keselamatan artikel
-
Upload
rosni-omar -
Category
Documents
-
view
226 -
download
0
Transcript of keselamatan artikel
-
7/31/2019 keselamatan artikel
1/13
UTAMA BERITA FORUM BLOG WARGA C.P.T GALERI
PETA LAMAN
Menu Utama
Utama Profile Projek Pentadbiran Dokumentasi Iktibar
o Keselamatan Di Tapak Binao Running Effective Meetingso CONTINUOUS IMPROVEMENTo Dynamics of the Learning Organization and Knowledge Management
Album Warga C.P.T
Poll
Undian Terkini
Jawapan A
0%
Jawapan B0%
Jawapan C
0%Jawapan D
0%
Total votes: 0
Older polls
Navigation
Recent posts News aggregator
User login
Username: *
http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=beritahttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=beritahttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=forumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=forumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=bloghttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=bloghttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=sitemap.xmlhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=sitemap.xmlhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=projekhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=projekhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pentadbiranhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pentadbiranhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=dokumentasihttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=dokumentasihttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=iktibarhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=iktibarhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=keselamatantapakhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=keselamatantapakhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=runningmeetinghttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=runningmeetinghttp://localhost/cpt/files/links/CONTINUOUSIMPROVEMENT.pdfhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=DLOKMhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=DLOKMhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=albumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=albumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pollhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pollhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=trackerhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=trackerhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=aggregatorhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=aggregatorhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=aggregatorhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=trackerhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pollhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=albumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=DLOKMhttp://localhost/cpt/files/links/CONTINUOUSIMPROVEMENT.pdfhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=runningmeetinghttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=keselamatantapakhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=iktibarhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=dokumentasihttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=pentadbiranhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=projekhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=sitemap.xmlhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/http://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=bloghttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=forumhttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/?q=beritahttp://rakan1.jkr.gov.my/cpt/ -
7/31/2019 keselamatan artikel
2/13
KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK
BINA.
KESELAMATAN PEKERJA
DI TAPAK BINA:
Tanggungjawab Bersama
ABDUL AZIZ HUSSINAMN
DPA; LL.B(Hons); Dip. M.Mgmt; MSc.(Prjt.Mgmt.);
MMIM; Peguambela & Peguamcara; MMAP.
ABSTRAK: Pekerja di tapak bina adalah salah satu komponen terpenting dalam pengeluaran output industripembinaan. Dengan itu kehadirannya perlu dianggap sebagai suatu aset. Dengan demikian keselamatan pekerja di
tapak bina menjadi salah satu perkara yang mesti diambil tindakan sewajarnyabukan sahaja oleh pembuat polisi
dan pihak penguatkuasaan (kerajaan) tetapi juga oleh klien, kontraktor, konsultan, dan pekerja itu sendiri. Kertas ini
membincangkan skop tugas menjaga keselamatan pekerja di tapak bina daripada perspektif undang-undang;
merangkumi tugas dan tanggungjawab semua pihak itu, statut-statut yang terlibat, dan juga di bawah common law.
KATA KUNCI: keselamatan pekerjastatutcommon law skop tugas berhati-hatiaktiviti-aktiviti terlibat.
1.1 PENGENALAN
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected] -
7/31/2019 keselamatan artikel
3/13
Tekanan akibat daripada kesedaran di peringkat antarabangsa (misalnya WTO) dan dari dalam
negeri (misalnya melalui NGO-NGO seperti MTUC), serta keinsafan semua pihak (kerajaan dan
swasta) yang makin meningkat (dan menonjol) dalam hal keselamatan pekerja, termasuk di tapak
bina telah membawa kepada tindakan susulan pengimplementasian langkah keselamatan
diambil. Salah satunya ialah melalui cabang undang-undang.
Dalam perbincangan di sini, keselamatan pekerja merujuk kepada keselamatan pekerja itu
daripada bencana kecederaan, kematian atau kerosakan tubuh badannya. Aspek kesedaran,
perspektif undang-undang, pula merangkumi kesedaran oleh pihak berkuasa sendiri, majikan
(kontraktor, subkontraktor, tuanpunya projek dan konsultan projek), dan kesedaran pekerja itu
sendiri. Skop kesedaran dan menyedarkan ini nampaknya merangkumi ketiga-tiga pihak itu,
termasuk mengimplementasikan kesedaran itu sendiri.
