KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.docx

3
KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA. Salah satu punca utama berlakunya rusuhan kaum ini dikenal pasti iaitu ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan antara kaum. Kaum yang majoriti ia itu kaum melayu ramai yang berada dibawah paras kemiskinan berbanding dengan kaum cina. Ketidakseimbangan ini menimbulkan keresahan berpanjangan. Sampai suatu ketika hal yang demikian tidakdapat dikawal lagi. Tindakan menyeluruh perlu diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini dan lahirlah DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dilancarkan pada tahun 1971. Mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di Malaysia. Tempoh masa di anggarkan selama 20 tahun bagi melaksanakan dasar ini. Bagi menambahkan kecepatan untuk melaksanakan dasar tersebut kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tanah-tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah bagi diusahakan secara tanah rancangan. Dengan ini lahirlah FELDA,FELCRA,RISDA dan berbagai lagi agensi berkanun yang ditubuhkan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Kemiskinan di bandar adalah berpunca dari migrasi penduduk luar bandar ke bandar. Untuk mengatasi masalah ini kerajaa telah memperbanyakan pembinaan rumah kos rendah atau mampu milik dengan kemudahan bekalan api,air dan sistem prasarana yang lengkap atau setidak-tidaknya dapat memenuhi keperluan asas. Peranan MARA dan UDA ditambah untuk menghasilkan lebih ramai golongan peniaga dari kalangan bumiputra khasnya orang melayu untuk mencapai keseimbangan ini. Selain dari memainkan peranan untuk membantu peniaga Mara juga dipertanggungjawabkan untuk membangunkan taraf pendidikan kaum bumiputra melalui pembangunan institusi pendidikan sehingga sekarang telah ada ratusan ribu graduan

description

amiklah

Transcript of KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.docx

Page 1: KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.docx

KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.

Salah satu punca utama berlakunya rusuhan kaum ini dikenal pasti iaitu

ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan antara kaum. Kaum yang majoriti ia itu kaum

melayu ramai yang berada dibawah paras kemiskinan berbanding dengan kaum cina.

Ketidakseimbangan ini menimbulkan keresahan berpanjangan. Sampai suatu ketika hal yang

demikian tidakdapat dikawal lagi. Tindakan menyeluruh perlu diambil oleh kerajaan bagi

mengatasi masalah ini dan lahirlah DEB (Dasar Ekonomi Baru) yang dilancarkan pada tahun

1971. Mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di Malaysia. Tempoh

masa di anggarkan selama 20 tahun bagi melaksanakan dasar ini.

Bagi menambahkan kecepatan untuk melaksanakan dasar tersebut kerajaan telah

bersetuju untuk memberikan tanah-tanah kepada mereka yang tidak mempunyai tanah bagi

diusahakan secara tanah rancangan. Dengan ini lahirlah FELDA,FELCRA,RISDA dan

berbagai lagi agensi berkanun yang ditubuhkan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

Kemiskinan di bandar adalah berpunca dari migrasi penduduk luar bandar ke bandar.

Untuk mengatasi masalah ini kerajaa telah memperbanyakan pembinaan rumah kos rendah

atau mampu milik dengan kemudahan bekalan api,air dan sistem prasarana yang lengkap atau

setidak-tidaknya dapat memenuhi keperluan asas.

Peranan MARA dan UDA ditambah untuk menghasilkan lebih ramai golongan

peniaga dari kalangan bumiputra khasnya orang melayu untuk mencapai keseimbangan ini.

Selain dari memainkan peranan untuk membantu peniaga Mara juga dipertanggungjawabkan

untuk membangunkan taraf pendidikan kaum bumiputra melalui pembangunan institusi

pendidikan sehingga sekarang telah ada ratusan ribu graduan keluaran Mara yang berjaya

memduduki dalam kelas pertengahan berbanding dengan sebelum ini semua kerjaya dalam

bidang profesional di monopoli oleh kaum cina. Anak-anak Bumiputra diberi kelulisan khas

Page 2: KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.docx

untuk mempelajari bidang Sains,kedoktoran,kejuruteraan dan perakaunan berbanding sebelum

ini hanya segelintir sahaja anak –anak Bumiputra yang berjaya menceburi bidang ini.

Mempelbagaikan bidang ekonomi daripada hanya bergantung kepada getah dan bijih

timah Malaysia telah berjaya bertukat menjadi sebuah negara perindustrian dan

mempelbagaikan keluaran-keluaran komoditi yang lain.

Meneruskan dasar ini kerajaan telah meminta pihak swasta turut berperanan sama dan

turut menswastakan sesetengah agensikerajaan yang perlu bagi meringankan beban kerajaan

dan menambah pendapatan negara.

Sesudah mula menampakan sedikit perubahan dan ada kejayaan dari apa yang

dirancang untuk memantapkan lagi kemajuan ekonomi negara maka kerajaan menumpukan

juga kepada pembangunan manusia sebagai satu bentuk modal yang penting.

Dari segi politik kerajaan bertindak tegas dengan mewujudkan ISA bagi menahan

tanpa bicara mana-mana yang terlibat dengan agenda yang boleh mengancam keselamatan

negara. Lebih banyak Kawasan parlimen diujudkan dan agihan kerusi di imbangi dengan

persetujuan semua parti politik yang bergabung. Kebebasan bersuara dikawal dengan baik dan

dipantau oleh pihak yang berwajib termasuk juga kebebasan akhbar . Walau pun bebas tetapi

ada hadnya. Isu-isu yang sensitif dan berbaur perkauman dilarang untuk diperkatakan secara

terbuka.

Dari segi pendidikan peluang pelajaran yang samarata sehingga tamat pendidikan

menengah adalah diwajiban bagi setiap kanak-kanak warganegara. Peluang belajar sehingga

ke peringkat yang lebih tinggi dibuka dengan luas dengan bantuan kewangan disediakan.

Sekolah satu aliran diutamakan tanpa mengabaikan aliran dari kaum-kaum yang lain masih

boleh mengikuti pelajaran dalam bahasa masing-masing diperingkat awal. Dasar bahasa

Kebangsaan diperkuatkan lagi dengan mengutamakan Bahasa Melayu sebagai sebagai bahasa

Page 3: KESAN DAN PENGAJARAN DARI TRAGEDI RUSUHAN KAUM DI MALAYSIA.docx

utama. Konsep perpaduan ditekankan dalan aspek persekolahan antara kaum-kaum di

Malaysia yang senantiasa memerlukan percampuran antara kaum dalam berbagai aktiviti.

Dari segi sosial hubungan erat antara kaum-kaum diperkukuhkan melalui pelbagai

program seperti rukun tetangga diperkrnalkan. Peranan media sentiasa diperlukan bagi

menjayakan dasar perpaduan ini dengan mendidik rakyat untuk bersatu dan bertolak ansur

dalam hal-hal melibatkan perkauman. Sehinggalah kepersada seni diperkenal konsep

perpaduan ini bagi menjamin persefahaman kaum.

Dengan semua aspek yang dimainkan oleh semua pihak kita berharap agar keamana

negara kita akan terus berkekalan dan perpaduan antara kaum menjadi semakin kukuh. 1

MALAYSIA. Tetapi bagi orang melayu berpeganglah kepada pepatah melayu “ beringat

sebelum kena dan sediakan payung sebelum hujan”.