Kisah Nabi Musa (p)

download Kisah Nabi Musa (p)

of 5

description

teks bercerita

Transcript of Kisah Nabi Musa (p)

PEMBUKA KATAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih pengacara majlis yang budiman,Barisan panel hakim hadirin sekalian,Hayatilah cerita yang saya sampaikan,Mukjizat Nabi Musa tajuk pilihan. ( pantun )

PENGENALANKawan-kawan,Nabi Musa merupakan anak lelaki kepada Yukabad dan Imran . Demi keselamatan Nabi Musa a.s, ibunya Yukabad telah mengambil keputusan untuk menghanyutkan baginda di sungai Nil kerana berlaku pembunuhan beramai-ramai ke atas bayi lelaki pada ketika itu oleh tentera Firaun. Dengan kuasa Allah yang Maha Esa, Asiah telah menemui kotak yang menghanyutkan Nabi Musa a.s dan baginda menjadi anak jagaan kepada Firaun dan Asiah.

Sombong dan bongkak di dalam hati,Berasa Tuhan sekalian alam ini,Pembunuhan bayi lelaki tanpa henti,Itulah Firaun yang zalim sekali.

Sesungguhnya, Allah melarang manusia berlaku zalim sesama sendiri. Firman Allah;

ISI 1Tik..tiktik waktu berdetik ( nyanyi )

Saban hari, Nabi Musa a.s membesar menjadi pemuda yang matang. Setelah 10 tahun meninggalkan Mesir, Baginda kembali kerana rasa rindu terhadap tanah kelahirannya itu. Semasa dalam perjalanan kembali ke Mesir, Nabi Musa a.s telah menerima wahyu dari Allah taala dan melantik baginda sebagai Rasul di Bukit Tursina. Allah swt telah mengurniakan Nabi Musa a.s sebatang tongkat yang boleh berubah menjadi ular sebagai mukjizat. Maka, bermulalah dakwah Baginda a.s.Tugas dan tanggungjawab dakwah tidak terhenti setelah kewafatan para rasul kita. Malah tanggungjawab dakwah terletak pada kita sebagai umat Islam. Maka berpesan-pesanlah kita ke arah kebaikan dan meninggalkan larangan Allah. Firman AllahIsu semasa:

ISI 2Kawan-kawan yang dikasihi sekalian,

Hidup penuh pencaloba..Tugas dakwah memang mencabar ( syair )

Sepanjang peninggalan Nabi Musa a.s, firaun semakin zalim, kejam dan ganas. Penduduk-penduduk tinggal dalam suasana penindasan. Setelah beberapa tahun meninggalkan bumi Mesir, Baginda a.s berhasrat mahu kembali.Namun, keadaan yang menyedihkan berlaku. Lantas, Nabi Musa a.s dan saudaranya Nabi Harun a.s berhadapan Firaun dan orang-orang kuatnya .

Apakah Tuhan sekalian alam itu. kata Firaun dalam keadaan yang marah. Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya. Jawab Nabi Musa a.s.

Nabi Musa a.s berdakwah kepada Firaun dalam cara yang lembut dan berhikmah. Sebagaimana firman Allah taala dalam surah Al Ankabut ayat 46;

Maksudnya; Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang baik.

Namun, memperlekehkan apa yang telah dikatakan oleh Nabi Musa a.s dan enggan mempercayai kerana masih percaya dan yakin bahawa dirinya adalah Tuhan.

Oleh itu, apabila kita mahu menasihati seseorang maka gunakanlah dengan bahasa yang lembut dan baik sebagaimana firman Allah pada ayat 46 surah Al Ankabut.

Isu semasa:

IS1 3

Hasutan oleh para pembesar,Pertarungan bersama penyihir dirajaDisaksikan oleh rakyat jelata..Di padang luas tempat bermula..

