Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos...

17

Transcript of Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos...

Page 1: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang
Page 2: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Tahniah kerana anda dah selangkah ke hadapan untuk kembangkan bisnes anda! Semoga ebook ini membantu anda untuk lebih bersemangat automate dan grow kan bisnes anda.

Ketua Research & Development Zulfadhli Talib ([email protected])

Penulis Abdul Basit

Editor Norshahirah binti Zahimi

Reka Bentuk Grafik Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu kongsikan ilmu di media sosial, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh:

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U) 85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik, Jalan Dwitasik 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Page 3: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

RAHSIA HIRE STAF BERKUALITI SUPAYA BISNES GROW 3-5X LEBIH

PANTAS

Ramai owner bisnes menghadapi masalah yang hampir sama, apabila saya bercakap berkenaan dengan isu pekerja.

Kebanyakan owner bisnes, mereka ada masalah dalam mencari staf yang berkualiti untuk menjadi team mereka.

Apa yang terjadi kebiasaannya adalah, mereka hire orang yang salah. Kesudahannya, staf tak perform, berhenti, dan

majikan terpaksa cari staf baru.

Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang telah

membuatkan bisnes anda rugi.

Apabila anda salah pilih staf, staf berhenti, kemudian anda perlu buat iklan balik untuk cari pekerja baru.

Jika anda memang menggunakan portal pekerjaan yang berbayar, memang jelas kos pembaziran yang anda sudah

leburkan atas hire orang salah.

Persoalannya, adakah anda betul-betul hire orang yang salah, atau sebenarnya anda sendiri yang bermasalah dalam

menguruskan staf?

Di dalam ebook ini, saya akan bantu anda bagaimana nak urus, bentuk dan kekalkan staf yang berkualiti, untuk bantu

anda bangunkan bisnes.

Page 4: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Sepanjang saya membantu ribuan owner bisnes di luar sana, saya dapati hampir semua di antara mereka mempunyai masalah dengan staf yang sedia ada, baik yang bisnes masih kecil, atau besar.

Mempunyai konflik dengan staf itu adalah normal, sebab kita berurusan dengan manusia. Jika anda ada 1,000 orang staf, maka 1,000 jenis perangai anda akan jumpa.

Tidak kurang juga, masih ada segelintir owner bisnes yang masih selesa buat bisnes sorang-sorang, dengan alasan tak mampu nak hire staf.

Sebelum saya teruskan pengisian utama dalam ebook ini, adakah anda..

Dah serik nak tambah staf, asalkan ambik yang baru, kerja sekejap, dah berhenti.

Terlalu sibuk buat kerja, walaupun dah ada staf. Anda ada banyak kerja kena buat, tapi anda tak tahu nak bagi kerja apa dekat staf, sebab takut mereka tak boleh buat.

Dah penat nak hire dan train staf baru. Nanti staf dah pandai, cari kerja lain yang boleh dapat gaji lagi tinggi.

Sakit hati dengan kerja staf, lain mintak, lain yang anda dapat. Staf ada masalah disiplin, selalu datang lambat, ambil cuti, kerja tak siap-siap.

Kecewa, staf yang bagus pergi ke syarikat lain, anda kecewa kerana tak tahu nak buat apa untuk kekalkan mereka.

Jika anda berhadapan dengan masalah di atas, atau lebih dari itu, insyaAllah sedikit sebanyak, ebook ini akan bantu anda selesaikan masalah anda uruskan bisnes dan staf.

Page 5: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

1. Urus teaft

Selepas anda hire, tambah team baru, jangan lupa untuk urus mereka. Majikan yang hebat bukan diukur pada besar mana syarikat anda, atau berapa banyak sales yang bisnes anda dah buat.

Seorang majikan yang hebat, mereka ada team yang hebat. Senang kata, seorang bos yang hebat adalah bos yang disayangi oleh team.

Kenapa saya cakap bos hebat, adalah mereka yang mempunyai team yang hebat? Tugas hakiki pemilik bisnes adalah bangunkan pekerja anda.

Tugas pekerja adalah bangunkan bisnes anda. Tetapi, ramai yang kata:

“Syarikat saya punya, kenapa staf pulak yang kena bangunkan?”

“Nak bangunkan staf? Dah pandai nanti cari kerja lain jugak”

Jangan jadi majikan hanya sibuk bangunkan diri sendiri, pergi kelas sana sini, tambah ilmu untuk upgrade bisnes.

Tapi, staf dari dulu masuk, sampai sekarang, susah nak dapat pergi belajar untuk improve skill dan mutu kerja mereka.

Staf berhenti ada kalanya bukan semata-mata sebab mereka nak gaji yang lebih tinggi, tetapi mereka tak nampak yang mereka ada “masa depan” dengan syarikat anda.

