Kesan Rancangan Program Realiti Di Televisyen

13
KESAN RANCANGAN PROGRAM REALITI DI TELEVISYEN. Tajuk : Pada masa ini, rancangan-rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen telah menjadi kegilaan ramai. Para penonton dan masyarakat telah memberikan perhatian dan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap rancangan tersebut.Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan rancangan realiti di televisyen terhadap golongan remaja. ............ Fear Factor merupakan salah satu rancangan hiburan realiti di televisyen yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton di seluruh dunia. Rancangan Fear Factor disiarkan menerusi saluran NTV7 setiap hari Sabtu pukul 11.00 malam. Rancangan tersebut juga dapat ditonton menerusi saluran 5 televisyen Singapura setiap hari Rabu pukul 7.30 malam. Bagi peminat-peminat Fear Factor sehari tidak menonton rancangan tersebut bagaikan tidak lengkap kehidupan pada hari tersebut. Demikian juga hebatnya sambutan yang diberikan kepada rancangan Akademi Fantasia, My Team, One In A Million, Gang Starz dan Akademi Al-Quran. Namun demikian, sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap rancangan-rancangan tersebut daripada kalangan remaja amat menggusarkan pelbagai pihak. ............ Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi Fantasia hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain. Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remeh-temeh. ............ Kedapatan juga rancangan hiburan realiti di televisyen yang menggunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenangnya. Pihak penganjur sengaja mengambil kesempatan dan peluang untuk menangguk di air yang keruh. Pada kelazimannya, penonton diberi kuasa mengundi pemenang menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Remaja yang taksub dengan peserta yang paling diminati sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kejayaan peserta itu. Hal ini termasuklah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar dengan mengundi menerusi SMS peserta yang diminati. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk perbelanjaan di sekolah telah disalahgunakan. Mereka sanggup mengikat perut hanya semata-mata untuk membayar perkhidmatan telefon bimbit yang digunakan oleh mereka. Jelaslah di sini bahawa penyiaran rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen turut melibatkan pembaziran wang, terutamanya dalam kalangan remaja. ............ Gejala yang paling membimbangkan marcapada ini ialah pengaruh hedonisme yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam masyarakat semakin parah. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset, cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan fahaman hedonisme dalam kalangan remaja. ............ Intihanya, amat jelas bahawa rancangan hiburan berbentuk realiti di kaca televisyen telah meninggalkan impak yang negatif dalam kalangan remaja. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang gejala tersebut daripada terus menjadi virus. Pihak penganjur dan penyiar tidak wajar memikirkan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya aspek pembinaan minda golongan remaja perlu diutamakan. Ibu bapa pula harus memainkan tanggungjawab masing-masing supaya golongan remaja tidak mudah hanyut dalam gelombang hiburan yang semakin menggila.

description

KESAN RANCANGAN TV

Transcript of Kesan Rancangan Program Realiti Di Televisyen

KESAN RANCANGAN PROGRAM REALITI DI TELEVISYEN.

Tajuk :Pada masa ini, rancangan-rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen telah menjadi kegilaan ramai. Para penonton dan masyarakat telah memberikan perhatian dan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap rancangan tersebut.Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan rancangan realiti di televisyen terhadap golongan remaja.

............Fear Factor merupakan salah satu rancangan hiburan realiti di televisyen yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton di seluruh dunia. Rancangan Fear Factor disiarkan menerusi saluran NTV7 setiap hari Sabtu pukul 11.00 malam. Rancangan tersebut juga dapat ditonton menerusi saluran 5 televisyen Singapura setiap hari Rabu pukul 7.30 malam. Bagi peminat-peminat Fear Factor sehari tidak menonton rancangan tersebut bagaikan tidak lengkap kehidupan pada hari tersebut. Demikian juga hebatnya sambutan yang diberikan kepada rancangan Akademi Fantasia, My Team, One In A Million, Gang Starz dan Akademi Al-Quran. Namun demikian, sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap rancangan-rancangan tersebut daripada kalangan remaja amat menggusarkan pelbagai pihak.

