KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN...
Transcript of KETUA SEKTOR MEWAKILI PENGARAH PELAJARAN...
TEKS UCAPAN
KETUA SEKTOR
MEWAKILI
PENGARAH PELAJARAN PERAK
BERSEMPENA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
MAHRAJAN KESENIAN ISLAM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2013
TARIKH :
11 MEI 2013
TEMPAT :
SMK DATO’ AHMAD LENGGONG, PERAK
muka surat 2
Alu-aluan – rujuk lampiran
Alhamdulillah, dengan izin dan
perkenan ALLAH S.W.T. kita dapat
bersama-sama berkumpul di dalam
majlis ini.
Saya ingin menyampaikan salam
hormat dan ukhuwah daripada Tn Hj.
Mohd Roli bin Hassan, Pengarah
Pelajaran Negeri Perak yang mana
beliau tidak dapat hadir di dalam
muka surat 3
majlis ini kerana sedang menjalankan
tugas rasmi yang lain.
o Saya juga ingin merakamkan ucapan
penghargaan dan terima kasih
kepada Pejabat Pelajaran Daerah
Hulu Perak kerana sudi menjadi tuan
rumah bagi melaksanakan Mahrajan
Kesenian Islam peringkat negeri Perak
bagi tahun 2013 ini. Begitu juga
Sekolah Menengah Dato’ Ahmad
Lenggong ini yang sanggup menerima
tanggungjawab menyediakan tempat
untuk pertandingan Nasyid,Jawi dan
muka surat 4
Khat dalam MKI ini. Sesungguhnya
setiap sentuhan ahli jawatankuasa,
petugas, para hakim dan semua yang
terlibat bagi menjayakan Mahrajan
Kesenian Islam ini amat besar ertinya.
o Saya percaya, Mahrajan Kesenian Islam
pada kali ini telah dapat dilaksanakan
dengan jayanya seperti yang
dirancang, hasil permuafakatan,
kerjasama, penglibatan, komitmen dan
sokongan semua pihak yang terlibat.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
muka surat 5
Pada tahun ini tema Mahrajan
kesenian Islam kita ialah “ Al-Quran
Penjana Wasatiyyah Ummah”. Pada saya
ianya sangat sesuai dan bertepatan
dengan tuntutan Islam yang sentiasa
menyeru umatnya melaksanakan segala
perintah Allah S.W.T dan Rasulnya secara
bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati
dan penuh tanggungjawab dan tidak
boleh dilaksanakan secara melampaui
batas¸ cuai, mengambil mudah,
meringan-ringankan sesuatu ibadah atau
perintah Allah dan Rasulnya.
muka surat 6
Kita tinjau sebuah hadis nabi, dari
Anas bin Malik telah berkata: bahawa
Rasulallah S.A.W telah bersabda,
maksudnya “ Permudahkanlah, jangan
memberat-beratkan, tenangkanlah
jangan meliarkan … “
Cuba kita perhatikan kehidupan
Rasulullah S.A.W. dalam melakukan
ibadah, baginda akan mengerjakannya
secara bersungguh-sungguh serta
menyama ratakan dengan aktiviti
hariannya. Ini bermakna ibadah dan
muka surat 7
kehidupan seharian adalah seimbang atau
tidak berat sebelah .
Tuan-tuan dan puan-puan,
o Hari ini kita telah berjaya
menghasilkan 20 kumpulan Nasyid dari
sekolah Rendah dan Menengah yang
mewakili kontinjen Daerah Masing-
masing. Penampilan ini merupakan KPI
yang telah dicapai bagi menghasilkan 2
buah kumpulan Nasyid terbaik dari
kalangan sekolah-sekolah di seluruh
Negeri Perak ini, bermula dari Kerian
muka surat 8
di utara Perak sehinggalah ke Batang
Padang di Selatan Perak.
Kepada para pemenang, saya ingin
mengucapkan tahniah dan jadikan
kejayaan yang dicapai sebagai
pemangkin untuk bergiat dengan lebih
cemerlang di peringkat saingan yang
lebih tinggi. Kepada Johan Nasyid
Sekolah Menengah dan Rendah, anda
akan mewakili negeri Perak ke
Peringkat Kebangsaan pada 21 – 24
Jun di Universiti Antarabangsa Al-
Bukhari di Kedah Darul Aman. Di
muka surat 9
Peringkat Kebangsaan ini tidak
dinamakan Mahrajan Kesenian Islam,
tetapi disebut Festival Nasyid kerana
hanya pertandingan Nasyid diadakan.
Tidak ada Pertandingan Khat dan
Tulisan Jawi di Peringkat Kebangsaan.
Setakat ini Khat dan Tulisan Jawi
hanya di peringkat negeri Perak,
belum ada di peringkat Kebangsaan.
Saya sangat mengharapkan pasukan
Nasyid yang akan mewakili Negeri
Perak nanti, akan berlatih bersungguh-
sungguh dalam latihan pusat yang kita
muka surat 10
adakan dan latihan di sekolah masing-
masing. Semoga tahun ini Negeri Perak
akan muncul sebagai Pasukan yang
berjaya memperolehi tempat teratas.
Buat akhirnya, saya sekali lagi ingin
merakamkan penghargaan dan terima
kasih kepada semua hadirin yang turut
sama menjayakan majlis kita pada kali
ini. Semoga objektif penganjuran
Makhrajan Kesenian Islam ini ke arah
memupuk minat pelajar dalam tulisan
jawi dan khat akan terus subur. Begitu
juga nasyid sebagai satu medium
muka surat 11
dakwah dan memupuk minda pelajar
agar mengamalkan cara hidup Islam di
samping menjadi alternatif yang baik
kepada para pelajar dan remaja hari
ini bagi mengisi keperluan mereka
untuk mencari hiburan.
Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah.