KKBI_STM

29
Tugasan A (Kajian Lapangan) a) Mengumpul data Saya telah mengumpul data selama 6 hari di Tasik Inspirasi yang berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Masa pengumpulan data adalah berada di antara pukul 5 petang sehingga pukul 5.30 petang, iaitu pada lewat petang setiap hari. Saya telah menggunakan pH meter untuk mengukur nilai pH air tasik. DO meter digunakan untuk mengukur nilai oksigen terlarut (DO) yang boleh didapati di dalam air air tasik dalam unit mg/L. Saya turut menggunakan DO meter untuk mengukur suhu air tasik. Saya menggunakan jaring ikan untuk mengaut benda hidup di dalam air. Kelajuan air juga diperhatikan. Saya telah meletakkan sekeping daun di atas air dan memerhatikan jaraknya bergerak selama 10 saat. Pepejal terampai diperhatikan dengan menggunakan mata sahaja. Segala maklumat yang dikumpul telah dicatatkan di dalam Jadual 1. Hari pH Suhu ( °C) DO (mg/ L) Benda hidup dalam air Kelaju an air Pepejal Terampai 1 8.5 32 5.6 pond snail” (6) ramshorn” (3) Udang (12) Ikan (3) Anak pepatung Statik Tiada 1

description

123

Transcript of KKBI_STM

Page 1: KKBI_STM

Tugasan A (Kajian Lapangan)

a) Mengumpul data

Saya telah mengumpul data selama 6 hari di Tasik Inspirasi yang berdekatan

dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Negeri

Sembilan. Masa pengumpulan data adalah berada di antara pukul 5 petang sehingga

pukul 5.30 petang, iaitu pada lewat petang setiap hari.

Saya telah menggunakan pH meter untuk mengukur nilai pH air tasik. DO meter

digunakan untuk mengukur nilai oksigen terlarut (DO) yang boleh didapati di dalam air

air tasik dalam unit mg/L. Saya turut menggunakan DO meter untuk mengukur suhu air

tasik. Saya menggunakan jaring ikan untuk mengaut benda hidup di dalam air. Kelajuan

air juga diperhatikan. Saya telah meletakkan sekeping daun di atas air dan

memerhatikan jaraknya bergerak selama 10 saat. Pepejal terampai diperhatikan dengan

menggunakan mata sahaja. Segala maklumat yang dikumpul telah dicatatkan di dalam

Jadual 1.

Hari pH Suhu

(°C)

DO

(mg/L)

Benda hidup dalam

air

Kelajua

n air

Pepejal

Terampai

1 8.5 32 5.6 “pond snail” (6)

“ramshorn” (3)

Udang (12)

Ikan (3)

Anak pepatung (1)

Pepatung (2)

Bunga teratai

Rumpai air

Statik Tiada

2 8.2 31 5.0 “pond snail” (4)

“ramshorn” (2)

Udang (7)

Ikan (1)

Anak pepatung (2)

Statik Tiada

1

Page 2: KKBI_STM

Bunga teratai

Rumpai air

3 8.4 33 5.3 “pond snail” (7)

“ramshorn” (4)

Udang (10)

Ikan (4)

Anak pepatung (1)

Pepatung (2)

Bunga teratai

Rumpai air

Statik Tiada

4 8.0 31 5.3 “pond snail” (5)

“ramshorn” (3)

Udang (8)

Ikan (2)

Bunga teratai

Rumpai air

Statik Tiada

5 8.5 32 5.5 “pond snail” (8)

“ramshorn” (2)

Udang (10)

Ikan (1)

Anak pepatung (1)

Pepatung (2)

Bunga teratai

Rumpai air

Statik Tiada

6 8.3 32 5.1 “pond snail” (5)

“ramshorn” (3)

Udang (7)

Ikan (3)

Anak pepatung (2)

Bunga teratai

Statik Tiada

2

Page 3: KKBI_STM

Rumpai air

Purat

a

8.32 31.8 5.3

Jadual 1 : Data Tasik Inspirasi

Selain daripada mengumpul data yang berkaitan kualiti air Tasik Inspirasi, saya

turut melakukan pemerhatian di sekeliling tasik. Saya memerhatikan bahawa tasik

tersebut mempunyai rumput-rumpai yang sangat semak dan tidak dikemas. Selain itu,

tasik tersebut juga tidak diselindungi oleh bayang-bayang pokok yang besar dan

sentiasa terdedah dengan sinaran cahaya matahari dengan sepenuhnya. Terdapat

organisma yang bukan hidup di dalam air turut diperhatikan muncul di sekeliling tasik

seperti pepatung, belalang dan siput.

b) Laporan tentang kualiti air tasik dengan gambar yang sesuai

3

Page 4: KKBI_STM

Data-data yang dikumpul seperti data pH, DO (Dissolved Oxygen), suhu, benda

hidup dalam air, kelajuan air dan pepejal terampai telah digunakan untuk

menganalisiskan kualiti air Tasik Inspirasi. Kualiti air telah dianalisis dengan

berdasarkan jadual kualiti air Malaysia.

