Kesan-Kesan an PPSMI Terhadap Pembangunan Negara

download Kesan-Kesan an PPSMI Terhadap Pembangunan Negara

of 5

Transcript of Kesan-Kesan an PPSMI Terhadap Pembangunan Negara

Kesan-kesan permansuhan PPSMI terhadap pembangunan negaraFaktor-faktor yang tidak boleh diabaikan adalah kesan-kesan permansuhan PPSMI terhadap perkembangan negara. Walaupun masyarakat telah mengetahui bahawa betapa penting untuk memegang kepada prinsip PPSMI, tetapi masih terdapat kebanyakan suara yang menetangnya. Misalnya, terdapat pendapat bahawa PPSMI dianggap telah mengancam pengunaan dan keutamaan bahasa kebangsaan kita, kerana pelajar-pelajar akan mempunyai peluang yang lagi singkat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa kebangsaan. Tambahan pula, mereka ini juga berasa perlaksaan PPSMI ini akan menyebabkan tahap keyakinan dan minat pelajar terhadap penggunaan bahasa kebangsaan akan terjejas. Manakala dalam bidang penyelidikan dan perkembangan(R&D) pula, banyak penyelidikan telah dibuat oleh pelbagai pihak berkaitan terutamanya pihak institusi pendidikan seperti univiersiti, kolej dan sekolah menegah serta sekolah rendah. Pelbagai bentuk dan cara penyelidikan telah dilaksanakan, contohnya secara soal selidik, penilaian keputsan peperiksaan dan persembahan pembentangan dan lisan serta lain-lain. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, keputusan menunjukkan bahawa faktor kesediaan, keyakinan dan minat pelajar terhadap perlaksanaan PPSMI secara keseluruhan adalah berada pada tahap yang sederhana sahaja. Pada pendapat saya pula, saya rasa hal ini

berlaku kerana perlaksanaan PPSMI ini masih belum cukup matang, transformasi ke PPSMI hanya bermula dari tahun 2003, 9 tahun secara kasar hingga sekarang. Oleh itu, perlaksanaan PPSMI ini masih memerlukan lebih banyak masa oleh segelintir pihak untuk menyesuaikan diri dengannya, dan memhami kepentingannya.

Pada peringkat awal, kita telah membincangkan tentang betapa penting perlaksanaan PPSMI, pemilihan untuk melaksanakan PPSMI ini atau tidak akan membawa kesan yang mendalam kepada pembangunan negaraka kita,terutamanya negara kita yang merupakan negara sedang membangun. Kita boleh membahagikan aspek pengaruhan pemansuhan PPSMI ini kepada beberapa bidang iaitu: I. II. III. Hubungan diplomatik Ekonomi Sosial

Hubungan diplomatikBerdasarkan balik kepada peristiwa Rundingan Kemerdekaan pada tahun 1956, Parti Perikatan pada masa tersebut telah dipilih untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan British di London. Sangat jelas bahawa rundingan ini tidak akan berjaya

jika terdapat kesusahan untuk berkomunikasi antara kedua-dua pihak yang mempunyai bahasa kebangsaan yang berlainan. Oleh itu, bahasa inggeris telah menjadi asas dan resolusi kepada masalah ini. Tambahan pula, bahasa inggeris juga diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa. Oleh hal ini demikian telah menyebabkan bahasa inggeris menjadi amat penting kepada masyarakat untuk menguasainya terutamanya dalam konteks ini adalah pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap menguruskan hubungan diplomatik negara kita dengan lain. Terdapat satu kes yang berlaku baru-baru ini adalah skandal laman web kementerian pertahanan bahawa mereka telah salah menterjemahkan perkataan bahasa inggeris dari bahasa melayu, dan ini telah menunjukkan kelemahan penguasaan bahasa inggeris dalam negara kita. Oleh itu, imej negara akan turut terjejas.

