KIULINGFENGAP010139D2006TTP.pdf

29
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 2 SESI 2005/06, JURUSAN SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. KIU LING FENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KIULINGFENGAP010139D2006TTP.pdf

  • TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

    KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 2 SESI 2005/06, JURUSAN

    SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

    SKUDAI, JOHOR.

    KIU LING FENG

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

  • BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

    KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN SAINS,

    FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,

    JOHOR

    SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya KIU LING FENG

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

    institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

    (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    SULIT

    TERHAD

    TIDAK TERHAD

    (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    (TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: KIU LING FENG, C/O ANTHONY HII, HOSPITAL KAPIT, 96800 KAPIT, SARAWAK.

    Tarikh: Tarikh:

    TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

    (Nama Penyelia)

    Disahkan Oleh,

    21 APRIL 2006 21 APRIL 2006

  • Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

    karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik).

    Tandatangan :

    Nama Penyelia : TUAN HAJI MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

    Tarikh :

    21 APRIL 2006

  • i

    TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DI

    KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN DUA SESI 2005/06, JURUSAN

    SAINS, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

    SKUDAI, JOHOR.

    KIU LING FENG

    Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

    Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    2006

  • ii

    Saya akui karya ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan:

    Nama Penulis: KIU LING FENG

    Tarikh: 21 APRIL 2006

  • iii

    DEDIKASI

    Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

    Ayah dan ibu yang amat saya hormati,

    Kakak, abang dan adik saya yang amat saya kasihi,

    Suami yang amat saya cintai.

  • iv

    PENGHARGAAN

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

    kepada penyelia saya Tn. Hj. Mohd. Anuar Bin Abdul Rahman, atas tunjuk ajar yang

    diberikan di samping tidak jemu memberi bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.

    Tidak dilupakan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang banyak memberi

    pandangan dan nasihat kepada saya.

    Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua responden kajian iaitu

    pelajar-pelajar Tahun 2, jurusan Sains (SPK, SPC, SPP, SPF dan SPN), Fakulti

    Pendidikan, UTM, kampus Skudai yang sudi memberi kerjasama dalam menjawab

    kertas soal selidik dan ujian kemahiran proses sains bersepadu yang dibagi.

    Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar-

    pelajar Tahun 5 dari kursus SPC yang sudi menbantu saya dalam menyempurnakan

    kajian rintis saya. Di samping itu, mereka juga banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar

    kepada saya dalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.

    Penghargaan juga tidak dilupakan merakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik

    dan suami yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan yang

    diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

    semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan,

    cadangan dan sebagainya.

  • v

    ABSTRAK

    Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran

    proses sains bersepadu (KPSB) dan aspek KPSB yang paling dominan dikuasai di

    kalangan 100 orang pelajar-pelajar Tahun dua, sesi 2005/06 yang mengambil kursus

    pendidikan Sains Teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

    Malaysia, Skudai, Johor. Selain itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan

    penguasaan KPSB berdasarkan jantina, kedudukan CPA dan bangsa. Hubungan antara

    penguasaan KPSB dengan minat terhadap mata pelajaran Sains pelajar-pelajar juga

    ditentukan. Aspek KPSB yang diuji ialah mengawal pembolehubah, mengenalpasti

    hipotesis, mendefinisi secara operasi, mentafsir maklumat dan mengeksperimen. Tahap

    penguasaan KPSB telah diuji dengan menggunakan instrumen Test Of Integrated

    Process Skills I&II (TIPS I&II) yang dibangunkan oleh Okey, Wise dan Burns (1983)

    dan diubahsuaikan oleh Samini (1986) dengan kebolehpercayaan, = 0.89. Manakala

    minat terhadap mata pelajaran Sains telah diuji dengan menggunakan sebahagian

    daripada instrumen Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) dengan

    kebolehpercayaan,= 0.85. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik

    deskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik

    inferensi menggunakan ujian-t, ANOVA sehala dan kolerasi Pearson. Keputusan kajian

    mendapati bahawa tahap penguasaan KPSB secara keseluruhan pelajar-pelajar Tahun

    dua adalah sederhana dengan min skor 20.21 (57.68%). Aspek KPSB yang paling

    dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar adalah kemahiran mentafsir maklumat dengan

    min skor 4.83(69.00%). Selain itu, dapatan kajian mendapati bahawa tidak wujud

    perhubungan positif yang signifikan antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap

    mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 yang dikaji. Hasil kajian juga

    menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penguasaan KPSB

    antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dan juga antara pelajar Melayu dengan

    pelajar Cina. Tetapi, dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan bagi penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA pelajar-pelajar.