............Remaja yang terlalu taksub dengan rancangan hiburan realiti akan membazirkan masa tanpa berfaedah. Setiap detik yang berlalu hanya membawa minda mereka ke alam hiburan realiti. Mereka sentiasa memikirkan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan hiburan itu sambil terus meminggirkan perkara-perkara yang lebih penting, terutamanya pelajaran. Sebagai contoh, apabila rancangan Akademi Fantasia hampir ke udara, maka perasaan teruja akan menyebabkan remaja yang fanatik dengan rancangan itu akan melupakan hal-hal yang lain. Dalam konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa rancangan realiti di televisyen mengakibatkan tumpuan pemikiran remaja beralih dari bidang akademik ke bidang yang remeh-temeh.

............Kedapatan juga rancangan hiburan realiti di televisyen yang menggunakan kuasa penonton untuk menentukan pemenangnya. Pihak penganjur sengaja mengambil kesempatan dan peluang untuk menangguk di air yang keruh. Pada kelazimannya, penonton diberi kuasa mengundi pemenang menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Remaja yang taksub dengan peserta yang paling diminati sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kejayaan peserta itu. Hal ini termasuklah mereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar dengan mengundi menerusi SMS peserta yang diminati. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk perbelanjaan di sekolah telah disalahgunakan. Mereka sanggup mengikat perut hanya semata-mata untuk membayar perkhidmatan telefon bimbit yang digunakan oleh mereka. Jelaslah di sini bahawa penyiaran rancangan hiburan berbentuk realiti di televisyen turut melibatkan pembaziran wang, terutamanya dalam kalangan remaja.

............Gejala yang paling membimbangkan marcapada ini ialah pengaruh hedonisme yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Hedonisme merujuk kepada fahaman atau pegangan yang mementingkan hiburan dan keseronokan dalam kehidupan. Budaya ini turut disuburkan dengan program realiti yang telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan remaja. Kemunculan rancangan hiburan yang berbentuk realiti telah menjadi virus yang menyebabkan barah dalam masyarakat semakin parah. Fanatisme terhadap hiburan telah menjadikan golongan remaja semakin alpa terhadap peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Keseronokan menghayati dunia hiburan telah mengatasi segala-galanya. Kaset, cakera padat, cakera padat video, cakera padat digital dan lambakan majalah hiburan memenuhi ruang kamar remaja. Demikian juga halnya dengan gambar dan poster bintang pujaan mereka yang memenuhi dinding, fail dan kulit buku remaja pelajar. Lantas, sajian rancangan hiburan berbentuk realiti telah menyubursegarkan fahaman hedonisme dalam kalangan remaja.

............Intihanya, amat jelas bahawa rancangan hiburan berbentuk realiti di kaca televisyen telah meninggalkan impak yang negatif dalam kalangan remaja. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus berganding bahu bagi mengekang gejala tersebut daripada terus menjadi virus. Pihak penganjur dan penyiar tidak wajar memikirkan soal keuntungan semata-mata, sebaliknya aspek pembinaan minda golongan remaja perlu diutamakan. Ibu bapa pula harus memainkan tanggungjawab masing-masing supaya golongan remaja tidak mudah hanyut dalam gelombang hiburan yang semakin menggila.

Antara Kesan Negatif Program Realiti TV1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.2. Melalaikan remaja tidak mementingkan pelajaran bahkan berlumba-lumba ingin menjadi artis [dikatakan jalan mudah untuk mengecapi glamour dan kemewahan].3. Membazir wang pengundi yang sanggup berhabisan mengundi peserta pilihan mereka. Alangkah eloknya kalau duit berkenaan disimpan untuk keperluan di hari muka.4. Melahirkan budaya menghina orang lain para peminat peserta program realiti biasanya akan mengutuk dan merendah-rendahkan peserta lain terutama jika peserta bukan pilihan yang menan

Dunia hiburan sekarang semakin berkembangdi negara ini. Kini, rancangan hiburan yang bersifat realiti , misalnya Vokal Bukan Sekadar Rupa, Maharaja Lawak, Mentor dan lain-lain telah diperkenalkan oleh syarikat televisyen tempatan. Rancangan Maharaja Rawak khususnya, bukan sahaja diminati oleh anak muda tetapi juga orang dewasa. Meskipun rancangan tersebut mendatangkan kepuasan kepada mereka, namun kesan negatifnya akan menjejaskan masa depan orang ramai.

