Kesantunan_melayu

17
KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062 BINCANGKAN ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA YANG TERDAPAT DALAM FILEM ATAU DRAMA YANG TELAH ANDA TONTONKAN. PENGENALAN Perkataan santun dalam Kamus Dewan bermaksud 'halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan'. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri yang penting dalam bangsa yang bertamadun. Oleh itu, kesantunan berbahasa ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai yang baik, penuh dengan kesopanan, berusaha menghindari daripada konflik antara penutur dengan pendengar semasa proses komunikasi. Menurut Asmah Haji Omar, (2007:1-5), ada pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang diingini oleh masyarakat dan dianggap sopan dan santun. Antaranya ialah budi bahasa, adab tertib, budi pekerti, sopan santun, etika dan etiket. Budi bahasa membawa makna perilaku atau tingkah laku yang baik dari segi gerak geri, tutur kata, dan sikap manakala adab tertib merujuk kepada tradisi hidup yang berlandaskan peraturan yang mulia dan indah. Budi pekerti pula bermaksud peraturan mulia yang dihendaki dari segi tingkah laku manakala sopan santun merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dari segi tingkah laku. Etika serta etiket pula menggambarkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam hubungan kita dengan orang lain. 1

description

kebudayaan melayu

Transcript of Kesantunan_melayu

Page 1: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

BINCANGKAN ASPEK KESANTUNAN BERBAHASA YANG TERDAPAT DALAM

FILEM ATAU DRAMA YANG TELAH ANDA TONTONKAN.

PENGENALAN

Perkataan santun dalam Kamus Dewan bermaksud 'halus (budi bahasa atau budi

pekerti), beradab, sopan'. Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa ialah

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan

bahasa menjadi salah satu ciri yang penting dalam bangsa yang bertamadun. Oleh itu,

kesantunan berbahasa ialah menggunakan bahasa secara halus, nilai yang baik, penuh

dengan kesopanan, berusaha menghindari daripada konflik antara penutur dengan

pendengar semasa proses komunikasi. Menurut Asmah Haji Omar, (2007:1-5), ada

pelbagai ungkapan dalam bahasa Melayu yang menggambarkan tingkah laku yang

diingini oleh masyarakat dan dianggap sopan dan santun. Antaranya ialah budi bahasa,

adab tertib, budi pekerti, sopan santun, etika dan etiket. Budi bahasa membawa makna

perilaku atau tingkah laku yang baik dari segi gerak geri, tutur kata, dan sikap manakala

adab tertib merujuk kepada tradisi hidup yang berlandaskan peraturan yang mulia dan

indah. Budi pekerti pula bermaksud peraturan mulia yang dihendaki dari segi tingkah

laku manakala sopan santun merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dari segi

tingkah laku. Etika serta etiket pula menggambarkan tingkah laku yang sopan santun

semasa menampilkan diri dalam hubungan kita dengan orang lain.

Konsep kesantunan berbahasa ialah cara serta bentuk bahasa seseorang

individu digunakan dengan penuh santun dan hormat. Cara sapaan lisan atau bertulis

harus bersopan santun supaya tidak dianggap sebagai tidak berbudi bahasa. Dalam

kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang

tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan, rujukan hormat,

dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu.

Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan

kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa meliputi

pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mesti sesuai

dengan situasi, topik perbincangan, dan hubungan antara penutur dengan pendengar.

Nada yang digunakan semasa bertutur mestilah rendah dan lembut. Gerak laku

1

Page 2: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

hendaklah lemah lembut. Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli,

atau menempelak

FILEM YANG DIKAJI

Ibu Mertuaku, karya P.Ramlee. Ibu Mertuaku merupakan sebuah filem Melayu yang

dihasilkan pada tahun 1962. Filem ini diarahkan oleh P.Ramlee dan diterbitkan oleh

Shaws Malay Film Productions.

