KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah...
Transcript of KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN … · akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah...
KESEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, UNTUK MENGAJAR
MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DALAM BAHASA INGGERIS
AIN AISYARINA BINTI HAMADIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penulis : AIN AISYARINA HAMADIN
Tarikh : ..................................................
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ..............................................................
Nama Penyelia : PUAN NOR FADILA MOHD AMIN
Tarikh : .............................................................
iv
Dedikasi
Ku Panjatkan Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi
Kerana Memberi Aku Kekuatan Yang Tinggi
Hingga Bertahan Sampai Ke Penghujung Garisan...
Terima Kasih Buat Emak Dan Abah yang dikasihi
Yang Sentiasa Mendoakan Kesejahteraan Ku
Dan Menjadi Sumber Inspirasi Kehidupanku...
Untuk Kakak Serta Adik Ku Yang Disayangi
Ayu Hamiza Dan Adzmin Ashraf Yang Sentiasa
Memberi Sokongan Disaat-saat Ku Memerlukan...
Terima Kasih Juga Kepada Khaizir Muzani
Yang Sering Disisi Memberi Banyak Motivasi
Serta Sentiasa Mengerti Perjuangan Ku Di Sini...
Tidak Lupa Teman-Teman Seperjuangan
Yang Bersama-Sama Menempuh Pelbagai Cabaran
Kenangan Bersama Kalian Tidak Mungkin Di Lupakan...
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Puan Nor
Fadila Mohd Amin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar
dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayah dan ibu yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi lebih sedekad yang lalu untuk
anakmu ini ke menara gading dan tidak lupa juga buat bapa dan ibu mertua yang
banyak memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali untuk rakan-rakan seperjuangan sekalina. Terima kasih yang
tidak terhingga di atas segala bantuan yang diberika. Jasa kalian tidak mungkin dapat
dilupakan.
vi
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif kuantitatif ini bertujuan mengenalpasti kesediaan
bakal guru terhadap pengajaran Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris. Aspek
yang dikaji adalah penguasaan, keyakinan diri dan masalah yang dihadapi oleh bakal
guru berkenaan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Seramai 97 orang pelajar tahun
akhir SPH, di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai telah dijadikan sampel kajian.
Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada dua
bahagian yang terdiri daripada 34 item. Nilai pekali alpha bagi kajian ini adalah 0.72.
Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages for
Social Science ( SPSS ) versi 11.5 bagi mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan keyakinan diri bakal
guru adalah sederhana. Ini kerana terdapat beberapa masalah terutamanya aspek
keyakinan diri untuk menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Inggeris dikenalpasti
merupakan faktor utama kesediaan bakal guru berada pada tahap itu.
vii
ABSTRACT
The purpose of this descriptive quantitative study was to identify the
readiness of future teachers to teach the Living Skills subject in English. The focus
of the study were mastery of the language, self-confidence and problems faced by
the teachers regarding the use of English language. A total of 97 final year SPH
students, Faculty of Education, UTM Skudai participated as research subjects. The
instrument used was a two-part questionnaire consisted 34 items. The alpha value for
the instrument was 0.72. Data analysis was carried out using the Statistical Packages
for Social Sciences software (SPSS) version 11.5 to obtain the frequency and
percentages. Research findings showed that the readiness of future teachers
concerning mastery of the language and self-confidence were moderate. The major
factor contributing to the situation is problems that they face especially in confidence
level to teach using English language.
