Khasiat Buah

download Khasiat Buah

of 9

description

a

Transcript of Khasiat Buah

Rabu, Januari 27, 2010Mulberry buah pelbagai gunaSusunan :Bawang Gorengpada1/27/2010 10:15:00 AMPokok Mulberry

Assalamualaikum warahmatullah,

Pada suatu ketika, saya pernah dikirimkan tunas pokok Mulberry oleh sseorang rakan blogger,UMMU WAHEEDAH, malangnya tunas itu hidupnya tidak menjadi. Sudah lama diwar-warkan khasiat daun teh Mulberry tapi tiada kesempatan untuk membuat research, jadi entry ini telah 'pending' sekian lama. Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang kongsikan sedikit maklumat tentang pokok Mulberry ini. Sedikit search telah dibuat dan khasiat pokok Mulberry ini telah saya kumpulkan. Jangan lupa mencuba teh daun Mulberry ya! Boleh order di sini -->Teh Daun Mulberry.

Mulberry merupakan tumbuhan asli di bahagian tengah dan timur China. Dikenali dengan nama botaninya,Morus Alba, pokok mulberi yang ditanam di negara China adalah Mulberry putih. Pokok mulberi lain yang menghasilkan buah berwarna hitam dan merah pula banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.

Salah satu kegunaan bahagian pokok Mulberry, terutama daunnya adalah sebagai makanan utama ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malayasia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

Buah Mulberry (closed up)

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Manakala kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.

Kuatkan sistem cerna dan serapan

Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua. Disebabkan banyak khasiatnya, maka jus Mulberry telah dihasilkan secara komersial sebagai makanan kesihatan dan amat popular di China, Jepun dan Korea. Bukan itu sahaja, buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.

Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juka mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja boleh juga mengambil jus mulberi bagi menambahkan cecair badan dan menguatkan penglihatan.

Buah Mulberry lagiBuah Mulberry juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut.

Ubat kebas tangan dan kaki

Daun Mulberry pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema.

Daun Mulberry

Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai unat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang kebas, bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.

Akar pokok Mulberry boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Capaian entry berkaitan :1. Teh Daun MulberryCapaian entry berkaitan di rakan blogger :1. http://bertanamlah.blogspot.com/2009/04/mulberi-ipoh.html2. Rabu, Oktober 20, 20103. Khasiat buah markisa4. Susunan :Bawang Gorengpada10/20/2010 10:20:00 AM5. Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini, Rabu 20-10-2010 (unik tarikh nih...) kita berkongsi maklumat khasiat buah markisa. Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Markisa adalah buah tropika semulajadi yang terdapat di Amerika. Terdapat dua jenis variasi komersial buah markisa iaitu Passiflora Edulis L yang merupakan buah berwarna ungu dan Passiflora Edulis F yang berwarna kuning. Terdapat kira-kira lebih daripada 400 spesies buah markisa, di mana sekurang-kurangnya 50 atau lebih daripadanya boleh dimakan.

6. buah markisa ungu7. Penggunaan buah markisa ini bermula apabila orang Sepanyol meneroka Amerika Selatan. Mereka telah menjumpai serta mengetahui bahawa buah markisa telah digunakan dalam perubatan tradisional sebagai sedatif. Apabila orang Sepanyol membawa buah markisa ini ke Eropah, daunnya pula telah digunakan sebagai ubat memudahkan tidur.

Tergolong dalam keluarga passifloraceae, pokok markisa banyak terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub tropika terutamanya di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Malah boleh dikatakan, markisa ditanam secara komersial di negara-negara berkenaan.8. buah markisa kuning9. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.10. bunga markisa11. Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah, manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Saksikan cara penyediaan jus markisa diYouTube - How to makePassion Fruit Juice.

Namun begitu, buah markisa jarang dimakan mentah kerana ia agak masam. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yogurt dan aiskrim. Bahagian yang boleh dimakan adalah kira-kira 48% bagi setiap 100 g bahagian yang boleh dimakan markisa mengandungi:

Tindakan sedarif ringan, bantu atasi kesukaran tidur

Dikenali juga dengan nama passion fruit dan granadilla, pokok markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bahagian pokok yang banyak digunakan ialah daun, bunga, batang dan juga buahnya. Kandungan pitokimia yang terdapat di dalam markisa ialah passaflorine, harmine, harman, harmon, harmalin, karotenoid, vitexin, isovitexin, chrysin, scopoletin dan theobromine.

Markisa dikatakan merupakan buah yang berkhasiat kerana ia sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin dan riboflavin. Vitamin A merupakan sumber penting anti oksidan yang bertindak menghapuskan radikal bebas. Buah ini juga dapat memperbaiki tisu dan menghalang pelbagai masalah kulit. Kandungan AHA buah markisa bagus sebagai agen pengelupasan yang menjadikan kulit lebih bersih dan cerah.

Selain buah, bahagian lain juga dikatakan mampunyai khasiat ubatan. Daun pokok markisa mengandungi alkaloid termasuklahharmanyang dikatakan mempunyai tindakan untuk merendahkan tekanan darah, sedatif atau mententeramkan dan antispasma. Jika anda mempunyai masalah sukar tidur, ambillah satu sudu teh daun markisa yang telah dikeringkan. Rendamkan dalam secawan air selama 10 hingga 15 minit. Tapis air ini sebelum diminum sebelum tidur.

Bunga pokok markisa pula mempunyai tindakan sedatif yang ringan dan boleh membantu untuk tidur. Dikatakan juga bahawa bunga pokok markisa telah digunakan dalam asma bronkial, insomnia, masalah saraf gastrousus dan masalah menopaus. Kadang-kala bunga pokok markisa juga turut digunakan sebagai halusinogen ringan.

Mampu kurangkan simptom asma

Terdapat juga kajian yang mencadangkan bahawa bunga pokok markisa mampu membantu melegakan kesakitan. Bukan itu sahaja, dikatakan bahawa bunga pokok markisa juga boleh membunuh kebanyakan kulat dan baketia. Penemuan ini dikatakan telah menyokong kegunaan bunga pokok markisa oleh kaum Indian di Amerika yang menggunakannya dalam merawat luka.

Bahan harmala dalam bunga pokok markisa bersifat perangsang rahim. Namun begitu, keseluruhan bunga pokok markisa tidak berkait dengan keguguran bayi. Tetapi wanita hamil perlu mengelakkan diri daripada mengambil herba ini kerana tindakan kompleks sebegini memberi kesan kepada sistem saraf utama.

Kulit buah markisa dikatakan mampu memperbaiki simptom-simptom asma. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di Barat iaitu oleh Ronald Ross Watson dan rakan sekerja menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak buah markisa ungu mampu mengurangkan simptom-simptom asma. Mereka telah memilih 42 pesakit sebagai penerima ekstrak buah markisa ungu ini. Hasil daripada kajian itu telah mendapati bahawa 90% daripada pesakit telah sembuh daripada masalah sukar bernafas. Manakala termengah-mengah ketika bernafas pula telah berkurangan sebanyak 80% selepas empat minggu pengambilan ekstrak buah markisa.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok markisa, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.