Rajah 1 : Jadual Kualiti Air Malaysia

Menurut jadual indeks kualiti air Malaysia, ia terdapat 5 kelas tentang kualiti air

Malaysia. Setiap kelas mewakili kualiti air yang berlainan dan kegunaan airnya.

4

Page 5: KKBI_STM

Jadual 2 : Kegunaan air pada kelas yang berlainan

Kualiti air Tasik Inspirasi adalah berada pada kelas IIA seperti yang dicatatkan di dalam

jadual kualiti air Malaysia. Ia dapat dibuktikan dengan data-data yang dikumpul selama 6

hari di sekitar Tasik Inspirasi.

Nilai pH

Hari 1 2 3 4 5 6

pH 8.5 8.2 8.4 8.0 8.5 8.3

Jadual 3 : Data nilai pH Tasik Inspirasi 6 hari

Waktu pengumpulan data adalah dari pukul 5 petang sehingga pukul 5.30

petang. Proses fotosintesis berlaku pada waktu siang dan boleh mengurangkan amaun

karbon dioksida di dalam air. Pengurangan karbon dioksida di dalam air akan

meningkatkan nilai pH di dalam air. (Kleinholz, 2000) Oleh itu, berdasarkan data pH, ia

adalah berada di antara nilai 8.0 ke 8.5 dengan puratanya setinggi 8.32. Nilai ini

menunjukkan bahawa kualiti air adalah bersifat sedikit alkali. Jika pH air adalah terlalu

tinggi ataupun terlalu rendah, organisma akuatik yang hidup di dalamnya akan mati. Air

5

Kelas Indeks Kualiti Air Kegunaan Air

Kelas I 92.7 – 100.0 Pemeliharaan secara semula jadi

Rawatan air yang sangat minimum

Spesis hidupan air yang sangat sensitif

Kelas II 76.5 – 92.7 Rawatan air konvensional

Spesis hidupan air yang sensitif

Sesuai untuk rekreasi

Kelas III 51.9 – 76.5 Rawatan air lebih menyeluruh

Sesuai untuk haiwan ternakan

Kelas IV 31.0 – 51.9 Sesuai untuk pengairan

Kelas V 0.0 – 31.0 Air yang tidak dapat dimanfaatkan

Page 6: KKBI_STM

yang berada di antara nilai pH 6.5 ke 9.0 adalah sangat bersesuaian dengan

kebanyakan hidupan akuatik. (Environmental, 2015) Oleh itu, terdapat berbagai-bagai

jenis benda hidup dalam air seperti “pond snail”, “romshorn”, ikan, udang, anak

pepatung, rumpai air dan bunga teratai telah diperhatikan di Tasik Inspirasi.

Rajah 2 : Hidupan aquatik di dalam tasik

Sebagai contohnya, “pond snail” dan “romshorn” perlu hidup di dalam air yang

mempunyai nilai pH di antara 7.0 – 9.0 iaitu bersifat sedikit alkali disebabkan oleh

kewujudan ion calsium karbonat di dalamnya. Cengkerang mereka dapat bertumbuh

dengan lebih baik di bawah keadaan ini. (Amistaadt, 2008) Hal ini turut dapat disokong

dengan jadual kualiti air Malaysia. pH air yang berada di antara 6.0 ke 9.0 adalah

berada pada kelas IIA. Kualiti air yang berada pada kelas ini bukan sahaja sesuai untuk

hidupan akuatik malah adalah bersesuaian dengan spesis hidupan yang sensitif juga.

Oleh itu, kualiti air Tasik Inspirasi adalah berada pada tahap yang agak tinggi.

Suhu

Hari 1 2 3 4 5 6

Suhu (°C) 32 31 33 31 32 32

6

“ramshorn”

Ikan

Rumpai air

Udang

“Pond snail”

Page 7: KKBI_STM

Jadual 4 : Data suhu 6 hari Tasik Inspirasi

Suhu Tasik Inspirasi adalah berada di antara 31°C sehingga 33°C. Purata suhu

tasik ialah 31.8°C dan adalah lebih tinggi 3°C daripada suhu amosfera yang berada pada

