Koleksi Resepi

download Koleksi Resepi

of 13

description

resepi pilihan

Transcript of Koleksi Resepi

KEK SPAN PANDANBhn2150 gm tepung superfine or gandum150 gm gula kastor1 sdb ovellet5 biji telur80 ml air pati pandan (7 helai daun pndan)80 ml or 2 sdm mentega cairkn1 sdt baking powdersedikit pewarna hijau

Cara2-campurkn telur, ovellet, gula, tepung, serbuk penaik.. pukul hngga kembang n putih.. speed paling tinggi-kemudian masukkn air pati pandan n sedikit pewarna hijau.. pukul hngga adunn betul2 ringan-tuangkn mentega cair n pukul sedikit lgi..-tuangkn adunn dlm loyang yg siap dialas kertas mnyak n di sapu mnyak pd dasar loyang sj..-bakar pd suhu 160'c pd oven yg dipanaskn trlebih dulu selama 40 or 45 minit or hngga kek msk...-setelah msk terus keluarkn dr oven n terlangkupkn ats redai seketika.... supaya kek x mendap

Resepi Tomyam Thai IstimewaBahan-Bahan:Bahan untuk tomyam paste: 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus 1 biji bawang besar, hiris kasar 5 ulas bawang putih, hiris kasar 2 inci lengkuas. hiris kasar 2 inci halia. hiris kasar 5 helai daun limau purut, hiris kasar 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut 1 cawan air asam jawa 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh) 2 batang serai. hiris nipis 2 sudu besar sos ikan Thai 1 senduk minyak untuk menumisBahan untuk kuah Tomyam: 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap ) isi ayam, bahagian dada dihiris nipis udang, dibuang kepala sotong, potong ikut kesukaan anda 1/2 batang karot 1 biji tomato, potong 4 cendawan tiram, jika suka 1 batang serai 4 helai daun limau purut 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus 2 sudu besar sos ikan 2 biji limau nipis, ambil jus tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas) sedikit daun ketumbar 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4Cara Penyediaan:Cara untuk tomyam paste:1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.4. Angkat dan sejukkan.Cara untuk masak tomyam:1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak seketika hingga karot sedikit lembut.2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.Tips:Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

PLAY DOH ANAK-ANAKBahan-Bahan: 2 cawan tepung 2 cawan air 2 sudu besar Cream of Tar Tar 2 sudu besar minyak sayuran 1 cawan besar garam halus beberapa jenis pewarnaCara Penyediaan:1. Campurkan semua bahan-bahan di dalam periuk, dan masak dengan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi keras dan bergumpal.2. Sejukkan seketika dan bahagi adunan kepada beberapa bahagian yg anda suka.3. Titiskan pewarna di setiap adunan yang dibahagikan tadi dan uli sehingga warna menjadi sebati.Tips:Pastikan anda mengacau sehingga adunan menjadi bergumpal dan sedikit keras kerana jika lembik, play doh akan sukar dibentuk.

TAUHU BAKARBahan-Bahan:Bahan untuk Sos 1 botol petis udang 3 sudu cili kering (kisar halus) 1 sudu cili api kisar. 1/2 cawan gula merah 1 cawan gula pasir 2 sudu kicap pekat 3 cawan air tepung ubi/jagung (untuk pekatkn)Bahan untuk Tahu Tahu kering 4 segi @ bulat (taufook) 1 biji timun (hiris halus) 1 batang carrot ( hiris halus) 1/2 biji sengkuang (hiris halus) jika suka.. Kacang tanah yg di goreng tanpa minyak dan di blender kasar.Cara Penyediaan:Cara untuk membuat sos:1. Larut kan gula merah dengan sedikit air dan tapis.2. Campur kan semua bahan diatas ke dalam periuk kecuali tepung.3. Masak hingga mendidih rasa mesti pedas manis4. Tutup api n masukkn tepung yang telah di bancuh ngan air sedikit demi sedikit sehingga pekat yang diingini.Cara untuk membuat tauhu:1. Bakar Tahu diatas kuali/pembakar sehingga garing.2. Potong 2 dan sumbat ngan timun,carrot n sengkuang.3. Curahkan sos dan kacang tanah.4. Siap dihidang dan makan panas2Tips:sos tahu juga boleh di jadikan kuah rojak buah..

