KILUKILUKUU

30
1.0 PENGENALAN Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Salah satu cara untuk membasmi kemiskinan, membina demokrasi dan memajukan negara ialah pendidikan. Pendidikan boleh dikatakan sebagai kunci utama pengeluaran atau hasil kehidupan. Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Antara elemen yang penting untuk menguasai ilmu pendidikan ialah kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Kemahiran belajar harus dikuasai oleh semua lapis masyarakat terutamanya ia perlu dikuasai oleh murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Semua proses belajar melibatkan kemahiran berfikir. Kemahiran belajar boleh didefinisikan sebagai kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. 1

description

fff

Transcript of KILUKILUKUU

1.0 PENGENALANPendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Salah satu cara untuk membasmi kemiskinan, membina demokrasi dan memajukan negara ialah pendidikan. Pendidikan boleh dikatakan sebagai kunci utama pengeluaran atau hasil kehidupan. Pendidikan yang berkualiti juga memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan.Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor hasil. Antara elemen yang penting untuk menguasai ilmu pendidikan ialah kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Kemahiran belajar harus dikuasai oleh semua lapis masyarakat terutamanya ia perlu dikuasai oleh murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Semua proses belajar melibatkan kemahiran berfikir. Kemahiran belajar boleh didefinisikan sebagai kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar.Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi ke-3), kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian. Manakala belajar telah diberi definisi sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Berfikir boleh dikatakan sebagai satu proses mental. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek seperti kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau merancang. Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.Kemahiran belajar, juga merangkumi kemampuan berfikiran kita .Yang pertamanya ialah kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. Kemahiran aras rendah yang dikatakan di atas merupakan kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. Kemahiran ini dikategorikan sebagai kemahiran aras rendah sebab ia tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Kemahiran berfikir seperti menjelaskan, membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang yang memerlukan pemikiran meluas dan mendalam dipanggil kemahiran berfikir aras tinggi.Salah satu kategori yang terdapat dalam konteks kemahiran belajar ialah, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran yang diperlukan untuk membuat penilaian terhadap data dan maklumat dikatakan sebagai kemahiran berfikir secara kritis. Membuat analisis bermakna mencerakinkan data dan maklumat kepada bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih terperinci. Pemikir kritikal ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai mengemukakan kritikan-krikan tajam dan membuat penilaian yang perseptif. Budaya intelektual kita secara tradisional mengagungkan kepintaran kritikal, bukan kepintaran kreatif. Tujuan seseorang individu diajar tentang pemikiran kritikal adalah supaya individu-individu boleh berfikir secara adil, objektif dan sentiasa jelas dan tepat dalam tindak- tanduknya.Kemahiran berfikir secara kreatif pula, adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. Pemikiran kreatif adalah kebolehah individu-individu mengeluarkan idea-idea untuk mencapai sesuatu, pemikiran yang menghasilkan produk-produk yang kreatif. Lazimnya,pemikiran kreatif melibatkan penghasilan sesuatu seperti lukisan, sajak, teori asintifik, jenis perniagaan baru, iklan baru, iklan yang inovatif, jenaka yang luar biasa dan sebagainya. Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan, iaitu berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan. Kemahiran-kemahiran ini amatlah penting untuk belajar.Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang baik akan menjadi pelajar cemerlang. Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Seorang pelajar cemerlang akan sentiasa membuat persiapan awal. Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Perkara ini merupakan asas dalam kemahiran belajar. Kemahiran belajar akan memantapkan pembelajaran individu.Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar masing-masing. Selain daripada gaya pembelajaran, pelajar juga perlu mengetahui pengamalan kemahiran belajar masingmasing. Bukan setiap kemahiran yang digunakan itu betul, sebagai pelajar perlu mencari kemahiran belajar yang paling bersesuaian dengan diri sendiri supaya boleh mencapai proses pembelajaran yang efektif. Setiap pelajar haruslah menggunakan kemahiran belajar sebab ia dapat membina budaya belajar yang betul dan berkesan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN2.1 OBJEKTIF UMUMObjektif umum kajian ini ialah memaksimumkan potensi pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran kendiri dengan merancang jadual pembelajaran. Tambahan pula, objektif kajian ini juga ialah menyediakan pelajar untuk memilih maklumat yang sahih, berautoriti dan berkredibiliti. Kursus ini juga mengaplikasi pelbagai jenis alat berfikir dalam meningkatkan kemahiran belajar. Ia juga mengaplikasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi untuk memperoleh memproses dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kemahiran belajar. Pada masa yang sama, kajian ini juga menolong pelajar untuk menghasilkan bahan bertulis dengan mengintegrasikan maklumat daripada pelbagai sumber.