viii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA
PENGAKUAN PENULIS
ii
iii
DEDIKASI
iv
PENGHARGAAN
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
vii
KANDUNGAN
viii
SENARAI JADUAL
ix
SENARAI SINGKATAN
x
SENARAI LAMPIRAN
xi
ix
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 9
1.8 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Penguasaan Bahasa Inggeris 13
2.2 Kesediaan guru 15
2.3 Keyakinan mengajar dalam Bahasa
Inggeris
17
24 Masalah yang dihadapi untuk
mengajar menggunakan Bahasa
Inggeris
19
2.5
2.6
Dapatan kajian-kajian terdahulu
Kesimpulan
21
25
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 26
3.1 Reka Bentuk Kajian 27
x
3.2 Prosedur Pensampelan 28
3.3 Instrumen Kajian 29
3.4 Pengesahan Instrumen 32
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 35
3.8 Batasan Kajian 38
3.9 Kesimpulan 38
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Persoalan Kajian ( Bahagian
B)
41
4.3 Aspek Penguasaan Bahasa Inggeris
Responden
41
4.3.1 : Soalan Kajian 1 42
4.4 Aspek Tahap Keyakinan
Menggunakan Bahasa Inggeris
Responden
45
4.4.1 : Soalan Kajian 2 45
4.5 Aspek Masalah Menggunakan
Bahasa Inggeris
46
4.5.1 : Soalan Kajian 3 48
4.6 Kesimpulan 51
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 52
5.1 Rumusan 52
xi
5.1.1 Rumusan Persoalan Kajian 1 53
5.1.2 Rumusan Persoalan Kajian 2 55
5.1.3 Rumusan Persoalan Kajian 3 56
5.2 Perbincangan 56
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian
1
56
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian
2
59
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian
3
61
5.3 Cadangan 62
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 63
5.5 Penutup 64
BIBLIOGRAFI
65
LAMPIRAN
A Set borang soal selidik 66
B Surat Pengesahan Soal Selidik dari
Dr Mohd Safarin Bin Nordin
71
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Kedudukan nombor item mengikut persoalan
kajian
30
3.2 Contoh item soalan kajian 31
3.3 Skala pemeringkatan likert 32
3.4 Contoh item sebelum dan selepas pembetulan 33
3.5 Nilai alpha cronbach bagi item dalam kajian rintis 34
3.6 Data demografi responden (bahagian A) 37
3.7 Pengkelasan maklumbalas responden 38
4.4 Taburan responden mengikut peratus dan
kekerapan bagi aspek tahap penguasaan Bahasa
Inggeris
44
4.5 Taburan responden mengikut peratus dan
kekerapan bagi aspek tahap keyakinan Bahasa
Inggeris
47
4.6 Taburan responden mengikut peratus dan
kekerapan bagi aspek menggunakan Bahasa
Inggeris
50
xiii
SENARAI SINGKATAN
DBP : Dewan Bahasa dan Pustaka
JPTK : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
MUET : Malaysian University English Test
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia.
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia.
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
LK : Lukisan Kejuruteraan.
% : Peratus
f : Kekerapan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Soal Selidik dari
Dr Mohd Safarin Bin Nordin
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa hubungan antara bangsa, oleh itu
penguasaan Bahasa Inggeris adalah amat penting kepada pelajar dalam menghadapi
cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Dengan penguasaan Bahasa
Inggeris yang baik, pelajar-pelajar dapat memperolehi ilmu dengan lebih banyak dan
mudah. Hasil kajian oleh Anisfield (1964) menunjukkan pelajar-pelajar yang bilingual
didapati mempunyai kemahiran kognitif termasuk kemahiran menyelesaikan masalah dan
keupayaan berfikir yang lebih baik.
Menurut Cummin dan Swain (1986), pelajar-pelajar yang bilingual didapati
mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada pelajar-pelajar monolingual.
Berdasarkan kepada kepentingan ini, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar sebagai bahasa kedua. Antara
cadangan yang dikemukakan adalah Bahasa Inggeris digunakan sebagai alat
pembelajaran di samping mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar
menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu satu keputusan telah dibuat oleh pihak kerajaan
supaya mata pelajaran Sains dan Matematik diajar menggunakan Bahasa Inggeris pada
awal 2003.
Pada awal tahun 2006, kerajaan telah menetapkan pengajaran dan pembelajaran
bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan menggunakan Bahasa Inggeris. Rasional
kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Lukisan
Kejuruteraan daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar
keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai
taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam
era globalisasi perindustrian pada masa akan datang.
Usaha meningkatkan Bahasa Inggeris adalah baik kerana selari dengan keperluan
semasa menjadikan Malaysia pusat pendidikan di rantau ini. serta usaha kerajaan untuk
menggalakkan anak-anak watan merebut peluang ekonomi di luar negara. Penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik menjadikan Malaysia setanding dengan negara maju yang lain.
Perkembangan ini seimbang dengan arus globalisasi sekarang ( Robiah Sidin, 1998 ).
Ketika dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris dilaksanakan, pihak universiti tidak mempunyai peruntukkan masa yang
mencukupi bagi mempersiapkan bakal guru bersedia untuk mengajar menggunakan
Bahasa Inggeris. Rentetan daripada itu timbul situasi di mana guru menjadi pasif semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, sentiasa bimbang, tidak yakin dan tidak
bermotivasi.
