kewangan.docx

12
KEWANGAN a. Definisi Merangkumi seluruh harta dan liabiliti yang mempunyai nilai wang yang dipunyai oleh sesebuah perniagaan b. Kaitan kewangan dengan jabatan lain Peranan Jabatan Kewangan Terhadap Jabatan Lain Jabatan Pemasaran - pengurus pemasaran akan membuat ramalan jualan manakala pengurus kewangan akan membuat perancangan keperluan pembiayaan bagi menyokong peningkatan jualan yang diramalkan - menyediakan dan meluluskan belanjawan promosi untuk meningkatkan jualan Jabatan Sumber Manusia pelaburan ke atas kakitangan syarikat dengan mengadakan latihan, bengkel dan seminar menaja kakitangan melanjutkan pelajaran membayar potongan caruman KMSP, SOCSO dan gaji menganalisis sama ada pelaburan ke atas kakitangan dan menjana keuntungan atau sebaliknya Jabatan Pengeluaran bahagian pengeluaran akan menentukan aset tetap yang diperlukan manakala jabatan kewangan akan membuat analisis belanjawan modal bagi menentukan sama ada sesuatu aset perlu dibeli atau sebaliknya. c. Peranan Pengurus Kewangan Membuat analisi dan perancangan kewangan Pengurus kewangan perlu menganalisis data-data kewangan dan juga mengenalpasti tren aliran kewangan masa hadapan Pengurus kewangan juga perlu membuat ramalan keuntungan pada masa hadapan Mengguna dan mengurus sumber dana secara berkesan Pengurus kewangan perlu menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik. Pengurus kewangan perlu menggunakan sumber kewangan dengan efektif dan berkesan agar mendapat pulangan yang baik Pengurus kewangan perlu mengenalpasti bagaimana cara untuk mendapatkan sumber pembiayaan. zubaidahsmkp10 14

Transcript of kewangan.docx

Page 1: kewangan.docx

KEWANGAN a. Definisi

● Merangkumi seluruh harta dan liabiliti yang mempunyai nilai wang yang dipunyai oleh sesebuah perniagaan

b. Kaitan kewangan dengan jabatan lain Peranan Jabatan Kewangan Terhadap Jabatan LainJabatan Pemasaran● - pengurus pemasaran akan membuat ramalan jualan manakala pengurus

kewangan akan membuat perancangan keperluan pembiayaan bagi menyokong peningkatan jualan yang diramalkan

● - menyediakan dan meluluskan belanjawan promosi untuk meningkatkan jualan

● Jabatan Sumber Manusia

● pelaburan ke atas kakitangan syarikat dengan mengadakan latihan, bengkel dan seminar

● menaja kakitangan melanjutkan pelajaran● membayar potongan caruman KMSP, SOCSO dan gaji● menganalisis sama ada pelaburan ke atas kakitangan dan menjana

keuntungan atau sebaliknya

Jabatan Pengeluaran ●bahagian pengeluaran akan menentukan aset tetap yang diperlukan manakala jabatan kewangan akan membuat analisis belanjawan modal bagi menentukan sama ada sesuatu aset perlu dibeli atau sebaliknya.

c. Peranan Pengurus Kewangan

Membuat analisi dan perancangan kewangan

● Pengurus kewangan perlu menganalisis data-data kewangan dan juga mengenalpasti tren aliran kewangan masa hadapan● Pengurus kewangan juga perlu membuat ramalan

keuntungan pada masa hadapan

Mengguna dan mengurus sumber dana secara berkesan

● Pengurus kewangan perlu menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik.● Pengurus kewangan perlu menggunakan sumber kewangan

dengan efektif dan berkesan agar mendapat pulangan yang baik● Pengurus kewangan perlu mengenalpasti bagaimana cara

untuk mendapatkan sumber pembiayaan.

zubaidahsmkp10 14

Page 2: kewangan.docx

Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat

● Pengurus kewangan perlu menentukan nisbah kecairan yang sesuai bagi syarikat.