SINOPSIS

Nyonya Mansoor ialah seorang janda kaya yang mementingkan harta, pangkat,

dan kedudukan seseorang. Anak gadisnya, Sabariah mencintai seorang peniup

saksofon yang bernama Kassim Selamat. Mereka berdua berhubungan melalui telefon

dan perjumpaan yang dilakukan secara rahsia. Apabila Nyonya Mansoor mengetahui

perkara ini, dia berasa marah kerana Sabariah telah ditunangkan dengan Doktor Ismadi

sejak sekian lama dan Kassim Selamat tidak sama taraf kedudukan dengan

keluarganya. Oleh sebab Sabariah terlalu mencintai Kassim Selamat, dia menentang

keputusan ibunya. Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang untuk

memulakan hidup baharu. Kehidupan mereka tidak stabil kerana Sabariah tidak

membenarkan Kassim Selamat bekerja di Night Club

Apabila Sabariah mengandung, Nyonya Mansoor datang ke Pulau Pinang untuk

membawa Sabariah pulang kerana Kassim Selamat kini bekerja sebagai seorang buruh

kasar. Setelah Sabariah melahirkan anak, Nyonya Mansoor menghantar satu telegram

palsu kepada Kassim Selamat menyatakan bahawa Sabariah telah meninggal dunia.

Oleh sebab terlalu sedih, Kassim Selamat menangis sehingga matanya buta. Dia

diselamatkan oleh seorang perempuan ketika dia sedang merayau-rayau. Di rumah

perempuan tersebut, Mamak Maidin telah membantu Kassim Selamat untuk menjadi

pemuzik lagi dan mereka telah mengadakan pertunjukan di merata tempat.

Sementara itu, Nyonya Mansoor memberitahu Sabariah bahawa Kassim

Selamat meninggal dunia. Akhirnya, Sabariah bersetuju dinikahkan dengan Dokktor

Ismadi. Semasa Kassim Selamat mengadakan pertunjukan di Singapura, Sabariah

bertemu dengan Kassim Selamat dan meminta pertolongan suaminya, Doktor Ismadi

2

Page 3: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

untuk memulihkan penglihatan Kassim Selamat. Doktor Ismadi bersetuju dengan

permintaan isterinya. Pembedahan itu amat berjaya. Kassim Selamat merayu Nyonya

Mansoor supaya membawanya mengunjungi kubur Sabariah. Apabila Kassim Selamat

mengetahui bahawa Sabariah masih hidup dan mengkahwini dengan Doktor Ismadi, dia

berasa teramat marah. Pada masa ini, Nyonya Mansoor berasa bersalah dan dia

meminta maaf Kassim Selamat. Akhirnya, Kassim Selamat membutakan matanya

dengan menggunakan garpu.

ULASAN

P. Ramlee digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar

dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Filem Ibu Mertuaku

menceritakan hubungan cinta yang tragik antara Kassim Selamat dengan Sabariah

Mansoor. Filem ini terkenal disebabkan adegan pertamanya bermula sebagai komedi

romantik yang riang tetapi selepas 30 minit, filem ini tiba-tiba berubah menjadi tragedi

yang dramatik. Filem Ibu Mertuaku mengkritikkan sistem sosiobudaya yang

membahagikan anggota masyarakat kepada lapisan tertentu berdasarkan kekayaan,

keturunan, dan pekerjaan. Amalan ini menyebabkan masyarakat membezakan satu

sama lain mengikut darjat. P. Ramlee menggunakan isu ini untuk merakamkan satu

filem supaya mendidik masyarakat agar membanteraskan amalan ini.

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan bahasa boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesantunan verbal dan

kesantunan tidak verbal. Kesantunan verbal merupakan komunikasi seharian dengan

menggunakan bahasa secara sopan serta beradab. Kesantunan verbal juga dikenali

sebagai kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa bermakna kesopanan dan

kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan. Dalam

masyarakat Melayu, kesantunan berbahasa amat penting kerana bahasa

melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat

bahasa tersebut. Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek

komunikasi secara lisan. Contohnya, melalui media massa seperti radio, televisyen,

Internet, pengucapan awam, ceramah, seminar dan sesi ucapan. Contoh-contoh

3

Page 4: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

tersebut menuntut penuturnya supaya menggunakan bahasa secara sopan santun

semasa menyampaikan sesuatu.

