara-negara lain di dunia. Malaysia terus menjadi sebuah negara dan bangsa yang berdaulat

40