Ada majikan yang pening, ada staf yang ada hasil kerja yang bagus, tetapi bermasalah dari segi tingkah laku dan disiplin.

Sebab itu anda perlu kawal staf dengan perkara ini..

Page 6: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

a. Kawal staf dengan kualiti Polisi syarikat adalah dokumen yang penting untuk menjaga hak anda sebagai owner bisnes, mahupun majikan.

Di antara masalah majikan dengan staf apabila tiada polisi adalah, masalah cuti dan gaji pekerja.

Selain daripada isu cuti perayaan/peristiwa, terdapat staf yang akan mempertikaikan jenis-jenis cuti yang mereka dapat, seperti berapa cuti tahunan, cuti sakit, ada emergency leave atau tidak.

2. Urus perforftance staf dengan sisteft SOP tugas Jika anda nak staf lebih serious menyiapkan tugasan, kualiti hasil kerja yang anda lebih yakin dan puas hati, uruskan kerja-kerja staf dengan sistem.

Wujudkan Standard Operating Procedures (SOP) untuk kerja-kerja, terutamanya kerja di bahagian operasi.

Kenapa perlu ada SOP? Dengan adanya SOP, anda tak perlu risau, jika anda tak datang kedai atau pejabat untuk ajar staf, bagaimana nak siapkan tugasan mereka.

Jika ada staf baru masuk sekalipun, anda tak perlu nak ajar semua dari mula. Anda dah ada SOP yang lengkap, anda hanya perlu berikan SOP tersebut kepada team baru, untuk ikut step-by-step.

Kemudian, anda perlu monitor, sama ada staf anda mengikut SOP dalam tugasan mereka atau tidak. Namun, anda perlu maklum bahawa, SOP boleh berubah-ubah.

Salah satu cara nak tahu SOP kita perlu diubah adalah apabila ada kesilapan atau isu yang berlaku dalam satu tugasan, walaupun anda dah guna SOP ini dah berkali-kali sebelum ini.

Page 7: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Contoh SOP

Page 8: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Sistem task management

Jika sekarang anda masih datang hari-hari ke kedai/pejabat, untuk pastikan staf buat kerja atau tidak, itu bermakna bsines anda masih belum bersedia untuk grow lebih jauh lagi.

Salah satu alternatif untuk anda tak perlu masuk kedai hari-hari adalah menggunakan sistem task management.

Dengan sistem task management, anda bebas untuk buat aktiviti di luar, tetapi dalam masa yang sama, anda masih boleh monitor staf buat kerja atau tidak.

Ataupun, untuk lebih memudahkan anda, hire seorang supervisor, atau head of department, untuk membantu anda jaga team anda yang lain.

Apabila anda dah ada ketua di kedai atau pejabat yang bantu anda urus team, kerja anda lebih mudah. Anda hanya perlu berurusan dengan mereka, berkenaan operasi bisnes dan team yang lain.

Di antara sistem task management yang anda boleh gunakan untuk urus team secara online adalah Monday.com, Trello, Dingtalk dan banyak lagi.

Contoh, bagaimana staf

update dan susun kerja mereka di

dalam Trello

Page 9: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Nak hire staf untuk pertama kali atau tambah team baru..

Apabila anda dalam proses hiring, anda perlu fikir, tiada calon yang sempurna, yang ada hanya calon yang berpotensi dan berkualiti.

Jangan menilai calon yang pandai buat kerja sahaja, tetapi tidak pandai untuk bekerjasama.

Terdapat 3 proses hiring anda perlu ambil berat iaitu pre-interview, interview, dan post interview.

Pre-interview Untuk fasa pre-interview, pastikan anda clear siapa yang anda perlukan, skill apa yang anda perlu tengok pada calon, dan apakah job description & job scope, untuk position yang anda buka.

Daripada banyak-banyak permohonan yang anda dapat, jangan panggil semua calon, walaupun anda terdesak nak pakai staf dengan cepat. Tapis resume calon, panggil mereka yang berpotensi saja untuk ke proses temuduga.

Page 10: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

contoh

Interview Manakala di fasa interview, sediakan soalan interview yang bertetapan dengan posisi yang dimohon oleh calon.

Fasa interview memainkan peranan penting untuk anda menilai calon yang hadir. Jangan sia-siakan masa interview, tanpa anda menilai calon sepenuhnya. Nilai calon yang datang, baik dari segi kemahiran mahupun pengalaman mereka.

Sediakan test untuk calon, bagi mengenalpasti calon benar-benar mempunyai skill yang anda cari atau tidak.

Selain itu, sediakan juga borang penilaian, untuk anda check calon yang hadir itu memenuhi kriteria yang baik, untuk jadi team anda.