Subjek Kemahiran Hidup berpotensi besar untuk di tukar dasar pengajaran dan
pembelajarannya kepada Bahasa Inggeris kerana subjek ini merupakan salah satu
daripada elemen yang terdapat pada Lukisan Kejuruteraan. Di mana subjek Lukisan
Kejuruteraan telah pun diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Lantaran itu, satu kajian
tindakan dilakukan dalam usaha persediaan kepada kebarangkalian yang bakal berlaku
pada masa akan datang.
1.1 Latar Belakang Masalah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Berita Mingguan, Ahad 7
September 2003) menekankan bahawa untuk merealisasikan Wawasan 2020, salah satu
syarat ialah rakyat perlu mahir dalam Bahasa Inggeris untuk membangunkan negara
Malaysia kepada sebuah industri yang maju. Menurut beliau juga, rakyat Malaysia perlu
fasih dalam Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara
yang turut merupakan bahasa ilmu. Beliau juga menyatakan bahawa keperluan
menguasai Bahasa Inggeris semakin mendesak dalam era globalisasi sehingga negara-
negara seperti Perancis, China dan Jepun serta negara-negara lain yang sebelum ini amat
berbangga dengan bahasa masing-masing turut mengambil inisiatif mempelajari bahasa
ini.
Berdasarkan ekuiti Pendidikan dalam Pembangunan Pendidikan 2000-2010,
Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan bahawa kurikulum pendidikan negara
menepati keperluan pasaran kerja dan industri khususnya dalam penguasaan Bahasa
Inggeris. Bagi mencapai matlamat tersebut, seseorang guru perlulah mempunyai
kemahiran dan pengetahuan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, kemahiran mengajar dalam
kalangan guru-guru yang terlibat dengan matapelajaran tersebut perlulah dipertingkatkan
supaya mutu Bahasa Inggeris pelajar dapat dipertingkatkan.
Menurut Edelhoff (1985), kecekapan menggunakan Bahasa Inggeris adalah
sesuatu perkara yang baik dan apa yang lebih penting ialah sikap guru itu sendiri terhadap
pembelajaran antarabangsa. Ini bermaksud, sikap guru untuk bersedia menerima
komunikasi tindak balas antara manusia dalam semua kebolehan, pendapat, bangsa dan
latar belakang sosial. Selain itu, guru perlu meningkatkan kefahaman terhadap kebebasan
manusia, pembangunan demokrasi dan penggayaan individu. Tuntutan kebebasan
berkomunikasi sewajarnya mendapat perhatian pelajar. Ini adalah penting bagi keperluan
mereka dan kelantangan menganggap pengajaran untuk membolehkan mereka
membangunkan bakat dengan cara yang tersendiri sebagai ahli dalam kumpulan ataupun
individu.
Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa pengantar bagi pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik pada awal tahun 2003. Manakala, pada
awal tahun 2006, pengajaran dalam Bahasa Inggeris bagi matapelajaran teknikal telah
dilaksanakan. Perubahan pengajaran menggunakan Bahasa Melayu kepada Bahasa
Inggeris ini selaras dengan kehendak perkembangan Pendidikan Negara. Justeru itu para
guru hendaklah bersedia untuk melaksanakannya agar matlamat Kementerian
Pendidikan Malaysia akan tercapai. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru hendaklah peka
terhadap perubahan kurikulum dan kehendak masyarakat serta negara. Dengan ini, guru
hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan ilmu dan mengemaskini bahan dan
kemahiran yang perlu diajar. Penerimaan guru teknikal terhadap perubahan ini sedikit
sebanyak akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Matlamat untuk melahirkan pelajar yang berilmu tidak akan tercapai jika guru
bersikap sambil lewa terhadap betapa pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris pada masa
kini. Peranan guru di dalam bilik darjah adalah signifikan mempengaruhi sikap dan
pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa asing (Rosli Talif, 1995).
Keyakinan guru yang tinggi untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris adalah amat
penting. Menurut Curtis (1993), seseorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris itu
perlulah berkeyakinan untuk memuaskan kehendak individu kepada pelajar dalam
matapelajaran yang mereka ambil. Guru yang berkeyakinan tinggi semasa pengajaran
akan meningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk belajar. Isi pelajaran akan dapat
disampaikan dengan lancar dan berkesan. Pelajar akan menganggap guru tidak pandai
mengajar sekiranya guru tiada keyakinan semasa mengajar.
