KKP BM KONTEKSTUA;
-
Upload
mutiara-hatie -
Category
Documents
-
view
38 -
download
3
description
Transcript of KKP BM KONTEKSTUA;
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
HALAMAN PENGAKUAN 2
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
JENIS KESILAPAN BAHASA 5
BENTUK KESILAPAN 6
KESILAPAN UMUM TATABAHASA
_LAMAN SESAWANG PERTAMA_
_LAMAN SESAWANG KEDUA_
LAMAN SESAWANG KETIGA
7- 9
10- 11
12-13
RUMUSAN 14-15
REFLEKSI 16
BIBLIOGRAFI 17
LAMPIRAN -
1 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
HALAMAN PENGAKUAN
‘Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : Junaida binti Shukor
Tarikh : 20 Mac 2011
2 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan
berkat dan izinNYA saya mampu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek ini
dengan sempurnanya walaupun kerap menghadapi banyak kekangan.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan yang tidak terkira kepada mentor saya
iaitu Puan Rohani Binti Din yang juga selaku pensyarah Bahasa Melayu 1 bahagian
Sintaksis kelas kami atas didikan dan bimbingan yang beliau berikan kepada saya
selama ini. Jutaan terima kasih juga buat pensyarah Bahasa Melayu Konstektual
iaitu Encik Ahmad Omar yang mendidik kami sepanjang menjalankan tugasan pada
kali ini.
Sekalung budi juga saya ucapkan kepada ayah bonda yang berada jauh di
sana kerana tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan yang tidak
terhingga atas perjuangan saya di kampus ini. Buat teman-teman seperjuangan juga
saya ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Akhir kalam, wassalam.
3 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
1.0 PENGENALAN
Menurut Haji Amat Juhari Moain pada 1989 menyatakan bahawa kesilapan
ejaan yang berlaku dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat kita semakin
berleluasa walaupun sudah lama ejaan baharu digunakan berpandukan buku
Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1975 dan buku
Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1981. Fenomena
sebegini semakin menjadi-jadi dan seolah-olah satu cara hidup dalam segelintir
masyarakat kita.
Corder(1981) mendefinisikan kesilapan bahasa sebagai bentuk-bentuk
pertuturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk penuturan jati.
Tegasnya, kesilapan bahasa ialah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang
menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati
yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa,
ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah dan sebagainya. Pada umumnya,
bentuk kesilapan bahasa bukan hanya dalam bentuk pertuturan, malah berlaku juga
dalam bentuk tulisan. Kesilapan dalam bentuk pertuturan akan lenyap selepas ia
dituturkan tetapi kesilapan dalam bentuk tulisan mudah dikesan dan dapat
dibuktikan.
Dalam tugasan Kerja Kursus Pendek matapelajaran Bahasa Melayu
Konstektual kali ini kami dikehendaki untuk mencari kesalahan umum tatabahasa
yang terdapat dalam laman sesawang yang ada sekarang. Saya telah memilih tiga
laman sesawang dan mengkaji kesilapan umum tatabahasa yang ada di dalam
penulisan blog tersebut. Secara umumnya, kesilapan bahasa yang biasa dilakukan
oleh sesetengah individu terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:
i) Kesilapan Struktur
ii) Kesilapan Konsep
iii) Kesilapan Bentuk Bertindan
iv) Kesilapan Disebabkan Gangguan Bahasa Lain
v) Kesilapan Disebabkan Pengaruh Bahasa Lisan
4 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
1.0.1 JENIS KESILAPAN BAHASA
Kesilapan struktur bermaksud kesilapan yang berkaitan dengan binaan
sesuatu struktur bahasa, seperti binaan ayat, klausa, frasa dan binaan perkataan.