● Pengurus kewangan perlu membuat pelaburan jangka pendek dengan keperluan memegang tunai aset cair.

● Pengurus kewangan perlu menentukan keuntungan yang diperlukan oleh syarikat.

Mengurus struktur aset ● Dalam sesebuah firma perniagaan, terdapat aset tetap dan aset semasa

● Pengurus kewangan akan membuat keputusan penggunaan yang seimbang antara aset tetap dengan aset semasa supaya penggunaan aset tetap dapat menghasilkan pulangan yang maksimum.

d. Penyata Kewangan

Penyata Pendapatan / Penyata Untung Rugi

● Penyata ini menunjukkan hasil , belanja dan untung/rugi bersih syarikat dalam tempoh masa tertentu.Kegunaan● Membantu merancang sasaran jualan tahunan, bulanan dan harian

syarikat● Membuat perbandingan penyata pendapatan sebenar dengan

proforma penyata pendapatan agar tindakan pembetulan boleh diambil.

Penyata Kunci Kira-Kira / Lembaran Imbangan

● Penyata ini menunjukkan nilai aset,liabiliti dan ekuiti pemilik pada satu tarikh tertentu.

● Pelaburan syarikat ke atas aset dan sumber kewangan yang digunakan.Kegunaan● Perancangan pelaburan dana masa depan untuk mendapat

keuntungan● Perancangan pembiayaan dan modal kerja untuk membiayai

perbelanjaan operasi.

Penyata Aliran Dana ● Penyata yang menunjukkan punca dana dan penggunaan dana● Penyata aliran masuk dan keluar dana dalam perniagaan.

Kegunaan● Kawalan baki tunai yang cukup● Penilaian prestasi dan polisi kewangan perniagaan oleh pelabur

luar.

e. Objektif KewanganDimensi Matlamat memaksimumkan

keuntunganMatlamat memaksimumkan kekayaan pemilik

zubaidahsmkp10 14

Page 3: kewangan.docx

Skop matlamat ● Matlamat yang tidak menyeluruh ● Tumpuan hanya kepada keuntungan

semata-mata

● Matlamat yang menyeluruh● Merangkumi matlamat lain seperti

memaksimumkan jualan, meluaskan pasaran, memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga membuat keuntungan

Jangka masa ● Matlamat jangka pendek

● Matlamat jangka panjang.

Nilai masa wang ● Tidak mengambil kira nilai masa wang ● Mengambil kira nilai masa wang

Risiko ● Tidak mengambil kira risiko ● Selagi keuntungan dapat

dimaksimumkan, risiko tidak menjadi persoalan.

● Mengambil kira risiko● Pelaburan risiko tinggi pulangan

tinggi diharapkan● Pelaburan risiko rendah syarikat

bersedia menerima keuntungan rendahHayat perniagaan

● Lebih singkat● Syarikat hanya menumpu kepada satu

matlamat dan mengabaikan factor lain yang mungkin menjejaskan syarikat.

● Lebih panjang● Syarikat mempunyai matlamat yang

menyeluruh dimana semua faktor yang mempengaruhi syarikat diambil kira.

f. Sumber Dana

Pembiayaan ekuiti● Wang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan● Contohnya pemilik syarikat melaburkan wangnya dalam membeli saham● Pulangan bagi pemilik perniagaan adalah dalam bentik keuntungan dan bahagian dividen.● selain itu, ekuiti boleh dikenalpasti dalam bentuk pendapatan tertahan dan pendapatan premium.

Kebaikan Kelemahan

● Tiada bayaran berkala yang dibuat seperti pembayaran faedah

● Saham biasa tidak menghadapi tempoh matang

● Boleh meningkatkan kemampuan perniagaan meningkatkan untung pada masa depan.

● Keuntungan akan dibahagikan kepada jumlah pelabur yang ramai

● Kos menerbitkan saham terlalu tinggi dan memerlukan masa yang lama.

● Tidak boleh mengurangkan cukai melalui belanja saham yang dibuat.