29°C. Melalui pemerhatian, badan air tasik tersebut tidak diliputi oleh bayang-bayang pokok

dan sentiasa terbuka kepada cahaya matahari. Waktu pengumpulan data turut berada pada

waktu petang. Oleh itu, suhu air adalah lebih tinggi. Berdasarkan jadual kualiti air Malaysia,

suhu ini adalah berada pada kelas IIA iaitu kelas yang melabelkan kualiti airnya adalah

bersih dan sesuai kepada pelbagai jenis hidupan akuatik. Sebagai contohnya, udang telah

banyak dijumpai di Tasik Inspirasi. Udang adalah bersifat eksotermik. Suhu badan mereka

bertukar mengikut suhu air dan boleh menampung perbezaan suhu yang sangat luas iaitu

dari 1°C sehingga 40°C. Namun begitu, suhu optimum bagi mereka adalah di antara 24°C

sehingga 30°C. (Kleinholz, 2000) Suhu tasik ini adalah berdekatan dengan suhu optimum

mereka. Oleh itu, banyak udang iaitu hampir 54 ekor telah dijumpai di dalam Tasik Inspirasi

selama 6 hari.

Rajah 3 : Sekumpulan udang yang dijumpai di dalam tasik

Di samping itu, banyak bunga teratai juga dijumpai di Tasik Inspirasi. Hal ini adalah kerana

suhu tasik yang lebih panas lebih sesuai untuk bunga teratai. Mereka dapat bertumbuh

dengan baik di bawah persekitaran yang panas dan dipenuhi oleh sinaran cahaya matahari.

7

Page 8: KKBI_STM

(Oregon, 2011) Oleh itu, kualiti air pada suhu 31.8°C ini adalah sangat baik kerana ia

bersesuaian dengan pelbagai jenis hidupan akuatik tidak kira flora dan fauna.

Rajah 4 : Bunga Teratai

Nilai DO (Dissolved Oxygen)

Hari 1 2 3 4 5 6

DO (mg/L) 5.6 5.0 5.3 5.3 5.5 5.1

Jadual 5 : Data nilai DO 6 hari Tasik Inspirasi

DO merupakan molekul oksigen (O2) yang larut di dalam air. Hidupan akuatik

tidak dapat menggunakan oksigen yang merupakan sebahagian daripada molekul air

(H2O) dan hanya bergantung pada oksigen terlarut (DO) untuk menjalankan respirasi.

Oksigen boleh meresap ke dalam air dari amosfera persekitaran melalui angin ataupun

semasa air mengalir. Selain itu, oksigen juga boleh dilepaskan oleh tumbuhan akuatik

yang menjalankan proses fotosintesis di dalam air. Nilai DO yang berada di antara

4mg/L ke 7mg/L adalah bersesuaian dengan kebanyakan hidupan akuatik. (Behar,

1997) Berdasarkan jadual, nilai DO Tasik Inspirasi berada di antara 5.0mg/L ke 5.6mg/L

dengan puratanya sebanyak 5.3mg/L. Walaupun kelajuan air adalah statik dan

menyebabkan oksigen tidak senang meresap dari udara ke dalam air, tasik tersebut

8

Page 9: KKBI_STM

masih mempunyai nilai DO yang berada pada tahap yang sesuai untuk hidupan akuatik.

Hal ini adalah kerana ia telah diperhatikan terdapat banyak rumpai air di dalam air.

Rumpai air tersebut menjalankan proses fotosintesis dan melepaskan oksigen sebagai

produk fotosintesis ke dalam tasik. Selain itu, pepejal terampai turut diperhatikan tiada

wujud di atas permukaan air dan menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam

air. Dengan ini, rumpai air dapat menjalankan proses fotosintesis seperti biasa. Oleh itu,

nilai DO di dalam tasik adalah mencukupi untuk hidupan akuatik. Namun begitu, suhu air

yang semakin tinggi boleh menyebabkan nilai DO menjadi semakin rendah. Suhu tasik

pada waktu petang adalah agak tinggi iaitu 31.8°C dan melebihi suhu amosfera. Oleh

itu, nilai DO tasik tidak mencapai nilai yang sangat tinggi sehingga melebihi 7mg/L dan

hanya berada pada nilai yang sekadar mencukupi bagi hidupan akuatik. Berdasarkan

jadual kualiti air Malaysia, nilai DO di antara 5mg/L – 7mg/L adalah berada pada kelas

IIA. Kualiti air pada kelas ini adalah baik dan sesuai bagi kebanyakan hidupan akuatik.

Dengan ini, kebanyakan hidupan akuatik telah diperhatikan di sekitar Tasik Inspirasi.