  • vi

    ABSTRACT

    The aim of this descriptive study was to measure the mastery level of integrated

    science process skills (ISPS) and aspect ISPS which was the most dominant mastery

    among 100 second years students, session 2005/06 which are taking education course

    Science , Chemistry and Physic in Faculty Education, University Technology Malaysia,

    Skudai, Johor. The study also highlighted the differences of mastery of ISPS among the

    students of different sex, CPA level and ethnic groups. Relationship between the

    mastery of ISPS and interests of Science subjects also be determined. Aspects of ISPS

    were measured in this study included controlling variable, identifying hypotheses,

    defining operationally, interpreting data and experimenting. The mastery level of ISPS

    was measured by using Test Of Integrated Process Skills I&II (TIPS I&II) which was

    developed by Okey, Wise and Burns (1983) and modified by Samini (1986) with

    reliability, = 0.89 while the interests of Science subjects was measured by using partial

    Test Of Science Related Attitudes (TOSRA) with reliability, = 0.85. The two types of

    statistic used for this study were the descriptive and inferential statistics. Descriptive

    statistics was use to obtain mean, frequency, percentage and standard deviation while

    inferential statistics which included t-test, one way ANOVA and Pearson Correlation.

    The findings of this study mentioned that as a whole, mastery level of ISPS second year

    students are moderate with score mean 20.21 (57.68%). The aspect of ISPS which are

    the most dominant mastery by the students was skills of interpreting data with score

    mean 4.83 (69.00%). The result showed that there was not a significant positive

    relationship between the mastery of ISPS students and their interests of Science

    subjects. Besides, the results of this study showed that there was a not significant

    difference between female and male students and also Malay and Chinese students in

    their mastery of ISPS. However, the results of this study mentioned that there was a

    significant difference for the students mastery of ISPS based on their CPA level.

  • vii

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL i

    PENGAKUAN PELAJAR ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    ISI KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xii