Setiap bahasa mempunyai sistem yang tersendiri dalam bentuk struktur-strukturnya
dan penyimpangan daripada sistem itu dianggap sebagai suatu kesilapan. Kesilapan
yang dimaksudkan sebagai kesilapan konsep ialah kesilapan mengaggap atau
memahami konsep atau pengertian yang didukung oleh sesuatu perkataan sehingga
menyebabkan kesalahan dalam penggunaannya. Kesilapan jenis ini lazim berlaku
kerana sesuatu bahasa itu mempunyai banyak perkataan yang hampir-hampir sama
maksudnya serta ketidakcekapan memilih perkataan yang sesuai dengan konteks
akan menimbulkan kesilapan.
Kesilapan yang seterusnya ialah kesilapan bentuk bertindan yang bermaksud
kesilapan menutur atau menuliskan sesuatu yang tidak penting dan tidak membawa
sebarang fungsi dalam sesuatu ayat atau ujaran. Kesilapan ini meliputi aspek-aspek
penggunaan perkataan dan unsur-unsur tatabahasa. Selain itu, kesilapan juga turut
berlaku apabila menerima gangguan daripada bahasa-bahasa lain. Ianya berpunca
daripada pengaruh bahasa pertama dalam penggunaan bahasa kedua atau
sebaliknya. Di samping itu, kesilapan juga berlaku kerana pengaruh dialek sesuatu
daerah. Kesilapan jenis ini dapat dikesan bukan sahaja dari segi penggunaan
perkataan tetapi juga struktur frasa dan ayat. Seterusnya kesilapan bahasa sering
berlaku juga disebabkan pengaruh bahasa lisan. Setiap bahasa mempunyai
beberapa laras yang berbeza dan yang utama ialah laras bahasa lisan dan bahasa
tulisan. Dalam konteks bahasa Melayu, laras-laras ini memperlihatkan perbezaan
yang ketara, khususnya dalam penggunaan yang tidak rasmi. Bahasa Melayu
lisan(tidak rasmi) tidak begitu menitikberatkan ketepatan pemakaian tatabahasa
malah memperlihatkan pengaruh bahasa pasar dan dialek daerah. Sekiranya bentuk
penggunaan bahasa seperti ini mempengaruhi bahasa tulisan, sudah tentu
menyebabkan kesilapan, dalam erti kata laras bahas lisan tidak sesuai digunakan
dalam tulisan. Begitu juga ketidaksesuaian penggunaan sesuatu laras bahasa dalam
konteks tertentu akan menyebabkan kesilapan, misalnya penggunaan laras bahasa
cerpen atau iklan bagi penulisan yang berbentuk ilmiah.
5 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
1.0.2 BENTUK KESILAPAN
Antara aspek-aspek kesalahan bahasa ialah dari segi penggunaan istilah,
penggunaan bentuk jamak, kesalahan frasa dan beberapa aspek kesalahan ayat.
Masyarakat kerap kali kurang mahir menggunakan kata atau istilah dalam ayat.
Penggunaan kata atau istilah yang salah atau tidak sesuai menyebabkan makna
berubah, tidak jelas atau salah sama sekali. Penggunaan bentuk jamak berpunca
daripada gejala seperti pengulangan kata nama yang sudah mendukung makna atau
konsep jamak, mengulang kata nama yang sudah ditentukan maksud jamaknya oleh
kata yang mendahuluinya dan penanda jamak ataupun kata bilangan.
Kesalahan penggunaan frasa yang banyak dilakukan adalah disebabkan
susunan kata-kata dalam frasa itu tidak mematuhi Hukum D-M iaitu Diterangkan-
Menerangkan. Manakala kesalahan ayat yang kerap dilakukan boleh terbahagi
kepada beberapa jenis antaranya ialah ayat tergantung disebabkan tiada subjek,
kesalahan penggunaan frasa sendi yang dijadikan subjek, ayat tergantung
disebabkan tiada predikat atau tidak jelas predikatnya, atau terdiri daripada
keterangan sahaja, struktur dan makna ayat bercelaru yang disebabkan oleh bentuk
ayat yang tidak menentu dan ayat yang panjang dan tidak gramatis.
Kesalahan penggunaan imbuhan juga merupakan salah satu jenis kesilapan
berbahasa yang sering dilakukan oleh sesetengah individu. Hal ini adalah
disebabkan sesetengah individu tidak menggunakan imbuhan pada kata atau tempat
yang sepatutnya menerima imbuhan, menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau
tidak sesuai dan menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh
imbuhan.
