KKP PKE3103..JURNAL

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN NEGERI SEMBILAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KURSUS PKE 3103 KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN NAMA PELAJAR : SALINA BINTI HAMDAN NO.KAD PENGENALAN :750719017042 UNIT/KUMPULAN : PPG PJ UNIT 1 AMBILAN : FEBRUARI 2012 SEMESTER : SEMESTER 5 NAMA PENSYARAH : EN RAZAK BIN SULONG TARIKH SERAHAN : 12 APRIL 2014

description

ju

Transcript of KKP PKE3103..JURNAL

Page 1: KKP PKE3103..JURNAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

KURSUS PKE 3103

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA PELAJAR : SALINA BINTI HAMDAN

NO.KAD PENGENALAN :750719017042

UNIT/KUMPULAN : PPG PJ UNIT 1

AMBILAN : FEBRUARI 2012

SEMESTER : SEMESTER 5

NAMA PENSYARAH : EN RAZAK BIN SULONG

TARIKH SERAHAN : 12 APRIL 2014

Page 2: KKP PKE3103..JURNAL

1.0 Penulisan Artikel Kritikan

1.1 Bahagian Review

Melalui pembacaan saya, artikel ini bertujuan untuk mengkaji amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar tingkatan 3 daliran Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja-kerja amali di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Johor. Kajian ini dijalankan secara soal selidik dan terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkaitan dengan keselamatan bengkel. Hasil daripada kajian ini, pelajar dapat menunjukkan amalan keselamatan dalam bengkel dengan baik dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di bengkel.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti secara khusus perkara-perkara berikut melalui persepsi pihak yang terlibat dalam melihat amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar Tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel sekolah. Berikut adalah objektif kajian ini :

i. Mengenalpasti sejauh mana pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.

ii. Mengenalpasti sejauh manakah kemahiran yang dimiliki oleh pelajar tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.

iii. Mengenalpasti sejauh mana pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.

Bagi saya kajian ini amat penting dalam mengetahui gambaran sebenar amalan keselamatan dalam kalangan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali dalam bengkel. Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk mengetahui dan mempelajari segala kemahiran-kemahiran dan kefahaman yang boleh diaplikasikan semasa belajar di dalam bengkel. Kajian ini juga penting kerana dapat memberikan garis panduan kepada pelajar-pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam bengkel dalam keadaan selamat dan mengurangkan permasalahan yangb oleh berlaku apabila menjalankan kerja-kerja amali di bengkel.

Penulis telah menjalankan kajian melalui kaedah soal selidik. Terdapat tiga bahagian dalam soal selidik ini iaitu pengetahuan, kemahiran, dan pengamalan. Pengetahuan disini bermaksud murid tahu dalam menjaga keselamatan diri semasa menggunakan alatan-alatan pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup. Begitu juga dengan aspek kemahiran, dimana murid berkebolehan dalam menggunakan peralatan yang ada di bengkel sama ada alatan tangan atau mesin. Bagi aspek pengamalan pula, penulis ingin melihat sejauh mana amalan keselamatan di bengkel ini di aplikasikan dalam diri pelajar semasa berada di bengkel.

Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa tahap pengetahuan, kemahiran dan pengamalan pelajar-pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin berada pada tahap yang tinggi. Dalam ruang perbincangan, penulis ada menerangkan setiap aspek yang dikaji. Pada keseluruhannya, tahan pengetahuan pelajarmengenai cara- cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin

Page 3: KKP PKE3103..JURNAL

adalah di tahap yang sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar mengenai alatan tangan dan mesin ini masih kurang dan tiada pendedahan secara menyeluruh yang seharusnya dilaksanakan.

Berdasarkan kajian ini, penulis mendapati hampir separuh daripada responden masih kekurangan kemahiran untuk melakukan penyenggaraan dan cara-cara menjaga peralatan tangan dan mesin di bengkel. Operasi mesin harus diberhentikan dengan segera sekiranya mesin mengeluarkan bunyi yang amat kasar. Majoriti pelajar bersetuju dengan kenyataan ini dan bertindak sama seperti apa yang disarankan oleh penulis. Kemahiran tinggi dalam penggunaan dan penyenggaraan amat pelru bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan yang tidak diingini.