2.2 OBJEKTIF KURSUSKursus ini memberi pendedahan kepada pelajar situasi sebenar dan pengaaman seseorang pelajar cemerlang Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun melalui kaedah temubual. Kursus ini juga menjelaskan aspek yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran, kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat, kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis dan penyesuaian sosial. Kursus ini berobjektif untuk menghasilkan sebuah laporan temubual merangkumi persekitaran pembelajaran di IPG seperti pengurusan pembelajaran, kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis dan penyesuaian sosial.

3.0 BIODATA PELAJAR CEMERLANG

Nama : Chitra Devi a/p GovendasamyNombor I/C : 921112-02-5664Alamat Rumah : 56, Perumahan awam 2,09800, Serdang , Kedah.Nama Bapa : Govendasamy SubramaniamNama Ibu : Manikam MunusamyBilangan Adik-beradik : 8Hobi : Suka baca novel, suka dengar kepada laguE-mel : [email protected] sekolah rendah : SJK T Ganesar, Serdang , KedahNama sekolah menengah : SMK SerdangKebolehan Kendiri : Pandai menari, pandai menyanyi4.0 TEMUBUAL DENGAN PELAJAR CEMERLANG4.1 SOALAN TEMUBUALASPEK LATAR BELAKANG1) Bolehkah kakak menceritakan serba sedikit tentang keluarga sendiri?2) Mengapakah kakak memilih untuk menjadi seorang guru?3) Mengapakah kakak memilih opsyen bahasa tamil?4) Apakah yang menyebabkan kakak berminat menjadi seorang guru?5) Perasan kakak semasa tiba di IPGKTB6) Keputusan SPM.

ASPEK TEKNIK BELAJAR1) Bagaimana kakak meluangkan masa untuk belajar?2) Adakah kakak merancang jadual belajar?3) Berapa masa kakak menggunakan untuk belajar setiap hari?4) Berapa kerap kakak melawat ke perpustakaan?5) Adakah kakak lebih kepada belajar secara berkumpulan atau persendirian?6) Waktu apakah yang paling efektif kakak berasa untuk belajar?!7) Cara untuk membuat nota?8) Sikap kakak semasa waktu kuliah9) Apakah Habit of Mind abang dalam kehidupan?10) Bagaimana kakak membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti yang lain?11) Cara kakak membuat persediaan untuk peperiksaan.

ASPEK MASALAH1) Adakah kakak pernah menghadapi masalah atau cabaran semasa belajar di IPG?2) Bagaimanakah kakak menyelesaikan masalah tersebut?3) Siapakah yang kakak sering meminta bantuan?4) Adakah kakak mengahadapi masalah semasa ingin mengumpulkan maklumat untuk menyelesaikan kerja kursus?5) Cara kakak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain?6) Bagaimanakah menguruskan penyesuaian sosial?7) Cara kakak menghilangkan stress?8) Cara kakak menjaga kesihatan.