EkonomiWalaupun permansuhan PPSMI nampak macam tidak akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara kita, tetapi sebaliknya ia akan mempengaruhi ekonomi negara kita secara tidak langsung. Misalnya, sekiranya dasar PPSMI dimansuhkan, banyak pelajar negara kita yang tidak ingin memilih untuk belajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu akan membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran mereka di negara asing yang dapat menyediakan mereka dengan kursus yang diminati dalam bahasa yang sesuai, terutamanya bahasa inggeris. Pelajar-pelajar ini yang mendapat siswazah akan turut bekerja di negara asing masing-masing. Oleh itu, negara kita akan mengalami situasi brain drain yang akan menyebabkan perkembangan ekonomi negara kita

terjejas. Contohnya, biasanya pelajar yang belajar di luar negara merupakan golongan profesional setelah mereka mendapat pengijazahan, kekurangan golongan ini dalam negara kita akan mempengaruhi keluaran dalam negara kasar(KDNK) dan pendapatan per kapita negara kita secara hebat kerana mereka yang biasanya merupakan golongan yang berpendatan tinggi.

Lebih lebih lagi, seperti yang dinyatakan awal, sekiranya imej negara kita terjejas, ini juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara kita juga. Hal ini kerana pelabur negara asing akan kurang yakin dan kurang berminat untuk melabur di negara kita. Selain itu, pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini. Oleh itu, sekiranya masyarakat tidak bersedia dan tidak menguasai pengetahuan bahasa inggeris akan susah mendapat perkejaan dan menyebabkan kadar penggangguran meningkat. Tambahan pula, permansuhan PPSMI akan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk merlaksanakan dasar lain untuk mengganti dasar PPSMI ini, dan hal ini akan memberi bebanan kepada pembelanjaan kerajaan. Misalnya, secara kasarnya dinyatakan bahawa sumber kewangan sebanyak RM10 juta telah digunakan untuk menjayakan dasar PPSMI ini, terutamanya perusahaan untuk menganjurkan kursus untuk memberi latihan kepada golongan pendidik(guru-guru) dan pertukaran buku-buku teks daripada bahasa melayu kepada bahasa inggeris.

SosialKebanyakan rakyat Malaysia mengalami masalah untuk menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Ramai orang sering bercakap dengan bahasa rojak(bahasa percampuran) semasa berkomunikasi dan hal ini adalah disebabkan oleh persekitaran pembelajaran dan pengaruh alam pelbagai kaum negara kita. Manakala dasar PPSMI adalah salah satu komponen yang penting untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, sekiranya PPSMI dimansuhkan, kekeliruan dan percanggahan akan timbul sejak PPSMI telah dilaksanakan asal dari tahun 2003. Pihak yang akan mengalami kesusahan tidak tinggal kepada pelajar sahaja, tetapi kepada pihak sekolah juga. Pengubahan ini akan memerlukan masa yang banyak untuk pelbagai pihak untuk menyesuaikan diri dengan dasar baru. Tambahan pula, berdasarkan surat khabar seperti The Star pula, kebanyakan penulisan menunjukkan bahawa PPSMI merupakan dasar yang baik dan tidak sepatutnya dimansuhkan begitu sahaja, dan terdapat kritik terhadap pihak Kemeterian Pelajaran bahawa mereka membuat keputusan untuk memansuhkan dasar PPSMI tanpa membuat penyelidikan yang teliti.Dengan melihat kepada dasar PPSMI yang telah dilaksanakan sebanyak 8 tahun, masih mempunyai pihak yang tidak boleh sesuaikan diri dengannya. Peristiwa yang sama akan berlaku sekiranya PPSMI dimansuhkan. Oleh hal yang demikian, bidang pendidikan perlu berjuang untuk mengatasi controversi ini, dan menyebabkan kesusahan untuk berkembang. Oleh hal yang demikian, Wawasan 2020 akan susah dicapai kerana pendidikan memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai dasar Wawasan 2020.