    SENARAI RAJAH xiv

    SENARAI SINGKATAN xv

    SENARAI LAMPIRAN xvi

    BAB TAJUK

    SATU PENGENALAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 8

    1.4 Objektif Kajian 9

    1.5 Persoalan Kajian 10

    1.6 Hipotesis Kajian 11

    1.7 Batasan Kajian 11

    1.8 Kepentingan Kajian 12

    1.9 Kerangka Konsep Kajian 13

    1.10 Definisi Operasional 14

    1.10.1 Tahap Penguasaan 14

    1.10.2 Kemahiran Proses Sains Bersepadu 15

  • viii

    1.10.3 Kemahiran Membuat Hipotesis 15

    1.10.4 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 16

    1.10.5 Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi 16

    1.10.6 Kemahiran Mentafsir Maklumat 17

    1.10.7 Kemahiran Mengeksperimen 17

    1.11 Penutup 18

    DUA SOROTAN PENULISAN 19

    2.1 Pengenalan 19

    2.2 Kemahiran Saintifik 19

    2.3 Kemahiran Proses Sains (KPS) 22

    2.4 Kepentingan KPS Dalam Pengajaran

    Dan Pembelajaran Sains 25

    2.5 Pengaplikasian KPS 27

    2.5.1 Pengaplikasian KPS di Universiti

    Teknologi Malaysia. 28

    2.5.2 Pengaplikasian KPS di Peringkat

    Sekolah Menengah. 29

    2.6 Kajian Tentang Peranan Guru Dalam

    Penerapan KPS 29

    2.7 Kajian Tentang KPS Secara Umum. 32

    2.7.1 Kajian Tentang KPS di Peringkat

    Institusi Pengajian Tinggi. 32

    2.7.2 Kajian Tentang KPS di Peringkat

    Sekolah Menengah. 35

    2.8 Kajian Hubungan Antara Penguasaan KPS

    Dengan Minat Terhadap Sains 38

    2.9 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Jantina. 39

    2.10 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan Bangsa. 40

    2.11 Kajian Penguasaan KPS Berdasarkan

    Kedudukan CPA 40

    2.12 Penutup 41

  • ix

    TIGA METODOLOGI 43

    3.1 Pengenalan 43

    3.2 Reka Bentuk Kajian 43

    3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 44

    3.4 Instrumen Kajian 45

    3.5 Kajian Rintis 47

    3.6 Prosedur Kajian 48

    3.7 Cara Pengumpulan Data 50

    3.8 Analisis Data 50

    3.8.1 Analisis Tahap Penguasaan KPSB 50

    3.8.2 Analisis KPSB Yang Paling Dominan

    Dikuasai Oleh Pelajar-Pelajar. 51

    3.8.3 Analisis Hubungan Penguasaan KPSB

    Dengan Minat Terhadap Sains. 52

    3.8.4 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

    Berdasarkan Jantina 54

    3.8.5 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

    Berdasarkan Bangsa 54

    3.8.6 Analisis Perbezaan Penguasaan KPSB

    Berdasarkan Kedudukan CPA 55

    3.9 Penutup 55

    EMPAT PENGANALISAAN DATA 56

    4.1 Pengenalan 56

    4.2 Latar Belakang Responden 56

    4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

    4.2.2 Taburan Responden Mengikut

    Kedudukan CPA 57

    4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

    4.2.4 Taburan Responden Mengikut Minat

    Terhadap Mata Pelajaran Sains 58

    4.3 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 59

    4.3.1 Tahap Penguasaan KPSB Secara

    Keseluruhan 60

  • x

    4.3.2 KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai

    Oleh Pelajar-Pelajar 62

    4.4 Analisis Hipotesis Kajian 64

    4.4.1 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan

    Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains. 64

    4.4.2 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Jantina. 65

    4.4.3 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Bangsa. 66

    4.4.4 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Kedudukan CPA 67

    4.5 Penutup 68

    LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 70

    5.1 Pengenalan 70

    5.2 Rumusan Kajian 70

    5.3 Perbincangan Kajian 73

    5.3.1 Tahap Penguasaan KPSB Secara

    Keseluruhan 73

    5.3.2 KPSB Yang Paling Dominan Dikuasai Oleh

    Pelajar-Pelajar 75

    5.3.3 Hubungan Antara Penguasaan KPSB Dengan

    Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains. 76

    5.3.4 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Jantina 76

    5.3.5 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Bangsa 77

    5.3.6 Perbezaan Penguasaan KPSB Berdasarkan

    Kedudukan CPA 77

    5.4 Cadangan Tindakan 78

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 80

    5.6 Penutup 81

  • xi

    RUJUKAN 83

    LAMPIRAN A 93

    LAMPIRAN B 110

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Markah KPS Berdasarkan Maktab 5

    2.1 Penerangan Kemairan Proses Sains Asas 23

    2.2 Penerangan Kemairan Proses Sains Bersepadu 24

    3.1 Populasi kajian Dan Sampel Kajian 44

    3.2 Nombor-nombor Item Bagi Setiap KPSB Dalam Ujian

    TIPS I&II 47

    3.3 Tahap Penguasaan KPSB Dengan Peratus Markah 51

    3.4 Pengkelasan Skala Empat Mata 52

    3.5 Sela Min Bagi Tahap Keminatan Terhadap Mata Pelajaran

    Sains 53

    3.6 Klasifikasi Koefisien Pearson Mengikut Rowntree 53

    4.1 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 57

    4.2 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kedudukan

    CPA 57

    4.3 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa 58

    4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Minat

    Terhadap Mata Pelajaran Sains 59

    4.5 Taburan Skor Bagi Ujian KPSB 60-61

    4.6 Statistik Diskriptif Bagi Ujian KPSB 61

    4.7 Frekuensi Skor Dan Statistik Diskriptif Bagi Setiap KPSB 63

    4.8 Analisis Korelasi Di Antara Minat Terhadap Mata Pelajaran

    Sains Dengan Penguasaan KPSB 64

    4.9 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar

    Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 66

    4.10 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan KPSB Di Antara Pelajar

  • xiii

    Melayu Dengan Pelajar Cina 67

    4.11 Statistik Diskriptif Berdasarkan Kedudukan CPA 67

    4.12 Ujian ANOVA Sehala Antara Penguasaan KPSB Dengan

    Kedudukan CPA 68

  • xiv

    SENARAI RAJAH

    NO. TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Kerangka Konsep Kajian 13

    2.1 Komponen Kemahiran Saintifik 21

    3.1 Carta alir: Prosedur Kajian Perlaksanaan Projek Sarjana Muda 49

    4.1 Taburan Responden Mengikut Lima Kategori Tahap

    Penguasaan KPSB 62

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    SINGKATAN NAMA PENUH

    CPA Purata Himpunan Mata Nilai

    FP Fakulti Pendidikan

    KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    KPS Kemahiran Proses Sains