Rajah 5 : Rumpai air yang banyak di dalam air dan tiada pepejal terampai pada

permukaan air tasik

Benda hidup dalam air

9

Rumpai Air

Page 10: KKBI_STM

Benda hidup yang dijumpai di dalam air termasuk “pond snail”, “ramshorn”, ikan,

udang, anak pepatung, rumpai air dan bunga teratai. “Pond snail” dan “ramshorn” wujud

di dalam Tasik Inspirasi adalah kerana kelajuan air tasik ialah statik. Terdapat bunga

teratai dan rumpai air yang banyak juga di dalam tasik. Reputan tumbuhan seperti

bunga teratai dan rumpai air yang wujud di dalam tasik merupakan makanan kepada

mereka. Nilai pH air tersebut turut adalah berada pada tahap yang sedikit alkali dan

sesuai dengan pertumbuhan cengkerang mereka. Oleh itu, banyak “pond snail” dan

“ramshorn” telah dijumpai di dalam tasik. Selain itu, “pond snail” merupakan sejenis

spesis indikator DO tinggi. (Olympiad, 2015) Oleh itu, mereka hanya dapat hidup dalam

air yang tidak tercemar ataupun tercemar ringan.

Rajah 6 : “pond snail” yang dijumpai di dalam tasik

Menurut pada Jadual 1, terdapat 5 ekor anak pepatung telah dijumpai di dalam tasik

selama 6 hari. Terdapat 2 jenis anak pepatung yang berbeza di antara lima ekor anak

pepatung yang dijumpai. Pepatung dewasa turut diperhatikan bersinggah di atas daun

bunga teratai. Anak pepatung hanya boleh hidup di dalam air yang statik. Ia juga

merupakan sejenis spesis yang sangat sensitif dengan kualiti air kerana sebahagian

besar kitaran hidupnya adalah berada di dalam air. Ia hanya hidup sebagai seekor

pepatung dewasa dalam masa yang singkat sahaja. (Devon, 2012) Oleh itu, ia hanya

dapat hidup di dalam air yang bersih. (Olympiad, 2015) dan kewujudannya menunjukkan

bahawa kualiti air tasik tersebut adalah baik.

10

Page 11: KKBI_STM

Rajah 7 : Anak pepatung

Rajah 8 : Anak Pepatung

Rajah 9 : Pepatung dewasa

Udang merupakan organisma air yang paling banyak dijumpai di dalam tasik iaitu

sebanyak 54 ekor selama 6 hari. Mereka selalu dijumpai di antara rumpai air di dalam

tasik supaya tidak akan dimakan oleh ikan besar. Mereka juga boleh makan reputan

tumbuhan rumpai air di situ. Mereka mengekalkan kebersihan tasik dengan makan

bahan-bahan reputan. Mereka hanya boleh tinggal di dalam air yang agak bersih dan

11

Page 12: KKBI_STM

dipenuhi oleh oksigen. Kewujudan mereka menunjukkan bahawa kualiti air Tasik

Inspirasi adalah bersih. (Thames, 2013)

Rajah 10 : Kebanyakan organisma air yang dijumpai ialah udang

Beberapa jenis spesis indikator air bersih seperti “pond snail”, anak pepatung dan udang

telah wujud di sekitar Tasik Inspirasi. Hal ini merupakan satu bukti yang agak kuat untuk

menyokong bahawa kualiti air di Tasik Inspirasi adalah berada pada tahap yang bersih

dan belum tercemar ataupun tercemar ringan sahaja.

Melalui analisis data-data yang diperoleh dari segi benda hidup dalam air, nilai

pH, nilai DO, suhu, kelajuan air dan pepejal terampai, kualiti air Tasik Inspirasi adalah

berada pada kelas IIA dengan merujuk pada jadual kualiti air Malaysia. Air tasik yang

berada pada kelas ini adalah sesuai kepada kebanyakan hidupan akuatik dan masih

kurang tercemar. Airnya adalah bersih tetapi masih memerlukan rawatan air yang

bersesuaian dari semasa ke semasa. Secara kesimpulannya, kualiti air Tasik Inspirasi

adalah baik dan bersih.

12

Page 13: KKBI_STM

c) Cadangan

Menurut jadual kualiti air Malaysia, kualiti air Tasik Inspirasi adalah berada pada

kelas IIA. Walaupun air tasik pada kelas ini adalah bersih dan sesuai bagi kebanyakan

hidupan akuatik, kualiti airnya masih dicadangkan untuk diperbaiki supaya kualiti air

tasik tersebut dapat ditingkatkan.

Pihak berkuasa dicadangkan menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Sistem

Rawatan Tasik Inspirasi. Hal ini adalah kerana pihak pengurus Tasik Inspirasi terdapat

terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan setiap hari. Oleh itu, jawatankuasa yang

ditubuhkan ini hanya perlu menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap

penyelenggaraan kualiti air tasik. Mereka boleh membincangkan kaedah terbaik untuk

merawat air tasik lalu mentadbirkannya secara sistematik di bawah organisasi

jawatankuasa tersebut. Selain itu, mereka juga boleh menghadiri bengkel rawatan yang

efisien bagi tasik-tasik di Malaysia. Mereka boleh merujuk pada idea dan pandangan

yang dikongsi oleh pakar-pakar akademik, konsultant alam sekitar dan agensi luar

dalam pemeliharaan tasik-tasik. Dengan adanya usaha pihak pengurus yang lebih

bersistematik, kualiti air tasik dipercayai dapat ditingkatkan ataupun diperbaiki dalam

masa yang singkat.