Kesan-Kesan

1. Pembaziran MasaKewujudan rancangan hiburan yang bersifat realiti mengakibatkan banyak masa seseorang terbuang, lebih-lebih lagi bagi rancangan yang tempoh siarannya panjang. Situasi ini menjejaskan kelancaran aktiviti harian mereka yang berkenaan. Bagi sesetengah pelajar pula, mereka sanggup menagguh tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk berada di hadapan televisyen bagi mengikuti perkembangan rancangan hiburan yang bersifat realiti yang menjadi kegemaran mereka. Segelintir pelajar sanggup ponteng kelas tuisyen bagi tujuan tersebut. Sekiranya amalan ini berterusan, prestasi akademik mereka akan merosot, dan situasi ini sekali gus menjejaskan usaha kita untuk melahirkan pelajat yang tahu menghargai masadan cemerlang dalam bidang akademik.

2. Pengaruh NegatifSelain itu cara berpakaian, pergaulan, ataupun perlakuan artis yang kadangkala bertentangan dengan nilai ketimuran, ternyata mempengaruhi tingkah laku golongan remaja. Oleh sebab itulah kebanyakan remaja di negara ini suka memakai pakaian yang menjolok mata. Pergaulan bebas antara artis lelaki dan artis perempuan juga menjadi amalan atau ikutan seetengah remaja. Golongan ini bertindak sedemikian kerana golongan artis sememangnya menjadi ikutan mereka. Lagipun, pada usia sebegini, golongan remaja mudah terikut-ikut dengan perlakuan orang lain. Selain menjejaskan imeg remaja, tindakan remaja ini turut menjejaskan imej masyarakat dan negara.

Langkah-Langkah

1. Mengehadkan RancanganBagi menangani kesan negatif rancangan hiburan yang bersifat realiti, bilangan rancangan tersebut hendaklah dikurangkan. Selain itu, tempoh siarannya juga perlulah dipendekkan. Hal nin demikian kerana kebanyakan stesen televisyen tempatan menyiarkan rancangan hiburan bersifat realiti tanpa had untuk mengaut keuntungan. Stesen televisyen harus emikul tanggungjawab sosial untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang lebih bersifat mendidik masyarakat. Sehubungan dengan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan wajar menyediakan garis panduan tentang jumlah dan tempoh tayangan racangan yang wajib dipatuhi oleh semua stesen televisyen.

2. Menyediakan Garis PanduanSelain itu, pihak kerajaan hendaklah menetapkan garis panduan, khusunya tentang pekara yang berkaitan dengan akhlak dan moral artis serta juri yang terlibat. Garis panduan yang disediakan hendaklah menitik beratkan nilai-nilai ketimuran rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pengunaan bahasa kasar tidak dibenarkan. Selain itu, batas pergaulan antara artis lelaki dan artis perempuan serta gaya pemakaian mereka haruslah ditetapkan. Hal ini sedemikian kerana penonton mudah terpengaruh dengan apa yang terlihat oleh mereka. Oleh itu, kerajaan haruslah menyediakan garis panduan yang jelas.