ROTI SARANG LEBAHBahan-Bahan:Bahan untuk doh roti: 2 cawan tepung gandum. 1/2 sudu kecil serbuk yis 1/4 sudu kecil garam halus 1/2 sudu kecil baking powder 1 sudu besar gula halus atau gula kastor 1/4 cawan plain yogurt 1/4 cawan minyak jagung 1/2 cawan air suamBahan untuk taburan/hiasan: 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu sedikit sliced almond bijan hitam biji labu atau biji bunga matahariBahan untuk sos butterscotch: 25 gram butter 1/2 cawan gula perang atau brown sugar 1/2 cawan whipping cream 1/4 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil esen vanilaCara Penyediaan:Cara untuk Roti:1. Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.2. Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.3. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.4. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.5. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.Cara untuk sos butterscotch:1. Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.

BERGEDIL AYAMBahan-Bahan: 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci 150 gram daging ayam kisar 1 biji bawang besar, didadu kecil 1 pokok daun sup, hiris halus 3 sudu besar bawang goreng 1/2 sudu kecil serbuk lada putih 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas) garam secukup rasa 1 biji telur ayam Minyak untuk menggorengCara Penyediaan:Cara untuk masak ayam:1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam.Cara untuk masak begedil:1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar.2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas pinggan atau dulang.5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan untuk mengelak begedil dari hancur.

Resepi Ayam Masak Halia Paling SedapBahan-Bahan: 500 gram ayam, potong kecil 4 ulas bawang putih, hiris nipis 2 cm halia, dihiris halus memanjang 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat 1 biji cili merah, hiris nipis 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air minyak masak, untuk goreng ayam sedikit lada sulah atau lada hitam sedikit garam dan kunyit garam dan gula, secukup rasaCara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.Tips:Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

AYAM KANG POABahan-Bahan: 300g atau 2 ketul dada ayam, potong kiub 5 biji cili kering, dipotong dua 2 inci halia muda, hiris nipis 3 ulas bawang putih, hiris nipis 1/2 biji capsicum hijau, dipotong sederhana kecil 1/3 biji karot, hiris nipis 1/2 biji bawang besar holand, potong dadu 2 sudu besar kacang tanah, yang dipangang atau goreng tanpa minyak sedikit daun bawang 2 sudu minyak masakBahan untuk perapan: 1 sudu besar minyak bijan 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar kicap cairBahan untuk sos: 1 sudu besar kicap pekat berkaramel 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar kicap cair 1 sudu teh gula 3 sudu besar airCara Penyediaan:1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 30 minit2. Goreng ayam dalam minyak panas (deep fried) dan kacau sehingga ayam hampir masak. Angkat dan asingkan.3. Keluarkan lebihan minyak, biarkan anggaran 2 sudu minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.4. Masukkan ayam, capsicum hijau, karot, dan kacang tanah. Kacau selama 1 minit dan masukkan bancuhan sos. Kacau sebati dan masukkan bawang holland beserta sedikit air supaya sedikit berkuah. Kacau lagi selama 1-2 minit di atas api yang besar. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

NASI DAGINGBahan-Bahan: 4 cawan beras basmathi, rendam selama 30 minit dan tos 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4" 5 cawan air rebusan daging 1 cawan sudu cair 1 helai daun pandan, carik dan simpul 2 1/2 sudu besar rempah kurma 1 batang serai, dititik 3 sudu besar minyak sapi 1 -2 sudu besar minyak sayuran 1/2 cawan tomato sup ATAU 1/4 cawan tomato puri Sedikit kismis hitamBahan untuk rebusan daging: 1 sudu besar rempah kurma 2 inci halia, hiris nipis Air dalam anggaran 7 cawan lebihBahan untuk ditumis: 1 biji bawang besar, hiris nipis 5 ulas bawang putih, hiris nipis 3 kuntum bunga lawang 2 batang kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 6 biji buah pelagaBahan untuk air asam: 1 biji bawang besar, hiris nipis 2 biji tomato, potong kecil 6 biji cili merah, potong kecil 1 inci belacan, dibakar di atas api sehingga wangi 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat 2 sudu besar sos ikan Thai 3 sudu besar gula 1-2 sudu kecil garam 1 sudu besar kerisik Sedikit perahan jus limau nipisCara Penyediaan:Cara untuk memasak:1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.3. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana. Kaedah yang sama jika anda menggunakan periuk nasi. Pindah ke tapak periuk elektrik pada tahap ini dan biarkan nasi masak.4. Setelah masak, gemburkan nasi dengan lembit supaya tidak berketul.Cara untuk air asam:1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

9