    KPSA Kemahiran Proses Sains Asas

    KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu

    PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

    RRJP2 Rangka Rancangan Jangka Panjang ke-2

    SPC Sarjana Muda Sains Pendidikan (Kimia Minor Matematik)

    SPF Sarjana Muda Sains Pendidikan (Fizik Minor Matematik)

    SPK Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Kimia)

    SPN Sarjana Muda Sains Pendidikan (Sains)

    SPP Sarjana Muda Sains Pendidikan Serta Komputer (Fizik)

    SPSS Statistical Packages For Social Science

    TIPS I & II Test Of Integrated Process Skill I & II

    TOSRA Test Of Science Related Attitudes

    UKBSL Ujian Kemahiran Berfikir Secara Logik

    UKPS Ujian Kemahiran Proses Sains

    UTM Universiti Teknologi Malaysia

  • xvi

    SENARAI LAMPIRAN

    NO TAJUK

    Lampiran A Borang Soal Selidik Dan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu

    Lampiran B Sinopsis Kursus SPS 3121 / SPN 2121: Pendidikan Amali Kimia 1

  • BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pengenalan

    Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahatir bin Mohamad pada 28

    Febuari 1991 telah menyatakan bahawa hasratnya untuk menjadi Malaysia sebagai

    sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara inti ucapan beliau ialah untuk

    menwujudkan masyarakat saintifik yang progresif, yang bukan sebagai menjadi

    pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan

    teknologi masa depan. Daripada perspektif pendidikan, ada dinyatakan dalam

    Rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP2) di mana usaha-usaha dalam

    bidang pendidikan dan latihan akan diteruskan untuk melahirkan warganegara yang

    mempunyai imbangan yang bersesuaian antara pengetahuan dan kemahiran dengan

    memberi tumpuan kepada sains dan teknologi, nilai-nilai rohani dan moral yang

    tinggi, rasa bertanggungjawab, berdaya cipta, bermudah lentur diri dan berupaya

    memberi sumbangan berkesan kepada pembangunan negara yang harmoni, makmur

    dan bersatu.

    Bagi mendorong hasrat negara menjelang tahun 2020 untuk melahirkan

    pekerja mahir dan separuh mahir, peranan guru amat penting. Guru perlu

    menerapkan konsep kemahiran saintifik yang berasaskan sains dan teknologi dalam

    pengajaran mereka. Menurut Mohd. Najid (1997), di dalam pengajaran sains,

    perkara-perkara berikut perlu dipenuhi iaitu aktiviti yang aktif berpusat kepada

    pelajar; penumpuan kepada tahap kognitif kemahiran tinggi iaitu inkuiri, analisis,

    sintesis dan penilaian; peluang kepada pelajar untuk terlibat dan proses pengajaran

  • 2

    dan pembelajaran; situasi interaktif supaya pelajar boleh belajar melalui sistem

    sosial dalam institusi dan penilaian yang tidak menggalakkan hafalan semata-mata.

    Kefahaman bahawa proses pengajaran adalah proses memberi fakta dan

    maklumat serta melatih bagaimana fakta itu boleh dihafalkan dan diingati perlu

    diubah. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dan diiktiraf sebagai

    proses pendidikan bersepadu dan menyeluruh dengan maksud menwujudkan situasi

    budaya ilmu yang merangsangkan kesamarataan peluang. Proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan juga adalah yang menggabung elemen-elemen lain yang

    penting seperti pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mewujudkan insan yang

    harmonis disamping bersifat kreaktif dan inovatif.

    Pekerja mahir di abad yang akan datang bukan hanya dapat menjalankan

    tugas dengan efisien dan produktif tetapi juga dapat menyumbang kepada proses dan

    produk. Mereka seharusnya dapat menyumbang dalam dua bidang utama iaitu

    inovasi dan kreativiti. Sekarang diperkatakan bahawa profesion akan menjadi lebih

    khusus dan spesifik. Persaingan akan menjadi lebih sengit dan pembangunan produk

    memerlukan pekerja-pekerja yang boleh berfikir.

    Sejarah telah membuktikan bahawa negara menjadi maju adalah kerana ia

    maju dalam bidang sains dan teknologi seperti kemajuan revolusi industri yang

    berlaku di barat. Kemajuan yang diimport tidak akan menjamin kesejahteraan yang

    berterusan kerana kemungkinan negara akan terus bergantung kepada teknologi dan

    sumber luar adalah sangat besar. Pengantungan dapat dielakkan jika kemahiran

    proses sains sistem pendidikan negara kita dipertingkatkan ( Mohd Najid, 1999).