Pembiayaan hutang

● Hutang ialah pinjaman yang dibuat oleh syarikat dan syarikat terpaksa memulangkan balik pinjaman mengikut syarat yang telah ditetapkan.

● Hutang merupakan modal sementara dan dibayar balik kepada pemberi hutang bersama pokok pinjaman dan faedah yang dikenakan.

● pembiayaan secara hutang merupakan satu liability kepada syarikat.● pembiaya hutang bukan pemilik syarikat.

Terbahagi kepada duaa. Pembiayaan hutang jangka panjang● Mempunyai tempoh matang lebih daripada setahun.

zubaidahsmkp10 14

Page 4: kewangan.docx

● Tiga bentuk yang sering digunakan:

Bon- sijil-sijil berharga yang dikeluarkan oleh syarikat kepada pihak lain untuk mendapat pembiayaan. Saham biasa-dijual kepada awam untuk mendapat pembiayaan pemilik-pemilik perniagaan Pinjaman jangka panjang-dibuat daripada institusi kewangan dan dibayar balik dalam tempoh melebihi setahun bersama jumlah pinjaman pokok dan faedah dikenakan.

i. Pembiayaan hutang jangka pendek● Pinjaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh satu tahun atau kurangPembiayaan jangka pendek yang boleh didapati oleh peniaga● Kredit dagangan

-Kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada peniaga-Apabila stok barangan dibekalkan peniaga tidak perlu bayar serta merta tetapi akan berbuat demikian setelah berakhir tempoh kreadit

● Overdraf-kemudahan kredit yang disediakan oleh bank perdagangan dimana pemegang akaun semasa dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunya setakat had yang ditetapkan.

● Kredit pusingan-perjanjian antara pihak bank dengan pihak peminjam iaitu peminjam boleh meminjam sejumlah wang pada bila-bila masa asalkan jumlah yang dipinjamkan tidak melebihi jumlah yang dipersetujui oleh kedua pihak

● Surat kredit-diberikan oleh bank perdagangan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan antarabangsa.-jaminan bank bahawa amaun terhutang akan dijelaskan setelah syarat-syarat penghantaran barang dipatuhi

● Nota janji-pinjaman pelaburan yang diberikan oleh syarikat besar kepada syarikat yang lebih kecil yang memerlukan pembiayaan untuk membuat pelaburan.

Kelebihan dan kelemahan penggunaan pembiayaan hutangKelebihan Kelemahan

● belanja faedah tetap mengikut perjanjian. oleh itu, dapat mengetahui tanggungan dalam jangka pendek

● tanggungan yang berat untuk membayar semua obligasi, iaitu bayaran pokok dan faedah. kegagalan membayar boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan muflis.

● terdapat perlindungan cukai daripada pembayaran faedah ke atas pinjaman dan mengurangkan kos modal syarikat

● pihak yang member hutang tidak mempunyai hak ke atas pengurusan perniagaan

● dapat memperolehi pembiayaan dengan cepat dan mudah tanpa mematuhi prosedur yang terlalu ketat.

● pemilik hutang hanya dibayar dengan kadar yang telah ditetapkan walaupun perniagaan memperolehi keuntungan yang besar.

zubaidahsmkp10 14

Page 5: kewangan.docx

g. Penggunaan Dana Perbelanjaan Hasil Perbelanjaan ModalDefinisi

● Penggunaan jangka pendek dan perlu dilakukan berulang-ulang

● merangkumi pembelian barang untuk tujuan mendapatkan untung dan pembayaran belanja untuk membantu pengurusan perniagaan.

● penggunaan dana jangka panjang dan biasanya tidak berulang.

● merangkumi pembelian dan penggantian asset tetap untuk kegunaan perniagaan jangka panjang.

h. Perancangan kewangan

Belanjawan Tunai● satu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai

bagibeberapa tempoh tertentu yang telah ditetapkan.Kegunaan belanjawan tunai

● Dapat mengetahui kedudukan wang tunai bagi setiap bulan sama ada mengalami kurangan tunai atau lebihan tunai berlaku.