ASPEK KECEMERLANGAN1) Apakah ciri-ciri pelajar yang cemerlang pada pandangan kakak?2) Usaha yang kakak lakukan sehingga mendapat anugerah pelajar cemerlang.3) Adakah sokongan ibubapa merupakan salah satu faktor untuk mencapai kecemerlangan?4) Apakah usaha yang kakak melakukan untuk mengekalkan atau meningkatkan kecemerlangan kakak?5) Apakah harapan anda pasa masa yang akan datang?6) Apakah jenis guru yang ingin kakak menjadi?7) Apakah perasan kakak apabila mendapat kecemerlangan pelajar?8) Apakah nasihat kakak kepada guru pelatih yang lain?9) Selain cemerlang dalam akademik, adakah kakak mempunyai cemerlang dalam bidang yang lain?

4.2 HASIL TEMUBUALPada 8 September yang lalu, saya iaitu Kirenraj a/l Veswanahan sebagaimana ditugaskan telah telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang semester empat di Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun, iaitu saudari Chitra Devi a/p Govendasamy. Berikut ialah hasil wawancara tersebut.Kirenraj: Selamat sejahtera saudari.Chitra : Selamat sejahtera saudara.Kirenraj : Terutama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakak sebab meluangkan masa untuk wawancara ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu.Chitra: Terima kasih dan ini merupakan anugerah Tuhan atas usaha saya.Kirenraj: Tanpa membuang masa lagi, mungkin anda boleh menceritakan serba sedikit tentang latar belakang anda.Chitra: Saya telah dibesarkan di sebuah estet di Kedah. Saya mempunyai lapan orang adik beradik dan saya merupakan anak yang terakhir. Ayah saya telah pun meninggal dunia. Empat orang adik beradik pertama merupakan pekerja biasa, manakala seorang kakak telah pun berijazah dan lagi seorang abang sedang berpelajaran untuk mendapatkan ijazah.Kirenraj : Boleh tak saya mengetahui mengapakah kakak memilih untuk menjadi seorang guru?Chitra : Menjadi guru merupakan impian ayah saya. Ia juga merupakan cita-cita saya semenjak kecil lagi. Saya telah berusaha sejak kecil lagi untuk merealisasikan impian ayah saya.Kirenraj: Saya juga ingin tahu mengapakah kakak memilih opsyen Bahasa Tamil?Chitra :Saya sedang membuat major dalam bahasa Tamil, minor dalam Pendidikan Jasmani dan Sains. Saya telah memilih opsyen Bahasa Tamil sebab ia merupakan bahasa ibunda saya. Saya yang harus belajar dan mengetahui tentang bahasa ibunda saya. Saya juga ingin mengetahui tentang bahasa ibunda saya secara lebih mendalam.Kirenraj: Apakah yang menyebabkan kakak berminat menjadi seorang guru?Chitra: Seorang gurulah yang membentuk saya supaya menjadi satu insan yang berguna. Saya pun ingin melakukan benda yang sama kepada generasi yang akan datang. Saya ingin membentuk mereka supaya menjadikan mereka bukan sahaja seorang yang berjaya malah seorang yang bermoral.Kirenraj:Bagus kakak! Kakak saya ingin tahu perasan kakak semasa tiba di IPGKTB?Chitra: Semasa saya tiba di Institut ini saya berasa persekitaran di sini amat berbeza. Saya telah dibesarkan di sebuah estet dan tidak pernah pergi berjauhan dari keluarga. Saya berasa amat syukur dan gembira dengan apa yang saya dapat. Rakan- rakan yang baru, pensyarah yang amat berbeza daripada guru di sekolah, kehidupan hostel, ini semua merupakan sesuatu yang baru bagi saya.Kirenraj: Apakah keputusan SPM kakak?Chitra: Saya telah memperolehi 7A, 2B dan 2 C.Kirenraj: Bagaimanakah kakak meluangkan masa untuk belajar?Chitra:Di institut pendidikan guru kerja-kerja amatlah banyak berbanding dengan institute tinggi yang lain. Menjadi seorang guru bukanlah senang. Saya biasanya akan membuat kerja yang diveri pada akhir minggu. Kadangkala saya terpaksa membuka mata sehingga empat pagi untuk menghabiskan kerja.Kirenraj:Bagaimana pula dengan pengurusan masa, adakah kakak merancang jadual belajar?Chitra:Saya tidak mempunyai sebarang jadual waktu yang spesifik. Saya biasanya akan merancang pada hari yang tersebut. Saya mengulang kaji pelajaran mengikut masa lapang saya. Bagi saya, penetapan jadual yang khusus akan menyebabkan kita mudah berasa bosan kerana mengikut perkara yang sama pada setiap hari.Kirenraj:Ohh, begitu rupanya. Berapa masa kakak menggunakan untuk bejar setiap hari dan berapa kerap kakak melawat ke perpustakaan?Chitra:Saya biasanya akan meluangkan dua hingga tiga jam untuk belajar. Saya memang kerap pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan. Saya akan melawat ke sana sekurang- kurangnya empat kali seminggu.Kirenraj:Bagaimana pula dengan cara pembelajaran? Adakah kakak lebih kepada belajar secara berkumpulan atau persendirian?Chitra: Saya boleh belajar dalam kedua-dua keadaan. Itu merupakan salah satu kelebihan saya.Kirenraj: Waktu apakah yang paling efektif kakak rasa untuk belajar?Chitra: Dari tanggapan