Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah Dalam KSSR Untuk Cabaran Abad Ke

5
Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah dalam KSSR untuk cabaran abad ke-21 Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan. Sistem pendidikan di Malaysia harus diberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21 adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang semakin pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan pelajar dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan kurikulum berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam menangani masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka usaha penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara yang berada di sekeliling mereka. Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet. Dengan adanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara ‘global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar

description

dfvsdvsfbdfxbdfxcvsfxcvsdxvdgfxbdsfdxvsdvxsdfbdfxcvbdfxvx

Transcript of Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah Dalam KSSR Untuk Cabaran Abad Ke

  • Kesesuaian Kurikulum Sains Sekolah Rendah dalam KSSR untuk cabaran abad ke-21

    Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi khususnya

    dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya ialah kepada

    globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh

    yang demikian kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan tersebut. Kurikulum

    kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa

    relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang

    mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan. Sistem pendidikan

    di Malaysia harus diberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar

    celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta

    program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab.

    Sistem pendidikan Abad ke-21 dapat dicapai apabila ia menunjukkan perkembangan

    dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti,

    kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredibiliti yang diakui dan diterima di peringkat

    antarabangsa atau dunia.

    Pendidikan abad ke-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam

    memperbaharui taraf pendidikan sedia ada yang mana sistem pendidikan abad ke-21

    adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam menangani dunia yang

    semakin pesat membangun, pendidikan harus di struktur semula untuk memenuhi keperluan

    pelajar dalam dunia abad ke-21. Sebagai contoh, setiap sekolah perlu didedahkan dengan

    kurikulum berasaskan projek berkaitan kehidupan bertujuan untuk melibatkan pelajar dalam

    menangani masalah dunia sebenar dan isu-isu semasa. Bagi mencapai hasrat tersebut

    pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut

    keperluan masa dan persekitarannya. Memandangkan ianya berkait rapat dengan

    perkembangan individu, keperluan masyarakat dan proses pembinaan negara bangsa maka

    usaha penambahbaikan dan perubahan dasar perlu dilakukan dengan cepat bagi memenuhi

    keperluan semasa. Ini membolehkan pelajar sentiasa didedahkan dengan perkara-perkara

    yang berada di sekeliling mereka.

    Dalam era ledakan maklumat dan timbunan ilmu, penggunaan teknologi komputer

    menyemarakkan pengetahuan pelajar untuk menyusun maklumat dan pada masa yang

    sama mencari suatu fakta spesifik secara efektif dan pantas. Oleh itu, semua sekolah di

    Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui Jaring dan seterusnya Internet.

    Dengan adanya teknologi pendidikan abad 21 membolehkan pelajar-pelajar mengikuti

    pembelajaran secara global classroom'. Di sini mereka berpeluang bersidang dan bertukar

  • pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar

    lain di seluruh dunia.

    Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta

    negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan

    Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan perkembangan zaman maklumat ini, ia telah

    memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat.

    Selain itu juga, ia turut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia

    ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam

    mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.

    Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti

    hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah menggariskan

    ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya

    maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai

    luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan

    keterampilan.

    Dalam memenuhi tuntutan globalisasi abad ke-21, sistem pendidikan negara juga

    sering melaksanakan lonjakan dengan menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti

    kerana kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus

    berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat

    bersaing dengan negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini

    memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Oleh yang

    demikian, atas daya maju yang tinggi, Kementerian telah bekerja keras untuk membina

    Pelan Pembangunan Pendidikan melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta

    pelibatan meluas pihak awam.

    Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah

    bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan

    ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan

    lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri

    dan masyarakat.

  • Dalam menuju ke arah pendidikan abad ke-21, pelbagai kemajuan yang dikecapi

    oleh setiap individu secara global mahupun lokal. Profesion perguruan adalah yang

    bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar sistem pendidikan yang berpandukan

    Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dalam menjana dan melahirkan pelajar yang seimbang

    dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu juga, FPN juga

    memberi penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), sejajar

    dengan itu juga kemahiran baru seperti sains dan teknologi, kemahiran komunikasi,

    kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di era ini.