Pertarungan antara nabi Musa a.s dan ahli-ahli sihir Firaun pun bermula. Perasaan yakin menyelubungi diri ahli-ahli sihir, maka mereka melemparkan tongkat, kertas dan tali berubah menjadi ular yang memenuhi tanah padang luas bergerak melata seolah-olah mahu menyerang nabi Musa a.s. Teriakan dan pekikan orang ramai mula memenuhi ruang pertarungan itu. Pada saat ini, Nabi Musa a.s meletakkan pengharapan kepada Allah s.w.t

Gempar!!!gempar!!!! semua hadirin yang menyaksikan perlawanan itu menjadi gempar. Nabi Musa a.s merasa gentar kemudian Allah mengilhamkan kepada Baginda supaya melemparkan tongkatnya. Serta merta menjadi ular yang sangat besar, ganas dan kelaparan. Sekelip mata, ular-ular kecil jelmaan tali, kertas dan tongkat para penyihir dimakan sehingga habis. Akhirnya ahli-ahli sihir Firaun mengaku kalah dan mengakui beriman kepada Allah. Sebagaimana yang diceritaka dalam surah As Syuara, ayat

Maksudnya: Maka ahli-ahli sihir segera merebahkan diri sujud, sambil berkata, Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun a.s.

Sesungguhnya, perbuatan mempercayai ahli sihir dan ahli nujum sangat dilarang dalam Islam. Sebagai umat Islam, letaklah pengharapan sepenuhnya kepada Allah taala.Isu semasa:

ISI 4

Kawan-kawan sekalian,

Pada suatu saat dan ketika, Allah turunkan bencana ke atas kerajaan Firaun.Apakah yang berlaku??Kerajaan Firaun dilanda kemarau yang panjang sehingga banyak kematian. Bahkan Allah swt menurunkan lagi taufan yang dahsyat, serangan belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda kekuasaan Allah. Wahai nabi Allah, andai engkau berdoa kepada Tuhanmu untuk menghapuskan azab ini, akan aku bebaskan kaum Bani Israel untuk pergi bersamamu . Kata Firaun.

Lantas, Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah supaya azab-azab dihapuskan. Janji hanya tinggal janji. Firaun masih enggan beriman kepada Allah dan enggan melepaskan kaum Bani Israel untuk pergi.

Sedarlah kita bahawa, azab dan bala itu adalah peringatan dari Allah s.w.t. Firman Allah dalam surah As Syuara, ayat 30;

Maksudnya: Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.

Sedarlah kita, apabila telah datang sesuatu bencana maka Allah s.w.t sedang memberi peringatan.

Isu semasa:

ISI 5

Mendapat wahyu dari IlahiNabi dan pengikutnya menyelamatkan diri..

Pada malam yang dingin dan sepi, maka berangkat Nabi Musa a. s dan pengikutnya memulakan perjalanan mereka keluar dari Mesir. Rancangan Nabi Musa a.s telah diketahui oleh Firaun. Maka Firaun dan bala tenteranya mengejar Nabi Musa a.s dan pengikutnya sehingga ke tebing Laut Merah. Pengikut-pengikut nabi Musa mula berasa cemas dan panic melihat keadaan itu. Turunlah wahyu Allah kepada nabi Musa sebagaimana dalam surah As Syuaara ayat 64,

Dengan izin Allah swt, Laut Merah terbelah dua. Nabi Musa a.s dan pengikutnya segera melintasi Laut Merah itu. Perasaan marah menguasai diri Firaun. Lantas Firaun dan bala tenteranya mula melintas Laut Merah sehingga pertengahan perjalanan, sesuatu telah berlaku.Laut Merah kembali seperti sedia kala. Akhirnya tenggelamlah Firaun dan bala tenteranya.

Kawan-kawan, ringankan bibir kita untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.

Isu semasa:

PENUTUPBegitulah kisah manusia durjanaSehingga ajalnya tetap derhakaBalasan Allah adil saksamaAmbil pengajaran buat selamanya.