KKBIPJM3106

download KKBIPJM3106

of 15

description

1

Transcript of KKBIPJM3106

PENGHARGAANSyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan Projek PJM3106 Anatomi dan Fisiologi dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Ucapan ribuan terima kasi ditujukan khas kepada pensyarah kami iaitu Encik Adib kerana telah banyak membimbing kami dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau juga sudi berkongsi ilmu pengetahuan dan banyak mencurahkan pendapatnya untuk penambahbaikan tugasan ini.Kami amat bersyukur kerana dalam proses menyiapkan tugasan ini telah banyak ilmu yang kami perolehi. Dalam perbincangan bersama ahli-ahli kumpulan, kami banyak menghabiskan masa bersama berbincangan dan memikirkan program senaman yang sesuai untuk dijalankan bagi mengira kadar denyutan nadi masing-masing. Terima kasih juga ditujukan kepada ahli-ahli kumpulan kami di atas kerjasama dan komitmen masing-masing dalam menyiapkan tugasan ini.Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang lain yang bersama-sama memberi semangat dan pertolongan secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pelaksanaan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

PENGENALANAntara fungsi utama sistem rangka adalah pergerakan. Pergerakan manusia melibatkan juga pergerakan sendi. Pengetahuan dan kefahaman tentang pergerakan dan penggunaan sendi dapat membantu guru mengenalpasti pergerakan yang betul dan sesuai kepada pelajar. Oleh itu, aktiviti senaman merupakan satu aktiviti yang sesuai dan dapat menggambarkan sesuatu pergerakan yang melibatkan fungsi sistem rangka, sistem otot dan sistem saraf yang saling berhubungkait antara satu sama lain. Oleh itu, untuk menilai tahap kecergasan seseorang individu maka kadar denyutan nadi diambil kira bagi memastikan tahap kecergasan masing-masing. Kadar denyutan nadi rehat adalah suatu tanda tahap kecergasan aerobik seseorang individu. Suatu program aerobik akan mempertingkatkan kecergasan jantung kita. Oleh itu, formula pengiraan kadar denyutan nadi karvonen merupakn salah satu kaedah pengiraan kadar denyutanb nadi untuk menentukan intensiti latihan atau senaman kita.Untuk semester ini, kami dikehendaki merancangkan satu program senaman untuk menentukan kadar denyutan nadi masing-masing dan mengenalpasti kepetingan pengiraan kadar denyutan nadi. Program senaman yang kami laksanakan ialah lompat bintang. Program ini menumpukan kepada pergerakan lokomotor. Pergerakan ini melibatkan pergerakan badan pada bahagian atas badan dan bahagian bawah badan iaitu kaki iaitu melompat dengan tangan didepakan secara lurus dan seterusnya menghala ke atas agar kedua-dua tapak tangan bertemu. Oleh itu, gerakan lokomotor kasar ini melibatkan aktiviti yang menggunakan otot besar dan bahagian yang ditumpukan ialah bahagian belakang badan dan kaki.Di samping itu, tugasan ini juga adalah untuk mengenalpasti prosedur pengiraan kadar denyutan nadi. Prosedur pengiraannya berdasarkan cara pengambilannya, formula yang digunakan dan hasil yang diperolehi dengan menggunakan intensiti antara 60% hingga 80%. Berdasarkan tugasan ini, kami sekumpulan telah membuat pengiraan kadar denyutan nadi rehat dan kadar nadi latihan serta membuat perbandingan untuk proses analisis dapatan projek kami.

DEFINISI KADAR DENYUTAN NADI Kadar denyutan nadi adalah berapa kali nadi anda berdetik dalam masa seminit. Nadi boleh mengukur kadar denyutan nadi dengan merasa arteri nadi apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung. Nadi dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, denyutan nadi diukur pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'.