    Mereka yang terlibat dalam sesuatu industri, kreaktif, sistematik, kritis dan rasional

    yang biasanya dilambangkan melalui fikiran saintifik. Perkara ini boleh bermula

    dengan menerapkan sikap dan kemahiran dari peringkat rendah lagi iaitu bermula di

    dalam bilik darjah. Pengalaman di dalam bilik darjah ini diharap dapat memberi

    pengajaran dan seterusnya kemahiran yang perlu kepada para pelajar yang akan

    menjadi tenaga kerja pada masa akan datang. Implikasinya, salah satu matlamat

    pembangunan pendidikan 2001-2010 adalah untuk melahirkan insan yang dapat

    membudayakan sains dan teknologi serta berkreaktif dan berinovasi. Ini adalah

    kerana ketiga-tiga ciri tersebut adalah sangat penting untuk merealisasikan cabaran

  • 3

    keenam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif

    (Ariffin, 2000).

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Penguasaan kemahiran saintifik telah diberi penekanan dalam kurikulum

    kebangsaan di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti kurikulum sains

    sekolah rendah dan kurikulum mata pelajaran sains lain dalam KBSM (PPK, 1994).

    Penekanan ini adalah sejajar dengan kehendak negara yang sedang menuju ke arah

    status negara maju serta mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

    Penguasaan kemahiran saintifik ini amat penting bagi membolehkan pelajar

    mengkaji dan memahami alam melalui pendekatan inkuiri. Pengajaran dan

    pembelajaran sains bukan lagi bertujuan melatih pelajar mengingat dan menghafal

    fakta dan prinsip tetapi mendidik pelajar untuk menggunakan akal fikiran secara

    kreaktif dan kritis dalam mencari pengetahuan. Oleh yang demikian, sains mendidik

    dan membentuk individu untuk menggunakan akal fikiran secara logik bagi

    menerangkan perkara-perkara yang berlaku di sekitar kehidupan di samping mencari

    penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

    Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan

    kemahiran manipulatif adalah kemahiran-kemahiran yang tersangat penting untuk

    memupuk sikap kreaktif dan kritis pelajar dalam mencari penyelesaian terhadap

    sesuatu masalah. Menurut Brunner dalam Tobin dan Capie (1980), menyatakan

    terdapat pertalian antara kemahiran proses sains dengan keupayaan menaakul secara

    formal. Hasil kajian Tobin dan Capie (1980) mendapati bahawa pelajar-pelajar

    sekolah menengah masih tidak berupaya menggunakan KPS dalam pembelajaran

    mereka.

    Terdapat juga beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain

    seperti Burns et.al. (1985), Samini (1986), Chong (1990), Vantipa Roadvangka et al

    (1996), Zaliha (1998), Saleha (2000), Sabri (2002), Wong (2003) dan lain-lain

    terhadap tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah.

  • 4

    Hasil kajian yang diperolehi oleh hampir kesemua pengkaji menunjukkan bahawa

    tahap penguasaan KPS di kalangan pelajar sekolah menengah adalah pada tahap

    yang sederhana sahaja. Jikalau keadaan sebegini masih diteruskan, maka cabaran

    keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif

    serta berteknologi tinggi akan susah tercapai.

    Hal ini terjadi kerana didapati bahawa sebahagian guru sains masih

    cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang

    berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan ke atas kesepaduan aspek

    kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Di samping itu, mereka tidak berusaha

    mengembangkan kemahiran saintifik pelajar sebaliknya memberi penekanan untuk

    menghabiskan sukatan pelajaran daripada menjalankan aktiviti pemerolehan KPS.

    Keputusan kajian ini diperoleh daripada hasil kajian yang dijalankan oleh

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1998 yang bertujuan untuk

    meninjau tahap penguasaan KPS murid-murid sekolah menengah di sekolah

    kebangsaan. Akibatnya, kebanyakan pelajar Tingkatan Empat tidak dapat

    menjalankan prosedur-prosedur makmal yang ringkas dengan memuaskan

    sungguhpun telah mengikuti pelajaran sains berasaskan amali beberapa tahun

    persekolahan. Ini adalah kerana amali sains yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di

    makmal lebih berbentuk resipi. Segala prosedur eksperimen telah distruktur

    dengan lengkap dalam buku teks atau buku kerja amali (Abu Hassan, 2001). Pelajar

    tidak berpeluang terlibat secara langsung untuk merancang sesuatu aktiviti

    penyiasatan. Ini telah mengakibatkan pengaplikasian kemahiran berfikir secara

    kreaktif dan kritis yang jarang di dalam pembelajaran Sains pelajar-pelajar. Lama-

    kelamaan, pelajar-pelajar akan malas berfikir dan seterusnya mempengaruhi

    keupayaan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian.

