KKP pengantar pendidikan

download KKP pengantar pendidikan

of 11

Transcript of KKP pengantar pendidikan

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    1/11

    Pengenalan

    Kod Etika Perguruan

    Nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi

    Dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam tugas

    Memupuk tanggungjawab bersama

    Mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991)

    Definisi etika

    Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 : satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah

    laku atau kesusilaan

    Kamus Oxford, 1994 : prinsip moral atau set prinsip moral

    Perspektif Islam : merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al -

    Quran dan ketakwaan kepada Allah

    Etika secara profesional merupakan garis panduan yang bertujuan

    meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan

    dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan

    peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam

    masyarakat.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    2/11

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    3/11

    Kod Etika Profesion Keguruan

    Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh

    mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang

    kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan.

    Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa

    kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan

    kewangan.

    Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan

    jujur.

    Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid

    mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,persatuan atau persendirian.

    Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada

    setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

    Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha

    membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh

    masyarakat.

    Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua

    murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan

    politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain -lain.

    Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu dalam kalan gan

    muridnya dan membimbing mereka merperkembang potensi mereka dari segi

    jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

    Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenaidiri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berke naan.

    Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang

    boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    4/11

    Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan

    murid, masyarakat atau negara.

    Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya

    supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan

    berguna.

    Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh

    mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya.

    Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ role

    model kepada muridnya.

    Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk

    pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cutisekolah melainkan bayaran yang disahkan.

    Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran

    persendirian.

    Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik

    persendirian terhadap muridnya.

    Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atauahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

    Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

    Guru haruslah menggunakan cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan

    kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan

    pekerjaan.

    Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar -besarkan

    namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    5/11

    Sepertimana yang telah kita ketahui, profesion keguruan mempunyai Kod Etika

    Perguruan yang perlu mereka patuhi. Akan tetapi, guru-guru di dalam artikel di atas

    telah melanggar beberapa Kod Etika Perguruan. Antara Kod Etika tersebut ialah : -

    Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh

    mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang

    kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan.

    Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ role

    model kepada muridnya.

    Seorang guru tidak seharusnya berkelakuan kurang sopan seperti yang

    dilakukan oleh guru-guru di dalam artikel tersebut kerana profesion ini

    sememangnya telah sinonim dengan mengajarkan ilmu yang berguna kepada

    anak-anak murinya. Akan tetapi, sekiranya guru itu sendiri berkelakuan

    kurang sopan, orang ramai akan hilang kepercayaan kepada guru untuk

    membentuk anak-anak bangsa. Anak-anak muridnya juga kemungkinan

    besar akan mengikut perbuatan guru mereka yang tidak bertauliah tersebut

    kerana bagi mereka guru itu adalah contoh baik atau role model dan mereka

    akan mengikut sahaja perbuatan guru mereka . Seharusnya, guru menjaga

    tindak-tanduk mereka supaya orang ramai tidak hilang kepercayaan danmemandang rendah kepada guru seterusnya anak murid boleh mencontohi

    teladan yang baik daripada guru.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    6/11

    Punca-punca pelanggaran Kod Etika Perguruan

    Pada pendapat saya, antara punca-punca pelanggaran kod etika tersebut ialah :-

    i. Guru-guru itu sendiri kurang didikan agama

    Guru yang cetek pengetahuan khususnya tentang isi pelajaran, tidak

    berkemungkinan menjadi guru yang bermakna (Noran Fauziah, 1990). Ini kerana

    mereka akan ketandusan idea, contoh, kerana guru hanya mengetahui setakat yang

    ada dalam buku teks sahaja. Guru-guru hendaklah berpegang kepada konsep

    pembelajaran sepanjang hayat. Kemungkinan besar, guru-guru yang melanggar Kod

    Etika tersebut bukanlah guru mengajar subjek agama dan merek a sendiri

    kekurangan ilmu agama. Hal ini menyebabkan mereka melakukan sesuatu tanpa

    memikirkan baik dan buruknya.

