Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
-
Upload
ahmad-lili -
Category
Education
-
view
105 -
download
2
Transcript of Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK , MUKAH
KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI SEKOLAH
TAJUK:
KOLAM INTERAKTIF
DIHASILKAN OLEH:
KELAB INNOVASI REKACIPTA
BERSAMA
UNIT BIMBINGAN KAUNSELING
PANITIA SAINS
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
KERTAS CADANGAN PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH SARAWAK.
TAJUK : KOLAM INTERAKTIF
PENGENALAN
Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi kokurikulum ini diharap dapat menyuntik semangat murid-murid di SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PATRICK, MUKAH SARAWAK untuk lebih kreatif dan inovatif dalam bidang reka cipta.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah;
1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis.2. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber.3. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk
baru yang berkualiti dan berdaya saing.4. Melahirkan para usahawan muda.
RASIONAL
Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.
SASARAN
Semua ahli Persatuan Rekacipta Sekolah Kebangsaan Saint Patrick, MukahPERNYATAAN MASALAH
Antaranya ialah :
1. Ruang hadapan sekolah yang kosong dan memerlukan keceriaan. 2. Pelajar menggunakan ruang tersebut untuk bermain 3. Kekurangan minat murid terhadap rekacipta Sekolah Kebangsaan Saint Patrick Mukah projek ini
diharap dapat menbantu menarik minat pelajar4. Menangkis pemahaman bahawa innovasi memerlukan belanja yang besar
SKOP DAN LIMITASI PROJEK.
Skop kajian ialah untuk menceriakan bahagaian depan sekolah serta menimbulkan minat pelajar terhadap rekacipta
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
Antara kepentingannya ialah:
1. Melahirkan murid yang mampu untuk membuat innovasi hiasan menggunakan bahan dari alam sekitar
2. Membuka peluang serta menanam minat merekacipta seni taman kepada murid .3. Dapat menghasilkan projek yang dapat meningkatkan keindahan serta keceriaan sekolah.4. Latihan praktikal/hands on kepada murid selepas mempelajari teori dalam mata pelajaran KHB
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran untuk projek inovasi ini tidak melebihi RM450.00. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1. Pump air rm 48.002. Pasir rm 50.003. Simen rm 48.004. Buluh rm 10.00
5. Sensor rm 120.00
6. Anak ikan rm 20.007. Lampu rm 44.008. Plywood rm 46.009. Wire rm 100.00
TINJAUAN DAN KAJIAN
Daripada tinjauan yang dijalankan, terdapat banyak ruang di sekolah yang perlu diceriakan dengan lebih baik selain dari sekadar menanam pasu bunga
KAEDAH PENYELIDIKAN
Kaedah yang akan dijalankan ialah melalui penyelidikan laman sesawang serta bantuan khidmat guru sains serta Kemahiran hidup.
Meminta khidmat nasihat dari Majlis Daerah Mukah Dalat
PERANCANGAN PROJEK
Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut:
1. Januari : Mesyuarat Persatuan , Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat
2. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian idea dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku senitaman untuk menghasilkan satu rekabentuk baru Memulakan dengan membuat pertandingan lakaran taman
Mengeringkan buluh untuk membuat rekabentuk dan iinovasi)3. Mac : membuat tapak kolam ( Bengkel Pertanian )
Mengumpul bahan untuk hiasan4. April : Memulakan penghasilan produk ( foyer sekolah)5. Mei : Taman dah sedia untuk disediakan6. Jun-Ogos: membuat perancangan untuk membuat taman dibeberapa lagi lokasi yang sesuai
dalam sekitar sekolah.7. September: Pertandingan inovasi kelab/ persatuan
KESIMPULAN
Kesimpulannya, diharapkan program ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta, satu kemahiran yang telah dipelajari. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat senitaman dalam diri murid. Akhirnya sekali, projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid, sekolah, ibu bapa , masyarakat setempat dan negara.
Disediakan oleh Disemak Oleh
……………………………….. ……………………………….
(AHMAD BIN LILI) (KIPLI BIN ABDULLAH)
SETIAUSAHA PROJEK PENGERUSI PROJEK
Disahkan Oleh
…………………………………
(LAWRENCE BIN AJIM)
PENASIHAT PROJEK
AHLI JAWATAN KUASA PROJEK
PENAUNG
GURU BESAR
ENCIK LAWRENCE BIN AJIM
PENGERUSI
ENCIK KIPLI BIN ABDULLAH
NAIB PENGERUSI 1
ENCIK MOSES IGNATIUS BIN KLUMAI
NAIB PENGERUSI 2
HAJI JAAFAR BIN ZAINI
BENDAHARI
USTAZ AZIZUL BIN MOHAMAD SANUSI
SETIAUSAHA
AHMAD BIN LILI
PENYELARAS
ENCIK MATHEW ALEC AHONG
AHLI JAWATAN KUASA
PANITIA SAINS
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP
AHLI KELAB REKACIPTA