6 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
2.0 KESILAPAN UMUM TATABAHASA DALAM LAMAN SESAWANG
2.0.1 LAMAN SESAWANG PERTAMA
Laman sesawang yang pertama yang telah saya pilih ialah laman sesawang
yang bertajuk terfaktab.blogspot.com (gaya-dump-paling-kejam-dari-seorang.html).
Setelah membaca dan meneliti laman sesawang ini, terdapat banyak kesalahan
umum tatabahasa yang saya perhati. Sebagai contoh kesalahan kerana gangguan
bahasa lain iaitu bahasa Inggeris. Buktinya penggunaan frasa seperti proses dump,
straight to the point buat confession, kita break-up, henset, annoying, gepren,
level five point four, cinta long-distance relationship, top-up, bank-in, boipren,
kontek, step silence, show-off, create dan clash.
Melalui frasa dan perkataan yang saya perolehi dalam laman sesawang
tersebut, penggunaan perkataan seumpama itu adalah disebabkan pengaruh bahasa
asing. Mengikut laras bahasa dan hukum tatabahasa dalam bahasa Melayu,
perkataan atau frasa berikut boleh diperbaiki dengan menggunakan bahasa Melayu
standard. Jadual di bawah boleh dijadikan rujukan untuk kesilapan penulisan dalam
laman sesawang tersebut:
KESILAPAN DISEBABKAN GANGGUAN
BAHASA LAIN
PERKATAAN YANG BETUL
proses dump proses penceraian
straight to the point buat confession berterus terang dalam membuat
keputusan
kita break-up kita berpisah
henset telefon
annoying meluahkan
gepren teman wanita
level five point four tahap lima perpuluhan empat
cinta long distance relationship hubungan cinta yang lama
top-up memuat naik
bank-in mengirimkan melalui khidmat bank
boipren teman lelaki
kontek menghubungi
7 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
step silence cara senyap
show-off menunjuk-nunjuk
clash putus
create cipta
Selain kesilapan disebabkan gangguan bahasa lain, gangguan bahasa lisan
juga terdapat dalam penulisan laman sesawang tersebut iaitu gangguan bahasa
pasar. Contohnya perkataan gua dan lu. Perkataan ini merujuk kepada ganti nama
diri pertama yang merupakan bahasa pasar yang banyak digunakan oleh
kebanyakan remaja masa kini.
KESILAPAN BAHASA LISAN BAHASA MELAYU STANDARD
gua saya/aku
lu awak/kau/kamu/engkau
beb kawan
Kesalahan ejaan juga banyak terdapat dalam penulisan blog tersebut.
Buktinya, perkataan seperti boipren, henset, kontek, dan gelpren. Perkataan-
perkatan ini tidak terdapat langsung dalam mana-mana bahasa.
CONTOH PERKATAAN EJAAN YANG BETUL BAHASA MELAYU STANDARD
kontek contact menghubungi
gelpren girlfreind teman wanita
boipren boyfreind teman lelaki
henset handset telefon
Kesalahan penggunaan frasa yang banyak dilakukan adalah susunan kata-
kata dalam frasa itu tidak mematuhi Hukum D-M juga terdapat dalam penulisan blog
ini. Sebagai contoh, perkataan radio Sinar FM. Mengikut Hukum D-M frasa ini
sepatutnya radio FM Sinar. Selain itu kesalahan ayat juga banyak terdapat dalam
blog ini antaranya ayat yang berikut:
1. Gua melihat proses dumb berlaku dengan aneka susun silang kata.
8 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
2. Ada yang cara kurang baik seperti straight to the point buat confession elok-
elok pada pasangan kata nak putus.
3. Annoying dan lu memang tak suka sangat-sangat.
4. Puji lah dia, merayu dan minta maaf salah silap.
Melalui contoh-contoh ayat di atas, kita dapat mengesan kesalahan dari segi struktur
ayat dan kesalahan tatabahasa. Ayat-ayat tersebut juga banyak menggunakan
bahasa pasar dan mendapat gangguan bahasa lain.
