Kesimpulan

2
5.0 Kesimpulan Falsafah pendidikan Barat memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Barat. Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tradisional dan moden. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu. Secara keseluruhannya, tumpuan diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah, Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam Falsafah Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan penumpuan kepada pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya, mazhab Progresvisme dimana mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat dalam Falsafah Pendidikan kita dimana falsafah ini digubal untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Selain itu, dalam mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran wajib seperti sains, sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah Pendidikan Negara kita dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan penumpuan. Selain itu, Rabindranath Tagore menekankan tarian dan drama sebagai satu matapelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Barat

description

KKP Ilmu Pendidikan 2010TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Transcript of Kesimpulan

Page 1: Kesimpulan

5.0 Kesimpulan

Falsafah pendidikan Barat memainkan peranan yang penting terhadap

perkembangan pendidikan di Malayia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita

mempunyai beberapa aspek yang diterapkan dari Falsafah Pendidikan Barat.

Falsafah Pendidikan Barat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tradisional

dan moden. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mahzab-mahzab tertentu. Secara

keseluruhannya, tumpuan diberikan kepada kurikulum, peranan guru, kaedah

mengajar dan peranan murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah, Pendidikan

di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

Negara.

Dalam Falsafah Pendidikan Barat, empat perkara yang diberikan keutamaan

iaitu, kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Dalam

Falsafah Pendidikan Barat ini kebanyakan mazhab yang wujud memberikan

penumpuan kepada pembinaan insan yang berkereterampilan. Contohnya,

mazhab Progresvisme dimana mazhab ini bermatlamatkan individu yang sedia

menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian. Akpek ini juga terdapat

dalam Falsafah Pendidikan kita dimana falsafah ini digubal untuk melahirkan insan

yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Selain itu,

dalam mazhab esensialisme, tumpuan diberikan kepada kemahiran asas

seperti membaca, menulis dan mengira di samping matapelajaran wajib seperti

sains, sejarah, seni dan muzik. Ia adalah sama seperti Falsafah Pendidikan

Negara kita dimana 3M iaitu membaca, menulis dan mengira diberikan

penumpuan.

Page 2: Kesimpulan

Selain itu, Rabindranath Tagore menekankan tarian dan drama sebagai satu

matapelajaran. Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Barat mempunyai

pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap

aspek yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita diterapkan

daripada Falsafah pendidikan Timur, Islam, dan Barat dan digabungkan ke atas satu

unsur iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ketiga-tiga

falsafah ini boleh dikatakan sebagai asas untuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan

kita.. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga falsafah ini digabungkan dan diubahsuai

mengikut keperluan negara kita. Aspek-aspek penting yang terdapat di dalam

ketiga-tiga falsafah ini digunakan untuk dijadikan panduan untuk perkembangan

pendidikan di Malaysia.