saya, waktu yang paling sesuai untuk belajar ialah pada awal pagi. Saya akan mula mengulangkaji pelajaran pada pukul 4.00 pagi. Pada waktu itu saya rasa segar dan saya dapat serap banyak maklumat.Kirenraj: Apakah cara kakak membuat nota?Chitra: Secara jujurnya saya tidak suka menggunakan teknik peta minda. Setiap individu mempunyai cara belajar dan cara mengambil nota masing-masing. Saya lebih suka menyeneraikan nota secara teratur. Tidak kira nota itu penting atau tidak penting, saya akan catatkan kesemuannya. Saya merupakan seorang yang belajar secara verbal dan kinestetik. Mengambil nota merupakan sesuatu yang harus dilakukan masa kuliah.Kirenraj: Wow! Apakah sikap kakak semasa waktu kuliah?Chitra:Saya merupakan seorang yang mementingkan masa. Saya tidak suka pergi ke kelas lambat. Semasa kuliah saya akan sentiasa menyiapkan kerja tepat pada masanya. Semasa pensyarah mengajar saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya perkara-perkara yang disampaikan oleh pensyarah. Tumpuan yang penuh semasa pembelajaran membolehkan saya mengingati sesuatu aspek dalam pelajaran berkenaan bagi jangka masa yang lebih lama.Kirenraj:Setiap orang dikatakan mempunyai Habit of Mind mereka tersendiri. Apakah Habit of Mind kakak dalam kehidupan?Chitra:Habit of mind saya ialah kesenyuman. Senyum merupakan kewajipan bagi saya. Saya suka mulakan hari saya dengan kesenyuman. Saya juga tidak akan rasa malu untuk bertanya kepada orang lain sebab ia merupakan satu-satunya cara untuk belajar sesuatu yang baru. Saya juga tidak akan menunggu untuk kebantuan sesiapa. Saya akan bertindak dahulu selepas fikir secara masak.Kirenraj:Bagaimana kakak membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti yang lain?Chitra: Kebanyakan aktiviti di sini dilakukan pada waktu pagi dan petang. Oleh sebab itu saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk belajar. Saya akan belajar pada waktu malam.Kirenraj: Bagaimanakah kakak membuat persediaan untuk peperiksaan?Chitra: Sebagaimana adik tahu kita diberi study week. Saya akan menggunakan study week tersebut sebaik mungkin. Saya akan buat brainstorming dan mengulangkaji nota yang saya buat semasa kuliah.Kirenraj:Saya percaya kakak pernah menghadapi pelbagai cabaran di IPG. Apakah cabaran dan masalah yang kakak pernah menghadapi semasa belajar di IPG?Chitra:Ya. Banyak cabaran telah saya harungi semasa belajar di IPG. Yang terutamanya ialah kurangnya sumber rujukan. Oleh sebab major saya ialah Bahasa Tamil, saya memerlukan banyak buku untuk tugasan. Tetapi buku-buku bahasa Tamil di perpustakaan amatlah terhad. Salah satu cabaran di sini ialah persaingan yang hebat antara pelajar- pelajar IPG. Pelajar-pelajar di sini memang pandai dan berbakat. Saya juga harus membuktikan kebolehan saya di sini.Kirenraj: Bagaimanakah kakak menyelesaikan masalah tersebut?Chitra:Saya biasanya akan meminta bantuan daripada kawan-kawan saya yang belajar di IPG lain. Pada masa yang sama, saya juga akan meminta bantuan dari senior saya. Kalau ada sebarang masalah saya biasanya beritahu kepada kawan-kawan saya.Kirenraj: Siapakah yang kakak sering meminta bantuan?Chitra: Lalithaswari. Seorang kawan baik saya. Beliau merupakan pendengar yang baik dan sentiasa mengambil bahagian dalam kebahagiaan dan kesedihan saya.Kirenraj:Gembira mendengar tentang persahabatan seperti ini. Adakah kakak menghadapi masalah semasa ingin mengumpulkan maklumat?Chitra: Ya. Sedih nak bagitau wi-fi di sini memang perlahan. Kadangkala saya terpaksa berada di kelas sehingga petang untuk mencari maklumat dan menghabiskan kerja saya.Kirenraj: Apakah cara kakak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain?Chitra:Saya merupakan seorang yang suka cakap. Tetapi akak sentiasa mengawasi kata-kata yang saya keluarkan. Konsep saya memang senang. Hormat orang lain dan orang lain akan menghormati kita.Kirenraj:Bagaimana pula dengan penyesuaian sosial? Bagaimana kakak menguruskannya?Chitra: Akak memang senang dan pandai dalam menyesuaikan diri mengikut keadaan dan persekitaran. Kirenraj: Bagaimanakah kakak menghilangkan stress?Chitra:Semasa saya menghadapi masalah stress saya akan keluar untuk melupakan segala masalah. Biasanya saya akan pergi dengan abang saya. Ada kalanya saya akan pergi untuk berjalan untuk menangkan fikiran saya. Saya akan bertanya kepada diri sendiri tentang punca masalah dan akan berusaha untuk menyelesaikannya denan keadaan yang tenang.Kirenraj:Pada pandangan kakak, apakah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang?Chitra:Pada pendapat saya, seorang pelajar cemerlang perlulahmempunyai keazaman yang tinggi, tidak mudah berputus asa dansentiasa rajin berusaha. Selain itu, pelajar tersebut