Diakhir kajian ini, penulis berpendapat bahawa setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin dan perlalatan sebelum masuk ke bengkel. Penulis banyak membuat rujukan daripada penulis-penulis tempatan,antaranya adalah Azizi Yahaya dalam bukunya Menguasai Penyelidikan dan Pendidikan, Ismail Badari dengan bukunya Pengaturan sendiri di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan banyak lagi. Terdapat juga rujukan dariapada penulis luar negara seperti Cohen, L. Manion dengan bukunya Research Method in Education.

1.2 Bahagian Kritikan

Saya telah membaca dan memahami artikel ini keseluruhannya. Daripada pemahaman saya, terdapat banyak kelebihan berbanding kelemahan dalam artikel ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan, kemahiran dan pengamalan pelajar semasa menggunakan peralatan tangan dan mesin ketika membuat kerja-kerja pertukangan di bengkel. Dengan adanya kajian sebegini, saya percaya banyak pihak akan mula membuka mata dalam memfokuskan perkara ini dalam mengelakkan dan mengurangkan kecederaan dan kemalangan semasa di bengkel. Kajian ini banyak membantu guru khususnya dalam merancang P&P dengan menerapkan nilai kerjasama dan saling bantu –membantu, dengan itu murid akan lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan tersebut dan secara tidak langsung murid yang mahir dapat mengajar murid yang kurang mahir dalam menggunakan perlatan tersebut.

Artikel ini juga harus diberi perhatian bagi menilai kebolehan pelajar dalam pengaplikasian alatan tangan atau mesin. Murid yang peka dengan arahan guru dapat memahami dengan baik setiap perkara dalam menggunakan alatan ini dan hal ini dapat mengurangkan dan mengelakan sebarang keceradaan.

Jika saya merujuk kepada Standard Kandungan KSSR Tahun 2, terdapat objektif yang jelas berkaitan dengan pengamalan keselamatan ini disamping mengetahui cara penggunaan setiap alatan yang hendak digunakan semasa di bengkel. Kajian ini menjadi titik mula bagi pendidik dalam merancang P&P dan seterusnya memastikan objektif dan hasil pembelajarannya dapat dicapai oleh pelajar. Didikan dari akar umbi amat penting kerana majoriti pelajar yang bergelar kanak-kanak sering cuai dan leka dengan setiap perkara yang dilakukan. Mereka lebih cenderung ke arah keseronokan tanpa memikirkan tahap keselamatan mereka ketika bermain.

Page 4: KKP PKE3103..JURNAL

Pada saya, kelemahan kajian ini tidak terlalu ketara dan boleh di perbaiki pada masa akan datang. Apa yang dapat saya lihat adalah kajian ini dijalankan pada pelajar tingkatan tiga sahaja sedangkan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua juga mempunyai aliran yang sama iaitu Kemahiran Hidup dalam jadual waktu mereka. Tambahan pula , IQ bagi setiap pelajar adalah berbeza dan ini tidak sesuai untuk membuat perbandingan antara satu pelajar dengan pelajar yang lain. Sepatutnya penulis harus memilih secara rawak pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga dan mereka ini harus dinilai satu persatu dengan cara menguji kefahaman mereka dalam sesuatu aspek keselamatan di bengkel.

Seterusnya pelajar perlu dinilai dengan melakukan amali penggunaan alatan tangan dan mesin. Dengan adanya fokus terhadap kajian sebegini, kita sebagai bakal guru mendapat ilham dan merancang P&P dengan baik dengan harapan semua murid yang terlibat dapat memahami dan menjaga diri dengna baik.

Kesimpulannya, saya bersetuju dengan hasil artikel ini kerana kajian ini memberi input yang banyak dan kesan yang mendalam terhadap pelajar.