Jawatankuasa Kecil Sistem Rawatan Tasik Inspirasi juga dicadangkan

merancang satu Pelan Strategik Pemuliharaan Tasik Inspirasi. Antara langkah yang

terkandung di dalam pelan tersebut ialah menguatkuasakan undang-undang yang ketat

serta tindakan tegas diambil terhadap premis-premis yang didapati menyumbang

kepada kemasukan bahan pencemar yang mengalir terus ke dalam tasik. Selain itu,

orang yang membuang sampah ke dalam tasik turut akan dikenakan dendaan yang

sangat banyak. Hal ini dilakukan demi mengekalkan tahap kualiti air sekarang yang

masih bersih dan kurang tercemar. Demi memastikan para pengguna Tasik Inspirasi

mengikuti peraturan yang ditetapkan, aktiviti pemantauan ke atas tasik perlu sentiasa

dijalankan oleh pihak berkuasa.

13

Page 14: KKBI_STM

Di samping itu, Jawatankuasa Kecil Sistem Rawatan Tasik Inspirasi turut

dicadangkan untuk melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja rawatan secara

biologikal dalam usaha meningkatkan kualiti air tasik. Rawatan secara biologikal ini

dipilih adalah kerana pendekatan yang mesra alam dan berteknologi hijau. Di samping

itu, kos penyelenggaraan rawatan secara biologikal ini adalah kurang dan tiada bahan

kimia yang digunakan. Melalui sistem rawatan ini juga, ia berupaya mengurangkan bau

yang kurang menyenangkan serta dapat meningkatkan tahap kejernihan air seterusnya

meningkatkan kualiti air. Melalui kaedah rawatan secara biologikal ini juga, ia dapat

merencatkan pertumbuhan bakteria pathogen/bakteria tidak berfaedah dan sekaligus

dapat menyeimbangkan ekosistem tasik seterusnya dapat meningkatkan biodiversiti

mikrobiologi persekitaran.

Selain daripada meningkatkan kualiti air Tasik Inspirasi, ia sebagai satu tapak

rekreasi turut tidak berfungsi secara maksimum dan kurang ideal untuk para penduduk

yang berdekatan untuk berekreasi di tempat itu. Hal ini adalah kerana ia nampak kurang

diurus dan sudah lama terbiar. Dengan ini, beberapa cadangan dicadangkan supaya

pihak berkuasa boleh mengusahakannya lalu menjadikannya satu tapak rekreasi yang

baik.

Pertama sekali, rumput-rumpai didapati adalah sangat semak di sekitar tasik.

Ular sentiasa suka bersembunyi di dalam rumput-rumpai yang semak. Oleh itu, ia harus

dipotong dari semasa ke semasa. Pihak berkuasa boleh mengupah tenaga buruh untuk

memotong rumput-rumpai setiap bulan. Jika pihak berkuasa mempunyai tahap

kewangan yang mencukupi, rumput karpet dicadangkan untuk ditanam di sekitar tasik.

Hal ini adalah kerana proses pertumbuhan rumput tersebut adalah lebih lambat dan

tidak memerlukan pengurusan dengan kerap seperti rumput-rumpai. Selain itu, rumput

karpet turut boleh menjadikan pemandangan di sekeliling Tasik Inspirasi nampak lebih

cantik dan kemas.

Lorong jalan kaki turut dicadangkan untuk dibina di sekitar Tasik Inspirasi. Ia

boleh dibina mengelilingi tasik ataupun memasuki ke dalam hutan yang berada di sekitar

tasik. Pembinaan lorong tersebut boleh menggalakkan para penduduk berdekatan

datang bersiar-siar, menunggang basikal ataupun berjoging di tepi tasik. Lorong yang

memasuki hutan turut memberi peluang kepada para penduduk untuk bersiar-siar di

14

Page 15: KKBI_STM

dalam hutan tropika yang dipenuhi dengan udara segar. Hal ini dapat membantu

penduduk bandar menghilangkan tekanan semasa berekreasi.