2.1 UNDANG-UNDANG BERKAITAN KESELAMATAN PEKERJA DI TAPAK BINA
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
2.1.1 Pihak Berkuasa dan Klien Projek
Di pihak berkuasa, sekurang-kurangnya ada dua undang-undang bertulis yang relevan di sini
iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (disebut AKKP 1994) dan Akta Kilang dan
Jentera 1967 (disebut AKJ 1967). Di dalam AKKP 1994, ditekankan mengenai tugas-tugas am
-
7/31/2019 keselamatan artikel
4/13
majikan dan pekerja dalam hal keselamatan. Seksyen 15 AKKP 1994 menekankan bahawa
adalah menjadi tugas setiap majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-
pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang selamat, peralatan
yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat serta suasana kerja yang
selamat. Secara khususnya, menurut Seksyen 15(1) AKKP 1994, tugas menjaga keselamatan
pekerja (termasuk di tapak bina) merangkumi:
(a) penyediaan dan penyenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem kerja yang selamat,
dan tidak memberi risiko kesihatan;
(b) diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera dan alatan itu adalah
selamat;
(c) memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai kepada pekerja berkaitan
keselamatan mereka semasa bekerja;
(d) penyenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa selamat; dan
(e) suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.
Perkara-perkara di atas perlu diterjemahkan kepada pernyataan bertulis polisi keselamatan oleh
majikan (Seksyen 16 AKKP 1994).
2.1.2 Pihak Pekerja dan Kontraktor Projek
-
7/31/2019 keselamatan artikel
5/13
Di pihak pekerja sendiri, menurut Seksyen 24 AKKP 1994, mereka dikehendaki:
(a) mengambil langkah yang munasabah dalam menjadi keselamatan mereka (yakni berhati-
hati semasa bekerja);
(b) memberi kerjasama kepada majikan dalam pengimplementasian Seksyen 15(1) yang
dinyatakan sebelum ini;
(c) sentiasa memakai atau mengguna peralatan perlindungan atau pakaran keselamatan yang
disediakan majikan semasa bekerja; dan
(d) mematuhi sebarang arahan atau langkah-langkah keselamatan yang diberi oleh majikan.
Perkara-perkara di atas juga amat diharapkan diimplemen oleh kontraktor utama (Maule, K.
1998). Malah penwujudan Kod Praktis Industri (Seksyen 37 & 38), Pegawai dan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Bahagian VII) AKKP, 1994, menggambarkan betapa
undang-undang perihatin dalam keselamatan pekerja.
3.1 LANGKAH-LANGKAH DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIPERLUKAN
3.1.1 Di bawah Statut
-
7/31/2019 keselamatan artikel
6/13
Jika kita jengok kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967), terutama Bahagian II Akta,
ia menekankan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti keselamatan pekerja yang perlu diambil
oleh semua pihak di dalam industri (terutama oleh majikan). Ini temasuklah:
(a) menentukan kekukuhan binaan, lantai, atas, laluan, tangga, tempat bekerja yang selamat
untuk pekerja;
(b) borang dan bahan yang disimpan selamat kepada pekerja;
(c) kaedah kerja (seperti cara mengangkat beban) yang tidak menyebabkan/memungkinkan
mencederakan pekerja;
(d) keselamatan daripada kebakaran; dan
(e) mesin, jentera dan alatan kerja yang dipasang, dibaiki dan diselenggara perlulah
mengambilkira keselamatan pekerja (yang menggunakannya atau mungkin menerima
kesan daripadanya).
Secara lebih terperinci lagi, berkaitan penggunaan atau pemakaian alatan kerja, Peraturan Kilang
dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1970 menyenaraikan peralatan-peralatan
berkaitan yang termasuklah:
(a) alat pelindung muka (goggles) yang sesuai bagi kerja-kerja yang memerlukan ia dipakai
(seperti kerja pemeterian);
(b) penutup telinga; dan
-
7/31/2019 keselamatan artikel
7/13
(c) pakaran keselamatanseperti baju, seluar, topi dan sarung tangan.
Alat-alat ini perlu disedia majikan (bagi kerja-kerja di mana alatan itu perlu disedia) dan ia mesti
dipakai oleh pekerja berkenaan.
Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyedia peralatan keselamatan) dan
tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan berkenaan) pernah menjadi isu
perbincangan utama dalam kes Wong Soon San lwn.Malayan United Industrial Co. Ltd.
