Kesan Rumah Hijau

10
Kesan Rumah Hijau 1. Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera. 2. Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis. 3. Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal serta pembukaan tanah. 4. Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan suhu bumi. 5. Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya inframerah daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas. 6. Kesan rumah hijau menyebabkan : (a) Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan (b) Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas. (c) Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana tumbuhan tertentu (pengeluar) mati. Kesan Rumah Hijau Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan daripada peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal . Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh – tumbuhan dan tanah di dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh – tumbuhan di muka bumi ini . Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas – gas seperti karbon dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas – gas ini meningkat , molekul – molekul yang mempunyai gas – gas haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida apabila terperangkapdi dalam haba di lapisan atmosfera. Disamping itu 1

description

H

Transcript of Kesan Rumah Hijau

Page 1: Kesan Rumah Hijau

Kesan Rumah Hijau

1. Fenomena kesan rumah hijau adalah disebabkan oleh peningkatan gas karbon dioksida dalam atmosfera.

2. Peningkatan kuantiti gas karbon dioksida adalah disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan karbon dioksida lebih daripada pengambilan gas karbon dioksida semasa tumbuhan berfotosintesis.

3. Peratusan gas karbon dioksida dalam atmosfera boleh meningkat disebabkan pemusnahan tumbuhan hijau semasa aktiviti penebangan hutan yang tidak terkawal serta pembukaan tanah.

4. Gas karbon dioksida yang berlebihan dalam atmosfera akan meningkatkan suhu bumi.

5. Gas karbon dioksida dalam atmosfera menghalang pancaran cahaya inframerah  daripada dipantulkan semula ke angkasa lepas.

6. Kesan rumah hijau menyebabkan :

(a)    Banjir akibat pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan(b)   Kemarau di kawasan tertentu dan kawasan gurun menjadi bertambah luas.(c)    Menjejaskan pergerakan tenaga dan bahan-bahan dalam rantai makanan kerana

tumbuhan tertentu (pengeluar) mati.

Kesan Rumah Hijau

Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan

daripada peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan

sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan

terkawal . Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh –

tumbuhan dan tanah di dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan

manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh – tumbuhan di muka bumi ini .

 Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas – gas seperti karbon

dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas – gas

ini meningkat , molekul – molekul yang mempunyai gas – gas haba akan memerangkap haba lalu

melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida

apabila terperangkapdi dalam haba di lapisan atmosfera. Disamping itu , penebangan hutan secara tidak

terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini . statistic menunjukkan pembersihan

hutan telah menyebabkan pembebasan kira – kira 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi

pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap

tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida

ke atmosfera setiap tahun. Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di

mana ia boleh menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya ,

kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada aktiviti

pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut menyumbang

kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini. 

1

Page 2: Kesan Rumah Hijau

Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan ais di masa

berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan

artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan

Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah.

Pada musim panas pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu

menyebabkan keadaan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan

bongkah ais yang hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah

berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan

berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuh – tumbuhan dan

penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan

memburukkan lagi keadaan ini. 

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Antara

langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah dengan

melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan gas rumah hijau.

Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang

terdapat dalam tanah. Pada tahun 1997, protocol Kyoto telah dirundingkan bertujuan untuk mendesak

negara industri untuk mengambil langkah yang perlu bagi menguragkan pencemaran udara yang akan

memburukkan lagi kesan rumah hijau ini. Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk

mengehadkan penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam

peralatan seperti peti sejuk dan bahan – bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak langsung

meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi meningkat. 

Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras isu global yang kian

meruncing ini bagi menghalang lebih ramai lagi nyawa manusia menjadi korban. Kita sudan tentulanh

merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap dan berdebu. Konsep ini

seharusnya diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Diharapkan agar pihak

– pihak berwajib mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi bumi ini dari terus menjadi

mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggunjawab.

2

Page 3: Kesan Rumah Hijau

3

Page 4: Kesan Rumah Hijau

Tajuk Pembentangan: Kesan Rumah HijauPengertian Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.

