Kesan-Kesan Perjanjian Pangkor 1874 Terhadap Negeri-Negeri Melayu

3

Click here to load reader

description

Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Raja Abdullah dan British pada 20 Januari 1874. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Pangkor terhadap negeri-negeri Melayu.

Transcript of Kesan-Kesan Perjanjian Pangkor 1874 Terhadap Negeri-Negeri Melayu

Soalan: Perjanjian Pangkor telah ditandatangani oleh Raja Abdullah dan British pada 20 Januari 1874. Bincangkan kesan -kesan Perjanjian Pangkor terhadap negeri-negeri Melayu.

Jawapan cadangan:

Sir Andrew Clarke yang menjadi Gabenor NNS telah memulakan dasar campur tangan British secara rasmi di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Dengan menggunakan alasan untuk menamatkan keadaan anarki yang disebabkan o leh perebutan takhta pemerintahan dan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San, menyebabkan British campur tangan dalam hal ehwal negeri Perak untuk melindungi kepentingan perdaganganan mereka. Pada bulan Januari 1874, Andrew Clarke sebagai wakil kerajaan British telah mengadakan rundingan di atas kapal H.M.S Pluto di perairan Pulau Pangkor. Persidangan Pangkor berlangsung antara empat pihak, iaitu Andrew Clarke (wakil British), Raja Abdullah, pembesar -pembesar Melayu Perak, dan ketua kongsi gelap Ghee Hin dan ketua kongsi gelap Hai San. Hasilnya, mereka bersetuju menamatkan pertelingkahan melalui perjanjian bertulis. Pada 20 Januari 1874, termeterai Perjanjian Pangkor. Perjanjian Pangkor turut memberi beberapa kesan terhada p negerinegeri Melayu. Antaranya ialah British berjaya menamatkan keadaan hura hura di Perak yang disebabkan oleh Perang Larut. Selain daripada itu, Perjanjian Pangkor turut menandakan secara rasmi campur tangan British di negeri-negeri Melayu. British dapat menyebarkan kuasanya ke negeri -negeri Melayu yang lain dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Tambahan pula, Perjanjian Pangkor membolehkan British menjadi kuasa Barat tunggal yang berhak mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu seperti bijih timah. Kerajaan British telah menggalakkan pelabur -pelabur Eropah menanam tanaman kormersial dan melombong bijih timah secara intensif. Sistem Residen diperkenalkan di Perak (1874) dan diikuti oleh Selangor (1874), Negeri Sembilan (1895), dan Pahang (1888). Mengikut sistem residen,

British akan melantik residen British untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang be rkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Pengenaan sistem rasiden menyebabkan sultan dan pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa politik mereka kerana pada hakikatnya, residen yang membuat segala keputusan dan sultan hanya men jadi pemerintah boneka. Perjanjian Pangkor ialah manifestasi kelanjutan Perjanjian Inggeris Belanda (1824). Perjanjian Pangkor lebih bertamadun kerana melibatkan pemerintah negeri yang terlibat sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor turut menimbulkan penentangan sistem residen di Perak. Pengenalan sistem residen telah mengubah sistem politik tradisional Perak kepada sistem politik moden. Pada dasarnya, sistem politik tradisional masih dikekalkan tetapi fungsinya telah berubah. Sistem residen telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat Perak sehingga menyebabkan pembunuhan J.W.W.Birch pada 2 November 1875. Sistem residen telah menyebabkan berlakunya perubahan -perubahan mendadak sehingga menjejaskan sultan dan pembesar -pembesar Melayu. Terdapat beberapa faktor yang mendorong masyarakat Melayu Perak menentang sistem residen. Antara faktornya ialah kelemahan syarat -syarat Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor yang ditand atangani pada 20 Januari 1874 telah menetapkan bahawa seorang residen akan ditempatkan di Perak untuk menasihati sultan dalam semua hal ehwal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Perjanjian Pangkor, tidak dinyatakan panduan dan peraturan untuk dijadikan pegangan oleh residen dalam melaksanakan tugasnya. Hal ini menyebabkan residen memerintah mengikut budi bicaranya sendiri. Tambahan lagi, Perjanjian Pangkor gagal menamatkan perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail enggan menyerahkan alat -alat kebesaran diraja semasa pertabalan sultan Abdullah. Baginda terpaksa mengeluarkan banyak wang, masa, dan tenaga untuk mengekalkan kedudukannya sebagai sultan Perak. Selain daripada itu, s ultan Abdullah terpaksa menghadapi penentangan dadipada musuh -musuhnya, iaitu pembesar-pembesar Perak yang tidak suka kepadanya.

Kesimpulannya, Perjanjian Pangkor telah membantu British menamatkan keadaan huru-hara dalam negeri dan sekaligus me ngukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Keamanan turut diwujudkan dengan adanya Perjanjian Pangkor.