    ii. Guru-guru tersebut mempunyai masalah rumah tangga

    aporan KPPK mendapati 36 orang guru (50 sekolah di Melaka) mengalami

    gangguan emosi. Setiap sekolah mempunyai seorang guru bermasalah (NST, Mac,

    1987). Seperti yang dinyatakan dalam artikel, guru wanita tersebut mempunyai

    masalah dengan suaminya dan mungkin menyebabkan emosinya tidak stabil. Hal ini

    telah mendorong beliau melakukan sesuatu yang mungkin bertujuan untuk

    membalas dendam terhadap suaminya ataupun untuk memuaskan nafsunya.

    iii. Guru-guru tersebut tidak mengetahui Kod Etika Perguruan

    Selain itu, kemungkinan juga guru-guru tersebut tidak mengetahui Kod Etika

    Perguruan kerana tidak mahu mengambil berat berkenaan Kod Etika. Kemungkinan

    juga mereka kurang diterapkan dengan Kod -kod Etika dan tentang kepentingan

    mengamalkan Kod Etika.

    iv. Guru-guru tersebut tidak ikhlas menjadi guru

    Adalah didapati ramai guru yang memilih profesion perguruan kerana banyak cuti,

    waktu bekerja yang singkat, sesuai dengan kelulus an (Noran Fauziah, 1986),

    pengaruh ibu bapa dan guru (FOX, 1961), (Joseph dan Green, 1986), kerjaya yang

    memberikan ganjaran dan kepuasan ( esly, 1980), ( owse dan ey, 1986) tiada

    peluang pekerjaan lain (Hollis, 1995 dan Obura, 1974). Kemungkinan juga guru-guru

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    7/11

    tersebut tidak ikhlas menjadi guru dan bekerja hanya makan gaji sahaja. Hal ini

    kerana sekiranya seseorang itu ikhlas dan minat dalam pekerjaan yang

    dilakukannya, sudah tentu mereka akan bersungguh -sungguh dengan kerja mereka

    dan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Mungkin guru-guru ini

    menganggap bahawa kerja mereka hanyalah sekadar di sekolah sahaja dan di luar sekolah adalah urusan mereka sendiri menyebabkan mereka melakukan perkara

    yang kurang sopan di luar sekolah.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    8/11

    C ara penyelesaian

    Antara beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu ini ialah : -

    Setiap guru seharusnya diterapkan dengan Kod Etika Perguruan dan

    diterangkan kenapa, bagaimana Kod Etika Perguruan diamalkan supayaguru-guru lebih memahami dan berkelakuan seperti yang terdapat di dalam

    Kod Etika Perguruan.

    Pengawalan diri sendiri bagi setiap individu itu juga sangat penting. Dalam hal

    ini, setiap individu perlu berkeperibadian tinggi dan keimanan yang kuat

    supaya dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara -perkara

    yang boleh merosakkan diri, masyarakat, negara dan bangsa.

    Seterusnya, setiap guru perlulah mempunyai kefahaman dan penghayatan

    terhadap kehidupan bermoral tinggi. Hal ini kerana kehidupan yang berm oral

    dan beretika boleh menjadi benteng diri daripada melakukan aktiviti -aktiviti

    tidak beretika seterusnya berupaya membangun masyarakay yang berbudaya

    tinggi dan dipandang mulia.

    Menerapkan Pendidikan Agama atau Pendidikan Moral kepada setiap guru

    supaya mereka biasa dengan pendidikan tersebut dan boleh mempelajari

    moral yang diterima pakai serta mengamalkannya sebagai norma kehidupan

    masyarakat tanpa dicemari oleh anasir-anasir jahat. Biarlah moral yang

    diamalkan itu berterusan dan bertahan tak lekang dek panas tak lapuk dek

    hujan.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    9/11

    Kepentingan mengamalkan Kod Etika

    Guru memerlukan Kod Etika demi untuk memartabatkan profesion mereka. Kod

    Etika dianggap penting kerana : -

    Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi

    dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan

    mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (I NTAN, 1991).

    Kod etika menyediakan garis panduan kepada guru untuk bagaimana

    bertingkah laku dalam profesion keguruan serta dapat mengelakkan mereka

    daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kod etika sesuai dirujuk

    dan diamalkan oleh setiap guru.

    Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan amanah

    seorang guru. Hal ini boleh membantu seorang guru untuk lebih memahami

    tanggungjawab mereka dan tidak merasakan mereka hanya perlu mengajar

    subjek yang mereka ajar sahaja tetapi juga bert anggungjawab mendidik anak -

    anak muridnya menjadi insan yang berguna.

    Kandungan Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika

    negara lain. Disini para guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan di

    negara ini ataupun di negara lain.

    Kod Etika yang dalam bentuk dokumen boleh disemak semula untuk

    memperbaikinya menjadi lebih baik. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh

    dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan

    dikuatkuasakan.

    Menerusi Kod Etika juga para guru dapat mema rtabatkan profesion keguruan

    di mata masyarakat yang semakin memandang rendah kepada profesion ini.

    Di sini masyarakat dapat menghayati tanggungjawab dan amanah guru yang

    sangat berat dalam mendidik anak bangsa sekaligus mendorong masyarakat

    untuk menyokong para guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan

    negara.

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    10/11

    R efleksi diri

    Bersyukur ke hadrat Ilahi, atas limpah dan kurnianya dapat saya

    melengkapkan Kerja Kursus Pendek Penghantar Pendidikan. Saya ingin

    mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing subjek ini iaitu Pn.

    Siti Khazimah yang telah banyak membantu dan tidak jemu menjawab persoalan

    saya dan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ahli -ahli

    kumpulan saya iaitu iyana bt aily, Muhd. Amiruddin b Seri serta Abdul R ahman b

    Jamain yang turut memberikan kerjasama serta berkongsi maklumat sepanjang

    perlaksanaan kerja kursus ini. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

    Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini, ada banyak ilmu -ilmu yang telah saya

    perolehi. Kami telah ditugaskan untuk mencari artikel berkenaan isu -isu semasa

    tentang guru dan mengaitkannya dengan Kod Etika Perguruan. Semasa mencari

    artikel yang berkenaan, saya dapati ada segelintir guru yang tidak berkeperibadian

    seperti seorang guru. Ada yang pecah ama nah, meliwat pelajar dan ada juga yang

    bersekedudukan dengan pasangan yang tidak sah bagi mereka. Hal ini sangatlah

    membimbangkan kerana profesion ini akan dipandang rendah oleh masyarakat dan

    sekaligus menghilangkan kepercayaan mereka terhadap guru. Jadi, amatlah penting

    bagi setiap guru mempelajari serta memahami Kod Etika Perguruan supaya dapat

    membimbing mereka ke jalan yang betul. Terutamanya guru pelatih seperti saya,

    haruslah mempelajari Kod Etika Perguruan daripada awal supaya saya dapat

    memahami amanah serta tanggungjawab saya sebagai seorang yang bakal bergelar

    guru. Banyak ilmu yang telah saya perolehi dan InsyaAllah dapat menjadikan saya

    seorang guru yang berguna dan komited dalam kerjayanya.

    Sepanjang kerja kursus ini ada beberapa masalah yang saya hadapi tetapi ia

    tidaklah menghalang saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Disebabkan semester

    ini adalah pertama kalinya kami belajar subjek Penghantar Pendidikan, saya agak

    kurang faham dengan apa yang kami belajar dan apa yang saya perlu buat unt uk

    kerja kursus saya.

    Masalah ini saya selesaikan dengan berjumpa sendiri dengan pensyarah

    pembimbing kami iaitu Pn. Siti Khazimah serta bertanyakan sendiri apa yang perlu

    saya lakukan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan di dalam kerja kursus

    ini. Selain itu juga, saya mencari maklumat -maklumat berkenaan subjek ini di

  • 8/6/2019 KKP pengantar pendidikan

    11/11

    internet serta di Pusat Sumber. Saya dan ahli -ahli kumpulan saya juga mengadakan

    perbincangan sesama kami dan membahagikan tugasan di kalangan kami.

    ................................ .........

    (HAZIQAH NAJIAN BINTI ZAKI R A @ ZAKE R IA)