● jika berlaku kurangan wang tunai syarikat boleh merancang bagaimana untuk mendapatkan sumber pembiayaan yang sesuai supaya keperluan tunai pada bulan tersenut mencukupi.

● jika mengalami lebihan tunai pula, syarikat boleh membuat perancangan pelaburan seperti membeli sijil-sijil saham dan menyimpannya dalam simpanan tetap di dalam bank.

Langkah-langkah yang diambil oleh pengurus untuk mengatasi aliran tunai

● Jualan secara tunaiPada peringkat awal perniagaan aktiviti jualan secara tunai kerana jualan secara tunai dapat meningkatkan aliran tunai masuk ke dalam perniagaan.

● Tempoh jualan kreditsekiranya pengurus bercadang untuk member kredit kepada pembeli maka beliau perlu memendekkan masa tempoh bayar balik untuk meningkatkan aliran tunai masuk ke dalam perniagaan

● Belian kreditpengurus boleh berunding dengan pembekal untuk mendapatkan kemudahan kredit yang lebih panjang supaya belian tunai dapat dikurangkan.

● Menangguhkan pembelian asetpengurus perlu memikirkan kemungkinan menangguhkan pembelian asset untuk tempoh tertentu supaya wang tersebut boleh digunakan untuk lain-lain perbelanjaan.

● Mendapatkan pinjaman jangka pendekoverdraf dan pemfaktoran diperolehi untuk mengatasi masalah aliran tunai.

Contoh:STPM 1999Syarikah Nash Sdn Bhd adalah dalam proses merancang keperluan tunai syarikat tiga bulan akan datang dan sedang menyediakan belanjawan tunai

Jualan Lalu Anggaran Jualan Masa Depan

RM RMJanuari 60 000 April 70 000Februari 80 000 Mei 80 000

zubaidahsmkp10 14

Page 6: kewangan.docx

Mac 90 000 Jun 60 000 Julai 90 000

Daripada pengalaman lampau, kos barang-barang dijual ialah 60% daripada jualan dan belian dibuat sebulan sebelum jualan. pembayaran untuk belian dibuat sama rata antara bulan belian dibuat dan sebulan selepas belian. jualan tunai syarikat ialah 20% dan jualn kredit dipungut adalah seperti berikut.

i. 30% pada bulan jualanii. 50% sebulan selepas jualaniii. 20% dua bulan selepas jualn

Anggaran untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain ialahi. Gaji dan komisen : 10% daripada jualan setiap bulanii. Sewa : RM3000 setiap bulaniii. Perbelanjaan pengendalian : 10% daripada jualan setiap bulan

.(a) (i) Sediakan penyata anggran penerimaan dan perbelanjaan tunai untuk Syarikat Nash Sdn Bhd bagi bulan April, Mei dan Jun (ii) Nyatakan sama ada Syarikat Nash Sdn Bhd mengalami lebihan atau kurangantunai pada bulan-bulan berkenaan. (iii)Berikan empat langkah yang sesuai diambil oleh Syarikat Nash Sdn Bhdjika ia mengalami kekurangan tunai.Jalan Kerja

Syarikah Nash Sdn BhdPenyata Anggaran Penerimaan dan Perbelanjaan Tunai

April Mei Jun

Baki b/b Penerimaan Jualan Tunai Pungutan kredit 30% 50% 20%

Jumlah penerimaan

zubaidahsmkp10 14

Page 7: kewangan.docx

Perbelanjaan Bayaran Belian: 50% (semasa) 50% (bulan lepas) Gaji dan komisen Sewa Perbelanjaan pengendalian

Jumlah pembayaran

Aliran bersih(Lebihan / kurangan)

Baki h/b

i. InsuransDefinisiKontrak antara si diinsuran dengan penginsurans dimana penginsurans memberikan perlindungan insurans kepada si diinsurans dan sebagai balasan si diinsurans membuat bayaran berkala kepada penginsurans.Peranan● melindungi perniagaan daripada sesuatu bencana dan risiko yang tidak menentu● sekiranya berlaku bencana, perniagaan boleh membuat tuntutan untuk mendapatkan ganti rugi

yang dialami.● contoh insuran yang berkaitan dengan perniagaan ialah insuran kebakaran dan insurans kecurian

RisikoRisiko yang boleh diinsurankan Risiko yang tidak boleh diinsurankan

● kekerapan kejadian yang dapat dijangka dan diramal secara statistik berdasarkan pengalaman lalu

● kekerapan kejadian yang tidak dapat dijangka atau diramal secara statistik.