KESANTUNAN VERBAL

Masa : 00:07:47

" Bolehkah saya bercakap dengan Encik Kassim Selamat?" kata Sabariah.

Dialog ini telah menunjukkan contoh kesantunan berbahasa yang baik. Sabariah

menggunakan intonasi yang baik dan bersopan santun semasa menelefon Kassim

Selamat. Kita patut meneladani cara percakapan Sabariah yang bersopan santun serta

lemah lembut semasa bercakap telefon walaupun kita tidak berdepan dengan

pendengar tersebut. Ini menunjukkan satu penghormatan kepada pendengar jikalau kita

menggunakan intonasi yang lemah lembut. Tambahan pula, kita perlu berbudi bahasa

semasa bertutur. Kepentingan budi bahasa dalam kehidupan begitu jelas dengan

pantun yang berikut:

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Apabila budi digabungkan dengan bahasa, lahirlah satu pengertian yang jelas, iaitu

percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata yang sempurna dan

menyenangkan, penuh dengan sifai-sifat menghormati pihak lain, bersopan santun

diiringi dengan akhlak yang mulia. Bertutur dengan berbudi bahasa amat penting kerana

4

Page 5: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

ini dapat megelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham di samping mewujudkan

suasana yang harmoni dan beramah mesra.

Masa : 00:02:54

"Kau dah gilakah? Hari inikan Hari Ahad?" kata Nyonya Mansoor.

Dialog ini menunjukkan kesantunan berbahasa yang tidak bersopan. Dialog ini

memaparkan Nyonya Mansoor merupakan seorang janda yang tidak bersopan santun.

Penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan, dan

peringkat yang berbeza (Amat Juhari, 2001:286). Dia bukan sahaja bertutur dengan

menggunakan suara yang tidak lemah lembut malah memarahi Sabariah "gila". Kita

tidak boleh memarahi orang dengan menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur

penghinaan seperti gila, bodoh, mati dan sebagainya. Sebaliknya, kita harus bertutur

secara bersopan santun dan tidak meninggikan suara semasa bertutur. Peribadi

seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya, Kalau bahasa seseorang santun dan

halus, maka dia dikatakan berbudi bahasa, sebaliknya kalau bahasa yang digunakan itu

kasar dan tidak menyenangkan pendengar, maka dia dikatakan kurang ajar. Ini bererti,

kita perlu berhai-hati semasa bercakap, kalau tersalah cakap akan menyebabkan

sesuatu padah.

KESANTUNAN TIDAK VERBAL

Kesantunan tidak verbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan

isyarat. Konsep kesantunan berbahasa tidak verbal merujuk kepada semua perlakuan

yang tidak meggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

5

Page 6: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

Contohnya, tidak verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal, dan

buku. Tuntasnya, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata

memainkan peranan penting bagi melestarikan konsep kesantunan berbahasa. Antara

unsur yang termasuk dalam kesantunan tidak verbal ialah unsur suprasegmental,

paralinguistik, dan proksemika. Unsur suprasegmental ialah seperti tekanan, nada, dan

tempo yang sentiasa melekat pada unsur segmental. Unsur paralinguistik ialah seperti

air muka, gerakan tubuh, dan sikap badan adalah sistem tanda yang menyertai tuturan

verbal, terutama tuturan bersemuka. Proksemika adalah unsur tidak verbal yang tidak

termasuk dalam unsur paralinguistik. Misalnya, saling menjaga jarak atau tidak saling

menjaga jarak antara penutur dan petutur.

Masa:00:15:56

Melalui gambar ini, kita dapat melihat bahawa Sabariah Mansoor sedang bersenyum

ketika bertemu dengan Kassim Selamat. Walaupun Sabariah tidak pernah berjumpa

dengan Kassim Selamat dan Sabariah tidak mengetahui bahawa lelaki itu merupakan

Kassim Selamat, tetapi dia masih bersenyum dengannya sebagai satu tanda bertegur

sapa. Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan

emosional seseorang seperti perasaan takut, marah, jijik, sedih, gembira, dan minat.