perlulah banyakmengajukan pertanyaan tanpa rasa malu terutama sekali tentangperkara yang kurang difahami, kerana kata orang, malu bertanya,sesat jalan. Seorang pelajar cemerlang juga haruslah pandai menguruskan masa.Kirenraj: Apakah usaha yang kakak lakukan sehingga mendapat anugerah pelajar cemerlang.Chitra:Persediaan awal. Persediaan awal amatlah penting dalam apa saja aktiviti yang kita buat. Pada masa yang sama, saya telah membuat kertas-kertas peperiksaan tahun lepas. Sehari sebelum peperiksaan saya akan mengimbas kembali segala yang saya belajar.Kirenraj: Adakah sokongan ibubapa merupakan salah satu faktor untuk mencapai kecemerlangan?Chitra: Tiada kesangsian dalam perkara tersebut. Memang ya. Sokongan utama saya ialah abang saya. Beliau sentiasa menolong dan mendorong saya dalam apa jua keadaan. Kata- kata ayah saya merupakan sumber inspirasi bagi saya.Kirenraj:Apakah usaha yang kakak lakukan untuk mengekalkan atau meningkatkan kecemerlangan?Chitra: Akak akan bertanya kepada orang lain dan sentiasa belajar benda baru.Kirenraj:Apakah harapan kakak pada masa yang akan datang dan jenis gutu yang manakah kakak ingin menjadi?Chitra: Saya ingin menjadi seorang guru yang mahir dalam kedua-dua bidang, iaitu bidang akademik dan juga bidang kokurikulum. Saya ingin menjadi seorang guru yang proaktif di mana saya akan menyediakan satu pelan tindakan secara mental sebelum masuk ke bilik darjah. Saya juga ingin menjadi seorang guru yang berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Saya akan sentiasa percaya murid-murid saya akan belajar dan saya akan sedaya upaya membantu mereka untuk belajar.Kirenraj: Apakah perasan kakak apabila mendapat kecemerlangan pelajar?Chitra: Semestinya saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana saya dapat melihat kegembiraan ahli keluarga serta pensyarah-pensyarah yang banyak mendorong saya selama ini. Tanggungjawab saya selepas ini lebih besar kerana saya perlu memastikan bahawa kejayaan yang saya perolehi ini berkekalanKirenraj: Apakah nasihat kakak kepada guru pelatih yang lain.Chitra: Kehidupan ini bukan sepenuhnya tentang pembelajaran dan pendidikan. Kita haruslah bergembira sebaik mungkin semasa berada di IPG ini. Beradaptasi mengikut tempat amatlah penting. Belajar untuk memahami dan menganalisis individu lain dan cuba meningkatkan kemahiran komunikasi. Yang terutamanya, pengaturan dan perancangan masa amatlah penting.Kirenraj:Selain cemerlang dalam bidang akademik, adakah kakak mempunyai cemerlang dalam bidang yang lain?Chitra: Semestinya. Saya merupakan seorang penulis cerpen. Saya juga pandai menari. Pada seketika ini saya sedang pergi ke kelas tarian klasikal India yang dipanggil sebagai tarian Bharatanatyam. Kirenraj:Baiklah kak Chitra, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas sekali lagi dan juga terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya pada hari ini.Chitra:Terima Kasih kembali. Harap adik juga akan menjadi seorang pelajar yang cemerlang di sini. Sentiasa yakin dengan diri sendiri. Cabar diri kita untuk berjaya seperti orang lain. 5.0 LAPORAN TEMUBUAL5.1 PENGURUSAN PEMBELAJARANChitra Devi anak kepada Govendasamy dan Manikam merupakan mahasiswi yang tergolong dalam kalangan pelajar cemerlang di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Lahir dan dibesarkan di sebuah perkampungan, beliau telah berusaha untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru. Impian ayahnya untuk menjadikan anak perempuannya sebagai seorang guru telah beliau merealisasikan. Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang bukanlah senang. Elemen utama untuk menjadi seorang pelajar cemerlang ialah, kerajinan dan usaha yang berterusanMenurut kakak Chitra yang sedang mengikuti pelajaran perguruan di semester empat, pengurusan pembelajaran merupakan sesuatu yang amat penting. Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli memimpin organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pembelajaran pula bermaksud perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui pembelajaran iaitu yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran.Kakak Chitra menyatakan bahawa unsur yang paling penting untuk pengurusan pembelajaran ialah pengurusan masa. Pengurusan masa ialah sesuatu yang penting dan harus diamal oleh semua lapis masyarakat tanpa mengira umur. Menurutnya, dia akan sentiasa mengagihkan masanya setiap hari. Perkara yang penting haruslah diberi keutamaan. Kita harus mengenal pasti subjek mana yang kita tidak mahir dan meluangkan masa yang lebih untuk mata pelajaran tersebut. Dengan ini kita boleh membaiki kelemahan kita dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.

5.2 KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMATGenerasi muda kemaskini merupakan generasi yang menggunakan maklumat yang mutakhir. Sesuatu maklumat bukanlah senang untuk didapati. Mengesan maklumat bermaksud mencari maklumat yang dikehendaki dalam sebarang sumber yang sesuai.Ini termasuk kemahiran perpustakaan seperti menggunakan katalog untuk mengesan buku dan bahan bukan buku yang dikehendaki dari rak buku dengan cepat. Maklumat terdapat di dalam beberapa jenis dan daripada beberapa punca. Maklumat terdapat di dalam bentuk cetakan seperti buku rujukan, ensiklopedia, laporan tahunan dan sebagainya. Kakak Chitra telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memeroleh dan mengurus maklumat. Yang terutamanya ialah mendengar secara aktif. Mendengar secara aktif merupakan perlakuan yang memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian kepada apa yang sedang didengar sama ada melalui pertuturan, bunyi-bunyi tertentu, atau alat pandang dengar. Sebarang maklumat yang diberitahu oleh pensyarah haruslah didengar dengan betul- betul. Kita harus dengan dan memahami kuliah dengan teliti. Kakak Chitra sentiasa memberikan tumpuan kepada rumusan yang dibuat oleh penceramah.Pada masa yang sama, satu kaedah yang digunakan oleh kakak Chitra dan harus diguna pakai oleh semua murid ialah kaedah mencatat nota. Membuat catatan atau mencatat nota boleh digunakan untuk memeroleh maklumat daripada sumber-sumber seperti kuliah atau ceramah, bahan yang dibaca seperti buku dan laporan dan pencerapan lapangan. Seseorang pelajar yang mencatat nota tidak akan menghadapi sebarang masalah dengan bahan rujukan. Semasa mengambil nota kita haruslah mengingati bahawa nota tersebut haruslah ringkas dan disusun dalam bentuk lakaran.Secara kesimpulan, Kemahiran didefinisikan sebagai kebolehan, kecekapan atau kepandaian untuk melakukan sesuatu perkara. Maklumat pula dapat didefinisikan sebagai keterangan atau butiran-butiran yang berguna atau mempunyai maksud tertentu bagi seseorang yang memilikinya. Oleh itu kemahiran maklumat dapatlah diberi maksud sebagai kebolehan atau kemampuan seseorang memperolehi dan menggunakan maklumat. Kemahiran ini amat penting sekali kerana dalam zaman teknologi moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat.

5.3 KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMATKemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencatumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis. Tanpa sebarang keraguan seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk melakukan teknik berikut secara berperingkat iaitu menganalisis, mentafsir, menilai dan mensintesis. Maklumat yang dikumpul daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang ringkas, tepat dan menarik.Dengan mengadakan temu ramah dengan kakak Chitra, saya telah mendapat idea bahawa, iaitu maklumat yang telah dikumpulkan harus disusun mengikut keutamaan atau kepentingannya. Katakanlah pelajar ingin menulis sebuah karangan bertajuk Faktor yang menyebabkan seorang pelajar menjadi pelajar cemerlang. Pensyarah dan pelajar seharusnya berbincang atau melakukan sumbangsaran, mencari faktor yang sesuai untuk disenaraikan. Faktor-faktor itu kemudiannya disusun mengikut keutamaan. Beberapa soalan seperti siapa, apa, dimana, bagaimana dan mengapa boleh ditanyakan semasa memproses sesuatu maklumat yang didapati.Untuk menjadi pelajar cemerlang kemahiran memproses maklumat sangat penting kerana ia merupakan proses menentukan sama ada sesuatu maklumat yang diperolehi berguna atau tidak. Memproses maklumat merupakan kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena, berdasarkan maklumat yang dikumpul. Tujuan mentafsir maklumat ialah mengesan corak berdasarkan maklumat yang di peroleh, menyatakan hubungan di antara maklumat dan membuat kesimpulan berdasarkan data yang di kumpulkan.