Page 11: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Post interview Akhir sekali, untuk fasa post interview (selepas interview), anda perlu check rujukan yang diberikan oleh calon yang anda rasa berpotensi untuk di-hire.

Hubungi rujukan untuk pastikan maklumat yang anda dapat dari calon adalah betul. Jika anda dapati semua info yang diberikan oleh calon adalah betul, anda boleh pilih calon tersebut untuk menjadi team anda.

Sesudah anda melepasi fasa hire pekerja, anda perlu tahu bagaimana nak bentuk team, supaya mereka ada mindset yang anda mahukan.

3. Bentuk ftentaliti staf

Lain staf, memang lain cara mereka bekerja dan berfikir. Oleh sebab itu, anda sebagai majikan, perlu kenal mereka, supaya apabila anda nak bagi tugasan, anda tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan mereka.

Kenal personaliti untuk gaya kerja

Secara tidak langsung, saya dapati masalah yang paling banyak berlaku dalam syarikat, selalunya berpunca daripada masalah komunikasi.

Solusi paling berkesan adalah anda perlu tahu, bagaimana nak berkomunikasi dengan staf, dengan mengenali personaliti mereka.

Dengan mengenali personaliti staf, anda tahu bagaimana seseorang staf memahami sesuatu arahan.

Ada staf, anda perlu demo depan-depan, ada yang kena tunjuk gambar, tunjuk data, ataupun cakap je, mereka dah faham apa yang mereka perlu buat.

Anda boleh cari atau beli template personaliti test, kemudian berikan kepada semua staf untuk buat personaliti test mereka. anda.

Page 12: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Untuk result personaliti test, pastikan bukan anda yang majikan saja yang perlu tengok result personaliti tersebut, biarlah semua yang berada dalam team anda juga tahu.

Setiap team dalam syarikat, berhak untuk mengenali antara satu sama lain.

Sekurang-kurangnya mereka tahu, cara nak berkomunikasi sesama mereka, untuk siapkan tugasan bersama.

Mungkin anda rasa leceh nak kenal seorang demi seorang, tetapi percayalah, untuk produktiviti staf ia sangat membantu.

Daripada anda pening staf asyik buat salah, walaupun anda dah ajar banyak kali, lebih baik anda belajar bagaimana nak bagi arahan yang efektif kepada mereka.

Jelaskan hala tuju syarikat dan kerjaya

Seperti apa yang saya pernah kongsikan, staf berhenti kerana mereka tak nampak masa depan mereka dengan syarikat anda.

Malah, ada juga staf yang meragui masa depan syarikat mereka bekerja, dan untuk lebih selamat, mereka memilih “jalan keluar”, dari apa-apa perkara yang boleh berlaku.

Saya percaya, visi, misi, dan objektif (VMO), bukan hanya untuk majikan dan top management syarikat. Tetapi, staf juga perlu maklum dan sentiasa ingat VMO syarikat.

VMO akan pegang staf anda untuk setia, sebab mereka tahu apa mereka akan dapat jika syarikat capai VMO.

VMO akan “paksa” staf untuk perform, supaya mereka dapat apa yang mereka mahukan.

Perasan atau tidak, ada staf yang kerja tak jalan, kalau kita tak beritahu apa kerja mereka hari itu.

Bagaimana jika anda nak ambil cuti seminggu? Sanggup anda nak biarkan bisnes anda tergendala seminggu tanpa sales masuk?

Page 13: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Contoh Visi Syarikat Gergasi Dunia

Page 14: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Budaya syarikat

Rahsia nak bentuk, atau nak jadikan staf macam apa yang anda “bayangkan”, adalah dengan budaya. Anda nak staf datang awal, buat kerja cepat, boleh bergerak sendiri, anda kenalah “install” budaya dalam syarikat.

Macam nak setup budaya syarikat ni?

Ketika staf baru masuk, masa tulah anda kena briefing, jelaskan apakah budaya yang diterapkan oleh syarikat.

Kalau dah masuk lama, lepastu baru nak terap budaya, ia akan menjadi sedikit sukar dan mengambil masa untuk biasakan staf anda dengan benda baru.

Ada juga yang mungkin tak boleh terima, perubahan budaya yang anda nak, dan mengambil tindakan untuk berhenti.

That’s why anda perlu bangunkan orang yang betul-betul berkualiti, yang bersungguh nak membina kerjaya dengan anda. Mereka ini akan sentiasa bersedia, untuk apa-apa perubahan yang boleh menambah baik kualiti kerja mereka.

Contohnya, di antara budaya yang boleh anda terapkan adalah: Speed Speed bermaksud, staf perlu laju dalam menyiapkan tugasan mereka. Bukan sekadar tugasan, malah jika terdapat apa-apa masalah yang terjadi, team anda perlu cepat cari solusi untuk menyelesaikannya.

Communication Komunikasi adalah perkara terpenting untuk memastikan setiap arahan dalam tugasan dapat disiapkan, sama seperti apa yang anda mahukan. Kenal dan belajar, cara dan gaya komunikasi team anda untuk menghasilkan kerja yang lebih efektif dan efisien.

Problem solving Didik dan bentuk staf untuk bijak dalam menyelesaikan masalah. Sekurang-kurangnya, mereka tak perlu tunggu anda, untuk settlekan semua benda, walaupun sekecil-kecil masalah. Mereka boleh selesaikan sendiri, untuk pastikan bisnes anda dalam keadaan baik.

Setiap syarikat mempunyai budaya yang berlainan. Bentuk staf dengan budaya yang akan menjadikan mereka seorang team yang hebat dan berkualiti untuk bangunkan bisnes anda.

Setelah anda berjaya bentuk budaya syarikat, anda perlu tahu bagaimana nak kekalkan team..

Page 15: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

4. Cara kekalkan teaft

Reward

Yes, bila anda reward pada pencapaian team, ia akan membuatkan team anda untuk buat kerja yang lebih baik, untuk mendapatkan reward yang lebih baik dari anda.

Masalahnya, ada majikan yang kedekut nak reward team, hanya tahu reward diri sendiri.

Kalau mereka dah bantu anda bawak masuk duit lebih banyak syarikat, kenapa tidak anda reward team, atas usaha dan ucapan terima kasih, betul?

Sekali sekala belanja makan, bawa staf bercuti atau lakukan aktiviti luar, apa salahnya jika anda ada untung lebih.

Tapi, kalau bisnes tiada duit, macam mana nak reward staf?

Di antara reward yang boleh anda bagi tetapi tidak memakan kos adalah..

Page 16: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Best award Award akan meletakkan staf yang terpilih rasa usaha mereka sangat dihargai oleh majikan.

Apa yang anda boleh buat adalah, seperti “Best Employee Of The Month”.

Kalau anda pergi McD, mungkin ada perasan mereka letak “Best Worker Of The Month” dengan gambar staff tu sekali, sebagai iktiraf mereka adalah pekerja yang terbaik pada bulan itu.

Royalty Royalty adalah inisiatif yang baik untuk “galakkan team” propose idea untuk produk baru, program atau servis baru, yang mana boleh bawak masuk lebih banyak nilai dan jualan dalam syarikat.

Tetapi, apa yang selalu berlaku hakikatnya, idea staf diguna pakai, dah jana jualan, tetapi staf langsung tidak diberi penghargaan atas sumbangan mereka dalam syarikat.

Apa yang anda boleh buat adalah, berikan peratus komisyen daripada profit projek yang dibangunkan oleh staf anda.

Jika ini yang staf dapat, tak mustahil staf yang lain juga akan berkejar dan usaha keras, cari idea untuk bantu bisnes anda dapat lebih income.

Page 17: Ketua Research & Development · majikan terpaksa cari staf baru. Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos tersembunyi yang

Workspace 1/3 daripada kehidupan staf anda adalah di tempat kerja. Nak team perform anda perlu ada persekitaran yang selesa.

Kalau tempat kerja sempit, kebersihan tak terjaga, kekurangan fasiliti, tak mustahil produktiviti staf juga terganggu.

Perubahan dari segi workspace yang lebih selesa, tambah fasiliti seperti leisure room, sedikit sebanyak akan membuatkan staf rasa anda kisah tentang kebajikan mereka.

Career path Staf akan pergi jika mereka rasa tiada harapan untuk mereka grow di syarikat anda. Ramai majikan lupa nak tunjuk jalan kerjaya staf, selepas staf sudah di-hire.

Ini adalah trick untuk anda jaga dan kawal mindset staf, dengan menunjukkan kepada staf jika mereka perform pada posisi mereka sekarang, apa yang mereka boleh jadi selepas ini, berapakah anggaran kenaikan gaji yang mereka boleh capai.

Bangunkan staf anda, hantar mereka ke kelas atau seminar untuk tambah baik skill mereka dalam kerja.

Akhir kata, anda nak bisnes anda automated, boleh grow dengan cepat, anda perlukan staf untuk bantu. Jangan takut untuk tambah staf.

Lagi banyak staf yang bagus masuk dalam bisnes anda, lagi banyak jualan mampu bisnes anda jana.

Ingat, pastikan anda hire staf yang berpotensi, bentuk mereka dan kekalkan mereka yang high performance untuk terus menjadi tulang belakang kejayaan bisnes anda.