    Memandangkan situasi atau keadaan yang kronik telah terjadi ke atas tahap

    penguasaan KPS yang rendah di kalangan pelajar-pelajar, maka persoalannya adalah

    siapakah yang harus bertanggungjawab terhadap fenomena ini. Terdapat tiga pihak

    utama yang boleh dipertimbangkan iaitu para murid, para guru dan penggubal

    kurikulum. Walaubagaimanapun, terdapat banyak rungutan menyatakan bahawa

    kurang penguasaan KPS dan tidak mempunyai asas sains yang kukuh di dalam diri

    guru menjadi punca utama kejadian ini berlaku.

  • 5

    Menurut McDermott (1992) dan Holroyd dan Harlen (1996) menyatakan

    bahawa guru yang mengajar sains kurang yakin serta kurang pengetahuan dalam

    KPS yang mereka kena ajar berbanding dengan guru kurikulum lain. Pernyataan ini

    disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz (2001). Beliau telah

    menjalankan satu kajian ke atas tahap penguasaan KPS guru pelatih Maktab

    Penguruan Zon Utara. Dapatan kajian menunjukkan hampir semua guru pelatih di

    semua maktab yang dikaji didapati tidak menguasai kemahiran-kemahiran proses

    sains. Hanya guru pelatih MPSAH (menguasai KPS asas dan keseluruhan) dan

    MPTB (menguasai hanya KPS asas) yang ada sedikit KPS. Min dan sisihan lazim

    bagi setiap keputusan kajian boleh merujuk kepada Jadual 1.1. Ketidakupayaan

    guru-guru pelatih ini menguasai KPS sangat mengecutkan beliau. Beliau tidak

    memahami bahawa kenapa setelah mengikuti hampir semua sukatan pelajaran

    kurikulum sains Kursus Diploma Penguruan Malaysia (KDPM) selama lima

    semester, guru-guru pelatih ini masih gagal menguasai KPS walaupun KPS asas.

    Jadual 1.1: Markah KPS berdasarkan maktab

    Maktab Markah KPS Asas KPS Bersepadu

    KPS

    Min 19.5926

    11.8889 31.4815 Maktab Perguruan Tuanku Bainun

    (MPTB) Sisihan lazim

    3.5546 2.9133 5.9960

    Min 16.9167

    10.1667 27.0833 Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPPP) Sisihan

    lazim 2.9623 1.7110 3.9000

    Min 20.0870

    12.2174 32.3043 Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim

    (MPSAH) Sisihan lazim

    2.132 1.8080 3.0960

    Min 17.0323

    10.6457 27.6774 Institusi Perguruan Darul Aman

    (IPDA) Sisihan lazim

    2.5882 2.6147 4.4451

    Min 18.3333

    11.2000 29.5333 Jumlah

    Sisihan lazim

    3.1704 2.4754 5.0174

  • 6

    Keputusan kajian yang dijalankan oleh Mohd Yaziz bin Ismail (2001) telah

    disokong oleh keputusan kajian yang didapati oleh pengkaji-pengkaji seperti Leong

    (2003) dan Tan (2003). Semua daripada mereka telah menjalankan kajian tentang

    tahap penguasaan KPS ke atas pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti

    Teknologi Malaysia. Leong (2003) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan

    mengkaji tahap penguasaan kemahiran membuat pemerhatian, kemahiran mengelas,

    kemahiran membuat hipotesis dan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar

    Tahun empat, Fakulti Pendidikan, UTM, kampus Skudai. Dapatan kajian

    menunjukkan tahap penguasaan keempat-empat KPS di mana kemahiran memerhati,

    mengelas dan berkomunikasi berada pada tahap yang baik dengan peratus min

    masing-masing ialah 78.30%, 71.00% dan 64.50%. Manakala kemahiran membuat

    hipotesis berada pada tahap yang sederhana dengan peratus min hanya 50.60%

    sahaja. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Fakulti

    Pendidikan, UTM masih tidak memuaskan.