● penginsuran dapat mengira dan menetapkan premium yang bersesuaian bagi perlindungan terhadap risiko.

● penginsuran tidak dapat mengira dan menetapkan premium yang bersesuaian bagi perlindungan terhadap risiko kerana tidak mempunyai statistik.

● Contoh : Kemalangan, kecurian, kebakaran ● Contoh : peperangan, bencana alam, perubahan citarasa pengguna

PrinsipPrinsip kepentingan boleh diinsurankan

● Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan terhadap harta atau nyawa yang diinsurankan

● jika kemalangan atau kerosakan berlaku, s diinsuran akan mengalami kerugian.

● prinsip ini menghalang seseorang mendapat kekayaan hasil daripada kerugian yang dialami oleh orang lain.

Contoh :Encik Abu hanya boleh menginsurankan rumahnya kerana dia akan mengalami kerugian sekiranya rumahnya musnah tetapi dia tidak boleh menginsurankan

zubaidahsmkp10 14

Page 8: kewangan.docx

rumah kawannyakeran dia tidak akan mengalami kerugian sekiranya rumah kawanya musnah.

Prinsip penuh percaya ● sikap kejujuran antara kedua-dua pihak dalam mendedahkam maklumat yang berkaitan dengan polisi insurans.

● memberi maklumat benar serta tidak merahsiakan maklumat penting berkaitan dengan harta atau nyawa yang diinsurankan.

● pemberian maklumat palsu akan mengakibatkan polisi dibatalkan.● pampasan tidak akan dibayar dan premium akan dikembalkan.ContohEncik Aziz menginsurankan rumahnya terhadap kebakaran. Semasa mengisi borang cadangan beliau tidak menyatakan rumahnya menyimpan tong-tong gas yang banyak. kebakaran berlaku namun pampas an tidak akan dibayar dan premium akan dikembalikan samada kebakaran berpunca daripada tong gas berkenaan atau tidak kerana beliau tidak memberikan maklumat yang sebenar.

Prinsip ganti rugi ● ganti rugi dibayar adalah untuk memulihkan kedudukan si diinsurans kepada keadaan asal seperti sebelum berlakunya kerugian.

● bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan● amaun yang dibayar berdasarkan amaun terendah antara nilai kerugian

sebenar yang dialami dengan nilai lindungan yang diambil.● tidak meliputi insuran nyawa dan kemalangan kedua aspek ini tidak dapat

dinilai dengan wang ringgit.ContohPuan Faridah menginsurankan kedai keknya terhadap kebakaran dengan nilai lindungan RM40 000. kebakaran berlaku dan kerugian ditafsir berjumlah RM35 000. Syarikat insuran akan membayar RM35 000 sebagai ganti rugi. Sekiranya kerugian adalah RM45 000 syarikat nsuran akan membayar amaun yang lebih rendah iaitu RM40 000. Bagi memastikan prinsip ini terlaksana, tiga prinsip tambahan perlu dipatuhi.

a. Prinsip Caruman● sekiranya sesuatu aset diinsurankan lebih daripada sebuah syarikat

insuran maka setiap syarikat insuran yang terlibat akan membayar bahagian masing-masing setakat mana kerugian dialami.

b. Prinsip Subrogasi● Syarikat insurans mempunyai kuasa untuk mengambil alih hak milik

terhadap harta benda yang diinsurankan setelah membayar ganti rugi terhadap risiko yang berlaku.

c. Prinip insuran limpah●sekiranya sidiinsuran mengalami kerugian akibat risik yang

diinsurankan maka ganti rugi yang akan diterima tidak akan melebihi nilai sebenar harta yang diinsurankan.

zubaidahsmkp10 14

Page 9: kewangan.docx

Doktrin punca terdekat ● ganti rugi hanya akan dibayar apabila kemalangan atau bencana itu berpunca daripada risiko yang diinsurankan.