([1967] 1 MLJ 1). Dalam kes ini sekeping zink telah melantun dan mengenai mata kanan plaintif
(pekerja)(dan mata itu buta) semasa dia sedang bekerja dengan defendan (majikan) membaikrapi
kepingan zink dengan menggunakan sebuah mesyin. Walaupun mesyin itu dilengkapi alat
penghadang (deflector) sebarang lantunan kepingan zink namun ianya kadangkala dipindahsuai
oleh operator mesyin dan ini memerlukan ianya diperiksa oleh penyelia kilang. Plaintif pula
tidak disediakan alat pelindung muka seperti yang dikehendaki oleh peraturan 16(3) Peraturan
(Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) 1956. Mahkamah menyatakan bahawa majikan itu telah
melanggar tanggungjawab statutori berkenaan (dan juga dibawah common law). Namun dalam
kes ini pekerja itu juga turut cuaisumbang (yang mahkamah kira pada tahap 30%) kerana
tindakannya memindahsuai alat penghadang mesyin tanpa pengetahuan penyelia. Namun begitu,
yang menarik perhatian adalah apa yang dikatakan oleh hakim Raja Azlan Shah, iaitu, Saya
mesti juga ingat bahawa Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) adalah
ditujukan bukan sahaja kepada pekerja-pekerja yang cermat, bijaksana dan patuh tetapi juga
kepada mereka yang bodoh, tidak berwaspada dan tidak patuh.
-
7/31/2019 keselamatan artikel
8/13
Sebagai satu polisi bersama, menurut Tatacara Bagi Keharmonian Industri, perkara mengenai
memberi latihan yang mencukupi kepada pekerja dan keadaan fizikal kerja yang baik adalah
ditekankan. Hal yang sama dinyatakan di dalam Seksyen 26 AKJ 1967.
Jika kita lihat Borang-Borang Seragam Kontrak Pembinaan seperti JKR 203/203A, PAM 1998
dan CIDB 2000, seperti sudah menjadi amalan bahawa tuan punya projek (klien) menafikan
(disclaimed) tanggungjawab menjaga keselamatan pekerja di tapak bina, dan ia diserah
(dipindah) kepada kontraktor dan subkontraktor (lihat fasal 18.0 PAM 1998, fasal 32 JKR
203/203A dan fasal 35.1 CIDB 2000). Seni mengelak tanggungan yang diamalkan oleh klien
projek ini, walaupun dari segi kontrak boleh dipakainya dengan jayanya, namun dari segi
tanggungjawab moral dan daripada perspektif keharmonian industri, ianya tidak wajar.
3.1.2 Di bawah Common Law
Walau apapun, seperti yang dinyatakan di dalam kes Smith lwnBaker (Charles) & Sons ([1981]
A.C. 325), kontrak di antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan di pihak
majikan itu kewajipan untuk mengambil langkah berhati-hati yang munasabah yang mana
pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu terdedah kepada
risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyedia perkakas yang sesuai dan tidak mendatangkan
risiko kepada pekerja. Jika majikan gagal mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang
munasabah dalam menjaga keselamatan pekerjanya, maka majikan itu (misalnya kontraktor)
-
7/31/2019 keselamatan artikel
9/13
boleh didakwa cuai (Abdul Aziz Hussin, 2000, m.s. 20-25). Misalnya, seperti yang dikatakan
oleh hakim Lord Wright dalam kes Nichols lwn. Austin (Leyton) Ltd.([1946] 2 All E.R.97),
bahawa, kewajipan common law tidaklah boleh dipersoalkan lagi. Namun ianya terhad
kepada [kewajipan] berhati-hati dan kemahiran yang munasabah dalam melindungi daripada
bahaya, dimana sebagai seorang manusia yang munasabah, majikan sepatutnya telah dapat
menjangkakannya[ bahaya itu]. Dalam kesParis lwn Stepney Borough Council([1951] 1 All
E.R. 42] pula, hakim Lord Oaksley menyebut bahawa, tugas seseorang majikan terhadap
pekerjanya ialah untuk mengambil langkah berhati-hati yang munasabah mengenai keselamatan
pekerjanya dalamsemua keadaan bagi sesuatu hal itu.
Contohnya seperti yang dinyatakan di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. lwn. Naigai Nitto
Singapore Ltd. ([1991] 2 MLJ 296), majikan telah didapati cuai kerana gagal mengambil
langkah-langkah keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyedia sistem kerja dan
gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselematan jenangkat-susun itu dengan
baik. Mahkamah juga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-jaga yang
munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk kegunaan pekerja-
pekerjanya, dan menyenggaranya supaya senantiasa dalam keadaan baik. Dan obligasi ini adalah
secara berterusan Wilson & Clyde Co. lwn. English ([1938] A.C.57). Sistem kerja yang
selamat dan yang tidak mendedahkan risiko kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan
juga di dalam kes Mohd. Sainudin b. Ahmadlwn. Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi
([191] 1 MLJ. 27).