Kesan rumah hijau merupakan fenomena yang sangat berkait rapat dengan pemanasan global. Pemanasan global sendiri sebenarnya merupakan fenomena pemanasan bumi secara makro akibat pelbagai faktor terutamanya akibat pencemaran udara yang begitu hebat.dengan kata lain suhu dunia semakin meningkat dan memberi kesan terhadap benua di seluruh dunia termasuklah benua artik yang mengalami kesusutan ketebalan ais yang semakin ketara.

Pencemaran akibat terbebasnya gas karbon dioksida dikatakan sebagai punca utama berlakunya kesan rumah hijau. Cahaya matahari membawa sinaran ultraunggu ke bumi tetapi haba yang sampai ke permukaan bumi tidak dapat dibebaskan akibat disekat oleh gas karbon dioksida yang melitupi atmosfera. Akibatnya suhu bumi semakin panas.

Punca kesan rumah hijau1. Punca semulajadi- kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga.

2. Secara buatan manusia-.Contoh:1.Membebaskan gas berbahaya daripada kilang dan kereta.(pencemaran udara)2.Menggunakan alatan yang membebaskan CFC seperti peti sejuk dan penghawa dingin.3.Penggunaan racun serangga [seperti penyembur aerosol] serta baja kimia4.Penternakan berskala besar turut membebaskan gas ammonia yang menyumbangpencemaran alam sekitar serta membentuk kesan rumah hijau.

KesanKesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau.- Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi.- Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.- Hal ini akan mendatangkan bahaya kepada manusia dan alam sekitar [mampu menenggelamkan kawasan rendah termasuklah pulau-pulau kecil di seluruh dunia]

Kaedah mengurangkan Kesan Rumah Hijau1. Penjimatan tenaga- Jika manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan .

4

Page 5: Kesan Rumah Hijau

MEMAHAMI KESAN RUMAH HIJAU

Isu tenaga dan alam sekitar mula diminati pada awal tahun 1980 apabila penggunaan tenaga didapati berkait rapat dengan peningkatan suhu dunia. Suhu purata permukaan bumi meningkat sebanyak 0.6oc dari tahun 1960-1990 berbanding 0.2oc dari tahun 1860-1960 dan 0.1oc seratus tahun sebelumnya. Ahli sains membuktikan bahawa kebanyakan gas yang dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti karbon dioksida adalah penyebab utama penongkatan suhu yang menyebabkan berlakunya pemanasan

FAKTOR DAN KESANYA

1. Bumi bersuhu purata 15 darjah Celcius walaupun matahari bersuhu purata 6000 darjah Celcius. Imbangan di antara sinaran yang diterima dan dipantulkan oleh bumi bergantung kepada atmosfera. Awan dan permukaan bumi akan memantulkan kembali sinaran matahari ke angkasa lepas menjadikan bumi sedikit dingin.

2. Kehadiran ‘gas rumah hijau’ (CO2, wap air, metana, nitrat, dll) menyebabkan penyerapan cahaya yang tinggi dalam atmosfera menjadikan bumi bertambah panas. Komponen gas rumah hijau yang paling banyak dalam atmosfera ialah CO2. Dikatakan kehadiran gas-gas rumah hijau ini adalah hasil daripada perbuatan dan aktivit manusia sendiri demi pembangunan global.

Komponen gas -gas rumah hijau

1. • Karbon dioksida (CO2): CO2 memasuki atmosfera melalui pembakaran bahan api berfosil (HC seperti petroleum, gas asli, dan arang batu), sisa pepejal, hutan, sisa-sisa kimia yang aktif (i.e. pembuatan simen). CO2 dikitarkan semula di dalam atmosfera sebagai salah satu komponen dalam Kitaran Biologi Karbon.• Metana (CH4): Metana dibebaskan semasa penjanaan, produksi, dan penghasilan arang batu, gas asli, dan minyak HC, juga daripada aktiviti pertanian serta emisi gas daripada haiwan perternakan seperti kambing biri-biri dan sebagainya.

• Nitrat oksida (N2O): Nitrat oksida dibebaskan ke atmosfera melalui emisi gas daripada aktiviti pertanian, perternakan, industri serta pereputan sisa pepejal.

