Kesihatan HBHE 3103

download Kesihatan HBHE 3103

of 9

Transcript of Kesihatan HBHE 3103

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    1/9

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    HBHE 3103

    GAYA HIDUP SIHAT

    SEPTEMBER 2013

    NAMA : SITI LORENA BINTI EDMUND

    NO. MATRIKULASI : 720917125282001

    NO. KAD PENGENALAN : 720917125282

    NO. TELEFON : 0198089621

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    2/9

    2

    Teks Ceramah Jerebu

    Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha

    Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tun Fuad, Encik Jamli Bin Hj. Ibrahim, guru-guru, ibu

    bapa dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan

    menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Jerebu. Memang tidak dinafikan, jerebu

    merupakan satu fenomena merunsingkan yang saban tahun melanda negara kita, Malaysia. Ia

    bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara.

    Tuan-tuan, puan-puan dan pelajar sekalian,

    Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain

    daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia

    dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis haiwan. Partikel-partikel yang terampai di atmosfera

    berkepekatan tinggi dan mempunyai kandungan kelembapan yang rendah menyebabkan jarak

    penglihatan menjadi kabur atau kurang jelas.

    Hadirin sekalian,

    Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu, diantaranya ialah pembakaran

    secara terbuka, pembebasan asap oleh kilang-kilang dan pengeluaran asap atau gas oleh

    kenderaan. Berkenaan dengan masalah jerebu yang dialami baru-baru ini pada bulan Jun 2013,

    beberapa negeri berada pada tahap yang agak membimbangkan. Masalah jerebu ini berpunca

    daripada kegiatan manusia yang tidak menimbangkan kesan pembakaran hutan secara besar-

    besaran terhadap alam sekitar. Pembakaran berleluasa yang dilakukan di Kalimantan dan

    Indonesia telah menyebabkan masalah jerebu berada pada tahap kualiti udara yang begitu teruk

    iaitu pada kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) diantara 101- 400. Gas yang sangat merbahaya

    iaitu gas monoksida yang terkandung dalam udara yang tercemar sangat tinggi dan

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    3/9

    3

    membahayakan kesihatan. Bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan

    penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya.

    Faktor penyumbang berlakunya jerebu juga adalah berpunca daripada asap yang dikeluarkan

    oleh kilang-kilang perindustrian yang semakin pesat membangun. Pengeluaran asap yang tidak

    terkawal biasanya dari kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu

    sebagai bahan api. Selain daripada itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan melalui proses-

    proses lain yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari.

    Malahan industri yang berasaskan kayu turut menyumbang menyumbang terhadap masalah

    jerebu. Bahan-bahan buangan dan sisa industri seperti habuk-habuk kayu dan serpihan-serpihan

    kayu biasanya dilupuskan dengan kaedah membakar. Pembakaran akan meningkatkan kadar

    karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon debu dan habuk terampai ke

    udara yang mengakibatkan peningkatan IPU.

    Punca seterunya adalah disebabkan pengeluaran asap dari kenderaan. Peningkatan jumlah

    kenderaan telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Kenderaaan yang tidak dilengkapi

    pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium

    dioksida dikeluarkan setiap hari. Gas-gas pencemar yang dikeluarkan dari ekzos kenderaan

    merupakan bahan terampai yang akan memenuhi udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak

    dapat dibebaskan ke atmosfera, sebaliknya terperangkap dalam lapisan bumi. Kejadian ini

    menyebabkan gas-gas terperangkap terperangkap di lapisan ozon dan tidak dapat keluar ke

    angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan meningkatkan potensi berlakunya

    jerebu di negara kita.

    Hadirin sekalian,

    Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,

    nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan

    khususnya kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang menghidapi

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    4/9

    4

    penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-paru. Malahan

    golongan perokok dan para pekerja yang bekerja di kawasan yang terbuka juga turut mengalami

    risiko yang tinggi.

    Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu kepada kesihatan manusia, diantaranya adalah

    seperti berikut :

    i. Menggangu pernafasan normal akibat asap yang terkandung dalam udara akibat daripada

    pembakaran bahan api, pembakaran sampah sarap, cerobong asap kilang dan ekzos

    kenderaan bermotor.

    ii. Serangan lelah pada pesakit asma seperti batuk-batuk dan sesak nafas. Ini berpunca

    daripada kandungan debu yang tinggi dalam udara yang dihasilkan oleh kilang papan,

    kuari, simen, asbestos dan batu kapur.

    iii. Kerencatan dan kecacatan otak pada kanak-kanak akibat bahan cemar seperti plumbum

    hasil proses pembakaran petrol berplumbum dan pembakaran bahan bercat.

    Iv Mengganggu tisu peparu dan menyebabkan bronkitis serta kanser apabila terhidu oksida

    nitrogen akibat pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau

    kilang.

    v. Melembabkan otak dan boleh membawa maut. Terhidu karbon monoksida yang terlalu

    banyak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan dan otak. Karbon monoksida ini

    dilepaskan ke udara oleh pembakaran bahan api yang tidak lengkap dan ekzos

    kenderaan.

    Para hadirin sekalian,

    Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Hal ini berlaku kerana jerebu boleh

    menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Keadaan jerebu yang

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    5/9

    5

    berterusan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang

    berisiko tinggi iaitu :

    i. Kanak-kanak

    ii. Orang tua

    iii. Pesakit jantung

    iv Individu yang alahan

    v. Perokok

    vi. Pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru dan pesakit paru-paru yang kronik

    vii. Individu yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

    Hadirin sekalian,

    Golongan seperti yang telah saya nyatakan mudah diserang penyakit pernafasan kerana

    pernafasan mereka menjadi tidak baik akibat udara yang kurang bersih. Sekiranya jerebu

    berterusan maka gejala-gejala berikut mungkin akan dialami :

    i. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

    ii. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.

    iii Mata terasa pedih dan berair.

    iv. Hidung berair dan kerap bersin.

    v. Kulit badan terasa gatal-gatal.

    vi Terasa sakit dada.