    Menurut Tan (2003) pula, beliau telah mengkaji tentang tahap penguasaan

    kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mentafsir maklumat, kemahiran

    mengeksperimen dan kemahiran membuat inferens ke atas pelajar Tahun 3 dan 4

    yang mengambil subjek Biologi di Fakulti Pendidikan, UTM. Satu-satunya KPS

    asas yang dikaji oleh beliau iaitu kemahiran membuat inferens didapati dapat

    dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar iaitu sebanyak 65.25%. Tetapi keputusan

    yang agak mengecewakan adalah KPSB pelajar-pelajar universiti ini adalah pada

    tahap yang sederhana sahaja iaitu kemahiran mengawal pembolehubah (55.70%),

    kemahiran mentafsir maklumat (56.44%) dan kemahiran mengeksperimen (52.47%).

    Sebagaimana yang diketahui, KPSB sepatutnya telah dikuasai oleh mereka semasa di

    sekolah menengah. Pendek kata, tahap penguasaan KPSB di kalangan bakal-bakal

    guru di UTM masih pada tahap yang tidak memuaskan.

    Sebagaimana yang diketahui, terdapat juga satu kursus yang khas untuk

    kemahiran saintifik yang ditawarkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia iaitu

    SPS2032 Kemahiran Saintifik. Dalam subjek ini, huraian mengenai apakah yang

    dimaksudkan dan aspek yang terdapat dalam kemahiran saintifik dibincang secara

    terperinci dengan memberi contoh yang sesuai serta petunjuk penting bagi setiap

    proses yang terlibat. Selain itu, subjek ini turut membincangkan peranan yang perlu

  • 7

    dimainkan oleh guru untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran proses

    Sains supaya mereka dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dengan bersisitem dan

    berkesan. Walaupun pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan telah mengikuti subjek

    Kemahiran Saintifik ini, didapati bahawa KPSB mereka masih dalam tahap yang

    tidak memuaskan menurut keputusan kajian yang diperoleh oleh Leong (2003) dan

    Tan (2003). Tetapi subjek ini tidak ditawarkan untuk pelajar-pelajar kemasukan

    UTM Tahun 2001/02.

    Pada peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah pula, kursus yang

    khas untuk kemahiran saintifik tidak ditawarkan. Tetapi, kemahiran saintifik ini

    banyak diaplikasikan dalam subjek-subjek Sains seperti Kimia, Fizik, Biologi, Sains

    Tambahan dan Sains Teras. Kabanyakan kemahiran saintifik ini akan diterapkan

    sewaktu menjalankan eksperimen atau dalam Penilaian Kerja Amali (PEKA).

    Sebagaimana yang diketahui, di negara kita , inovasi penilaian sains

    melibatkan kemahiran proses dan manipulatif sains. Inovasi ini telah dilaksanakan

    pada tahun 1997 oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia

    (Lembaga Peperiksaan 1997). Untuk sekolah rendah, guru-guru sains tahun 6

    diarahkan untuk menilai pelajar-pelajar mereka dari bulan Mac sehingga bulan Julai.

    Untuk sekolah menengah pula, guru-guru mata pelajaran Fizik, Biologi dan Kimia

    diperlukan menilai kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan pengamalan

    nilai murni dan sikap saintifik pelajar-pelajar sains Tingkatan 4 dan 5 dengan

    berpandukan kriteria-kriteria penilaian yang terkandung di dalam Buku Panduan

    Penilaian Kerja Amali (PEKA).

    Oleh kerana kemahiran proses sains ini merupakan aspek-aspek pemikiran

    yang penting dalam kaedah saintifik, persoalan yang perlu ditanya ialah "Adakah

    guru-guru sains di negara kita sendiri mempunyai tahap pengetahuan kemahiran

    proses sains yang mencukupi untuk membimbing pelajar-pelajar mempelajari sains

    dengan bermakna yang berlandaskan unsur-unsur penyiasatan saintifik? Atau

    dengan kata lain, "Adakah guru-guru sains di negara kita berupaya untuk

    membimbing pelajar untuk memperolehi asas saintifik yang kukuh bagi

    membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan penyiasatan saintifik yang sah

    dan yang boleh dipercayai?