Orang akan mengetahui perasaan kita dengan melihat kepada ekspresi muka kita. Muka

yang masam ketika berjumpa dengan seseorang merupakan ekspresi yang tidak sopan.

Kita harus bersenyum dan beramah mesra ketika berjumpa dengan seseorang tidak kira

suka atau tidak. Mata juga merupakan elemen muka yang memberikan pengaruh yang

kuat dalam komunikasi. Daripada pandangan mata seseorang, kita dapat mengetahui

bagaimana sikap seseorang itu, adakah ia beminat untuk topik yang berbincang, apakah

responsnya dan sebagainya.

6

Page 7: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

Masa: 01:45:24

Gambar ini menunjukkan Nyonya Mansoor tidak mengamalkan kesantunan bahasa dari

segi tidak verbal. Semasa Nyonya Mansoor melihat Kassim Selamat, dia mencekak

pinggangnya. Tindakan ini merupakan satu bahasa tubuh yang kurang bersopan.

Bahasa tubuh ini membawa makna bahawa seseorang itu marah. Dalam kehidupan

harian, kita harus berjaga-jaga dengan bahasa tubuh serta wajah ekspresi kita agar

tidak menyinggung perasaan orang lain. Tambahan pula, kesantunan bahasa juga

menunjukkan bahawa kita mempunyai keperibadian yang elok. Gerakan isyarat

memainkan peranan yang penting dalam proses berkomunikasi. Gerakan isyarat adalah

gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan

pesan tertentu. Contohnya, apabila seseorang itu bertanya, jawabannya boleh

menggunakan gelengan kepala sebagai pengganti kata "tidak". Begitu juga dengan

menggunakan gerakan bahu apabila menjawab sesuatu yang masih meragukan atau

tidak tahu atau membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk menyatakan "OK",

dan sebagainya.

KESANTUNAN BERPAKAIAN

7

Page 8: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

Masa: 01:30:00

Gambar ini menunjukkan Kassim Selamat mengamalkan kesantunan dari segi

berpakaian. Kassim Selamat memakai pakaian formal semasa dia membuat

pertunjukan. Dalam kesantunan berpakaian, terdapat dua perkara yang perlu

diperhatikan. Pertama, berpakaianlah yang sopan di tempat awam. Kedua,

berpakaianlah yang rapi dan sesuai dengan keadaan. Contohnya, semasa kita

berurusan di jabatan kerajaan, kita mestilah berpakaian formal, iaitu pakai baju yang

berlengan dan skirt yang melepasi lutut bagi wanita manakala lelaki pula harus memakai

baju yang berlengan dan seluar panjang. Ini merupakan satu tanda penghormatan kita

terhadap orang awam. Di samping itu, berpakaian dengan bersopan santun juga

menunjukkan masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang bertamadun.

SATU AMALAN KESANTUNAN YANG TELAH ANDA LAKSANAKAN DALAM

MASYARAKAT ATAU KELUARGA DAN BERIKAN JUSTIFIKASI TERHADAP

HUJAH ANDA.

Sikap saling hormat-menghormati adalah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji

dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Sikap hormat-menghormati dapat

menampilkan seseorang itu berakhlak mulia. Antara amalan hormat-menghormati ialah

memberi layanan mesra dan sopan, saling bekerjasama, saling menghargai antara satu

sama lain dan menghargai budi serta jasa orang lain. Dalam pergaulan seharian, kita

dituntut untuk menghormati antara satu sama lain seperti menggunakan intonasi dan

nada yang bersopan santun dalam pergaulan seharian, Ini dapat mengelakkan

pertelingkahan serta perselisihan faham antara satu sama lain. Belakangan ini, sifat

saling menghormati mula terhakis sedikit demi sedikit. Apabila sifat ini semakin

berkurangan, ini akan menyebabkan kerosakan pada hubungan sesama manusia.

