Kmam
-
Upload
ppkp-jedan -
Category
Documents
-
view
614 -
download
4
Transcript of Kmam
i) Apa Tujuan Sbnr Pengambilan Sampel Air Bandar
ii) Mengapa Kita Membiarkan Aliran Air Adlh Perlahan Sblm Mengambil
Sampel?
iii) Terdapat 2 Jenis Mikrofil.Apakah Jenis2 Tersebut?
i) Persampelan Sistem Bekalan Air Awam (dalam erti kata lainnya adalah sampel air
perbandaran) adalah untuk memantau air yang bakal digunakan kepada pengguna bagi
memastikan tahap keselamatan air tersebut tidak melanggar piawaian yang telah ditetapkan oleh
KKM/WHO. Diperingkat daerah, PPKP KMAM akan memasukkan data-data keputusan sampel
air bakteria/kimia ke dalam Sistem Rekod Pengawasan Kualiti Air Minum (WQS). Daerah pula
dikehendaki mengemaskini rekod data-data tersebut dan kemudiannya menghantar ke peringkat
negeri bagi tujuan finalising sebelum diupload ke database Bahagian Kejuruteraan, KKM. Untuk
makluman, KKM, dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi
menghasilkan Akta Air Negara. Buat masa sekarang, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN) telah pun beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja, yang mana akan mengenakan
tindakan kepada pembekal-pembekal air yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan
dari segi design, perlanggaran mutu air, etc.
ii) Secara logiknya, membiarkan air perlahan adalah untuk meminimakan sampel-sampel (kalau
bakteria) daripada tercemar, disebabkan oleh percikan air. Kalau sampel kimia pula, adalah bagi
mengelakkan gelembung udara yang terhasil di dalam botol, yang mana boleh memberikan
kesan kepada bacaan.
Pengaliran air terlalu deras akan menghasilkan buih atau gelembung udara di dalam botol
sampel. Apabila ada gelembung secara tidak langsung akan berlaku tindak balas kimia biasanya
pengoksidanan bagi unsur2 yg mudah bertindak balas dengan oksigen. Contohnya ferum/ iron.
Ini secara tidak langsung abg memberi hasil keputusan yg tidak depat apabila di uji di Makmal
Kimia.
Jika sampel mikro pula... pengaliran air yg deras akan menggangu kerja pengambilan air dengan
whirlpack atau thiobag. Percikan air yg deras ini jugak dikhuatiri besar kemungkinan akan
menkontaminasi sampel yg tuan ambil.
iii) Yang ni, saya hanya tau Millipore Test Kit sahaja.
UNIT INSPEKTORAT - Program Kawalan Mutu Air Minum KebangsaanObjektif
Memastikan mutu air minum yang dibekalkan kepada penduduk adalah bermutu dan selamat serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.
Memastikan mutu air yang dibekalkan kepada penduduk ladang/lombong adalah bermutu dan selamat diminum serta mematuhi piawai yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk melindungi pengguna daripada mendapat ancaman penyakit-penyakit bawaan air akibat meminum air yang tercemar dan tidak bersih.
Tanggungjawab.
Menyediakan Program Tahunan aktiviti percontohan air yang dibekalkan oleh JKR. Menjalankan aktiviti-aktiviti percontohan setiap minggu mengikut jadual/program
yang telah disediakan. Menjalankan analisa makmal bagi sampel-sampel air bagi bekalan air KKM di
makmal KMAM Menjalankan kajian kebersihan kawasan tadahan, loji dan sistem retikulasi serta
ladang-ladang. Menyediakan laporan-laporan bulanan, suku tahun dan tahunan seperti yang
dikehendaki oleh ketua unit, ketua jabatan, unit kejuruteraan dan Kementerian Kesihatan.
Indeks Kualiti AirIndeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan
Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan
untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan.
Kelas IKA Kegunaan airKelas 1 >92.7 Dalam keadaan semulajadiKelas IIA 85.0-92.7 Air memerlukan rawatan konvensionalKelas IIB 76.5-85.0 Air boleh digunakan untuk rekreasiKelas III 51.9-76.5 Air memerlukan rawatan intensifKelas IV 31.0-51.9 Hanya untuk tujuan pengairan. Kualiti air sedangKelas V <31.0 Air yang tercemar teruk