9 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
2.0.2 LAMAN SESAWANG KEDUA
Laman sesawang yang telah saya pilih untuk dijadikan kajian kesilapan umum
tatabahasa ialah blog Denai Hati.com. Daalam blog ini terdapat kesilapan umum
tatabahasa dari jenis kesilapan pengaruh bahasa lain iaitu bahasa Inggeris. Antara
perkataan asing yang terdapat dalam blog ini ialah walking, high dan ranking.
Perkataan-perkataan ini boleh diubah dalam bahasa Melayu standard. Lihat jadual di
bawah:
CONTOH PERKATAAN BAHASA MELAYU STANDARD
ranking peringkat
walking berjalan
high tinggi
Selain itu kesalahan penggunaan frasa juga terdapat dalam penulisan ini,
contohnya frasa tinggi trafiknya dalam ayat yang berikut:
Blog politik yang paling tinggi trafiknya sekarang adalah chedet, 1Malaysia,
AnwarIbrahim dan banyak lagi blog politik yang high ranking dan kritis.
Dalam ayat tersebut frasa tinggi trafiknya tidak sesuai digunakan. Frasa itu
boleh didubah menjadi tinggi tahapnya. Kesalahan menggunakan imbuhan juga
terdapat dalam penulisan blog ini. Contohnya perkataan mengkelaskan dalam ayat
yang berikut:
Aku tidak pernah mengkelaskan blog aku sebagai blog politik tetapi sesekali sebagai
warga negara yang peka aku juga nak tulis cerita politik dari pandangan mata hati
aku.
Perkataan mengkelaskan itu sepatutnya diubah menjadi mengelaskan atau membuat
pengelasan. Dalam ayat tersebut juaga terdapat kesalahan ejaan kata majmuk iaitu
perkataan warga negara sepatutnya dirapatkan menjadi warganegara. Ayat tersebut
juga merupakan kesalahan ayat kerana terlalu panjang dan tidak gramatis, pada hal
strukturnya memerlukan ayat itu dipisahkan.
Selain itu juga kesalahan frasa turut terdapat dalam penulisan ini. Sebagai
contoh, ayat di bawah:
10 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Akhirnya penentuan Qada dan Qadar adalah daripada Allah SWT dan kita wajib
beriman padanya jangan yang dikejar tak dapat yang dijinjing perceceran.
Frasa perceceran tersebut sepatutnya ditukarkan kepada berciciran. Selain itu juga
kesalahan imbuhan juga banyak terdapat dalam blog ini, contohnya dalam ayat di
bawah:
Tapi aku yakin walau apapun yang aku tulis tak akan merubah pefikiran penyokong-
penyokong parti politik sebab aku orang kecil.
Perkataan pefikiran itu tiada dalam mana-mana bahasa, sepatutnya perkataan
itu ialah pemikiran. Dalam penulisan blog tersebut juga terdapat banyak ayat-ayat
yang tidak gramatis. Ini merupakan kesalahan paling banyak dalam blog penulisan
tersebut.
2.0.3 LAMAN SESAWANG KETIGA
11 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Seterusnya saya memilih laman sesawang yang ketiga iaitu 2DAY
BLOGGER.COM. Kesalahan yang jelas dalam penulisan blog ini adalah kesilapan
daripada gangguan bahasa lain iaitu bahasa Inggeris. Sebagai contoh, perkataan
batch, okay, stop, talking, about, me dan banyak lagi. Perkataan-perkataan ini boleh
di tulis dalam bahasa Melayu standard sebenarnya. Lihat jadual di bawah:
KESILAPAN DISEBABKAN GANGGUAN
BAHASA LAIN
PERKATAAN YANG BETUL
batch ambilan
okay baik/ya
stop berhenti
talking bercakap
about mengenai
me saya/aku
Selain itu juga, kesalahan disebabkan pengaruh disebabkan bahasa lisan
juga banyak terdapat dalam blog penulisan ini. Sebagai contoh penggunaan bahasa
pasar banyak terdapat dalam penulisan laman sesawang ini. Buktinya perkataan
seperti korang. Perkataan ini sepatutnya diubah menjadi kalian semua. Penggunaan
perkataan dialek turut terdapat dalam blog ini iaitu perkataan cakna.
Kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam penulisan blog ini juga
merupakan satu kesilapan tatabahasa secara umum. Contohnya penggunaan
didalam. Perkataan di dan dalam tidak boleh hadir serentak kerana kedua-duanya
merupakan kata sendi nama. Kesalahan struktur ayat juga banyak terdapat dalam
penulisan blog ini sebagai contoh ayat di bawah:
Disebabkan saya adalah mantan MPP jadi saya banyak mendampingi pihak
pengurusan.
Kesalahan penggunaan frasa sendi di pangkal ayat juga ada di dalam
penulisan blog ini iaitu dalam ayat yang berikut:
Dari situ, kita boleh mengetahui apa yang pihak pengurusan mahukan, apa yang
mereka rancang.
12 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Kesalahan frasa sendi sebagai subjek juga terdapat dalam penulisan blog ini,
contohnya ayat yang berikut:
Didalam berpuluh-puluh ribu pelajar UiTM, berapa ramai yang berminat dan terpilih
untuk golongan Pemimpin Pelajar??
Antara kesalahan yang lain yang saya kaji dalam penulisan blog ini adalah
kesalahan menggunakan frasa sendi sebagai subjek dalam pembinaan ayat. Lihat
contoh ayat di atas. Kesilapan menggunakan penyingkatan frasa dalam ayat juaga
terdapat dalam penulisan blog ini. Sebagai contoh perkataan tak. Terdapat juga
kesalahan ayat dalam penulisan ini, contohnya ayat di bawah:
Banyak benda yang saya pelajar setelah digelar Pemimpin Pelajar.
Mengikut konteks ayat yang ingin disampaikan oleh penulis, perkataan pelajar
sepatutnya diberi imbuhan ‘i’ dan menjadi perkataan pelajari. Melalui ayat di atas kita
boleh mengenalpasti bahawa makna ayat di atas sudah bercelaru dan tidak
membawa apa-apa makna.
3.0 ASPEK DAN FAKTOR-FAKTOR KESIPAN BAHASA DALAM PENULISAN
LAMAN SESAWANG
13 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Pada pendapat saya kesilapan bahasa yang banyak terdapat dalam
penulisan blog semakin berleluasa adalah disebabkan sikap pengguna bahasa itu
sendiri. Ramai antara pengguna bahasa Melayu yang merungut tidak faham sistem
ejaan baharu dan mengatakan kesukaran untuk memahami sisitem baharu tersebut.
Pemerhatian umum mengenai hal ini jelas menunjukkan bahawa ia lebih merupakan
masalah psikologi. Pengguna bahasa sebenarnya tidak berusaha bersungguh untuk
mempelajari bahasa Melayu kerana kebanyakkan kesalahan yang dilakukan adalah
pada peringkat asas. Kita dapat mengatakan ia berlaku kerana kejahilan dan
keengganan pengguna mengetahui sistem baru, misalnya enggan merujuk kamus,
dan bukannya kerana kesukaran dalam sistem tersebut.
Selain itu juga, masyarakat sekarang tidak begitu memahami peraturan-
peraturan yang terdapat dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia.
Fenomena ini juga disebabkan oleh penyediaan buku panduan berbahasa dengan
betul sangat ringkas. Pengaruh lain yang menyebabkan fenomena ini berlaku juga
adalah disebabkan pengaruh media massa sekarang. Sebagai contoh, khidmat
pesanan ringkas yang wujud sekarang lebih menggunakan bahasa-bahasa pasar
dan singkatan yang kadang-kadang tiada termasuk dalam perkataan-perkataan yang
ada di kamus.