Penutup

Rancangan hiburan yang bersifat realiti banyak mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai, terutamanya kepada golongan remaja. Pembaziran masa dan wang buka sekadar merugikan mereka, tetapi turut menjejaskan usaha untuk melahirkan remaja yang bijak merancang dan cemerlang dalam semua bidang. Perlaksanaan tersebut tidak menuntut agar rancangan sedemikian dihentikan tetapi mengemukakan beberapa usul atau langkah yang difikirkan wajar dilaksanakan untuk kebaikan semua. Sekiranya usul di atas dilaksanakan, kesan-kesan negatif yang timbul menerusi rancangan yang bersifat realiti ini dapat dikurangkan. Semoga matlamat negara untuk melahirkan remaja yang berwawasan akan menjadi kenyataan

Apabila program-program hiburan sebegini dilambakkan, kesannya minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan hiburan. Generasi muda yang diharapkan menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan mencorak pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan yang melampau-lampau. Mereka lebih ghairah dan bersemangat untuk berbicara tentang gosip sensasi para artis, filem-filem terbaru di pawagam, lagu-lagu yang sedang popular dan pelbagai topik lain yang semuanya berkaitan dengan hiburan. Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ianya turut berjangkit kepada golongan mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi.

Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti para remaja zaman ini. Demi menghasilkan imej dan identiti urban-kontemporari para remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan cool dan berattitude (Syuhada, 2009). Tiada lagi jatidiri seorang bangsa Melayu yang sangat terkenal dengan budaya ketimurannya. Malah yang lebih penting, tidak nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang telah diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki.Terlalu banyak contoh pemikiran hedonism ini menular dalam pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Salah satu buktinya yang ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian apabila pemikiran ini meresap dan mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek yang menguntungkan. Hal ini terjadi apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat penyanyi baru. Program-program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang yang mana buruk yang mana bermanfaat.Dalam hal ini, mereka yang waras pasti bersependapat dengan pandangan dan teguran yang diberikan oleh Mohd Ridhuan Tee (2006) berkaitan hal ini. Katanya:Lebih malang lagi program-program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat, termasuk syarikat korporat yang diterajui oleh orang Islam. Rancangan-rancangan yang bersifat ilmiah dan bersandarkan ilmu tidak mendapat sambutan dan penajaan serta di anggap merugikan.Misalnya, rancangan Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan lain-lain diciplak dari barat hampir seratus peratus dan tidak banyak mencerminkan nilai-nilai ketimuran atau budaya hidup Malaysia. Tidak memasukkan nilai-nilai keMalaysiaan atau keIslaman. Ada pengkritik vokal, seni pentas, seni lagu, persembahan dan sebagainya, tetapi tidak ada pengkritik yang memberikan input soal budaya dan adat sopan agama.Program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor, My Starz, Malaysian Idol, One in a Million dan sebagainya ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya adalah untuk melahirkan penyanyi-penyanyi pasang siap. Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat yang berteraskan budaya hedonisme. Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata (Syuhada, 2009). Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi ujibakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan.Jelas pemikiran hedonisme yang menular ini mampu menyeleweng tujuan hidup seorang muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan mereka daripada keperibadian para nabi. Kehidupan para artis yang mengikut kayu ukur barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku para artis itu sendiri menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam. Semua budaya hedonisme ini dilihat normal atas nama kemodenan dan kecenderungan masa kini. Hiburan yang melampaui batas dan nilai murni ini turut dipromosikan oleh media sehingga menjadi rujukan masyarakat. Masyarakat makan, pakai, dan berkelakuan selari dengan kehendak dan kecenderungan masa kini mengikut maklumat yang disampaikan media. Oleh itu, jika baik maklumat yang tersebar, baiklah kesannya kepada masyarakat, jika buruk pula maklumat yang disampaikan, maka buruk pula kesannya kepada masyarakat.Shahril Anuar (2006) ketika memberikan kritikan terhadap program-program realiti tv ini menyatakan, kebanyakan program realiti yang ada tidak ambil peduli tentang aspek moral dan budaya masyarakat Malaysia. Tiada satu pun ciri-ciri masyarakat Melayu yang beragama Islam yang ditampilkan dalam program berkenaan sedangkan hampir semua penontonya adalah di kalangan orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan keterlaluan dan cara penampilan diri yang bertentangan dengan adat dan budaya Malaysia sudah banyak menjadi asam garam program realiti iniHiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi yang diberikan media kepada para artis melebihi para ilmuan dan tokoh sarjana. . Tokoh-tokoh akademik, para ulamak, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan sumbangan yang telah mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis-artis lebih diberi pelbagai anugerah dan dijulang nama. Pencapaian para artis lebih mendapat liputan pihak media, berbanding kecemerlangan para cerdik pandai negara.Realiti yang berlaku ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini telah meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya dan fahaman ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak kepada program-program dan bahan-bahan berita yang berbentuk hiburan.Hedonisme yang berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan (pleasure) ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata-mata (Encyclopedia of Philosophy, 2006;254-258). Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan cuma, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.Kebarangkalian yang boleh difikirkan kenapa berita artis, rencana hiburan dan skandal seks diberikan ruang yang begitu meluas, dengan gambar-gambar yang besar dan memakan banyak ruang, tajuk-tajuknya yang besar, mungkin kerana ianya jenis yang selamat. Para menteri tidak menghalang, ramai orang yang suka membacanya, pasaran bertambah dan para pengiklan pun senang hati.Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang salah atau dilarang oleh Islam, asalkan ianya dihidangkan dan dinikmati berlandaskan lunas-lunas syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.Program Realiti AF(Akademi Fantasia)telahpun menutup tirai musim keenamnya baru-baruini.Dan keputusanpemenangnya berpihak kepada pelajar kelahiran Sabah iaitu Stacy untuk menggondol tempat pertama danmerangkul berbagai hadiah tajaan daripenaja.Pendekata, cerahlah masa depan .Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan kritikan parapengkritik terutamanya saudara Adlin,mungkinkritikannya pedas dan kasar,tapi ianya tetap bernas danbersifat provokatif.Cuma secara peribadi.ACMizal,pengacara AF pada malam itu dan juga malam-malamsebelumnya tak perlulah melalut sangat,terutamasaya lihat pada malam final tersebut.Soalan-soalan yang diajukan pada pelajar kadang saya rasa tidak sesuai dantidak bijak.Kita sedia maklum merekaakan mempersembahkan nyanyian dan sebenarnya tak perlulahditemuramah dengan soalan-soalan sepertijual popia,kritikan yang tak bolehdilupakan,sabun Breezedanberbagai lagi..Soalan-soalan begini sebenarnya mengganggu konsentrasi para pelajarsecara psikologinya.Dankita pun sedia maklum parapelajar AF