5

Page 6: Kesan Rumah Hijau

• Gas berfluorin: Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon, dan sulfur hexafluorida adalah sintetik, dan merupakan gas-gas rumah hijau yang teremisi daripada pelbagai proses industri. Gas-gas berfluorin dibebaskan ke atmosfera dan menjadi punca penipisan lapisan ozon (i.e. CFC, HCFC, and halon). Gas-gas ini umumnya teremisi dalam kuantiti yang kecil, namun kemudaratan gas-gas ini kadang-kala diklasifikasikan sebagai High Global Warming Potential gases (“High GWP gases”).

Impak Rumah Hijau

• Kenaikan suhu bumi• Perubahan cuaca yang melampau (taufan, banjir, tanah runtuh, dll.)• Peningkatan aras laut akibat pencairan glasier, akibat pemanasan global• Kemarau• Kandungan CO2 yang tinggi dalam atmosfera• Peningkatan emisi gas-gas rumah hijau di negara-negara yang sedang membangun• Penipisan lapisan ozon

Kedahsyatan Kesan Rumah Hijau15 June 2004

Kepintaran manusia membayangkan perakhiran dunia memang menakjubkan apatah ia dengan penuh keyakinan dipaparkan di hadapan mata masyarakat betapa tenatnya dunia sekarang di tangan manusia.

´The Day After Tomorrow´( TDAT), adalah sebuah filem garapan Roland Emmerich adalah visi manusia yang agak tegas memikirkan apa akan terus berlaku jika masyarakat terus alpa dengan kesalahan mereka hingga keberhasilannya begitu ngeri malah tidak seorang pun mampu menghalangnya walaupun dengan berbekalkan kemajuan sains dan teknologi yang terlampau hebat di dunia.

Filem ini yang pada mulanya membawa audien melihat bagaimana sikap manusia yang dengan acuh dan tidak menganggap permasalahan pemanasan global ini adalah perkara yang kecil kerana pengurusan masalah yang wujud melibatkan penggunaan wang yang banyak. Akibatnya, persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pengkaji yang prihatin ini dibiarkan sehingga kesan yang dijangka hanya hadir pada 1000 tahun lagi telah mula melanda.

Lebih ironis manusia masih tidak mengambil kisah dengan permasalahan yang telah timbul malah menganggap ia hanya kesan sementara sehinggalah kejadian itu menimpa ke batang hidung sendiri.

Memang menakjubkan apabila ´Hollywood´ berjaya menampilkan ketakutan dan kengerian, bagaimana sebuah bandaraya yang moden di dunia menjadi padang ais yang gersang, malah dalam pada itu ia mampu menimbulkan kesedaran kepada kita bertapa pentingnya manusia menjaga alam daripada terus tercemar.

Apa yang digambarkan dalam filem TDAT adalah fenomena kesan rumah hijau yang telah

6

Page 7: Kesan Rumah Hijau

mengakibat, penurunan suhu yang hebat hingga mencatatkan -150 F, malah di kawasan yang tidak pernah ditimpa salji telah terjadi perkara sebegitu, hujan ais batu yang sebesar kelapa di Jepun, malah di hemisfera utara dunia telah sekali lagi dilanda zaman ais, seperti apa yang telah berlaku pada dunia 50 juta tahun yang lampau. Menakjubkan!

Malangnya isu kesan rumah hijau yang pernah hebat diperbincangkan serata dunia kerana kesan daripada kemajuan industri di seluruh dunia, sejak akhir-akhir ini isu itu seperti telah pupus dari pemikiran masyarakat seluruh dunia.Berkemungkinan mereka berpendapat kesannya hanya akan melanda baratus-ratus tahun lagi dan berkemungkinan ada daripada anggota masyarakat ini berfikir ia adalah takdir dan terus membiarkannya ia berlaku tanpa rasa tanggungjawab.

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau telah dicatatkan seperti berikut:

a. Kenaikan Paras Laut

Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.

b. Perubahan Iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian selain itu, perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c. Kesihatan Manusia Terganggu

Perubahan suhu boleh menyebabkan ´heatwave´ di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami ´heatstroke´. Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

7

Page 8: Kesan Rumah Hijau

d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini.

Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah hijau dan telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia setakat ini.

Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia dan jangan hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT akan menjadi realiti terus berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda berada?

8