Rajah 1 Titik untuk mengesan kadar denyutan nadi

CARA MENGUKUR DENYUTAN NADIDiagnos penyakit melalui perabaan (palpasi) denyut nadi telah dilakukan manusia sejak zaman dahulu lagi. Pada awalnya perabaan denyut nadi dilakukan pada beberapa organ tubuh seperti leher, pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Namun demekian perabaan pergelangan tangan lebih sering digunakan dan berkembang hingga sekarang.Nadi timbul akibat jantung mendorong darah di dalam nadi, kerana itu gerakan nadi berhubung langsung dengan jantung. Denyutan nadi juga berhubungan dengan organ-organ tubuh yang lain, seperti paru-paru, limpa, lambung, hati dan ginjal. Perubahan yang terjadi pada denyutan nadi akan mempengaruhi perubahan pada organ-organ lain dalam tubuh yang sekaligus memberikan gambaran terhadap keadaan tubuh serta kelainan-kelainan yang terjadi. Melalui nadi kita juga dapat memantau perkembangan penyakit serta memperkirakan prognosisnya. Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telingaUntuk memulakan pengiraan, cari titik denyutan nadi. Kebiasaanya, nadi dikira pada pergelangan tanagn kerana kedudukannya yang mudah untuk merasa kadar denyutan nadi. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit. Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher.Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman.Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi anda pada waktu pagi atau semasa duduk tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.

KEPENTINGAN PENGIRAAN NADI SEMASA SENAMAN Mengukur tahap kesihatan seseorang Mengetahui tahap kadar nadi yang normal Mengukur dan mengetahui kadar pemulihan nadi sama ada cepat atau lambat Mengetahui tahap kecergasan seseorang Mengetahui dos latihan yang boleh dilakukan iaitu Kekerapan, Intensiti, Tempoh Untuk mengetahui diri dalam normal atau tidak Mengetahui kesediaan kardiovaskular untuk melakukan aktiviti seterusnya Mengetahui kadar nadi latihan untuk membantu aktiviti latihan supaya mencapai tahap maksimum Merancang dan melakukan tindakan susulan Sebagai alat kawalan Membuatkan jantung bekerja dengan lebih efisyen bagi menyalurkan darah yang secukupnya ke seluruh badan Mengumpulkan data asas dan susulan yang membolehkan penilaian kemajuan peserta program senaman Menyumbangkan data yang berguna untuk penyediaan priskripsi senaman yang melibatkan semua komponen kecergasan Mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf Memotivasikan individu dengan menetapkan sasaran kecergasan yang boleh dicapai

DEFINISI KECERGASAN FIZIKALMasyarakat Greek percaya bahawa kecerdasan dan kemahiran hanya akan berfungsi di kemuncak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat manakala Presiden Kennedy (1960) menyatakan Hardy spirits and tough minds usually inhibit sound bodies. Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor. Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan terbahagi kepada lima komponen utama. Pertama adalah daya tahan kardiovaskular iaitu keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama dan melibatkan keseluruhan badan. Kedua, kelembutan adalah kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak degan bebas dalam julat pergerakan yang maksimum. Ketiga, kekuatan oto iaitu daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimum. Keempat, daya tahan otot iaitu keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimum. Kelima, komposisi badan iaitu merujuk kepada peratus lemak dalam badan.Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor juga terbahagi kepada enam komponen utama. Pertama, koordinasi iaitu kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Kedua, ketangkasan iaitu keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan. Ketiga, kelajuan pula ialah keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat. Keempat, imbangan merupakan jenis koordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang mana dapat mengekalkan keseimbangan. Kelima, masa tindakbalas pula ialah masa yang diperlukan untuk bergerak balas atau memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. Keenam pula kuasa

PROSEDUR PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI

Jadual 1 Graf kadar nadi latihan bagi seseorang individu

Prosedur senaman : Lompat BintangPerlakuan yang dilakukan ialah melompat dengan keadaan kaki di buka sedikit. Selepas itu, ketika melompat tangan didepakan secara lurus dan seterusnya menghala ke atas agar kedua-dua tapak tangan bertemu seperti di dalam gambar rajah berikut:

Rajah A: Aktiviti senaman lompat tinggiRutin cara lompat bintang1. Tetapkan kedudukan secara tegak, dengan kaki rapat dan kedua-dua belah tangan disisi.2. Membengkokkan sedikit lutut dan melonjakkan diri beberapa inci ke udara.3. 4. Ketika di udara, kaki akan dibuka seluas bahu5. Semasa melompat, kaki akan dibuka dan tangan akan diangkat terus ke atas kepala.6. Mendarat dengan kaki rapat dan lutut dibengkokkan sedikit7. Kedua-dua belah tangan akan dibawa semula ke sisi.8. Ulang langkah 2 hingga langkah 5 dalam masa 1 minit.

MATLAMAT1. Membantu meningkatkan tahap kecergasan.