    Sebagai menyahut baik anjakan transformasi sistem pendidikan ini, kemahiran abad

    ke-21 secara tidak langsung dititik beratkan oleh kementerian bagi mencapai tujuan pelan

    dan melahirkan generasi pemangkin negara yang ideal. Standard pelajar di abad ke-21

    adalah memerlukan kemahiran baru yang lebih berdaya saing dan berjaya dalam dunia

    pendidikan dan juga kehidupan seharian. Kemahiran abad ke-21 pada kebiasaannya

    digunakan dalam menghuraikan pelbagai kebolehan yang diperlukan untuk berjaya di

    zaman global. Justeru itu juga, proses pembelajaran dalam bilik darjah perlu merangkumi

    literasi teknologi, pembelajaran kolaboratif, penggunaan pendekatan pembelajaran

    berasakan projek serta aplikasi pemikiran aras tinggi, termasuk pemikiran kritis untuk

    mengsintesis dan menilai maklumat dalam menyelesaikan masalah.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

    menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

    dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan

    semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari 2010 bertujuan

    meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran yang diajarkan di sekolah khususnya

    matapelajaran Sains. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard

    kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

    Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui

    dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

    kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau

    petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

    kandungan.

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu bentuk

    pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada

    pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas

  • kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang

    tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai

    yang perlu dikuasai murid. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan

    tunjang. Mata pelajaran Tahap 1 dalam KSSR dikelompokkan kepada tiga modul iaitu Modul

    Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan

    kepada dua kategori iaitu Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Bagi kategori

    Mata Pelajaran Teras, mata pelajaran seterusnya diklasifikasikan mengikut lima tunjang iaitu

    Tunjang Komunikasi, Tunjang Sains & Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika,

    Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai dan Tunjang Kemanusiaan. Manakala bagi kategori Mata

    Pelajaran Teras Elektif terdapat satu tunjang iaitu Tunjang Komunikasi Elektif.Penegasan

    semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan

    murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan

    haronis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.KSSR juga mengandungi

    penegasan standard kandungan dan standard pembelajaran.

    Teknologi Maklumat & Komunikasi sebagai komunikasi yang menggunakan teknologi

    terkini sebagai alat untuk berhubung antara satu sama lain tanpa mengira situasi, masa, dan

    lokasi geografi. Tiga asas utama sistem teknologi maklumat adalah perkakas komputer,

    perisian komputer dan komunikasi data. Sinergi antara ketiga-tiga teknologi tersebut

    berupaya menggerak dan mewujud satu kuasa teknologi yang bernilai dan berdaya maju

    dalam aspek komunikasi atau perhubungan.Teknologi maklumat diperkenalkan bagi

    memajukan lagi sistem pendidikan harian di sekolah. Oleh yang yang demikian kita sebagai

    pendidik seharusnya tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu bagi bidang Teknologi

    Maklumat dan Komunikasi.

    Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk

    pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan

    berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi

    maklumat bagi menyelesaikan masalah.Di samping pengetahuan dan kemahiran, Kurikulum

    Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan

    sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat

    menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat juga ekonomi

    berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Objektif kurikulum tersebut ialah

    membolehkan pelajar mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang

    berkaitan dengan teknologi maklumat; membina pengetahuan tentang prinsip dan proses

    teknologi maklumat, mengenal pasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh

    ditangani melalui teknologi maklumat; menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan

    dengan keperluan yang dikenal pasti; mengguna teknologi maklumat dengan berkesan

  • untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah; dan juga menyedari implikasi

    penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian.

    Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan

    kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang

    disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti

    digunakan secara meluas. Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan

    sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti

    komputer, multimedia, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu

    disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan

    pembelajaran pada abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan

    menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna

    kepada pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap

    berpusatkan pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang.