Kisah Cinderella
description
Transcript of Kisah Cinderella
Kisah Cinderella
Cinderella tinggal bersama ibu tirinya dan kakak tirinya yang hodoh. Mereka selalu
menyuruhnya membuat semua kerja rumah. Pada suatu hari, Cinderella memberitahu ibu
tirinya dan kakak tirinya bahawa malam itu, putra ingin memilih seorang gadis untuk dijadikan
isteri. Kakak tiri Cinderella pun berkata “ ibu, bolehkah saya pergi ke majlis itu?”, “boleh” kata
ibu tirinya. Cinderella pun berkata, “saya pun nak ikut jugak”kata Cinderella. “kamu tidak boleh
ikut pergi ke istina kamu mesti, siapkan kerja rumah di sini jugak” kata ibu tiri Cinderella dengan
marah. Mereka pun pergi ke istana, Cinderella duduk sambil bersedih. Tiba- tiba dia terdengar
ada orang berkata padanya, janganlah kamu menangis, saya ibu pengasuh pari-pari , saya boleh
tolong bawa kamu ke majlis tersebut. Ibu pengasuh pari-pari pun mengetuk tongkat saktinya
kearah labu itu. Labu itu pun bertukar menjadi kereta kuda emas. Dia menukarkan dua ekor
tikus kepada dua ekor kuda.
Dia juga, menukarkan tiga ekor cicak, kepada dua orang pemandu kuda dan seorang
pengiring. Ibu pengasuh pari-pari menukarkan pakaian lama cinderalla kepada gaun yang
cantik. Ibu pengasuh pari-pari menyuruh Cinderella memakai sepasang kasut kaca yang
bersinar-sinar itu. Ibu pengasuh pari-pari, pun berkata” kamu mesti pulang sebelum jam 12
tengah malam. Cinderella pun pergi ke istana, ketika di istana, Cinderella lah gadis yang paling
cantik. Sehingga putra ingin menari dengannya sepanjang malam. Tiba-tiba Cinderella leka
menari, dia terdengar jam loceng berbunyi menandakan pukul 12 tengah malam. Diapun berlari
keluar, sekuat hati. Ketika menurun anak tangga sebelah kasut kacanya, tercicir. Putra terjumpa
kasut kaca itu dan terus membawanya pulang ke istana.
Sebelum Cinderella sampai di rumah semua keadaan kembali ke asal. Walau
bagaimanapun Cinderella berasa hairan kerana sebelah kasut kacanya masih ada pada kakinya.
Pada keesokan harinya, putra ingin semua gadis mencuba kasut kaca itu. Mana-mana gadis
kakinya yang padan dengan kasut kaca itu, akan dijadikan isteri. Kakak tiri Cinderella mencuba
kasut kaca itu. Kasut kaca itu tidak padan dengan kaki kakak Cinderella. Cinderella disuruh
mencuba kasut kaca itu, kasut kaca itu padan sekali dengan kakinya. Dalam masa yang sama,
ibu pengasuh pari menukarkan pakaian lama Cinderella kepada gaun yang cantik semula.
Akhirnya cimderella berkhawin dengan putra. Mereka hidup aman bahagia, selama-lamanya.
Pengajaran dalam cerita ini, ialah kita tidak boleh sombong terhadap apa yang orang lain ada.
Kita harus bersyukur dengan apa yang tuhan ciptakan pada kita.