Selain itu, pelbagai jenis kemudahan ataupun infrastruktur juga dicadangkan

untuk dilengkapi di sekitar Tasik Inspirasi. Antara infrastruktur yang penting dan perlu

diwujudkan dengan segera ialah tandas awam dan tong sampah. Sekurang-kurangnya

dua buah tandas awam perlu dibina di sekitar tasik. Hal ini adalah kerana keluasan tasik

tersebut adalah besar. Orang yang ingin pergi ke tandas perlu berjalan dalam jauh jika

hanya terdapat satu tandas awam sahaja. Selain itu, satu tandas awam juga tidak dapat

menampung pengguna Tasik Inspirasi yang terlalu banyak. Selain itu, tong sampah juga

perlu diletakkan dengan banyak di sekitar tasik. Jarak antara satu tong sampah dengan

satu tong sampah dicadangkan tidak melebihi 2km. Dengan adanya bilangan tong

sampah yang mencukupi, para pengguna Tasik Inspirasi tidak akan membuang sampah

ke dalam tasik lalu mempengaruhi kualiti airnya. Namun begitu, pekerja turut perlu

diupah untuk menjaga kebersihan tasik. Kemudahan-kemudahan lain seperti bangku,

pondok kecil dan jambatan turut boleh ditambahkan untuk meningkatkan penggunaan

tasik itu untuk rekreasi.

Pertandingan yang bersifat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang

penjagaan alam sekitar yang dikurnia oleh Tuhan turut boleh diadakan di Tasik Inspirasi.

Sebagai contohnya, pertandingan melukis poster boleh diadakan di tepi tasik. Semasa

para peserta melukis poster berdasarkan pemerhatian terhadap tasik, mereka akan

sedar bahawa betapa cantiknya ciptaan alam oleh Tuhan. Dengan ini, mereka akan

mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar dengan baik termasuk Tasik

Inspirasi. Hal ini turut dapat menarik para penduduk yang berdekatan untuk menikmati

kecantikan tasik semasa berekreasi.

Segala usaha yang telah dicadangkan adalah untuk menghasilkan satu tasik

yang lebih berkualiti dan sesuai untuk rekreasi. Oleh itu, para pengguna tasik perlu

sentiasa menghargai usaha pihak pengurus tasik. Dengan ini, semangat sayangkan

Tasik Inspirasi ini perlu ada di dalam diri setiap penduduk kerana ia merupakan asset

Negara yang tidak ternilai dan ianya adalah milik semua.

15

Page 16: KKBI_STM

Tugasan B (Kajian Alat)

a) Merekabentuk ujian

Saya telah memilih untuk merekabentuk alat yang menggunakan tenaga solar dalam

kehidupan. Saya telah merekabentuk satu kipas mudah alih supaya boleh digunakan

semasa bersiar-siar di bawah cuaca yang panas. Saya merekabentuk kipas mudah alih

yang berfungsi dengan tenaga solar demi menguji kelancaran angin yang boleh

dikeluarkan oleh kipas tenaga solar dan kebolehgunaannya.

Saya telah menggunakan cakera padat, chopsticks, bekas cakera padat, motor,

wayar elektrik, solar panel, dan sekeping kad keras dalam menghasilkan kipas mudah

alih tenaga solar. Cakera padat digunting dan dipanaskan supaya ia menjadi lembut lalu

dapat membentuk bilah kipas. Ia telah dipilih kerana ia adalah lebih keras berbanding

dengan kertas yang mungkin akan koyak semasa berpusing dengan cepat bersama-

motor. Motor telah disambung dengan cakera padat dan solar panel. Dengan ini, solar

panel boleh menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik dan menghantar tenaga

elektrik tersebut kepada motor yang disambung dengan solar panel. Kemudian, tenaga

elektrik tersebut boleh memutarkan gear motor dan menghasilkan tenaga kinetik pada

cakera padat yang disambung pada motor. Bekas cakera padat berperanan sebagai

pemegang kepada kipas mudah alih yang dihasilkan. Motor diletakkan di atas

chopsticks supaya bilah kipas mempunyai satu jarak daripada pemegang dan tidak akan

terlanggar pada pemegang semasa berpusing.

16

Wayar Elektrik

Bekas Cakera Padat

Solar panel

Chopsticks

MotorCakera Padat

Page 17: KKBI_STM

Rajah 11 : Kipas mudah alih tenaga solar

Satu ujian telah direkabentuk untuk menguji kelancaran angin yang boleh

dikeluarkan oleh kipas tenaga solar pada waktu yang berlainan sepanjang satu hari.

Pengujian telah dijalankan sebanyak 6 kali iaitu pada pukul 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah

hari, 2 petang, 4 petang dan 6 petang. Sekeping kertas biru yang kecil telah dilekatkan

di pinggir cakera padat. Sekeping kertas diletakkan di tepi kipas tenaga solar seperti

gambar yang ditunjukkan di bawah.

Rajah 12 : Reka Bentuk Ujian

Jumlah bunyi kertas biru kecil menyentuh kertas yang dipegang di sebelah kipas

mudah alih telah dikira selama 10 saat. Bilangan bunyi kertas tersebut mewakili bilangan

17

Page 18: KKBI_STM

pusingan yang dibuat oleh bilah kipas sepanjang 10 saat itu. Semakin banyak pusingan

yang dilakukan oleh bilah kipas dalam 10 saat, semakin laju bilah kipas berpusing.