ni hanyalah budak-budak yang separuh matang,pintu duniaseni danhiburan baru saja terbuka untuk mereka,apalah yang mereka faham tentang seni dan hiburan melainkanmenyanyi sebaik mungkin walau kualiti nyanyian masih masih boleh dipertingkatkan.Apapun, bagi saya program-program realiti sebegini kalau dihentikan lebih berfaedah,sebab ianya tidak bersifatmendidik masyarakat melainkan hiburan kosong yanghanya menjanjikan fantasi dan menggalakkan orangmelayu berangan dan dan terus berangan.Kerajaan perlu lebih peka,berperanan danmemantau program-program realiti sebegini sebenarnya,sebab kesandari segi sosialnya pada masyarakat kita boleh lihat dalam jangkamasa panjang dimana budaya kebaratan dankepura-puraan tersemat secara perlahan dalam minda masyarakat hari ini.Asasnya hiburan itu adalah muzik dan filem,jika ianya bersifat mendidik dan membuat kita berfikir halallahhukumnya,tapi jika melalai danmelekakan atau membengapkan pemikiran maka haramlah hukumnya.Dan sayatidak nampak apa faedah yang masyarakat akan dapat dari program cedokan dari Barat inisebenarnya.Kenyataannya tanpa kita sedari minda kita dimanupilasi oleh pihak Media Cetak mahu punElektronik,dan ini sebenarnya yang telah dan sedang berlaku sejak tahun 50an lagi.Masyarakat kita suka dibuaidengan mimpiindah fantasi dari berpijak dibumi nyata.Umpama kalau di India,dengan jumlah populasipenduduknya yang ramai,dan majoritinya sangatmiskin,dan masyarakatnya memang mahukan hiburan semata,mereka mahu lari dari dunia nyata.Hero digambarkan seperti Dewa.Everything must be perfect,setiap cerita kenaadahappy ending,kalauendingsedih,panggung wayang akan dibakar.Itu amalan Negara yangmengamalkan sistem Kapitalis,yang kaya terus kaya,yang miskin makinpapa.Realitinya dimana-mana negara membangun pun mengamalkan sistem itu,termasuk diNegara kita.Wartawan hiburan perlulah berilmu danlebih berperanan dalam menjalankan tugas mereka.Mereka perlufahammuzik mahu pun filembukan sekadar hiburan kosong.Sebagaimana yang kita tahudunia Artis adalah duniahiburan yang penuh dengan nilai seni yang kepura-puraan.Artis digambarkan sebagai subjek yang hebat dansempurna oleh pihak Media walau kenyataannya tidaklah seperti yang digambarkan..bak kata orang Perak..Biopape asebegaye(biar papa asal bergaya)..mungkin hanya segelintir para Artis yang berjaya dalam hidupmereka,namun bilangannya boleh dikira dengan jari.Kalau dulu waktu dizaman jalan Ampas,pelakon-pelakon Filem yang dibayar gaji bulan tidakdigalakkanmenunjukkan muka atau bertemu masyarakat,maknanya perlu adajurang antara Artis dan masyarakat.Masihrelevenkah pandangan yang sebegitu di abadke-21 ini?Yang pasti Artis-artis atau pelakon diwaktu itu menjadimangsa manupilasi yang nyata darigolongan Tokeh-tokeh wayang dan Para pengusaha Filemwaktuitu.R.Azmi(Allahyarham)penyanyi tersohor langgam 50an,meninggal dunia dalam keadaan papakedana danmiskin.Siapa yang buatuntung?Tentulah Syarikat Rakaman.Tambahan pula diwaktu itu Tiada Akta hak cipta dan bayaranroyalti untuk Artis.Artis Cuma dapat Glamour danpuji-pujian kosong yang tak tau kemana hala tuju nya pun.Apa yang kita lihat hariini,para wartawan lebih suka menceritakan tentang gossipdan skandal para Artis dan iniyang telah disemat dan dididik kedalam pemikiran masyarakat kita hari ini.Dan mereka tahu masyarakat sangatsukakan cerita yang sebegitu,dalam masa yang samapihak Media Hiburan khususnya gagal dalamperanannyamendidik masyarakat,melainkan bersekongkol membuat fitnah dan dosadalam cerita-cerita yang tidak matang.Dan faktor ini tidaklah dapat kita nafikan sebenarnya,sebab kebanyakan para wartawan yang terlibat dalambidang hiburan ini bukanlah punya kefahaman yang baik tentang muzik mahu pun filem.Mereka bukannyafaham bahkan mungkin tidak punya minat pun untuk belajar tentang cabang-cabang muzik dan filem.Apa yangmereka faham adalah muzik itu cabangnya hanya Pop,lirik mesti ada unsur-unsur cinta dan putus asa,kalau