● kerugian akibat punca yang tidak diinsurankan tidak akan dibayar sebarang pampas an.

ContohEncik Anuar menginsurankan stok kedainya daripada risiko kebakaran. Kebanjiran telah berlaku dan stoknya musnah. Pampasan tidak akan dibayar kerana kebanjiran bukan risiko yang diinsurankan.

Prinsip Takaful

● Skim insuran yang berasakan ciri-ciri Islam berlandaskan prinsip al-mudharabahKonsep Asas Takaful

● saling bantu-membantu antara peserta

Tabarru (sumbangan ikhlas) Akaun peserta dimasukkan ke dalam akaun khas yang bertujuan untuk didermakan kepada peserta lain yang mengalami kesusahan dan penderitaan.

Shahibul-mal (pencarum / penyumbang)

● Takaful keluarga akan melindungi keluarga berdasarkan hokum syariah iaitu berkaitan dengan kematian dan kecedeaan keluarga.

● Takaful am menyediakan perlindungan ke atas harta benda milik pencarum dengan caruman dibuat.

● tempoh matangnya ialah setahun dan perlu diperbaharui dari semasa ke semasa supaya nilai harta yang dilindungi mengikut nilai semasa

Penginsurans - Al- MudharibIndividu yang menyertai insuran – Shahibul-mal

Tiga unsur sistem insuran konvensial yang bertentangan dengan takaful ialah :

Al-gharar ● ketidakjelasan dalam perjanjian dimana sidiinsurans tidak diberitahu bagaimana wang carumannya dilaburkan.

● jika mendapat bayaran gantirugi tidak pasti sumber ganti rugi yang diterima.Al-maisir ● ada unsur perjudian

● hal ini bermakna wujudnya ketidakpastian yang sering menggalakkan spekulasi dan perjudian.

Al-riba ● bunga atau faedah● penginsurans menggunakan wang caruman si diinsurans untuk melabur dalam

pelbagai bentuk pelaburan yang melibatkan pulangan dalam bentuk bunga.● pencarum akan menerima pulangan dalam bentuk bunga yang ditegah dalam

prinsip Islam Jenis Insurans

Insuran Kemalangan● perlindungan

daripada mengalami kerugian akibat kemalangan

zubaidahsmkp10 14

Page 10: kewangan.docx

keatas dirinya atau orang lain

Insurans pampas an pekerja

● memberi perlindungan kepada pekerja dari pelbagai risiko yang mungkin berlaku ketika menjalankan tugas.

● PERKESO – pekerja yang berpendapatan bulanan RM1 000 kebawahInsurans kemalangan peribadi

● perlindungan daripada kemalangan yang mungkin berlaku● ganti rugi dibayar sekiranya – mati, cedera atau hilang upaya

Insuran liabiliti awam ● melindungi daripada tuntutan orang awam yang mengalami kemalangan dalam premis perniagaan

Insuran kenderaan bermotor

a. Polisi insuran pihak ketiga● tidak memberi pampas an kepada si diinsurans tetapi hanya

melindungi daripada tuntutan pihak ketigab. Polisi komprehensif● memberi perlindungan kepada si diinsurans dan juga pihak ketiga ● merangkumi kematian, kecederaan dan kerosakan kenderaan dan harta

benda

Insuran Kebakaran● perlindungan

daripada mengalami kerugian akibat kebakaran l

Polisi ternilai ● menyatakan jumlah nilai harta yang diinsurans dan ganti rugi akan dibayar mengikut nilai yang dinyatakan.

Polisi terbuka / terapung ● tidak menyatakan nilai sebenar kerana nilai berubah dari semasa ke semasa

● contoh : simpanan stok berubah nilaiPolisi tidak ternilai ● tidak menyatakannilai harta yang diinsurankan

● ganti rugi akan dibayar mengikut taksiran yang dibuat selepas kebakaran berlaku.