Kelajuan bilah kipas yang lebih tinggi bermakna angin yang dihasilkan oleh kipas

tersebut adalah lebih besar juga. Hal ini boleh menguji kelancaran angin yang

dikeluarkan oleh kipas mudah alih.

Antara berikut merupakan data-data yang dikumpul pada waktu yang ditentukan.

Waktu Bilangan pusingan

bilah kipas dalam

10 saat

Pemerhatian

8 pagi 0 Bilah kipas tidak berpusing

10 pagi 28 Bilah kipas berpusing dengan perlahan.

Terdapat angin yang lemah dikeluarkan oleh

bilah kipas.

12 tengah

hari

63 Bilah kipas berpusing dengan sangat cepat.

Terdapat angina yang sangat kuat

dikeluarkan oleh bilah kipas.

Terdapat bunyi angin yang kuat semasa

bilah kipas berpusing.

2 petang 57 Bilah kipas berpusing dengan cepat.

Terdapat angin yang kuat dikeluarkan oleh

bilah kipas.

4 petang 32 Bilah kipas berpusing dengan sederhana.

Terdapat angin yang lemah dikeluarkan oleh

bilah kipas.

6 petang 0 Bilah kipas tidak berpusing.

Jadual 6 : Kelajuan bilah kipas pada waktu yang berlainan pada hari sama.

Berdasarkan jadual 6, kelajuan kipas mudah alih adalah paling tinggi semasa pukul 12

tengah hari. Ia juga dapat berfungsi dengan baik semasa pukul 2 petang. Hal ini berlaku

kerana sinaran cahaya matahari adalah paling kuat pada waktu 12 tengah hari sehingga

pukul 2 petang. Matahari berada di pertengahan langit pada waktu tersebut. Oleh itu,

sinarannya adalah dipancar secara terus daripada langit ke atas bumi dan menyebabkan

18

Page 19: KKBI_STM

solar panel kipas tersebut menerima lebih banyak pancaran radiasi. (Ridge, 2015) Pancaran

radiasi dapat ditransformasikan oleh solar panel kepada tenaga elektrik. Semakin banyak

pancaran radiasi yang diterima oleh solar panel, semakin banyak tenaga elektrik yang dapat

dihasilkan oleh solar panel. (Brown, 1988) Pada pukul 10 pagi dan pukul 4 petang, ia dapat

berfungsi dengan pancaran cahaya matahari yang kurang tetapi tidak dapat memberi

keselesaan kepada pengguna kerana angin yang dihasilkannya adalah lemah. Pada pukul 8

pagi dan 6 petang, kipas tenaga solar langsung tidak dapat berfungsi. Hal ini adalah kerana

sinaran cahaya matahari pada waktu tersebut adalah terlalu jarang lalu menyebabkan

pancaran radiasi adalah kurang mencukupi untuk menjana tenaga elektrik dari solar panel.

b) Merekabentuk penambahbaikan

Kipas mudah alih ini bergerak dengan adanya bekalan elektrik dari solar panel. Solar

panel akan sentiasa menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik jika ia diguna di

bawah cuaca yang cerah. Oleh itu, kipas mudah alih didapati akan sentiasa berfungsi

jika solar panel sentiasa terdedah dengan sinaran cahaya matahari. Hal ini akan

membawa banyak ketidakselesaan kepada pengguna. Pengguna tidak dapat

menghentikan kipas tersebut semasa penggunaannya adalah tidak diperlukan. Kipas

yang tidak pernah berhenti memusing turut akan menyebabkan motor kipas tersebut

senang rosak akibat kepanasan. Dengan ini, satu penutup telah dihasilkan untuk

menutup solar panel semasa ia tidak digunakan. Rajah berikut telah menunjukkan

penambahbaikan kipas mudah alih yang direkabentuk.

19

Penutup

Page 20: KKBI_STM

Rajah 13 : Kipas mudah alih yang mempunyai penutup pada bahagian solar panel

Satu kad keras telah digunakan untuk menghasilkan satu penutup yang senang

di tepi solar panel. Setelah penutup ditutup di atas solar panel, bayang-bayang kad

keras tersebut dapat diwujudkan di atas solar panel. Dengan ini, penutup dipercayai

dapat menghentikan bekalan elektrik yang berterusan kepada motor bilah kipas dengan

mewujudkan bayang-bayang tersebut. Hal ini adalah kerana menurut Ridge (2015),

solar panel adalah sangat sensitif dengan kewujudan bayang-bayang di sekelilingnya.