PenutupAmat jelas bahawa rancangan hiburan berbentukrealiti di kaca televisyen telah meninggalkan impakyang negatif dalam kalangan remaja. Oleh hal yangdemikian, semua pihak harus berganding bahu bagimengekang gejala tersebut daripada terus menjadivirus. Pihak penganjur dan penyiar tidakwajarmemikirkan soal keuntungan semata-mata,sebaliknya aspek pembinaan minda golonganremaja perlu diutamakan. Ibu bapa pula harusmemainkan tanggungjawab masing-masing supayagolongan remaja tidak mudah hanyut dalamgelombang hiburan yang semakin menggila.

Program realiti tv yang banyakmemaparkan adegan yang menjerumus kea rah budaya kuning dari barat mampumenghapuskan budaya ketimuran masyarakat islam di Malaysia. Contohnya, kita boleh lihatapabila seseorang peserta program nyayian tidak kiralah daripada Akademi Fantasiasehinggalah keMentorpastiada adegan menangis dan berpelukan antaralelaki danperempuan padahal merekabukannya muhrimAdegan-adegan seperti inilah yang akan dipertontonkan ke seantero Malaysia danmampu merosakkan masyarakat terutamanya golongan remaja yang masih belum cukupdewasa dan matang untuk meintrepetasikan adegan yang mereka lihat. Ini sekaligus akanmeningkatkan kadar maksiat dalam kalangan remaja dan akan menghampiri zinaMasa itu emas, begitulah ungkapan yang diucapkan oleh masyarakat barat. Namun,bagi kitamuslimindan muslimah kita haruslah berpegang kepada prinsip masa itu kehidupandan masa ituibarat pedang. Program realiti tv sememangnya sesuatu yang membuang banyakmasa samaada kepada penonton mahupun kepada peserta program itu sendiri. Ada pesertayangsanggupmengabaikanpelajaranatau berhenti darikerjasemata-matauntuk menyertaiprogram yang lagha lagi membuang masa ini. Kita dapat lihat seluruh anggota keluarga akanberkumpul untuk melihat program realiti tv ini, tidak kiralah yang ibubapa sehingaalah keanak-anak mereka bapa borek anak rintik. Sesungguhnya ini akan membuang masa belajaranak-anak tersebut.Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, adakah program realiti tv yang berorentasikanhiburan mampu melahirkan mukmin yang beriman mahupun yang melakukan kebajikan ataumenasihati kepada mukmin yang lain. Tidak sama sekali, kalau ada pun satu dalam seribu.Justeru ,program realiti tvini boleh diklafikasikan sebagai sesuatu yang membuang masamasyarakat.Di samping tu kita, juga sering kali melihat ibu bapa yang marah dan naik anginapabila peserta yang mereka gemari tersingkir atau gagal ke peringkat seterusnya tetapiapabila anak-anak mereka sendiri gagal dalam pelajaran reaksi kedua ibubapa ini selambasahaja bagaikan tiada apa yang berlaku. Ini langsung tidak memotivasikan anak-anak tentangpentingnya pelajaran kepada umat islam. Rasullullah pernah besrsabda yang bermaksud tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Ini menunjukan betapa pentingnya ilmu berbandingprogram reality tv yang bertujuan untuk hiburan tetapi lebih banyak melalaikan. Contaohnya,Diari Akademi Fantasia yang ditunjukkan pada setiap hari meamaparkan aktiviti haraian parapeserta AF. Walaubagaimanapun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah berkisarkan tentangrutin tarian dan latihan nyanyian mereka. Tidak pula ditunjukkan mereka sedang bersolatmahupun membaca Al-Quran sedangkan kebanyakan daripada mereka adalh muslimin danmusimah. Solat tiang agama. Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaanmereka.Aurat merupakan penting bagi muslimin dan muslimah. Kita dapat lihat aurat yangsering kali terdedah dalamrancangan reality tv terutamanya nyanyian. Ini sering kali berlakudalam kalangan peserta wanita. Perserta yang tidak menutup aurat inilah yang akan menjadi6pujaan dan gilaan orang ramai dan seterusnya dijadikan sebagai idola masyarakat. Selepas inimasyrakat akan terikut- ikut idola mereka inipa kaitannya pembaziran dengan program realiti tv ?. Sememangnya kaitannya begitubesar dan mampu memberikan impak kepada masyarakat. Afundi jarak nama pesertamahupun Mentor1 untuk satu undian adalah merupakan antara cara yang gunakan olehstesyen tv untuk meraih keuntungan. Kita dapat lihat kebanyakan program realiti tv di zamansiber ini banyak menggunakan undian melalui sistem pesanan ringkas atau lebih dikenalidengan SMS. Setiap SMS tersebut mampu menelan belanja sebanyak RM0.50 per SMS.Cuba anda bayangkan 100 SMS, kredit yang akan digunakan telah meningkat sehinggaRM50. Disinilah pembaziran wang akan berlaku. Wang yang disalurkan untukmenguntungkan stesyen tv dan syarikat telekomunikasi itu boleh digunakan untuk tujuan lainyang mendatangkan lebih banyak faedah berbanding dihabiskan untuk peserta kegemaranmereka yang tidak memberikan apa-apa pun pulangan kepada si pengundi walhal pesertayang diundi akan mendapat pelbagai hadiah lumayan jikalau berjaya memenangi programrealiti tv tersebut. Program One in A Million yang menawarkan hadiah utama wang tunaisebanyak sejuta ringgit telah melahirkan ramai jutawan ekspress seperti Tomok dan Suki.Mereka inilah yang akan bergelar jutawan padahal masyarakat yang sanggup menghabiskanwang saku mereka beratus-ratus ringgit hanyalah menerima ucapan terima kasih sahajadaripada peserta tersebut itupun kalau perserta terbabit teringat untuk mengucapkan terimakasih kepada peminatnya.Corak pemikiran manusia juga boleh berubah disebabkan oleh apa yang mereka lihatdi kaca televisyen. Mungkin para remaja yang masih belasan tahun senang terpengaruhdengan apa yang mereka lihat. Mereka ini masih belum matang dan harus diberi perhatian8yang lebih. Program realiti sememangnya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anakbangsa kita. Kita telah melihat pelbagai kelab peminat yang fanatic terhadap artis-artis meesegera ini berbanding dengan Qari dan Qariah Negara. Beribu-ribu peminat yang sanggupmenghabiskan masa dan wang demi artis yang mereka sayangi. Kita dapat lihat hampirberibu-ribu rakyat Malaysia yang telah menjadi ahli kelab artis mee segera ini di dalamfacebook. Contohnya, seperti Shahir AF8 yang sekarang ini sedang meniti bibir setiappeminatnya di Malaysia. Dia mempunyai hampir 95,991 peminat dalam facebook.1Sabanhari kita dapat melihat para remaja ini berlumba-lumba untuk menyertai program realiti tv ,padahal yang berazam untuk pergi ke masjid mahupun surau amatlah rendah bilangannya.Mereka ini lebih rela berpeluh dan bersusah payah ke tempat temuduga untuk menyertaisesuatu program realiti tv berbanding untuk bersusah payah untuk menyertai program ilmu,atau ceramah dan forum yang diadakan di surau mahupun masjid. Ini merupakanperkembangan yang tidak sihat akibat pengaruh rancangan realiti tv. Ada juga kes paraibubapa yang sanggup untuk tidak menghadiri majlis seperti kenduri dan hanya mahu dudukdi rumah untuk melihat rancanngan realiti. Ini akan menjejaskan hubungan dan ukhwah sertasilaturahim di antara umat islam umumnaya dan diantara rakan-rakan dan yang palingpenting saudara-mara khasnya. Jika sesuatu komuniti itu tidak bersatu padu maka untukmelahirkan rakyat Malaysia yang berkerjasama amatlah susah. Semua ini disebabkan olehrancangan realiti tv. Pepatah melayu ada menyebut bersatu kita teguh bercerai kiat robohNatijahnya, menonton rancangan realiti tv bukanlah sesuatu yang salah.Walaubagaimanapun, janganlah kita terlalu obses menonton sehinggakan kita melupakantanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. Justerumasyarakat terutamanya golongan muda dan mudi haruslah bijak dalam menonton danmemilih rancangan yang hanya mampu memberikan kita jalan yang lurus untuk menghadapIllahi di akhirat kelak.