  • 8

    Dengan itu, adalah sewajarnya suatu kajian dijalankan untuk mengkaji tahap

    penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 jurusan Sains di Fakuiti

    Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia. Ini adalah kerana

    mereka merupakan bakal-bakal guru sains yang akan mengajar mata pelajaran sains

    (Kimia, Fizik dan Sains) di sekolah kelak. Menurut Azizah (1999), guru sebagai

    pelaksana kurikulum pendidikan sains harus memikul tanggungjawab untuk

    menerapkan dan mengajar KPS semasa pengajaran mata pelajaran sains. Oleh itu,

    adalah penting bagi bakal-bakal guru menguasai KPS supaya dapat mengajar dan

    membimbing pelajar untuk menggunakan kemahiran ini dalam aktiviti-aktiviti

    inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah. Ini disokong oleh Jaus (1975) yang

    menyatakan bahawa kalau matlamat pendidikan sains adalah untuk

    memperkembangkan KPS maka langkah yang paling wajar untuk mencapai

    matlamat tersebut adalah melahirkan guru-guru yang menguasai kemahiran itu.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Mata pelajaran sains termasuklah Sains Teras, Kimia dan Fizik yang

    menekankan KPS telah lama diajar dan dipelajari oleh pelajar-pelajar di Fakulti

    Pendidikan, Kampus Skudai, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pelajar-pelajar

    telah mempelajari KPS sebelum masuk ke universiti dan juga semasa di unversiti.

    Persoalannya, adakah semua pelajar yang telah mempelajari KPS selama bertahun-

    tahun ini telah menguasai KPS tersebut? Mengikut kajian yang dijalankan oleh

    Jaus(1975) menyatakan bahawa bakal-bakal guru mempunyai tahap penguasaan KPS

    yang lemah dalam ujian yang dijalankan oleh beliau walaupun bakal-bakal guru ini

    telah mengambil kursus penguasaan KPS untuk tempoh minimum 15 jam.

    Keputusan kajian Jaus (1975) disokong oleh Leong (2003) dan Tan (2003) di mana

    kedua-duanya telah menjalankan kajian ke atas tahap penguasaan KPS bakal-bakal

    guru UTM. Mereka mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran poses sains

    asas (KPSA) bakal-bakal guru UTM berada pada tahap yang baik tetapi sebahagian

    KPSB yang dikaji oleh mereka berada pada tahap yang sederhana sahaja.

    Sebagaimana yang diketahui, KPS bersepadu sepatutnya telah dikuasai oleh mereka

    semasa di sekolah menengah. Maka, satu kajian yang terperinci bertujuan untuk

  • 9

    mengukur tahap penguasaan KPSB iaitu kemahiran mengenalpasti hipotesis,

    kemahiran mengawal pembolehubah, kemahiran mendefinisi secara operasi,

    kemahiran mentafsir maklumat dan kemahiran mengeksperimen di kalangan pelajar-

    pelajar jurusan sains (Sains teras, Kimia dan Fizik) Tahun 2 di Fakulti Pendidikan,

    Kampus Skudai, UTM perlu dijalankan.

    1.4 Objektif Kajian Terdapat enam objektif utama yang dikemukakan ke atas kajian ini iaitu

    untuk:

    (i) mengukur tahap penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2

    sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di

    Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

    (ii) mengenalpasti aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajar-

    pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras, Kimia

    dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

    (iii) melihat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat terhadap

    mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06

    yang mengambil kursus Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti

    Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

    (iv) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan jantina di kalangan

    pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,

    Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

    (v) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan bangsa di kalangan

    pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus Sains teras,

    Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

  • 10

    (vi) melihat perbezaan penguasaan KPSB berdasarkan kedudukan CPA di

    kalangan pelajar-pelajar Tahun 2 sesi 2005/06 yang mengambil kursus

    Sains teras, Kimia dan Fizik di Fakulti Pendidikan, UTM, Kampus Skudai.

    1.5 Persoalan Kajian Melalui kajian ini, beberapa persoalan seperti berikut dikemukakan:

    (i) Apakah tahap penguasaan KPSB pelajar-pelajar Tahun2, jurusan Sains,

    sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

    (ii) Apakah aspek KPSB yang paling dominan dikuasai oleh pelajar-pelajar

    Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

    (iii) Adakah terdapat hubungan di antara penguasaan KPSB dengan minat

    terhadap mata pelajaran Sains di kalangan pelajar-pelajar Tahun2, jurusan

    Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai?

    (iv) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

    Tahun 2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

    berdasarkan jantina?

    (v) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

    Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

    berdasarkan bangsa?

    (vi) Adakah terdapat perbezaan penguasaan KPSB di kalangan pelajar-pelajar

    Tahun2, jurusan Sains, sesi 2005/06, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

    berdasarkan kedudukan CPA ?