Jelas bahawa, sifat hormat menghormati merupakan satu aspek yang amat

penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, saya telah mengamalkan sifat yang

mulia ini dalam diri saya. Saya menghormati orang yang lebih tua daripada saya.

Menurut Riwayat at-Tirmidzi, tidak seorang muda menghormati pada orang tua kerana

tuanya (usianya), melainkan Allah akan membalas penghormatan dengan

menghormatinya pula kerana usianya kelak. Hadis ini menerangkan bahawa kita disuruh

menghormati orang yang lebih tua. Sebagai orang muda, kita harus mendengar nasihat

8

Page 9: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

dan tunjuk ajar yang diberikan oleh orang yang lebih tua kerana mereka lebih

berpengalaman. Seperti yang ditegaskan dalam hadis tersebut, sekiranya seseorang itu

ingin dihormati ketika waktu tuanya kelak, ia perlu menghormati orang-orang yang lebih

tua daripadanya dari sekarang. Saya menghormati oang yang lebih tua dengan

memanggil gelaran mereka seperti mak cik, pak cik, ibu, ayah, bapa saudara, nenek,

datuk dan sebagainya. Di samping itu, saya tidak akan memanggil nama mereka terus

kerana ini merupakan satu amalan yang kurang bersopan walaupun amalan ini

merupakan satu fenomena yang biasa di negara kuar terutamanya di negara Barat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 23:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepada-

Nya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah

seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam

jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang

perkataan kasar) sekalipun perkataaan "ah", dan janganlah engkau menengking

menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang

bersopan santun)".

Ayat ini menunjukkan bahawa insan yang paling berhak untuk mendapatkan

hormat dalam setiap manusia ialah ibu bapa kita. Jikalau kita tidak menghormati kedua-

dua ibu bapa, Ini merupakan satu dosa yang teramat besar. Justeru, kita mesti

menghormati kedua-dua ibu bapa sebagai insan yang telah banyak berjasa serta

membesarkan kita. Tanpa jasa ibu bapa, kita tidak akan mengecapi sebarang kejayaan.

Saya menghormati ibu bapa saya dengan bertutur dengan mereka menggunakan

intonasi yang lemah lembut serta bersopan santun. Saya tidak meninggikan suara

semasa berkomunikasi dengan ibu bapa kerana mereka merupakan insan yang

mengasuh saya dan menjayakan saya. Tanpa mereka, saya tidak akan mencapai apa

yang telah saya capaikan pada hari ini. Di samping itu, saya juga tidak akan melawan

cakap ibu bapa saya dan saya akan mendengar nasihat mereka kerana mereka telah

hidup lama di dunia ini dan mereka lebih berpengalaman daripada saya.

Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18:

9

Page 10: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah atau

sombong) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak

sombong; Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,

takbur, lagi membanggakan diri".

Sombong adalah sifat yang tercela dan sifat ini tidak patut dimiliki oleh diri kita.

Dengan bersifat sombong sesama manusia ini akan menyebabkan seseorang itu

menolak kebenaran dan menghina sesama manusia. Apabila sifat sombong ada pada

diri manusia, ini akan berlakunya kezaliman dan rasa angkuh. Saya menghormati

keluarga serta masyarakat dengan tidak mengamalkan sifat sombong. Saya sering

merendahkan diri semasa bertutur dan berkomunikasi serta bergaul dengan semua

orang tanpa mengira agama, kaum, dan bangsa. Dengan ini, saya dapat memahami

adat resam serta pantang larang setiap kaum. Ini bertepatan dengan konsep "Satu

Malaysia" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Haji Mohammad

Najib. Saya tidak menghina serta memberi komen terhadap adat resam atau pantang

larang kaum yang lain kerana ini merupakan isu sensitif yang akan menimbulkan

perselisihan faham antara satu sama lain. Saya merupakan seorang pengawas pada

sekolah menengah. Sekiranya murid tersebut melakukan kesalahan, saya akan

menasihatinya supaya jangan mengulangi kesalahan tersebut dengan nada yang lemah

lembut. Tetapi terdapat sesetengah pengawas terus menegur murid yang melakukan

kesalahan dan ini menyebabkan pertelingkahan antara pengawas dan murid berlaku.