Insuran Nyawa

● pampasan dibayar kepada waris apabila kematian atau kelumpuhan anggota si diinsurans. ● Jenis –jenis

a. Polisi seumur hidupb. Polisi nyawa bekal hidupc. Polisi bayaran terhad

Insuran perkapalan / penerbangan

● memberi perlindungan kepada kapal dan segala yang berada di atasnya termasuk kargo , anak kapal dan juga penumpang

Insuran Lain

a. Insuran kecurian● melindungi sidiinsuran daripada kerugian yang diakibatkan oleh kecurian yang berlaku di

rumah aatu di bangunan perniagaanb. Insuran jaminan setia

zubaidahsmkp10 14

Page 11: kewangan.docx

● melindungi sidiinsuran daripada kerugian yang disebabkan oleh ketidaksetiaan pekerjanya seperti pecah amanah, penipuan dan kecurangan

c. Insurans gadaian● melindungi pemiutang daripada kerugian akibat pelanggan yang masih berhutang● penginsuran akan membayar baki tertunggak● premium polisi ditanggung oleh penghutang Ganti rugia. Dalam bentuk tunaib. Menggantikan barang yang rosak atau hilang dengan barang yang baru. Contoh : barang kemas,

barang kaca dan peralatan elektrikc. Pembaikan kerosakan – syarikat insurans akan membayar terus kepada syarikat yang membaiki

kerosakan yang dialami oleh si diinsuran.● pembaikan kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan rayad. Pembinaan semula● membina semula bangunan yang musnah akibat kebakaran selain melalui cara membayar pampas

an dalam bentuk tunai Soalan STPM2004 a. Huraikan konsep-konsep asas takaful, dan terangkan tiga unsur insurans

konvensional yang bertentangan dengan takaful. [13]b. Syarikat Bima Sakti Senirian Berhad adalah sebuah syarikat percetakan.

Jualan sebenar (November dan Disember) dan ramalan jualan syarikat tersebut bagi tempoh kewangan Januari hingga Jun 2003 adalah seperti yang berikut .

Bulan Jualan (RM)

November 2002Disember 2002Januari 2003Februari 2003

Mac 2003April 2003Mei 2003Jun 2003

26 00035 00040 00055 00077 000115 00090 00065 000

Jualan tunai syarikat ialah 20% daripada jumlah jualan syarikat. Jualan kedit syarikat dikutip seperti yang berikut

1. 50% sebulan selepas jualan2. Bakinya dikutip dua bulan selepas jualan

Anggaran belian bahan mentah bagi bulan Januari hingga Jun 2003 adalah seperti yang berikut.

Bulan Belian (RM)

zubaidahsmkp10 14

Page 12: kewangan.docx

Januari 2003Februari 2003

Mac 2003April 2003Mei 2003Jun 2003

22 00035 50052 50040 00027 50027 500

Polisi pembayaran bagi belian bahan mentah adalah seperti yang berikut.1. 40% dibayar semasa belian dilakukan2. 30% akan dibayar pada bulan berikutnya.3. baki 30% dibayar pada dua bulan yang berikutnya

Dikehendaki

i. Sediakan penyata anggaran kutipan jualan dari bulan Novembe 2002 hingga bulan Jun 2003

ii. Sediakan penyata anggaran pembayaran belian dari bulan Januari hingga bulan bulan Jun 2003.

2008 a. Jelaskan jenis-jenis penyata dalam penyata kewangan. [6]

b. Jelaskan peranan seorang pengurus kewangan. [9]c. Jelaskan lima langkah yang boleh diambil oleh seorang pengurus

untuk mengatasi masalah aliran tunai. [10]Soalan struktur

1. Nyatakan dua prinsip tambahan di bawah prinsip ganti rugi insurans [2]

2. Huraikan tiga penyata utama dalam Penyata Kewangan sesebuah syarikat. [3]

zubaidahsmkp10 14