KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

9
KERTAS KERJA BULAN PUSAT SUMBER SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 2011 1. PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu. 2. NAMA PROGRAM Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2 3. MATLAMAT Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi. 4. OBJEKTIF

description

kertas kerja

Transcript of KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

Page 1: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

KERTAS KERJA

BULAN PUSAT SUMBER

SMK TAMAN MUTIARA RINI 2

2011

1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin

keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber

yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi

menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran

yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat

para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk

dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat

Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya

menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2. NAMA PROGRAM

Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2

3. MATLAMAT

Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber

Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4. OBJEKTIF

i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah

ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber

Sekolah dengan berkesan

iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan

mengendalikan program.

iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5. TEMA

PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

Page 2: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

6. TARIKH PELAKSANAAN

Sepanjang bulan Julai 2011

7. TEMPAT

Sekitar SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

8. SASARAN PESERTA

Semua pelajar SMK Taman Mutiara Rini 2

9. AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA

PROGRAM

OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN

1. Majlis

Perasmian

●Menghebahkan

kepada semua pelajar

mengenai bulan Pusat

Sumber Sekolah

● Majlis perasmian akan diadakan

pada hari Isnin 4 Julai 2011 ketika

perhimpunan rasmi.

2. Kuiz PSS ●Menambahkan ilmu

pengetahuan pelajar

mengenai PSS

● Dua soalan mengenai PSS akan

diberikan kepada pelajar pada waktu

perhimpunan sekolah pada setiap hari

khamis.

● Pelajar yang dapat menjawab

dengan tepat akan diberi hadiah.

3. Treasure

Hunt

●Mengeratkan

hubungan antara

Pengawas Pusat

Sumber dan pelajar

●Menambahkan ilmu

pengetahuan pelajar

mengenai PSS

● Akan dijalankan pada hari Sabtu 9

Julai 2011.

● 10 kumpulan peserta terdiri

daripada 3 orang pelajar akan dipilih

berdasarkan penyertaan terawal.

● Aktiviti akan diadakan di sekitar

sekolah. Lima checkpoint akan

diwujudkan dan pelajar perlu melepasi

Page 3: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

semua check point dan menyiapkan

tugasan di setiap check point.

● Hadiah akan diberi kepada 3

kumpulan pertama yang berjaya

menyiapkan kesemua tugasan dengan

tepat.

4. Pengunjung

bertuah

●Menarik minat pelajar

untuk mengunjungi

Pusat Sumber

Sekolah

● Semua pelajar yang mengunjungi

PSS akan diberikan slip untuk diisikan

maklumat peribadi.

● Setiap hari, seorang pengunjung

akan dipilih secara rawak untuk menerima

hadiah.

5. Pertandingan

Menulis

Ulasan Buku

●Menarik minat pelajar

untuk menggunakan

buku-buku di PSS

●Mencungkil bakat

pelajar dalam

penulisan.

● Program ini akan berlangsung

sepanjang bulan PSS.

● Peserta dikehendaki meminjam

sebuah buku dan membuat ulasan

mengenai buku tersebut.

● 3 peserta terbaik akan menerima

hadiah.

6. Peminjam

Terbanyak

Mingguan.

●Menarik minat pelajar

untuk meminjam

buku dari Pusat

Sumber Sekolah

● Setiap minggu, seorang pelajar

yang meminjam buku paling banyak akan

dipilih sebagai pemenang.

● Dua kategori disediakan iaitu

kategori pelajar sesi pagi dan pelajar sesi

petang.

7. Rekod

Bacaan

Nilam

Terbanyak

●Memupuk sifat suka

membaca di kalangan

pelajar

●Mencari calon untuk

Pertandingan Nilam

Peringkat Daerah

2012

● Pelajar dikehendaki merekod semua

bacaan di dalam buku Nilam mereka dan

menyerahkannya kepada guru PSS

sebelum 29 Julai 2011

● Hadiah akan diberikan kepada 3

peserta yang mempunyai rekod nilam

terbanyak.

8. Program ●Mengumpul semula

buku-buku yang tidak

● Semua buku yang dipinjam tetapi

sudah melebihi tarikh pemulangan akan

Page 4: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

Pengampunan

PSS

dipulangkan oleh

pelajar

diterima tanpa sebarang denda sepanjang

minggu ke-2 dalam bulan Julai.

10. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Zainal Bin Buang

(Pengetua SMK Taman Mutiara Rini 2)

Pengerusi : Pn Bibi Aishah Binti Roslan

(Guru Media dan Perpustakaan,

SMK Taman Mutiara Rini 2)

Setiausaha : Pn Hadizah Binti Ahmad

Ahli Jawatankuasa :

i. Kuiz PSS : Noraliya Binti Ripin (5PA)

ii. Treasure Hunt : Siew Jia Yin (4SN)

iii. Pengunjung Bertuah : Foo Sze Hui (4SN)

iv. Ulasan Buku : Cornie Chin (4SN)

v. Peminjam Terbanyak : Kanntini A/P Krishnan (2A)

vi. Rekod Nilam Terbanyak : Mohd Imran Bin Moh Shajahan (2B)

vii. Minggu Pengampunan PSS : Amirul Ashraf Bin Naim (3A)

11. ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan

i. Pusat Sumber Sekolah RM 530.00

Perbelanjaan

i. Majlis Perasmian

● Banting RM 50.00

ii. Hadiah

● Kuiz PSS (8 x RM 5) RM 40.00

● Treasure Hunt RM 100.00

● Pengunjung Bertuah (20 x RM 5) RM 100.00

● Ulasan Buku RM 100.00

● Peminjam Terbanyak (4 x RM 10) RM 40.00

● Rekod Nilam Terbanyak RM 100.00

JUMLAH RM 530.00

Page 5: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

12. CARTA PELAKSANAAN PROGRAM

Program

Tarikh

Majlis Perasmian

Kuiz PSS

Treasure Hunt

Pengunjung Bertuah

Ulasan Buku

Peminjam Terbanyak

Rekod Nilam Terbanyak

Program Pengampunan PSS

01.07.201102.07.201103.07.201104.07.201105.07.201106.07.201107.07.201108.07.201109.07.201110.07.201111.07.201112.07.201113.07.201114.07.201115.07.201116.07.201117.07.201118.07.201119.07.201120.07.201121.07.201122.07.201123.07.201124.07.201125.07.201126.07.201127.07.201128.07.201129.07.201130.07.201131.07.201101.08.201102.08.2011 Penya

Page 6: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

mpaian Hadiah

13. PENUTUP

Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Taman Mutiara

Rini 2 ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.

Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber

SMK Taman Mutiara Rini 2 yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………. ……………………………

Pn Bibi Aishah Binti Roslan

Guru Media dan Perpustakaan

SMK Taman Mutiara Rini 2

Page 7: KERTASKERJABULANPSS-CikguBibi.docx

Johor Bahru