-
7/31/2019 keselamatan artikel
10/13
Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang keselamatan) kepada
pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan penggunaannya boleh mengakibatkan majikan
didakwa cuai, contohnya di dalam kes Chong Fah Lin lwn. United Engineers (M) Sdn. Bhd.
([1978] 2 MLJ 359).
Di pihak pekerja itu sendiri juga perlulah insaf untuk menjaga keselamatannya sendiri dari risiko
kecederaan/kematian, misalnya berhak semasa kerja (Wilson lwn. Tyneside Window Cleaning
[1958] 2 Q.B.110) termasuk menggunakan peralatan keselamatan yang disediakan, misalnya
talipinggang keselamatan (McWilliam lwn. Sir Willim Arrol & Co. Ltd. [1962] 1 W.L.R. 295)
atau menggunakan tangga mudahaleh dengan betul dan cermat (Eng Lye Hup Co. Ltd. lwn.
Chua Sai Choo & seorang lagi [1968] 1 MLJ 231).
Kegagalan majikan mematuhi perkara-perkara perkaitan keselamatan pekerja juga suatu
kesalahan di bawah AKJ 1967 (Seksyen 50) dan AKKP 1994 (Seksyen 51).
4.1 PENUTUP
Walau apapun, daripada semua perspektif (pekerja, kontraktor, klien, konsultan, dan hatta
kerajaan sendiri), sebarang ketidakpatuhan atau kegagalan dalam hal keselamatan pekerja
tentunya merugikan semua pihak dan mewujudkan kos-kos tak perlu (unneccessary costs)(seperti
-
7/31/2019 keselamatan artikel
11/13
kos penalti, halangan penerusan kerja kerana cedera atau oleh pihak berkuasa, tuntutan gantirugi,
jam kerja (man-hour) dan lain-lain lagi), dan ini perlu diinsafi semua.
Adalah jelas bahawa di pihak kerajaan aspek-aspek undang-undang dan polisi (yang berbentuk
fasilitatif, pengawasan dan penguatkuasaan) yang melibatkan aspek instrumen undang-undang
itu sendiri (Akta dan Peraturan), orang (pihak penguatkuasa) dan kewangan (belanjawan yang
mencukupi) adalah perlu.
Di pihak majikan pula (termasuk konsultan-konsultan projek), aspek-aspek penerapan dan
pematuhan undang-undang dan polisi, keperihatinan, dasar kerja yang proaktif dan fasilitatif
dalam hal keselamatan, dan pengetahuan yang cukup amatlah diperlukan. Di pihak pekerja
sendiri, kesedaran dan kesediaan mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan juga turut
memberi sumbangan besar dalam menjamin keselamatan mereka sendiri. Dalam hal ini tentunya
kita mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan yang bercadang menghapuskan cukai import bagi
alatan-alatan keselamatan kerja yang akan diperkenalkan dalam Belanjawan 2002 ini (Laporan
Media 27 Ogos 2001).
Walau apa pun, perkara terpenting yang perlu ada pada setiap pihak berkaitan ialah keinsafan,
rasa tanggunjawab, amanah dan sikap positif dalam hal-hal berkaitan kepentingan keselamatan
pekerja. Undang-undang hanyalah salah satu instrumen dalam menjayakan perkara-perkara
berkenaan.
-
7/31/2019 keselamatan artikel
12/13
Rujukan:
Akta Kilang dan Jentera ,1967.
Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan & Kebajikan), 1970.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 1994.
Abdul Aziz Hussin, 2000,Aspek Undang-Undang Tort Dalam ProjekPembinaan. Pulau
Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Sidang Media 27 Ogos 2001, Y.A.B. Perdana Menteri.
Kementerian Sumber Manusia, 1975, Code of Conduct for IndustrialHarmony.
Borang-borang Seragam Kontrak JKR 203, PAM 1998 dan CIDB 2000.
Maule, K. Expectation of the Principal Constractor Buletin NIOSH September, 1998.
NOTA
Artikel yang hampir serupa terbit didalam The Malaysian Surveyor Vol. 36.3. 3rd
.Quarter 2001,m.s 50.
-
7/31/2019 keselamatan artikel
13/13