OBJEKTIF1. Meningkatkan kadar nadi simpanan.2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular.3. Meningkatkan daya tahan otot.PERALATAN 1. Stopwatch

SISTEM RANGKA YANG TERLIBAT1. Clavicle2. Scapula3. Humerus4. femur

SISTEM OTOT YANG TERLIBAT:Otot yang terlibat apabila melakukan lompat bintang adalah latisimus dorsi, gestroknemius, quadrisep dan hamstring.1. Latisimus dorsi :2. Gestroknemius : otot ini merupakan dua-bellied otot yang membentuk lengkungan dari belakang kaki. Ianya bermula dengan dua kepala, satu dari setiap sisi distal femur, dan masuk melalui calcaneal besar (Achilles) tendon ke tumit kaki. Ianya merupakan pengerak utama bagi plantar flexion di kaki; disebabkan ini ianya disebut otot jari penari. Jika bahagian tendon tersebut dipotong, seseorang individu sukar untuk berjalan. Kaki akan diseret kerana tumit tidak dapat mengangkat kaki.3. Quadrisep : Quadrisep mengandungi 4 otot iaitu rectus femoris, 3 vactus muscle. Otot vactus berasal dari kawasan femur, rectus femoris berpusat di kawasan pelvis. Keempat-empat otot ini bersatu di dalam kawasan tibial tuberosity yang juga dikenali sebagai patellar ligamen. Kumpulan otot ini memberikan kekuatan pada lutut, contohnya ketika menyepak bola. Ini kerana rectus femoris adalah bahagian persilangan dua sendi iaitu pinggul dan lutut. Ia boleh membantu untuk memberi kelenturan pada pinggul. Kadang kala ianya sebagai kawasan intramuscular untuk suntikan, khususnya pada bayi yang lambat perkembangan otot glutues.4. Hamstring : otot yang membentuk jisim otot dalam bahagian posterior paha. Kumpulan otot ini mengandungi tiga otot iaitu biceps femoris, semimembranous dan semitendinouos. Otot ini berpusat di ischial tuberosity, otot ini adalah sepanjang bahagian paha sehingga memasuki kedua-dua belah kawasan proximal tibia. Tendon ini boleh dirasakan di bahagian belakang paha.

SISTEM SENDI YANG TERLIBAT:1. Sterno-klavikel2. Akromio-klavikel3. Humero-skapular(sendi bahu)

PENGIRAAN KADAR DENYUTAN NADI SETIAP AHLI KUMPULANNama:Umur:

Langkah 1 : Pengiraan Kadar Nadi Rehat (KNR)KADAR NADI REHAT

1234PURATA

Langkah 2 : Pengiraan Kadar Nadi Maksimum (KNM)Kadar Nadi Maksimum = 220 Umur= 220 - ? = ? d/m

Langkah 3 : Pengiraan Kadar Nadi Simpanan (KNS)Kadar Nadi Simpanan = KNM KNR= ? - ?= ? d/m

Langkah 4 : Pengiraan Kadar Nadi Latihan (KNL)Tahap Intensiti Bawah = I x KNS(TIB) = 60% x ? d/m= ? d/m

Had Bawah Kadar Nadi= KNS ( I ) + KNRLaithan (KNL) = ? +?= ? d/mTahap Intensiti Atas= Intensiti x KNS= 80% x ?= ? d/m

Had Atas Kadar Nadi Latihan= KNS (Intensiti) + KNR= ? + ?= ? d/m

Maka, julat KNL ___________ adalah di antara ? sehingga ? d/m.

NamaJantinaUmurKadar Nadi RehatKadar Nadi Maksimum (d/m)Bacaan Kadar Denyutan Nadi Selepas Rehar

Jadual Pengiraan Kadar Nadi:

REKOD DAN GRAF KADAR DENYUTAN NADI SETIAP AHLI SELEPAS AKTIVITINama :ujianm1m2ujianm3m4ujianm5m6ujian

kadarnadi

GRAF

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI ( Nama)

REKOD GRAF KADAR DENYUTAN NADI KESELURUHAN

ujianm1m2ujianm3m4ujianm5m6ujian

Jenny

Noorul

Rachael

Rita

GRAF

ANALISIS GRAF KADAR DENYUTAN NADI ( Nama)

Jadual Analisis Kadar Pengiraan Nadimasa (min)ujianm2m4m6

0

1

2

3

4

5