5.5 PENYESUAIN SOSIAL SEORANG PELAJARTidak semua pelajar atau mahasiswa berjaya menyempurnakan pengajian mereka di universiti. Ramai di antara mereka gagal meneruskan pengajian kerana gagal dalam kursus yang diikuti atau berhenti daripada pengajian kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan di peringkat tertiari yang amat berbeza dengan sistem pendidikan di sekolah menengah. Banyak kajian telah menunjukkan masalah penyesuaian yang serius boleh menyebabkan pelajar menarik diri sebelum graduasi. Masalah penyesuaian utama yang dialami oleh pelajar di universiti tersebut ialah masalah kewangan, diikuti dengan masalah akademik, kesihatan, sosial, dan peribadi.Daripada temubual dengan kakak Chitra saya dapat mengetahui bahawa untuk kekal di kolej, pelajar perlu melakukan penyesuaian secara akademik dan secara sosial sebagai langkah permulaan. Keupayaan pelajar yang berjaya melaksanakan proses integrasi iaitu berkongsi norma dan nilai dalam sistem akademik dan sistem sosial institusi akan menentukan komitmen pelajar terhadap institusi dan jangka hayat pelajar di institusi. Menurut kakak Chitra, fikiran terbuka merupakan unsur utama utama untuk menyesuaikan diri di Institut Pendidikan Guru ini.Tahap penyesuaian yang baik dikatakan membolehkan pelajar menghadapi cabaran di dalam persekitaran yang baru, serta dapat menguruskan diri dengan berkesan di kampus. Oleh itu, penyesuaian merupakan salah satu faktor penting yang dapat dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan pelajar menyempurnakan pengajian di universiti. penyesuaian yang baik ialah kualiti peribadi atau corak tingkah laku yang mempunyai nilai yang dikehendaki. Penyesuaian pelajar di university bergantung kepada dua faktor. Faktor pertama ialah keperluan pelajar dan sejauh mana keperluan ini dipenuhi oleh pelajar. Faktor kedua ialah tuntutan universiti, dan sejauh mana pelajar dapat memenuhi tuntutan tersebut.Di Institut Pendidikan Guru Tuanku Bainun, pelajar terdiri daripada pelbagai kaum. Penyesuaian sosial amatlah penting di sini. Kita harus saling hormat menghormati antara satu sama lain dan juga sentiasa bertoleransi untuk menyenangkan hidup kita di sini.6.0 CARA MEMPERLENGKAPKAN DIRI SEBAGAI PELAJAR CEMERLANGSetiap orang pasti menginginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Sikap yang positif amat penting untuk mencapai kejayaan. sifat ini amat penting dan perlu ada dalam diri semua pelajar sebagai penentu kejayaan. Jika kita memiliki kepintaran otak, ditambah pula dengan kepintaran sikap, maka kita pasti akan menjadi terkemuka dan tokoh hebat dalam pelbagai bidang pada masa depan.Disiplin diri merupakan elemen yang utama untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Seorang pelajar haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. elajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.Pada masa yang sama kesihatan diri juga amtlah penting untuk menjadi seorang pelajar cemerlang. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. Setiap pelajar harus mengingati bahawa tiada apa yang boleh membelikan kebahagiaan dan untuk mencapai kebahagiaan tersebut yang pentingnya ialah kesihatan.Selain itu untuk menjadi pelajar cemerlang kita haruslah mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.Tambahan pula, hubungan dengan kawan-kawan dan pensyarah juga amatlah penting. Kita harus hormat dan menghormati semua orang. Fokuskan kepada ciri positif seseorang. Saling membantu dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk kecemerlangan. Sikap memberi atau berkongsi ilmu akan menambahkan lagi keberkatan. Jika kita mampu kita, kita harus berkongsi ilmu dan maklumat yang kita ada. Ilmu itu akan semakin bertambah jika dikongsikan dan ilmu itu amat penting untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.Menjadi seorang yang aktif dalam kokurikulum juga amatlah penting. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya seseorang individu haruslah aktif dalam bidang kokurikulum. Antara faedahnya ialah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.

22