KKBI BMM3117 PPG 2014 (2).docx

4
NAMA PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru (PPG) NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu SR SEMESTER : 6/2014 TARIKH MULA : 12 Februari 2014 TARIKH HANTAR : 12 Mac 2014 Hasil Pembelajaran Tugasan : 1. Mengaplikasikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah; 2. Mengaplikasikan komponen pengajaran mikro dan makro dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 3. Mempelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi,kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif; 4. Mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah; 5. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum. Projek ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5 Objektif Projek : Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut: 1. Mendapatkan maklumat dan menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR TUGASAN PROJEK

description

bmm3117

Transcript of KKBI BMM3117 PPG 2014 (2).docx

BA (Hons) in Primary Education

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWARTUGASAN PROJEK

NAMA PROGRAM : Program Pensiswazahan Guru (PPG)

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu SRSEMESTER : 6/2014

TARIKH MULA : 12 Februari 2014TARIKH HANTAR : 12 Mac 2014

Hasil Pembelajaran Tugasan : 1. Mengaplikasikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah;

2. Mengaplikasikan komponen pengajaran mikro dan makro dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

3. Mempelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi,kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif;

4. Mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah;

5. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum.

Projek ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4 dan 5

Objektif Projek :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut:

1. Mendapatkan maklumat dan menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

2. Menghasilkan satu RPH yang mengandungi elemen KBAT dengan mengaplikasikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan salah satu tema yang terkandung dalam bahasa Malaysia KSSR.

3. Melaksanakan satu langkah pengajaran mikro yang mengandungi elemen KBAT berdasarkan RPH yang dibina.

4. Refleksi yang dilalui semasa penyediaan RPH dan pelaksanaan pengajaran mikro yang mengandungi elemen KBAT Bahasa Malaysia KSSR.Tugasan Projek (100%)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkualiti dapat mencapai objektif pelajaran yang ditetapkan. Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik, menarik dan berkesan. Dengan mengaplikasikan elemen KBAT dalam aktiviti yang dirancang, murid-murid mampu berfikir secara inovatif dan kreatif pada sepanjang masa. Berdasarkan kenyataan yang diberikan, anda dikehendaki melengkapkan tugasan di bawah ini.

1.Pelajar dikehendaki mendapatkan maklumat dan menghuraikan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa (20%)

2. Pelajar dikehendaki menghasilkan satu RPH yang mengandungi elemen KBAT dengan mengaplikasikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan salah satu tema yang terkandung dalam Bahasa Malaysia KSSR . (30%)

3. Pelajar juga dikehendaki melaksanakan satu langkah pengajaran mikro yang mengandungi elemen KBAT berdasarkan RPH yang dibina. (40%).

4. Menjelaskan refleksi yang dilalui semasa penyediaan RPH dan pelaksanaan pengajaran mikro yang mengandungi elemen KBAT Bahasa Malaysia KSSR. (10%)

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 1. Pengajaran mikro boleh dijalankan terhadap satu kelas atau satu kumpulan kecil pelajar.1. Menghasilkan satu RPH yang mengandungi elemen KBAT dengan mengaplikasikan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan salah satu tema yang terkandung dalam Bahasa Malaysia KSSR. 1. Semasa mengajar, anda perlu mengambil gambar aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau rakaman video.1. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet. Rujukan ini tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.1. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA ( American Psychological Association)1. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah. 1. Format penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut :7.1 Font Arial7.2 langkau 1.57.3 Saiz huruf 11 point7.3 Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.1. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.1. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15 muka surat (tidak termasuk persembahan visual ).1. Borang Maklum Balas Tugasan mesti disertakan.1. Tugasan mesti dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.1. Tugasan yang dihantar lewat tanpa alasan yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut:

1.Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2.Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.3.Penjelasan definisi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran jelas, bersesuaian dan berkualiti.4.Penulisan esei menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap.5.Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap serta mengandungi elemen KBAT mengikut format, tersusun dan kreatif. 6.Pilihan langkah pengajaran mikro yang mengandungi elemen KBAT menarik, lancar, bersesuaian dan menepati skema pemarkahan yang ditetapkan.7.Refleksi yang kritis ke atas pengalaman menyediakan tugasan.8.Rujuk daripada sumber akademik yang luas.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

____________________________ ______________________

(MASTURA BINTI MOHAMED BERAWI) ( )

Penyelaras Kursus BMM3117 Pakar Bidang BMM3117Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian MelayuIPGK Raja Melewar IPGK Raja Melewar

Disahkan oleh:

_________________________

(AZMI BIN AYUB)Ketua JabatanJabatan Pengajian MelayuIPGK Raja Melewar

1