Masyarakat sekarang juga lebih suka menggunakan bahasa-bahasa dialek
tersendiri dalam perbualan seharian dan ini akan terbawa-bawa dalam sesuatu
penulisan. Selain itu juga, sikap segelintir masyarakat kita yang tidak begitu
mengendahkan sistem berbahasa dengan baik akan mengakibatkan sesuatu
penulisan juga sedemikian rupa. Selain itu media cetak yang menerbitkan terlalu
banyak bahan bacaan yang berunsur humor dan komedi juga salah satu faktor
berlakunya kesilapan bahasa. Hal ini sedemikian rupa kerana cara penulisan semua
bahan berunsur humor dan hiburan ini banyak menggunakan bahasa pasar dan tidak
mementingakan bahasa Melayu standard. Secara tidak langsung pengaruh daripada
bahan bacaan seumpama ini akan menyebabkan masyarakat terbiasa menulis tanpa
mengendahkan peraturan-peraturan bahasa Melayu yang telah diperkenalkan.
Dalam institusi keluarga juga, ibu bapa tidak begitu menekankan cara
berbahasa dengan baik dan betul mengikut panduan dalam buku Daftar Ejaan Rumi
Bahasa Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1981. Hal ini akan mempengaruhi
14 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
penulisan anak-anak. Sebagai contoh kita bertutur dalam dialek masing-masing
dalam kalangan ahli keluarga kita. Secara tidak langsung kita kan tertulis setiap apa
yang kita sebut itu dalam penulisan kita.
Disamping itu juga, blog penulisan yang ada sekarang terlalu bebas dan
tidak terikat langsung dengan peraturan-peraturan berbahasa dengan betul. Hal ini
akan menyebabkan mana-mana penulis blog bebas menggunakan pelbagai gaya
bahasa dan tidak menghiraukan sama ada sruktural ayat yang mereka gunakan
betul atau sebaliknya. Kebiasaan masyarakat kita berbahasa seperti golongan
remaja sekarang menggunakan bahasa pasar yang langsung tidak terdapat dalam
REFLEKSI
15 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya
mampu menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek kali ini. Dalam tugasan kali ini
saya telah diarahkan untuk menganalisis kesalahan umum tatabahasa yang terdapat
dalam penulisan laman sesawang yang ada sekarang.
Sepanjang menganalisis penulisan yang terdapat dalam laman sesawang
tersebut, saya mendapati terlalu banyak kesilapan umum tatabahasa yang dilakukan
oleh penulis. Masalah seumpama ini adalah disebabkan faktor individu itu sendiri
kerana tiada kesungguhan dalam mempelajari secara mendalam tentang bahasa
Melayu.
Kesalahan penggunaan bahasa pasar dan pengaruh bahasa asing iaitu
bahasa Ingggeris paling banyak sekali dalam mana-mana penulisan blog ang saya
jumpa. Hal ini adalah disebabkan kebiasaan masyarakat sekarang bebrbahasa
seumpama itu tanpa menggunakan bahasa Melayu standard.
Melalui kajian tugasan ini juga saya telah menyedari bahawa betapa
pentingnya kemahiran berbahasa dengan baik dan betul dalam kehidupan harian
kerana ia salah satu kaedah untuk kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
BIBLIOGRAFI
16 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
Abdullah Hassan, Ainon Mohammad, 1994. Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz,1998. Pengajian Melayu 3
Komunikasi Bahasa, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Siti Hajar, 2008. Bahasa Melayu I Siri Pendidikan Guru, Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar.
gaya-dump-paling-kejam-dari-seorang.html
file:///C:/Users/IEDA/Documents/IPGM%20PERLIS%20SEM%202/BM
%20KONSTEKTUAL/blog-politik-malaysia.htm
file:///C:/Users/IEDA/Documents/IPGM%20PERLIS%20SEM%202/BM
%20KONSTEKTUAL/3-tahun-berblogging-apa-aku-dapat.html
17 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS
KERJA KURSUS PENDEK BAHASA MELAYU KONSTEKTUAL 2011
LAMPIRAN
18 PPISMP BAHASA MELAYU SEMESTER II IPGM KAMPUS PERLIS