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    6/9

    6

    Hadirin sekalian,

    Sekiranya berlaku gejala-gejala seperti yang disebutkan, hendaklah segera mendapatkan rawatan

    kesihatan. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit

    mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan

    segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Adalah dinasihatkan kepada kumpulan yang

    berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

    Sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku jerebu, individu yang bekerja di luar bangunan

    atau di tempat-tempat yang berhabuk, penunggang motosikal dan juga mereka yang dalam

    kumpulan berisiko tinggi perlu menggunakan penutup hidung (nasal mask). Seboleh-bolehnya,

    orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah serta mengurangkan

    aktiviti sukan di luar rumah. Mereka yang berisiko tinggi pula dinasihatkan mengambil cuti di

    luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di

    kawasan mereka.

    Bagi perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit

    elakkan merokok di dalam rumah. Perokok juga dinasihatkan supaya tidak merokok apabila

    keadaan udara tidak sihat iaitu IPU yang melebihi 100. Jika IPU agak tinggi, orang ramai

    dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu

    dengan air bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya komplikasi alahan

    seperti kegatalan pada kulit. Oleh yang demikian, gunakan penghawa dingin ketika

    menggunakan kenderaan untuk mengurangkan resiko terdedah kepada bahan pencemaran. Orang

    ramai juga dinasihatkan agar sentiasa meminum air yang banyak untuk menggelakkan

    berlakunya penyakit-penyakit yang tidak diingini.

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    7/9

    7

    Hadirin sekalian,

    Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Langkah-

    langkah efektif perlu diambil dalam menangani masalah yang semakin berleluasa ini. Antara

    langkah yang perlu dalam menangani masalah ini adalah seperti mendidik masyarakat agar

    menghargai alam sekitar. Pelbagai cara boleh digunakan dalam usaha mendidik masyarakat

    untuk lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan oleh mereka

    tidak akan menjejaskan alam sekitar. Penggunaan alat media masa serta perlaksanaan pendidikan

    alam sekitar di sekolah perlu dipertingkatkan untuk mendidik dan menanam sikap cintakan alam

    sekitar di kalangan generasi muda.

    Seterusnya, langkah yang kedua ialah memperkenalkan undang-undang mengawal kadar

    pencemaran udara. Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang mengawal kadar

    pencemaran udara dengan memastikan setiap industri besar atau kecil diwajibkan menapiskan

    asap yang dikeluarkan. Industri-industri yang tidak mematuhi peraturan pengeluaran bahan

    pencemaran perlu dikenakan tindakan undang-undang dan denda. Penguatkuasaan ini akan

    mendidik industri-industri agar lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

    Langkah ketiga dalam menangani masalah jerebu ialah dengan kerjasama antarabangsa. Masalah

    jerebu boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara-negara jiran dan pada

    peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar. Setiap negara perlu prihatin dan sedia

    memberi bantuan sekiranya berlaku kebakaran hutan yang sukar dipadamkan. Bantuan boleh

    diberi seperti menghantar tentera, ahli bomba dan pakar untuk memadamkan kebakaran.

    Langkah yang terakhir adalah dengan mengamalkan proses kitar semula. Proses kitar semula

    merupakan satu lagi langkah dalam mengatasi masalah daripada berlakunya masalah jerebu.

    Amalan mengitar semula bahan buangan dapat mengurangkan resiko jerebu kerana proses ini

    sangat selamat kepada alam sekitar. Ia dapat mengurangkan kadar pencemaran kerana

    pembakaran sampah sarap dapat dikurangkan.

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    8/9

    8

    Para hadirin yang dihormati,

    Sebagai penutup bicara dapatlah disimpulkan jerebu membawa banyak kesan negatif dan kemerosotan

    taraf kesihatan rakyat di Malaysia. Selain mendatangkan masalah kesihatan, sektor ekonomi negara juga

    turut terjejas akibat jerebu yang saban tahun berlaku. Sekiranya masalah jerebu tidak diberi perhatian,

    nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, kita semua harus

    berganding bahu untuk menangani masalah ini supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat

    dan sejahtera.

    Semoga apa yang saya sampaikan pada pagi ini akan memberi banyak manfaat dan panduan dalam

    menangani masalah jerebu. Diharap dalam kita sibuk mengejar arus pembangunan, kita tidak lupa pada

    amalan memelihara alam sekitar demi kesihatan dan kesejahteraan sejagat. Sekian sahaja ceramah saya

    pada kali ini. Sekian terima kasih.

  • 8/10/2019 Kesihatan HBHE 3103

    9/9

    9

    Rujukan

    Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar di Malaysia: Satu

    Pendekatan Geografi, Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Pulau

    Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana di

    Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan

    Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jabatan KajicuacaMalaysia. Sham Sani. 1993. Environment and Development in Malaysia.

    Kuala Lumpur: lSlS Malaysia.

    http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/dewasa/kesihatan-alam-sekitar/jerebu-a-

    kesihatan

    http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html

    http://my.news.yahoo.com/berita-jerebu-perspektif-undang-undang-070202058.html

    http://www.bharian.com.my/articles/KerjasamaMalaysia-iaucegahjerebu_Dawos/Article/