kertascadanganpsumber

download kertascadanganpsumber

of 3

Transcript of kertascadanganpsumber

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU TEMENGGUNG, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MENAIK TARAF PUSAT SUMBER PRA-U DAN BILIK PERSEDIAAN GURU PRA-U

PENGENALAN Kemudahan Pusat Sumber dan Bilik Persediaan Guru Pra-U adalah antara input penting untuk menjana kecemerlangan pelajar-pelajar Pra-U Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung dalam jangka masa panjang. Kedua-dua kemudahan ini adalah bergandingan untuk memacu pencapaian pelajar khususnya melalui kegiatan penyelidikan, perbincangan dan kolokium dan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ). Oleh itu projek menaiktaraf kedua-dua institusi ini perlu dilakukan demi mencapai aspirasi yang digariskan tadi.

Rasional Pelajar-pelajar Pra-U telah matang dan memerlukan satu institusi yang bersesuaian dengan mereka untuk menjada idea, penyelidikan dan pendokumentasian. Objektif 1. Menjadikan Pusat Sumber Pra-U sebagai fokus tempat pelajar-pelajar berbincang dan menjana idea lebih kondusif. 2. Mewujudkan Pusat Sumber Pra-U lebih bersepadu dalam aspek pengumpulan bahan, penyelidikan dan diskusi. 3. Menyelaras sistem dokumentasi dan aktiviti pelajar-pelajar dan guru guru Pra-U.

Sasaran Pelajar-pelajar dan guru-guru Pra U dan lain-lain individu dan organisasi yang berkepentingan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung .

Lokasi Tingkat 3, bangunan pentadbiran SMK. Tunku Temenggung, Pendang, Kedah.

Kos Kos yang terlibat merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengubahsuaian Pusat Sumber Pra-U dan Bilik Persediaan Guru adalah seperti berikut.[ Rujuk LAMPIRAN ]

Penutup Adalah diharapkan dengan adanya kedua-dua prasarana ini dapatlah membantu pelajar-pelajar dan guru-guru Pra-U menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, perbincangan dan kolokium dengan lebih kondusif dan efisyen.

Disediakan oleh Wan Rusli bin Wan Omar Penyelia Pra-U Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Temenggung, Pendang, Kedah.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU TEMENGGUNG, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MENAIK TARAF PUSAT SUMBER PRA-U DAN BILIK PERSEDIAAN GURU PRA-U