Perubahan pengajaran dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris sedikit
sebanyak akan mengubah gaya pengajaran guru. Ini kerana, menurut Curtis (1993), guru
yang mengajar Bahasa Inggeris hendaklah berkemampuan untuk mengenalpasti dan
menyelia semasa proses pengajaran berlangsung serta berkemampuan memberi
sokongan, nasihat, cabaran dan menilai pelajar. Walaubagaimanapun, perubahan ini tidak
akan menjejaskan peranan guru di dalam bilik darjah jika guru sentiasa bersedia.
Menurut Cogan (1958), guru yang sistematik dalam proses pengajarannya lebih
diminati oleh pelajarnya. Dalam penyelidikanya, beliau menyatakan bahawa pelajar
menganggap guru mereka seorang yang teratur dan sistematik di dalam bilik darjah dari
segi penyusunan gerak kerja proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sebegini adalah
seorang yang berkomitmen yang sentiasa mencari punca kelemahan di dalam kerumitan
yang dihadapi dan mengutamakan kesesuaian sesuatu alat pengajaran untuk penguasaan
pembelajaran oleh pelajar-pelajarnya. Kriteria penting bagi seorang guru adalah
menghasilkan pengajaran yang baik iaitu berkeupayaan untuk meransang dan
menimbulkan minat pelajarnya supaya dapat melibatkan diri dalam pembelajaran serta
mengadakan suasana dalam mengekalkan proses pemikiran pelajar. Justeru itu, guru
perlulah merancang kaedah dan alat bantu pengajaran yang bersesuaian sebagai
persediaan untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris bagi sesuatu matapelajaran
memerlukan seseorang guru bersedia dari pelbagai aspek seperti pengetahuan, kesediaan
dan sebaginya. Ini kerana guru merupakan tenaga pengajar dan juga sebagai fasilitator di
dalam bilik darjah. Seseorang guru mestilah menunjukkan minat terhadap apa yang di
ajarnya. Ini akan dapat memberikan contoh motivasi yang baik kepada pelajar. Pelajar
juga akan turut menunjukkan minat terhadap pelajaran itu. Ini akan menggalakkan
mereka untuk belajar dengan lebih giat lagi. Glenn (2001,dalam: Esah 2003), mengatakan
guru mestilah menguasai isi kandungan atau isi pelajaran yang di ajar. Perkembangan
terkini dalam bidang yang diajar hendaklah di ikuti dan di kuasai.
1.2 Pernyataan Masalah
Melihatkan masih belum ada kajian mengenai kesediaan pelajar Teknikal dan
Kejuruteraan UTM, Skudai untuk mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup dalam
Bahasa Inggeris dijalankan, maka pengkaji mengambil inisiatif untuk melaksanakan
kajian ini bagi mengenalpasti adakah pelajar Teknikal dan Kejuruteraan bersedia untuk
mengajar subjek Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris ataupun sebaliknya. Pengkaji
turut melakukan kajian ini memandangkan pelbagai kebarangkalian yang akan terjadi
dalam sistem pendidikan Malaysia. Seperti perlaksanaan pengajaran matapelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada awal tahun 2003 dan pengajaran
matapelajaran Lukisan Kejuteraan pada awal 2006. Perubahan yang berlaku telah
memberi tamparan hebat kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains,
Matematik dan Teknikal dan tidak kurang juga kepada bakal guru yang akan mengajar
subjek-subjek tersebut. Justeru itu tidak mustahil sekiranya satu hari kelak, subjek
Kemahiran Hidup turut akan di ajar menggunakan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,
pengkaji merasakan kajian mengenai kesediaan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan, UTM,
Skudai untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris perlu dijalankan.
1.3 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan adalah untuk :
1.3.1 Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar Teknikal dan
Kejuruteraan untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.
1.3.2 Mengenalpasti tahap keyakinan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan untuk
mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.
1.3.3 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Teknikal dan
Kejuruteraan untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :
1.4.1 Apakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar Teknikal dan
Kejuruteraan untuk penggunaan dalam pengajaran Kemahiran Hidup
1.4.2 Apakah tahap keyakinan pelajar Teknikal dan Kejuruteraan untuk
menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Kemahiran Hidup
1.4.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar Teknikal dan Kejuruteraan
untuk mengajar Kemahiran Hidup dalam Bahasa Inggeris.