Walaupun murid tersebut salah kerana melakukan kesilapan, tetapi pengawas tersebut

juga mempunyai kesalahan kerana pengawas tersebut tidak mengamalkan amalan

hormat-menghormati dan ini menunjukkan pengawas tersebut tidak berbudi bahasa.

RUMUSAN

Bahasa merupakan unsur yang penting dalam menzahirkan keindahan dan kesantunan.

Keindahan dalam bahasa dijelmakan dalam pertuturan dan pengungkapan yang manis,

sopan, positif, bijaksana, bernas, dan penuh pengajaran kepada khalayak. Justeru,

individu yang memiliki nilai rasa dan nilai fikir yang seimbang dan mengamalkan

kesantunan bahasa dalam interaksi lisan dan penulisan dapat ditingkatkan jika

kemahiran komunikasi dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran(P&P)

di sekolah rendah dan sekolah menengah.

10

Page 11: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

REFLEKSI

Bak kata pepatah:" Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang

melayang", saya telah mencurahkan usaha serta masa bagi menjalankan tugasan ini

terutamanya dalam bahagian mengumpulkan maklumat. Saya juga sedar bahawa kita

perlu berusaha dan sanggup berkorban demi mencapai kejayaan, bak kata pepatah,"

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?" Semasa menjalankan

tugasan ini, saya telah mencari maklumat tentang kesantunan berbahasa, jenis

kesantunan berbahasa, dan kepentingannya dengan kehidupan agar berupaya

melahirkan individu, masyarakat, dan negara yang berbudi bahasa dan bertamadun.

Masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini ialah saya tidak

begitu jelas tentang jenis kesantunan berbahasa. Tetapi selepas mendengar

penerangan daripada EncikYusuf bin Min, saya telah mempunyai gambaran tentang

jenis kesantunan berbahasa. Saya juga berasa teramat syukur kerana mendapat

bantuan daripada rakan sekelas saya. Kami telah berbincang tentang tugasan ini dari

sudut pandangan yang berbeza. Di samping itu, saya juga hendak berterima kasih

kepada senior yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya kerana ini merupakan

kali pertama saya melakukan tugasan.

Selepas menjalankan tugasan ini, saya sedar bahawa kesantunan berbahasa

merupakan satu aspek yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Slogan "Budi

bahasa budaya kita" jelas menunjukkan berbudi bahasa mencerminkan kemajuan

sesebuah masyarakat. Tugasan ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan saya

kepentingan kesantunan berbahasa. Ini banyak membantu saya selepas saya menjadi

guru pada masa yang akan datang. Di samping itu, saya juga memahami betapa

pentingnya penerapan kesantunan berbahasa dalam kehidupan dapat melahirkan

individu, masyarakat dan negara yang berbudi bahasa. Akhirnya, tugasan ini telah

membawa faedah kepada saya dan saya berasa bersyukur kerana dapat menjayakan

tugasan ini dengan bantuan daripada pelbagai pihak.

BIBLIOGRAFI

11

Page 12: Kesantunan_melayu

KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH PPISMP GSB 1062

A. Samad Ahmad, 2003. Sulatus Salatin Sejarah Melayu: Edisi Pelajar. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, P., & Levinsons, S., 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage.

Cambidge: Cambridge Unversity Press.

Amat Juhari Moain, 1985. Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu. Suatu analisis

sosiolinguistik. Tesis Ph.D. Akademi pengajian melayu, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Tajuddin Haji Abd Rahman, 1999. Kamus Peribahasa Melayu Untuk Pelajar.

Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

T.A.Ridwan, 2001. "Bahasa Melayu: Peranan Dan Nilai-nilai Moralisme Di Dalamnya".

Dalam Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian

Melayu.

12