Sebaik sahaja terdapat sedikit bayang-bayang yang wujud di atas permukaan solar

panel, sistemnya boleh diganggu sehingga terus berhenti berfungsi. Dengan

mewujudkan bayang-bayang di atas solar panel, kipas mudah alih ini dipercayai dapat

dikawal oleh pengguna sendiri. Maka, ia boleh berfungsi mengikut kehendak pengguna

dan dibuka pada masa yang sesuai lalu membawa keselesaan.

c) Laporan

Kipas mudah alih tenaga solar ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang sangat

tinggi terutamanya bagi pengguna yang tinggal di Malaysia. Hal ini adalah kerana

negera Malaysia berada di garisan Khatulistiwa. Negara-negara yang berada di

Khatulistiwa menerima pancaran cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Menurut Jacksonville (2015), negara yang semakin mendekati garisan Khatuliswa akan

mempunyai output solar panel sebagai tenaga elektrik yang lebih banyak. Oleh itu, kipas

mudah alih bertenaga solar ini adalah sangat bersesuaian bagi penduduk Malaysia.

Selain itu, kipas mudah alih turut berfungsi secara maksima pada waktu yang

paling panas iaitu dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 2 petang. Waktu tersebut

merupakan waktu yang paling ramai orang akan mengeluarkan kipas mudah alih untuk

menjadikan diri sendiri lebih selesa ataupun lebih dingin jika berjalan di bawah cuaca

yang sangat cerah.

Kipas mudah alih yang berfungsi dengan menggunakan tenaga solar adalah

sangat mesra alam. Hal ini adalah kerana tenaga solar adalah berpunca daripada

cahaya matahari dan tidak memerlukan pembuangan sisa toksik seperti bateri. Bateri

20

Page 21: KKBI_STM

yang biasa digunakan di dalam kipas mudah alih akan habis tenaga kimianya setelah

lama digunakan. Pembuangan bateri yang mengandungi bahan kimia akan

menyebabkan alam sekitar dicemar. Oleh itu, kipas mudah alih yang menggunakan

tenaga solar adalah sangat mesra alam.

Rujukan

Amistaadt. (2008). Freshwater Snails. Retrieved Ogos 22, 2015, from Ward's Snails: https://www.wardsci.com/www.wardsci.com/images/Freshwater_Snails.pdf

Behar, S. (1997). Definition of Water Quality Parameters. Retrieved 2015, from Friends of Sligo Creeks: http://www.fosc.org/WQData/WQParameters.htm

Brown, E. W. (1988). An Introduction to Solar Energy. Retrieved Ogos 24, 2015, from Northeastern University: http://www.ccs.neu.edu/home/feneric/solar.html

coolerplanet. (2012). How Much Could You Save With the Solar Panels? Retrieved Ogos 25, 2015, from Solar Panel Info: http://www.solarpanelinfo.com/solar-panels/how-solar-panels-work.php

Devon. (2012). Practical Conservation Management. Retrieved Ogos 23, 2015, from Devon County Council: http://www.devon.gov.uk/cwt-dragonflies

Environmental, F. (2015). pH of Water. Retrieved Ogos 20, 2015, from Fundamentals of Environmental Measurements: http://www.fondriest.com/environmental-measurements/parameters/water-quality/ph/

Jacksonville. (2015). Factors affecting your solar energy output. Retrieved Ogos 25, 2015, from The Resource Centre: http://peelandsticksolarenergy.com/factors-affecting-your-solar-energy-output/

Kleinholz, C. (2000). Water Quality. Retrieved Ogos 21, 2015, from Langston University: http://www2.luresext.edu/aquaculture/Water%20quality.pdf

Olympiad. (2015, Julai 18). Water Quality/Macroorganism List. Retrieved Ogos 22, 2015, from Scioly.org: http://scioly.org/wiki/index.php/Water_Quality/Macroorganism_List

Oregon. (2011, Disember 15). Lotus Care Sheet. Retrieved Ogos 23, 2015, from The International Waterlily and Water Gardening Society: http://iwgs.org/lotus-care-sheet/

Ridge, T. (2015). Getting the Best Solar Panel Efficiency and the Factors that Affect it. Retrieved Ogos 24, 2015, from Pur Solar and Electrical: http://www.pursolaraz.com/learn-about-solar/what-affects-solar-panel-efficiency-2/

Seely, O. (2015, April 27). Some Observations on Photovoltaic Cell Panels. Retrieved Ogos 24, 2015, from California State University:

21

Page 22: KKBI_STM

http://www.csudh.edu/oliver/smt310-handouts/solarpan/solarpan.htm

Thames. (2013). Freshwater shrimps. Retrieved Ogos 22, 2015, from Thames Explorer Trust: http://www.thames-explorer.org.uk/river-thames/freshwater-shrimps

22