Kesan penceraian

8
Kesan penceraian Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut : Jiwa terganggu Marah Sedih Tidak bermaya Rasa bersalah Terpencil Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa Kesunyian Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat. Dua Tanggungan Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah; sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah Kesan Terhadap Anak Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan- kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:- Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah: Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa Contohnya apabila hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri, maka anak tersebut akan

Transcript of Kesan penceraian

Page 1: Kesan penceraian

Kesan penceraian

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :

Jiwa terganggu Marah Sedih Tidak bermaya Rasa bersalah Terpencil Rendah diri Runsing Putus asa/kecewa Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian - baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

 

   Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab dan peranan yang bertambah;

sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah

   Kesan Terhadap Anak

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa

Contohnya apabila hak penjagaan anak diberikan kepada si isteri, maka anak tersebut akan merasa kehilangan kasih saying seorang ayah.

Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya

Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

Page 2: Kesan penceraian

Ini kerana kawan-kawannya yang lain yang berada di sekolah mempunyai sebuah keluarga yang lengkap.

Mengalami tekanan jiwa dan perasaan Perasaan terganggu dan bingung Hilang tumpuan pada pelajaran Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-anak , maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka. Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di dalam konflik antara ibu dan bapa.

2. Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.

3. Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu, pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan banyak perhatian, sokongan dan bantuan.

4. Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.

   Masalah Kewangan

Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah berkurangan.

Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah

yang diberikan oleh suami. Kebutuhan dan perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas

pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Keluarga. Kerja lembur diperlukan untuk melengkapi keperluan seharian. Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah anak-anak yang di

bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi.

   Sosial

Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh:

Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda).

Page 3: Kesan penceraian

Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya. Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan masing-masing. Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan saudara-mara dalam hal

penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal

seharian. Pasangan kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

   Undang - undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undang-undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban yang sedia ada:lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang sudah bercerai;

Sebagai seorang yang tidak berumahtangga, seseorang itu tidak layak memperolehi rumah HDB. Bayaran cukai pendapatan akan meningkat. Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal. Perbelanjaan guaman. Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian. Bersambungya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari tanggungjawabnya dan timbulnya

tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah. Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun, bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

 Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual. Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang berlaku curang dan lain-lain faktor lagi.

Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah penceraian ini dilakukan. 

Seperti firman Allah dalam al-Quran, “Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah An-Nisa´: 128)Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka dengan sebab itu

Page 4: Kesan penceraian

penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak digalakkan dalam islam.

Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan harian.Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan terhadap anak-anak. 

Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami ganguan emosi kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah sebahagian daripada ahli keluarga.

Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat daripada penceraian ini.Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata perpatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan ibu” - merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masing-masing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan. 

Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-hakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk mejadi pasangan yang sempurna dan bertanggungjawab.

Namun semuanya adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. 

Cara mengatasi cerai

Page 5: Kesan penceraian

Begitupun, kedua-duanya perlu memahami tingkah laku dan perasaan pasangan masing-masing serta bertolak

ansur untuk menyelesaikan masalah yang timbul bersama,” katanya mengulas mengenai masalah perceraian

yang berlaku ke atas sesebuah perkahwinan dalam tempoh singkat atau kahwin spring ini.

Menurutnya, suami atau isteri perlu memahami sedalam-dalamnya sikap pasangan mereka sebelum berkahwin

bagi menyesuaikan diri terutamanya selepas berumahtangga.

Selain itu katanya, masalah seksual juga menjadi antara faktor penyumbang kurangnya persefahaman suami

isteri sehingga mengeruhkan suasana dalam rumah tangga.

Suriani berkata, hubungan kelamin suami isteri menjadi salah satu perkara yang perlu diberi perhatian serius

oleh pasangan yang berkahwin tanpa perlu rasa malu untuk membincangkannya.

“Dalam hal ini (hubungan kelamin suami isteri) pasangan tidak perlu malu atau takut untuk mengaku

kelemahan atau masalah yang dihadapi kerana jika mendiamkan diri ia tidak akan selesai malah ada yang

bertindak memohon perceraian.

“Pasangan tidak perlu khuatir kerana masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan sesama mereka atau

mendapatkan pandangan pakar supaya ia tidak berlarutan,” katanya.

Dalam melayari rumah tangga katanya, suami atau isteri perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya ikatan

yang dibina dapat berjalan di landasan yang benar.

Menurutnya, jika sesebuah perkahwinan itu hanya mengikut hawa nafsu semata-semata tanpa melihat ke

hadapan, sesuatu pasangan itu tidak dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.

Kerana itu katanya, pasangan perlu memahami tanggungjawab serta komitmen yang perlu dilakukan apabila

melangkah ke alam perkahwinan.

“Perkahwinan bukan satu perkara mudah kerana banyak perkara perlu dititikberatkan bukan sahaja di dalam

keluarga itu sendiri tetapi membabitkan pihak terdekat seperti keluarga mertua, saudara mara dan

sebagainya,” katanya.

1. masalah diselesaikan dengan baik bukannya mengikut perasaan

ini kerana dalam berumah- tangga pendekatan terbaik hanyalah dengan mengadakan perbincangan.

2. mendapatkan bantuan seperti kaunselor, keluarga atau rakan-rakan yang boleh memahami

seterusnya membantu mengatasi masalah yang timbul.

“Dalam perkahwinan masalah akan ada dan pasangan perlu mengetahui cara atau pendekatan sesuai

menghadapinya supaya tidak bertambah rumit.

Page 6: Kesan penceraian

“Begitupun, apa yang penting pasangan perlu memahami bukan sahaja orang lain tetapi diri sendiri kerana

semua yang berlaku adalah bermula dari diri sendiri,” katanya.

Selain itu, Suriani juga meminta pasangan yang belum berumahtangga dapat mewujudkan persefahaman yang

jitu agar mereka dapat mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat lagi supaya masalah yang

timbul kemudian hari dapat diatasi secara bersama dengan baik.

PUNCA BERLAKUNYA PERKAHWINAN SINGKAT

- Masalah komunikasi

- Tiada persefahaman

- Masalah hubungan seks suami isteri

- Sikap mementingkan diri sendiri

- Pasangan tidak memberikan kerjasama dengan baik

- Menjalin hubungan sulit dengan lelaki atau wanita lain

- Tiada pengetahuan ilmu rumahtangga

- Dipengaruhi pihak ketiga seperti keluarga atau orang berpengaruh

- Tidak bertanggungjawab

- Mengabaikan nafkah isteri dan keluarga

- Menjalinkan hubungan sejenis

CARA UNTUK MENGATASI

- Bawa berbincang

- Cuba memahami sikap pasangan masing-masing

- Bertolak ansur, bekerjasama, bantu-membantu

- Meletakkan matlamat mewujudkan perkahwinan yang bahagia

- Membuat persediaan secukupnya: jiwa dan minda sebelum berkahwin

- Dapatkan bantuan pihak lain seperti kaunselor

- Jangan bertindak ikut perasaan sebaliknya berfikir sebelum bertindak

- Pelajari ilmu berumahtangga

- Sabar dan menerima pasangan seadanya

- Amalkan ucapan cinta, terima kasih dan maaf